KCK 39 - CEK

Romance Series 24009

KASIH berjalan perlahan menuju semula ke biliknya. Terlalu banyak benda yang perlu dia fikir. Dia takut lelaki misteri itu mungkir janji dan cuba menipunya.

Perlahan-lahan Kasih membuka pintu bilik Hud. Kasih melangkah ke arah Hud yang sedang tidur di sofa.

"Selalu tak selimut. Lepastu demam nanti macamna. Siapa yang susah”. Bebel Kasih sambil berjalan ke almari untuk mengambil selimut .

Kasih menghampiri Hud semula. Diselimutkan Hud perlahan-lahan agar Hud tidak sedar. Kasih menatap wajah tampan Hud. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana hidupnya tanpa Hud walaupun lelaki itu melayani dirinya dengan dingin sekali.

Kasih duduk melutut . Tanpa sedar , air matanya mengalir.

"Saya minta maaf , Iz. Saya tahu saya dah buat salah. Saya guna cek tu tanpa izin awak. Tanpa pengetahuan awak. Saya sedar kesilapan saya selama ni. Saya tak faham , kenapa awak terlalu bencikan saya. Mungkin awak ada sebab yang saya tak tahu dan semua orang tak tahu. Saya harap sangat suatu hari nanti , awak akan terima saya. Saya takut... saya takut saya tak sempat bahagia bersama awak. Saya takut...saya takut saya tak dapat dan tak sempat dengar awak ucapkan kata cinta pada saya”. Bergetar suaranya mengungkapkan dua ayat terakhir. Makin laju air mata Kasih mengalir. Dia menyeka kasar air matanya namun tetap mengalir.

"I love you , Iz”.
. .
. .
HUD berjalan menuruni tangga bersama wajahnya yang dingin. Pembantu-pembantu yang lalu di hadapan Hud hanya memberikan senyum dan Hud hanya mengangguk. Tiba-tiba dia jadi tertarik dengan hiasan-hiasan yang berada di seluruh sudut rumah.

Saat dia leka dengan hiasan-hiasan di rumah ini , matanya terhenti di susuk tubuh yang sedang berdiri di tangga.

Matanya tidak berkedip memandang Kasih. Tidak dinafikan , dia juga turut suka dengan penampilan Kasih pada malam ini. Cantik. Sangat cantik. Itu sahaja yang dia dapat ungkapkan.

Perlahan-lahan Kasih menuruni tangga. Diramas jari-jemarinya. Perasaan gementar sentiasa berada di dalam diri Kasih Arryanna.

Sampai sahaja Kasih di hadapan Hud , mereka menatap muka masing-masing. Hud memandang Kasih bersama senyuman kecil di bibir manakala Kasih...

"Saya minta maaf , Iz. Saya harap sangat yang awak tak akan marah apabila awak tahu tentang cek tersebut. Tolong sedar Iz , yang saya terlalu cintakan awak”. Bisik hati Kasih. Dia hanya dapat ungkapkan semua itu di dalam hatinya. Mana mungkin dia berterus terang dengan Hud.

Hampir lima minit mereka bertentangan mata.

"Pakcik dengan makcik ni dah kenapa ?” Bercekak pinggang Aqif memandang Kasih dan Hud.

Hud mengangkat tubuh kecil Aqif pergi dari situ meninggalkan Kasih yang masih diam.

**********

Sejak tadi , Angela mencari ahli keluarganya. Seorang pun tiada dengannya. Adela turut menghilang.

Angela menuruni tangga. Angela tergamam melihat seluruh ahli keluarganya memandang tajam ke arahnya.

"Kenapa diorang pandang aku macamtu ? Jangan - jangan diorang dah tahu tentang video tu ?!” Angela menahan tangisannya. Matanya juga sudah merah.

"Gela , kitaorang gurau jela !” Terkejut Angela mendengar jeritan Datin Mariam. Mereka di situ tergelak melihat reaksi Angela. Angela yang tersedar juga turut tergelak. Tapi dalam hatinya , hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saat ini.

Angela menghampiri ahli keluarganya. Hud mencium dahi adiknya itu.

"Adik abang dah nak kahwin”. Kata Hud dengan nada sebak dan bergetar.

"Abang jangan sedih. Gela akan sentiasa datang sini”. Angela mengesat air mata Hud yang mengalir.

Hud tersenyum.

Datin Mariam dan Puan Medina turut gembira yang Angela akan berkahwin sebentar lagi. Mereka memeluk tubuh Angela.

Angela melepaskan pelukannya. Dia menghampiri Kasih.

"Jangan risau. Tiada siapa akan tahu tentang tu. Jangan sedih-sedih . Hari bahagia Angela kan harini. Senyum , my dear”. Kasih berkata perlahan . Dia tersenyum manis.

Ya. Dia sendiri akan pastikan , tiada siapa akan tahu tentang video tu !

••••••••

Telefon Hud berdering. Dia menyeluk poketnya . Tertera nama 'HAFIZ’ pembantunya . Hud meminta diri untuk menjawab panggilan telefon.

Hud menjawab panggilan Hafiz.

"Ada apa Hafiz ?” Tanya Hud dengan serius.

"Encik Hud , Kasih Arryana telah mengeluarkan RM 100k dari akaun , Encik Hud”. Kata Hafiz

Membulat sempurna mata Hud. Dia mengepal penumbuknya.

Hud toleh ke belakang. Dia memandang tajam Kasih yang sedang berbual dengan Angela. Hud terus mematikan talian. Dia memejamkan matanya , menahan marah.
Langkah terus dibuka menuju ke Kasih.

"Kasih”. Panggil Hud dengan keras.

Kasih toleh.

"Ya ?” Kasih menayang wajah tenang.

"Saya perlu bercakap dengan awak...sekarang”. Mendatar , keras sekali suara Hud. Kasih menelan liurnya. Iz dah dapat tahu tentang cek tu ?

Kolam mata Kasih bergenang. Takut-takut dia memandang Hud.

"Ki..kita..kita bercakap lain..ka..kali”. Gagap Kasih memberitahu Hud.

"Why ?!” Hud menjerit kecil. Sedaya upaya menahan dirinya dari memarahi Kasih.

"Awak sendiri yang bagitahu saya yang harini hari penting adik awak. Dan awak taknak rosakkannya”. Kasih cuba berlagak tenang. Tapi dalam hatinya , sudah gundah gulana memikirkan nasibnya selepas ini.

Hud terdiam.

"Jadi , kita akan bincang selepas majlis pernikahan”. Tenang sahaja Kasih berbicara.

Hud menghela nafas kasar.

"Baik. Habis sahaja majlis ni , saya nak bercakap dengan awak”.

Kasih mengangguk kecil.

Tajam anak mata Hud menikam anak mata Kasih.

Gulp !

Tertelan air liur Kasih melihat tatapan tajam itu. Tiba-tiba secara tidak sengaja , mata Kasih bertembung dengan Faris yang berada tidak jauh daripadanya. Lelaki itu hanya tersenyum sinis dan mengejek dirinya. Kasih hanya mampu menunduk sambil meramas jari-jemarinya.

"Zafril Arman bt Abdullah”.

"Saya”. Sahut Zafril.

"Aku nikahkan dikau dengan Angela Maisarah binti Megat Rizalman dengan mas kahwinnya 1 ribu ringgit tunai”. Ucap tok kadi.

"Aku terima nikahnya Angela Maisarah binti Megat Rizalman dengan mas kahwinnya 1 ribu ringgit tunai”. Zafril melafazkan akad nikah dengan lancar sekali.

"Sah ?”

"Sah !”

“Alhamdulillah !” Ucap semua tetamu yang berada di situ.

Datin Mariam dan Puan Medina memeluk Angela. Kasih memeluk Adela bersama air mata gembira. Ya , dia terlalu gembira. Hud yang duduk di sebelah Zafril tersenyum juga. Dia gembira melihat adik perempuannya sudah berkahwin.

"STOP !”

Omg siapa yang datang tu ?? Hehe >_< Tajuk harini berkenaan cek tu . Ha korang rasa Hud dah tahu ke tentang cek tu ? Do comment ! Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience