KCK 50 - DIARI KASIH

Romance Series 24009

KCK 50

"HUD tak balik ke mak ?” Entah dari mana Puan Medina datang , terus menyergah Datin Mariam.

"Terkejut mak , ina”. Datin Mariam menggeleng kepala. Dia mengambil tempat duduk di sofa. Air kosong di atas meja diambil lalu diteguk rakus.

"Hud tak nak balik ke mak ?” Soal Puan Medina sekali lagi.

"Haih... dia tak nak balik selagi Yana tak sedar”. Balas Datin Mariam perlahan.

Puan Medina juling mata ke atas. "Apa perempuan tu dah nak mati ke ? Kalau dah nak mati baru la datang. Ni sibuk sangat nak jaga. Bukannya dapat apa. Menyusahkan !”

"Apa yang kamu cakap ni Medina ?!”

Datin Mariam memandang tajam Puan Medina. Puan Medina menjeling.

"Betul la apa yang Ina cakap. Perempuan murahan tu menyusahkan !”

PANG !

Puan Medina terkedu apabila menerima tamparan Datin Mariam. Dia memegang pipinya. Dipandang wajah Datin Mariam dengan riak tidak puas hati.

"Sebab perempuan tu , mak sanggup tampar Ina ?”

"Memang mak sanggup ! Dari dulu , mak perhatikan kamu ! Selalu hina Yana !Salah apa yang dia buat pada kamu sampai kamu nak bencikan dia macamtu sekali ?! Dia tak pernah ganggu kamu ! Tak pernah kacau kamu ! Bila kamu hina dia , dia diam ! Sikit pun tak melawan ! Sekarang dia dah tak ada dekat rumah ni ! Dia koma ! Puas hati kamu ?!!”

Datin Mariam berlalu pergi meninggalkan Puan Medina. Puan Medina terdiam menerima tengkingan Datin Mariam.

"Memang aku puas hati. Tapi aku akan lebih puas hati kalau perempuan tu mati”. Senyuman sinis diukir di bibir Puan Medina.

•••

Hud sedang duduk di atas lantai . Badan dan kepala disandarkan di dinding. Petang tadi , Puan Salmah datang melawat Kasih. Sebelum Puan Salmah pulang , Puan Salmah memberi kepada Hud sebuah buku . Kata Puan Salmah , buku tersebut adalah buku peribadi Kasih. Puan Salmah sendiri tidak tahu kewujudan buku tersebut. Kasih menjaga bukunya dengan baik sekali.

Hud menatap lama buku tersebut. Rasa ingin tahu isi dalam semakin menebal. Tiba-tiba , beberapa keping gambar Hud terkeluar dari buku tersebut. Berkerut dahi Hud menatap gambar-gambar tersebut.

"Sejak bila dia ambil gambar aku senyap-senyap ?”

Tanpa berfikir panjang , Hud membuka muka surat pertama.

"Ini diari Kasih Arryanna. Jangan sesiapa pun buka dan baca ! Nanti Kasih marah ! Hehe :3”.

Hud tersenyum kecil. Diselak muka surat seterusnya.

16 Mei 2021

"Hi diari ! Maaf Kasih terlupa hari apa . Tapi Kasih nak bagitahu awak sesuatu. Tadi Kasih ada jumpa dengan sorang mamat ni tau. Hensem tu memang hensem. Comel wey ! Mata pun cute ! Tapi dia tu nampak macam sombong je. Berlagak pula tu. Kalau la tak ramai orang masa tu , Kasih dah tarik rambut dia tau ! Biar dia sakit. Siapa suruh sombong sangat heh ! Kulit hitam manis. Dia tak macam Kasih. Kasih putih hshshshs. Bila first tima Kasih jumpa dia , Kasih teringin sangat nak jumpa dia lagi sekali. Itupun kalau ada rezeki hahaha. Insyallah. Okla diari. Itu je Kasih nak cakap. See you soon ! Goodnight kesayangan !”

Hud tergelak kecil. Diselak muka surat seterusnya.

18 Mei 2021

"Ha ! Bertemu kembali kita wahai diari ! So today Kasih cuma nak bagitahu yang pagi tadi masa nak hantar barang dekat satu rumah besar ni au. Memang besar au ! Jeles i hehe. Gurau je. Kasih terjumpa orang yang Kasih jumpa haritu. Entah la nama apa. I dont know ! yang Kasih kata sombong tu hehe. Dia baik la juga. Tapi dia memang hensem . Ok tu je nak cakap HAHHAAHSH . Bubye ! Goodnight kesayangan !”

Hud jadi teringat kali kedua mereka berjumpa. Memang kelakar kalau ingat semula. Hud malas mahu membaca yang seterusnya. Terus diskip sampai muka surat akhir.

17 Ogos 2021

"Hi Assalammualaikum wahai diari ku. Harini Kasih ada benda nak luahkan. Terlalu perit untuk Kasih terima. Terlalu perit untuk Kasih hadap semua ni. Sorang-sorang pula tu. Kasih dah banyak bersabar dengan semua orang. Penat tau. Penat Kasih nak jaga hati semua orang. Termasuk hati suami Kasih. Ya maybe dia tak anggap Kasih ni isteri dia tapi walau apa pun yang terjadi , dia la suami Kasih. HUD IZHAM ,suami Kasih yang Kasih sayang dan cinta. Harini dia halau Kasih depan semua orang. Apabila mulut puaka membuat fitnah , maka terjadilah benda yang tidak diingini. Kasih cuba buat dia percayakan Kasih , tapi siapala Kasih kan ? Dia mana pernah percayakan Kasih. Dia terlalu bencikan Kasih. Tapi Kasih langsung tak kisah. Walaupun dia bencikan Kasih , Kasih tetapkan sayangkan dia. Cintakan dia. Jangan terlalu benci , nanti jatuh cinta juga hehe”.

"Setiap hari Kasih berdoa supaya Iz terima Kasih sebagai isteri dalam hidup dia. Biarla bonda nak benci Kasih , jangan Iz benci Kasih. Kasih taknak suami Kasih sendiri benci Kasih. Sepatutnya suami yang melindungi isteri tapi ni terbalik HAHA. Tapi takpela. Daripada kecil lagi , Kasih dah pandai berdikari. Memang daripada dulu semua benda Kasih buat sendiri. Mana pernah ada orang tolong. Kasih dah lali dengan mulut-mulut puaka yang menghina , menfitnah Kasih. Ya memang Kasih hanya tahu menangis sebab perempuan ni hati dia lembut. Hati dia tisu. Cepat menangis dan terasa. Kasih takkan tunjuk dekat orang luar sana yang hidup Kasih ni derita. Tak macam orang lain. Depan orang kita ceria , tapi belakang hanya Allah dan diri sendiri yang tahu”.

Hud terdiam seribu bahasa apabila membaca semua luahan Kasih. Ya dia akui , dia salah. Dia tidak kisah jika Kasih mahu menghukumnya atau memakinya semula , asalkan Kasih memaafkannya. Itu sudah cukup. Bergenang kolam mata Hud membaca ayat yang ditulis Kasih. Begitu tulus cinta Kasih . Hud juga ada hati dan perasaan. Dia turut sedih dengan semua yang berlaku pada Kasih. Baginya itu semua berpunca daripadanya. Setitis demi setitis air mata nya jatuh ke buku. Kepala didongak ke atas. Mata dipejam rapat. Dia cuba mencari ketenangan. Lama kelamaan , matanya mula layu. Hud tidur ditemani air mata .

Huhu sorry lambat pub. Lupa nak pub pagi tadi hehe. Ok happy reading. Kalau saya typo , tolong tegur eh . Komen >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience