KCK 53 - I'M SORRY

Romance Series 24009

KCK 53

SUASANA di dalam bilik yang merawat Kasih menjadi sepi. Kasih berasa tidak selesa apabila Hud asyik memandangnya daripada tadi. Tanpa sedar, air mata Hud mengalir. Kasih yang perasan air mata Hud mengalir sedikit terkejut.

"Iz ?" panggilan daripada Kasih membuatkan Hud tersentak.

"yes Kasih ?"

"Erm kenapa awak menangis ? " Hud tertawa kecil. Dia bangun lalu menghampiri katil Kasih. Hud duduk menghadap Kasih.Kasih berasa pelik dengan perangai Hud.

Hud meraih tangan Kasih lalu mengucup tangan isterinya. Kasih tergamam. Sungguh dia tidak percaya dan terkejut dengan tindakan tiba tiba Hud. Hud kembali memandang Kasih. Mata mereka berdua bertembung. Hud mendekatkan lagi mukanya ke muka Kasih. Kasih masih lagi kaku. Hud mengenggam erat tangan Kasih.

"I'm sorry". Ucap Hud. Berkerut dahi Kasih. Tak faham.

"I'm sorry for always hurting you all this time". Kasih menatap wajah kacak Hud. Sudah lama dia tidak dengar suara garau lelaki tersebut. Lelaki yang dia cintai.

"Selama ni saya selalu fikir buruk pasal awak. Tak percayakan awak. Tengking awak. Marah awak tanpa sebab. Hina awak. Saya menyesal sangat sangat. I'm really sorry Kasih Aryyanna". Jatuh air mata Hud. Hud menunduk. Dia tidak sanggup memandang wajah polos Kasih.Ya dia benar benar menyesal dengan apa yang dia buat pada Kasih selama ni. Dia tahu dia tak layak mendapatkan kemaafan daripada Kasih. Takkan Kasih mahu memaafkan dirinya.

Kasih melekapkan kedua belah tapak tanganya di pipi Hud lalu mengangkat kepalanya. Sekali lagi mata mereka bertembung. Kasih mengesat air mata Hud. Hud memandang wajah isterinya.

"No need to say sorry...saya dah lama maafkan awak". Kata-kata Kasih itu membuatkan Hud lega.

"Sebaliknya saya yang perlu minta maaf dekat awak". Giliran Kasih meminta maaf.

"Sa...saya...". Terbuntang mata Kasih tiba tiba sahaja Hud mengucup bibirnya. Kasih turut membalas kucupan Hud. Setelah hampir satu minit mereka berhenti.

Hud menyatukan dahinya dengan dahi Kasih.

"It's not your fault baby". Membahang wajah Kasih mendengar panggilan 'baby' tersebut. Makin bertambah malu apabila teringat dia dan Hud berciuman tadi.
Ah Kasih !

"Tak perlu malu baby. We are husband and wife". Hud tahu Kasih malu dengan tindakannya tadi. Dia sengaja pura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

"Do you love me ?" Kasih terdiam. Dia memandang wajah Hud yang menanti jawapannya.

"Iz...".

"I love you". Hati Hud berbunga-bunga mendengar pengakuan Kasih. Dia tahu Kasih sudah lama mencintainya. Mencintai dalam diam.

"Do you love me, Iz ?" Laju sahaja Hud mengangguk. Kasih mahu menangis. Terharu. Saat yang dia tunggu akhirnya tiba. Cintanya terbalas juga akhirnya.

"Saya dah lama cintakan awak Kasih cuma saya tak sanggup nak mengaku". Kata Hud perlahan.

Kasih juling mata ke atas. "Tak sanggup or awak malu ?"

Hud ketawa kecil. Hidung Kasih dicuit.

"Erm Iz".

"yes sayang ?"

"Erk saya lapar". Kasih buat muka kesian sambil mengusap perutnya.

"Awak nak makan apa ? Just tell me, i"ll buy it".

"Awak beli sikit je tau. Nanti tak habis membazir. Erm saya nak nasi goreng biasa, nak ikan goreng, ha nak ayam kepak sekali. Saya nak air milo ais and jangan lupa dessert. Saya nak aiskrim yg dlm bekas tu".

"erk erk...tu je kan ?" Tergagap Hud.

"ha yela !"

"ok okay saya pergi sekarang". Langkah Hud terhenti di hadapan pintu. Dia berpaling semula menghampiri Kasih.

"Oh ya by the way...".

Wajah Kasih berubah. Kasih mengesot sikit ke belakang. Hud sengaja dekatkan lagi wajahnya dengan wajah Kasih. Kasih sudah tidak mampu ke belakang lagi. Hud beralih ke telinga Kasih.

"Take care my baby girl. Jangan pergi mana-mana or i will make you unable to walk. I love you so much, remember that baby girl". Bisik Hud menggoda. Dia menggigit telinga Kasih. Kasih terjerit kecil.

Hud berlalu pergi meninggalkan Kasih yang masih tergamam.

"Ish gatal ! Lelaki gatal !"

argh finally !!! SORRY TAU KORANG BUAT KORANG MENUNGGU AND THANKS KEPADA YANG SUDI TUNGGU DAN DOAKAN LILY SUPAYA CEPAT SIHAT. ALHAMDULILLAH I FEEL BETTER RIGHT NOW<3 ok siapa rindh Hud Kasih ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience