KCK 11 - MAKAN BANYAK

Romance Series 24009

“Argh”. Kasih jerit perlahan. Rasa sakit di dahinya. Jeritan kecil Kasih menyedarkan Hud yang sedang tidur.

“Kasih ? Awak dah sedar ?”. Hud bertanya. Dia pelik kerana Kasih tidak membalas pertanyaannya malah dia makin mengesot ke belakang dengan wajah yang ketakutan.

“Kasih ?”.

“Arggghh !”. Hud menyambut Kasih yang hampir hendak terhantuk ke kepala katil. Kasih memejam matanya. Hud hanya tenung wajah Kasih. Perlahan-lahan Kasih membuka matanya. Anak mata Kasih bertembung dengan anak mata Hud. Hud hendak membaringkan tubuh badan Kasih. Belum sempat Hud hendak membaringkan tubuh badan Kasih , Hud tersentak tiba-tiba sahaja Kasih memegang tangannya.

Kasih merenung mata Hud dan Hud merenung mata Kasih. Tiada langsung senyuman di bibir masing-masing. Mereka ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Bibir Hud makin hampir dengan bibir mungil Kasih.

“Pakcik , makcik ?”. Hud dan Kasih tersentak.
Hud terus bangun dan berdiri sebelah katil.

“Aqif , aa..ad..ada apa ?”. Gagap Hud bertanya. Kasih tersipu malu di atas katil. Merah wajah dia tika ini.

“Sekarang pakcik dah berubah. Taknak main dah dengan Aqif. Selalu duduk dengan makcik dalam bilik”. Aqif berkata dengan nada merajuk.

“Makcik tak sihat la aqif. Nanti pakcik turun kita main ok”. Pujuk Hud. “Okay !”. Aqif balas ceria. Dia terus keluar dari situ.

“Sorry”. Kasih meramas jari jemarinya. Dia genggam tangannya erat. Dia berasa malu dan kekok bila berdua-duaan dengan Hud.

“Awak okay ?”.

“Ok”. Sepatah Kasih menjawab. Aik ?Selalunya cakap banyak ni sepatah je ?

“Saya minta maaf pasal semalam”. Ringan saja mulut Hud meminta maaf. Yela salah dia sampai Kasih jadi begini.

“Tak apa. Saya faham”. Kasih tersenyum. Hud terpegun melihat senyuman Kasih dan dia seperti terkejut dengan jawapan Kasih. Dah luka teruk , boleh dia maafkan aku ?

“Awak ada nak apa-apa ? Minta je , saya akam tunaikan untuk tebus kesalahan saya”. Kasih hanya menunduk sambil memikirkan permintaannya.

“Tiga perkara”. Wajah Hud berubah tegang. Dia tahu permintaan Kasih. Duit. Macam dia tak tahu Ibu Kasih mata duitan. Anak dengan ibu sama je. Mata duitan.

Kasih perasan akan perubahan wajah Hud , terus dia luahkan apa yang dia nak.

“Pertama , awak kena minta maaf dengan saya sambil buat muka comel. Yang kedua , awak kena cakap Kasih Arryanna paling cantik dan paling comel dekat dunia ni dan yang ketiga...”. Ayat Kasih terhenti di situ. Dia tahu yang ketiga ini , Hud takkan sesekali buat.

Hud memandang Kasih. Dia tersenyum dengan permintaan Kasih.

“Nonsense “. Kasih terlopong. Tadi kata nak tunaikan permintaan dia.

“Awak ada nak makan apa-apa ?”. Datar saja nada suara Hud bertanya.

“Erm..boleh ke ?”. Hud mengangguk kecil.
Kasih tersenyum gembira.

“Kalau macamtu , saya nak nasi goreng , nasi kukus , kuih seri muka , aiskrim rama-rama , spaghetti carbonara , air sirap bandung dan air milo ais”. Tersenyum gembira Kasih memesan makanan-makanan tersebut. Dia dah lama tak makan makanan kegemarannya. Jadi ini la masanya untuk dia makan semua tu. Peluang kot , rugi kalau tak guna baik-baik.

Mulut Hud ternganga kecil. Dia memandang Kasih dengan pelik. Badan kecik makan banyak ?!

“Boleh tak ?”.

“Err , b..boleh boleh”. Kasih sudah tersenyum gembira sambil menepuk tangan seperti kanak-kanak riang.

Hud tidak sangka ada perempuan seperti Kasih. Dahla cakap banyak , makan pun banyak ?! Haih..

Kasih kasih

Share this novel

imxnnasuha_
2021-05-23 16:26:31 

Best


NovelPlus Premium

The best ads free experience