KCK 9 - SAKIT

Romance Series 24009

“Alhamdulillah..seleai majlis doa selamat kita. Yana okay ?”. Prihatin Datin Mariam bertanya.

“Yana okay , nenda”. Jawab Kasih sambill tersenyum manis.

“Eh Datin Kalsom , dah nak balik ?”.

“Iyela Datin Mariam. Dah lama saya dengan suami saya dekat sini. By the way , cantik cucu menantu you. Nama siapa ?”. Datin Kalsom terpegun dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Kasih. Sopan ? Mestila sopan. Lemah lembut.

“Nama saya Kasih Arryanna”.

“Ouh Kasih Arryanna ? Cantik nama. Macam orangnya juga. Kalau macamtu saya panggil Yana la”. Kasih tersenyum malu.

“Kenapa Yana ? “. Kasih bertanya bagi mengurangkan tanda tanya.

“Iyela , sebab nama Kasih tu unik tau. Hanya orang istimewa je boleh panggiil nama tu. Maksudnya Hud seorang je yang boleh panggil Yana dengan nama Kasih”. Senyuman Kasih mati.

“Kenapa pulak ?”. Kasih cuba mengawal emosinya. Memang Hud memanggil dirinya dengan nama Kasih. Tertelan air liur Kasih.

“Hud kan suami Yana”.

UHUK UHUK !

Terbatuk Kasih mendengarnya. Suami ? Hud anggap dia isteri ke ? Kalau dia benci aku.

“Eh Yana ok ?”. Datin Mariam dan Datin Kalsom bertanya serentak.

“Eh okay okay. Maaf”.

************

Kasih duduk sendirian. Dia mengambil angin luar. Tetiba Kasih teringatkan Hud. Dari petang tadi tak keluar dari bilik.

Flashback

Kasih membuka pintu perlahan-lahan. Hud tiada di situ. Seluruh rumah Kasih mencari Hud tiada. Dalam bilik pun tiada.

“Hud ?”. Panggil Kasih perlahan

Senyap.

“Hud ?”.

“Haih..mana dia ni”. Tiba-tiba kasih mendengar suara orang sedang berbual. Kasih perlahan-lahan melangkah ke arah suara itu.

Hud ? Tapi siapa tu ? Nampak macam tengah marah. Mereka macam nak bergaduh.

“Apa diorang borak ek”.

BUK !

Kasih terkejut secara tiba-tiba Hud menumbuk lelaki misteri itu. Mereka sedang bergaduh. Kasih tidak tahu hendak buat apa. Akhirnya dia buat keputusan untuk keluar dari situ.
. .
Drang !

“Bunyi apa tu ?!”. Kasih cuak.

Kasih membuka langkah menuju ke bilik Hud. Kasih tergamam melihat keadaan Hud yang sedang terbaring dan darah mengalir dari atas kepala. Kasih mendekati Hud lalu memangku Hud.

“D..darah ?”. Kasih takut darah. Namun dia cuba bertahan untuk selamatkan Hud.

“Iz ? Iz ??! Ya Allah tangan dia luka teruk ni. Iz bangun ! Iz !!”. Kasih menampar perlahan pipi Hud.

Kasih terkejut kerana tiba-tiba Hud membuka mata. Hud seperti sedang marah. Hud terus bangun begitu juga dengan Kasih.

“Iz ?”. Kasih tersenyum akhirnya Hud sedar.
Namun senyuman Kasih terus mati apabila Hud tiba-tiba mencengkam rahangnya. Kasih tidak dapat bernafas.

“Iz , iz , jangan Iz”. Suara Kasih makin tenggelam akibat cengkaman tersebut. Dia tidak dapat bernafas.

Hud kuatkan cengkamannya dan dia mengambil gelas kaca di tepi katil. Hud memecahkan sedikit kaca itu lalu baling gelas yang pecah itu ke arah Kasih. Kasih tidak sempat mengelak , gelas itu terkena pada dahi Kasih. Kasih menjerit kuat. Tapi malangnya tiada siapa akan dengar jeritannya kerana bilik Hud berada di hujung sekali.

“Arghh ! Iz sakit”. Kasih menangis kesakitan. Hud mencempung tubuh Kasih lalu campak ke dalam kolam. Kasih tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia hanya mampu menjerit dan menangis.

Hud tiba-tiba pengsan. Kasih tersenyum pudar. Dia cuba untuk keluar dari kolam dan akhirnya berjaya. Dia hanya terbaring di tepi kolam tersebut. Lama kelamaan Kasih tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience