KCK 51 - FIRASH MUNCUL

Romance Series 24009

KCK 51 - FIRASH MUNCUL

"HUD , bangun”. Datin Mariam mengejut Hud. Hud tersedar dari tidurnya. Kepala didongak . Datin Mariam tersenyum. Hud berdiri lalu menuju ke katil Kasih.

Datin Mariam lepaskan keluhan melihat perangai cucunya. Wajah Hud yang mendatar , apabila bercakap dengan sesiapa hanya mengeluarkan sepatah perkataan. Nada suara yang dilontarkan oleh Hud begitu dingin.

"Hud taknak makan ?” Tanya Datin Mariam yang berada di sebelah Hud. Hud hanya menggeleng.

"Sampai bila Hud nak macamni ? Dah hampir dua minggu Hud. Hud tak kesian kan nenda ke ? Selama Yana berada dekat hospital ni , Hud tak pernah balik. Kalau bukan nenda yang datang bawa baju dengan makanan untuk Hud , Hud takkan mandi kan ? Hud takkan makan ? Jangan ingat Hud sahaja yang sedih. Nenda pun sedih. Sedih tengok keadaan cucu-cucu nenda ni. Sorang tak sedarkan diri , sorang pulak ? Macam bukan orang dah. Hud dah tak macam dulu”. Ujar Datin Mariam panjang lebar.

"Hud takkan pergi dari sini tanpa Kasih. Kalau Hud nak balik , Hud akan balik dengan Kasih. Kalau nenda nak suruh Hud balik , tunggu Kasih dah sihat dan dah boleh keluar”. Hud akhirnya bersuara.

"Hud”.

"Hud tak ingat apa yang Hud dah buat ada Yana selama ni ?”

"Hud buat apa ?” Tanya Hud pula.

"Siapa yang maki , hina , lontarkan kata-kata kesat dekat Kasih Arryanna selama ni ?”

Wajah Hud berubah. Dia terdiam apabila Datin Mariam mengingatkan semula semua kejadian itu.

"Nenda tak ada niat nak pecah belahkan hubungan Hud dengan Yana. Nenda cuma nak Hud sedar. Nenda nak Hud sedar apa yang Hud dah buat pada Yana sebelum ni. Ingat semula Hud”.

Datin Mariam memusingkan tubuh Hud menghadapnya.

"Kalau Hud nak Yana kembali pada Hud , jangan buat dia sedih lagi. Buktikan . Buktikan dekat Yana yang Hud dah berubah. Buktikan yang Hud betul-betul cintakan Yana. Faham ? Hud cintakan Yana ?”

Laju Hud mengangguk. "Hud terlalu cintakan Kasih”. Ujar Hud.

Datin Mariam tersenyum nipis. Dia mengusap lengan Hud.

"Hud jangan lupa makan. Jangan lupa solat. Berdoa pada Allah. Nenda balik dulu. Assalammualaikum”. Datin Mariam segera berlalu pergi meninggalkan Hud yang masih cuba menghadam kata-kata Datin Mariam.

Dia tidak kisah jika Kasih mahu membencikannya. Yang penting dia akan berusaha sehingga dia dapat semula kepercayaan Kasih.

•••

Adela dan Angela terus membuka mata apabila mendengar suara budak menangis.

"Siapa yang menangis tu wey ?” Soal Angela sambil memisat-misat matanya.

"Macam suara Aqif. Jom kita pergi bilik dia”. Mereka berdua terus berlari ke arah bilik Aqif. Terkejut mereka melihat Aqif yang sedang menangis teresak-esak di atas katil.
Mereka terus meluru ke arah Aqif.

"Aqif , kenapa ni ? Kenapa ni ? Cerita dekat kakak”. Risau Adela dibuatnya. Angela yang disebelah kiri Aqif mengesat perlahan-lahan air mata Aqif.

"Aqif...aqif nak makcik Kasih”. Aqif menangis dalam pelukan Adela.

Terdiam Angela dan Adela.

"Makcik tak sihat Aqif. Nanti dia balik , okay ?”

Aqif menggeleng . “Aqif rindu sangat dekat makcik. Makcik selalu teman Aqif tidur”.’ Luah Aqif. Sebak Adela dan Angela dibuatnya. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Aqif tidur dulu eh. Nanti kita pergi tengok makcik. Biar kakak teman Aqif , boleh ? Aqif jangan la nangis”. Pujuk Adela.

Aqif tidak mengangguk , tidak menggeleng. Dia baring lalu menyelimuti dirinya. Adela dan Angela tersenyum nipis melihat kelakuan Aqif yang makin berdikari. Semuanya disebabkan Kasih. Kasih yang selalu mengajar Aqif. Selama ni Aqif langsung tidak pandai mengaji , solat , dan sebagainya. Tetapi , dengan bantuan ikhlas daripada Kasih , Aqif makin pandai mengikut segala perintah Allah. Sekalipun , Aqif tidak pernah tinggal solat. Makin sebak mereka berdua apabila teringatkan Kasih. Kakak mereka masih tidak sedarkan diri. Mereka terlalu rindukan Kasih. Setiap hari mereka berdoa supaya Kasih cepat-cepat sedarkan diri.

•••

Bella yang berada di luar pintu bilik yang Kasih dirawat. Dia mahu masuk tapi entah dia takut. Dia takut dia tidak dapat tahan sebak melihat keadaan kawan baiknya. Ini kali pertama dia melawat Kasih. Bukan dia tidak mahu datang , jika dia datang tentu dia akan bertemu dengan Hud. Lelaki itu ! Lelaki yang amat kejam ! Mana mungkin dia sanggup berhadapan dengan lelaki yang telah menyakiti hati rakan baiknya.

"Bella”. Bella tersentak. Dia pusing ke belakang.

"Abang Firash ?” Berkerut dahi Bella melihat kemunculan Firash yang tiba-tiba.

"Apa yang abang buat dekat sini ?”

"Abang nak melawat Kasih”. Firash menyembunyikan tangannya di dalam poket seluar.

"Tapi kenapa baru sekarang ?” Soal Bella geram.

"Suka hati abang la. Bella tak perlu sibuk urusan abang”. Jawab Firash selamba. Dia terus meluru masuk diikuti oleh Bella.

Hud yang baru lepas habis solat zuhur terkejut dengan kehadiran Bella dan Firash. Firash berjalan ke arah Kasih. Hampir-hampir tangannya mahu mengusap kepala Kasih. Hud menghalang. Ditepis tangan Firash dengan kasar.

"Kalau kau datang sini , semata-mata nak melawat Kasih...baik kau batalkan niat kau”. Kata Hud dengan nada keras.

"Dia adik aku”. Kata Firash ringkas.

"Dia isteri aku”.

Firash ketawa. "Isteri ? Sejak bila Hud Izham mengaku yang Kasih Arryanna ni isteri dia ?”

Hud memandang serius lelaki di hadapnnya.
"Baik kau bla sebelum aku belasah kau”.

"Kalau aku taknak ?” Firash mencabar Hud.

Bella ternampak Hud mengenggam penumbuknya. Sungguh dia takut. Dia menarik lengan Firash keluar dari situ.

"What are you doing ?!”

"What ? Abang cuma nak melawat Kasih. Salah ke ?”

"Tak salah langsung. Tapi yang salahnya , abang cuba nak cari gaduh dengan Hud. Baik abang pergi dari sini”.

"Wow ! Amazing ! Bella pula nak halau abang ?”

"Bukan halau. Tapi Bella taknak ada timbul isu dekat sini. Hud berhak. Dia suami Kasih”.
Kata Bella.

"Sejak bila pula yang Hud mengaku Kasih tu isteri dia ? Bukan selama ni dia yang benci sangat dekat Kasih tu ? Kenapa baru sekarang nak mengaku ?!” Tengking Firash.

Mata Bella berkaca melihat Firash. Dia menggeleng melihat kelakuan Firash yang semakin hari semakin berubah. Firash ketawa sinis.

"Tak ada jawapan kan untuk soalan tu ?”

Firash berjalan pergi dari situ. Bella mengetap bibir . Dia tidak mahu menangis. Otaknya jadi serabut dengan keadaan sekeliling. Dengan Kasih yang masih belum sedarkan diri. Perangai Firash yang berubah lagi. Haih serabut !

Uish udah lama tidak update Ahahaha. Sorryyy guysss huhu. Thanks kepada yang sudi tunggu :3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience