Sudah seminggu berlalu. Rumah tangga Kasih dan Hud lebih bahagia dari sebelum ini. Hud sentiasa terhibur dengan telatah Kasih. Namun , kebahagiaan itu takkan kekal lama jika Puan Medina selalu menghasut Hud untuk membenci Hud. Pada mulanya , Hud tidak percaya tapi lama-lama dia mula percaya dengan kata-kata bondanya.
“Iz , Nenda minta tolong saya pergi beli barang sikit dekat pasar. Nenda suruh awak tolong bawa saya pergi. Boleh ?”. Kasih berkata lembut. Dia masih malu dengan Hud.
Senyap.
“Iz ?”. Kasih hairan dengan Hud. Baru pagi tadi , mereka bergelak ketawa. Bila dah petang ni , tiba-tiba datang angin monsun timur dia.
Masih senyap.
“Iz ! “. Kasih kuatkan sedikit suaranya.
“Awak nak pergi , pergila ! Mulai hari ni , saya tak kisah awak nak pergi mana , dengan siapa . I don’t care !!”. Hud menengking Kasih. Kasih terdiam. Tiba-tiba sahaja Hud memarahinya ? Dia ada buat salah ke ?
Kasih hanya mengangguk. Malas mahu bertanya apa sebabnya. Kasih terus melangkah pergi meninggalkan Hud.
Sebaik sahaja Kasih pergi , Hud mengangkat wajahnya dan melempar telefonnya ke tepi.
Dia meraup kasar wajahnya. Dia sendiri buntu dengan perasaannya sekarang.
.
.
.
Berkerut dahi Kasih menahan kesakitan. Sejak tadi dia berjalan , sekarang kakinya sudah lenguh. Melilau mata Kasih mencari bangku jika ada di kawasan itu.
“Barang pun dah selesai beli. So lepasni apa ? “. Lama Kasih berfikir apa yang belum selesai.
“Ha ! Tak order grab lagi ! Aduhaii Kasihh kau ni pelupa betul la ! Sekarang ni dah pukul 6 petang. Macamna sekarang ni ? Tangan dah la penuh. Susah la nak keluarkan telefon. Argh jap lagi la”. Kasih laju berjalan ingin pulang ke rumah.
*******
Hud menuruni tangga ingin mencari Datin Mariam. Hud berkerut dahi. Mana semua orang ?
“Ha nenda. Mana semua orang ?”. Hud bertanya pada Datin Mariam.
“Aik Hud ? Kamu dekat sini ? Mana Yana ? Mana barang-barangnya ?”. Hairan Datin Mariam apabila Kasih tidak kelihatan.
“Dia pergi beli barang”. Selamba Hud berkata.
Pap !
Datin Mariam menampar lengan Hud.
“Aduh nenda . Apa ni ?”.
“Nenda suruh dia pergi dengan kamu. Kenapa kamu tak ikut ?”.
“Alaa Nenda...driver ada kan. Japg balik la tu”. Datin Mariam menggelengkan kepalanya.
“Nenda , semua kereta ada dekat luar. Kak Yana tak guna kereta pun. Sekarang ni dah jam 6:30 petang.Kak Yana tak balik lagi ?”. Soal Adela.
“Bahaya la Nenda biarkan Kak Yana sorang-sorang. Dahla perempuan”. Angela pula berkata. Dia memang tidak suka cara abangnya layan Kasih.
Hud mula risau. Dia cuba menelefon Kasih tapi Kasih tidak angkat. Dia risau sekarang ini. Takut - takut kalau Kasih hilang. Atau ? Diculik ?! Tiba-tiba dia teringatkan perbualan dia dengan Hisyam.
Flashback
“Kalau macamtu , aku akan ambil bini kau. Aku akan jadikan dia bini aku. Amacam ?”. Sinis kedengaran suara itu. Hisyam menayangkan senyuman jahat.
“Berani kau sentuh dia ! Aku bunuh kau Hisyam !!”. Hud memberi amaran keras pada Hisyam.
“Well , kalau aku jumpa bini kau , aku akan bunuh dia dulu. Just wait and see”. Hisyam ketawa jahat di hadapan Hud. Urat-urat Hud mula tegang menahan marah”.
Flashback end
Hud tergamam. Jangan-jangan... Kasih hilang ?!
Kasih hilang ke guys ? Hud cari Kasih cepat !!
Share this novel