KCK 32 - IMPIAN

Romance Series 24009

KCK 32 - IMPIAN

LANGKAH Kasih menuju ke bilik air yang berada di dalam bilik Angela dan Adela. Tuala dicapai lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia menyangkut tuala tersebut di tempat penyangkut. Kemudian , dia berlalu ke mangkuk singki.

“Apa yang aku boleh buat untuk bantu Angela ?”. Gumam Kasih.

“Orang misteri itu betul betul sudah melampau. Berani dia ugut Angela sampai macam tu sekali”.

FLASHBACK

“Tell me , dear. What’s wrong ? Apa yang dia nak ?”. Desak Kasih. Dia perlu tahu dan dia berhak tahu walaupun Angela tidak mahu memberitahunya.

“Dia..di..dia nak 100 ribu secepat..yang mungkin. Kalau dalam masa seminggu ni dia tak dapat 100ribu tu , dia tak akan teragak-agak untuk sebarkan... video tu !”. Teresak-esak Angela menangis dalam dakapan Kasih.

“Angela , listen to me ! Kan akak dah janji nak tolong Angela selesaikan masalah ni ?! “. Melihat Angela yang tidak berhenti menangis , membuatkan Kasih makin bingung.

“I wil help you , Angela. Percayala , dalam minggu ni akak akan settlekan”. Tutur Kasih dengan lembut. Angela terus terdiam dan berhenti menangis. Dia mengangkat wajahnya memadang Kasih.

“How ?”. Kasih hanya tersenyum nipis. Melihat senyuman Kasih , Angela masih tertanya-tanya. Tapi dia hanya biarkan. Walaupun rasa ingin tahu itu ada.

Tak apa la. Yang penting Kak Yana nak tolong. Bisik hati Angela.

‘Just trust me. Insyaallah , i will help you’
. .
. “Bila kita nak pergi ni pakcik ? Dah lama Aqif tunggu”. Aqif buat muka merajuk. Perlahan-lahan Hud tunduk bertinggung di hadapan Aqif.

“Tunggu nenda dengan bonda siap okay ? Lepastu kita pergi. Ni pakcik nak pergi tengok kak gela dengan kak dela dah siap ke belum. Stay here okay”. Aqif mengangguk.

Hud membuka langkah menuju ke bilik Adela dan Angela. Belum sempat dia hendak membuka pintu , pintu tersebut sudah dibuka.

Terperanjat Datin Mariam melihat Hud tiba-tiba berada di hadapan pintu.

“Kamu buat apa dekat sini ? Aqif mana ?”.
Tanya Datin Mariam.

“Dia ada dekat bawah. Tengah tunggu kita semua. Nenda dah siap ? Nenda buat apa dekat sini ? Dela dengan gela mana ?”.

“Banyak betul soalan. Satu satu la”. Hud tersengih sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.

“Adela dengan Angela pergi panggil bonda. Ni nenda nak tengok bilik ni dah tutup suis lampu kipas ke belum. Katil dah kemas ke belum. Tu je”. Hud membuat bentuk O di bibirnya.

“Hrm dah la tu nenda. Jom la kita pergi”.
Ajak Hud.

“Ha jom. Yana jom”. Terkedu Hud mendengar nama tersebut. Dia berpaling memandang Datin Mariam.

Wajah Hud berubah melihat Kasih berada di sebelah Datin Mariam. Hanya satu soalan. Kenapa dia boleh berada di sini ?!

Takut-takut Kasih mengangkat wajahnya. Dia meramas-ramas jari jemarinya. Wajah beku Hud dipandang sekilas lalu tunduk menekur lantai semula.

Hud memandang Kasih dengan wajah yang tegang. Datin Mariam di sebelah hanya menggeleng kepala.

“Dah , dah. Jom cepat. Nanti lambat pulak. Ha yana jom”. Datin Mariam menarik tangan Kasih meninggalkan Hud yang masih dengan wajah tegangnya.
. .
. .
TIBA sahaja di destinasi yang mereka tuju , mereka semua terus masuk ke dalam chalet masing-masing.

‘Adela , Aqif dan Angela satu bilik. Bonda dan nenda satu bilik. Aku dengan iz ? Dia okay ke ?’

Tanpa mempedulikan Kasih , Hud terus mengangkat begnya dan masuk ke dalam chaletnya. Kasih yang perasan akan itu hanya berdiam diri.

Hud menghempas pintu dengan kuat. Terjongket bahu Kasih mendengar hempasan yang kuat itu.

Kasih meletakkan begnya di atas kerusi yang berada di luar chaletnya. Dia terus berlalu ke arah pantai. Menghirup udara segar di pantai sudah lama dia impikan.

"Tuna Bay Island Resort”. Kasih tersenyum. Pantai ni. Ya sudah lama dia impikan untuk datangkan ke sini. Hanya dapat lihat dalam gambar. Tiba-tiba dia teringatkan masa lalu.

FLASHBACK

“Kau betul tak nak ikut kitaorang ?”. Tanya Bella.

Kasih menggeleng. “ takpela. You should spend time with your family. Aku takyah ikut takpe”. Kasih tersenyum.

“Tapikan tempat yang kitaorang nak pergi ni , tempat yang kau impikan selama ni , Kasih”.
Suara Bella bertukar serius. Daripada kecil , Kasih tidak pernah berhenti cakap nak pergi Tuna Bay Island Resort.

“Bella , insyaallah suatu hari nanti , aku pasti aku akan dapat jejakkan kaki aku kesana”.

END FLASHBACK

"Dan harini , aku dah jejak kaki ke sini”. Kasih berkata seorang diri.

Ibunya tidak pernah bawa dia keluar berjalan-jalan. Ibunya hanya harapkan mak bapak Bella bawa mereka keluar membeli belah. Dan masa itu juga la , ibunya akan minta beli gelang emas yang harga beribu-ribu. Aku yang segan hanya berdiam diri. Aku dapat lihat wajah mak bapak Bella yang berubah apabila ibu aku minta gelang emas. Tapi akhirnya mereka tunaikan juga.

“Tempat ni tempat yang aku impikan selama ni. Aku berharap yang aku akan mandi manda dekat pantai di sini. Dan hari ini Allah tunaikan impian aku. Aku bersyukur sangat”.

************

PADA waktu malam , mereka semua bercadang untuk buat BBQ. Hud sedang membakar kambing dan ayam manakala yang lain hanya duduk dan berbual.

"Makcik”. Panggil Aqif. Kasih tersedar dari lamunannya. Dia menepuk pahanya memberi isyarat pada Aqif untuk duduk di atas pehanya.

“Kenapa Aqif ?”. Tanya Kasih.

“Kenapa makcik selalu termenung ? Makcik tak sihat ke ? Kalau makcik tak sihat , Aqif boleh jaga makcik”. Tanya Aqif prihatin.

“Tak la. I’m okay. Cuma penat sikit”. Jawab Kasih bersama senyuman yang tipis.

“Aqif seronok datang sini ?”.

“Seronok ! Aqif boleh jalan-jalan dengan pakcik , dengan keluarga ni la ! Yang paling best , sebab makcik ada sekali”.

Kasih tersenyum melihat gelagat Aqif yang sangat comel.

“Tapi , mama dengan papa tak ada dengan Aqif”. Perlahan Aqif berkata. Senyuman juga sudah tiada di bibirnya. Aqif hanya menunduk memandang pasir.

Wajah Kasih juga turut berubah. Tiba-tiba dia berasa kasihan dengan Aqif. Dibesarkan tanpa ibu bapa. Dibesarkan tanpa kasih sayang ibu bapa. Aqif masih kecil ketika ibu bapanya dijemput ilahi.

Dia membelai rambut Aqif. “Aqif sabar ye sayang. Walaupun mama dengan papa Aqif dah tak ada , tapi Aqif masih ada nenda , bonda , kak dela , kak gela , pakcik Hud dan makcik. Dont be sad sayang. Ada sebab kenapa Allah ambil mama papa Aqif dari Aqif. Sebab Allah lebih sayangkan mama papa Aqif. Aqif nak kan Allah lebih sayangkan mama papa Aqif ?”

Aqif mengangguk laju.

“Ha jadi biar mama papa Aqif tenang dekat sana. Yang penting sekarang , Aqif kena sentiasa doakan mama papa Aqif. Jadi anak soleh ya sayang. Insyallah , kami semua yang berada dekat dengan Aqif akan sentiasa bahagiakan Aqif. Bukan dengan wang ringgit tapi dengan kasih sayang”. Panjang lebar Kasih memujuk Aqif. Aqif yang mendengar makin tenang. Dia memeluk Kasih.

Hud yang berada tidak jauh hanya memerhatikan mereka. Dia senang hati dengan cara Kasih memujuk dan menenangkan Aqif. Dia pun tak boleh buat macamtu. Ya , selama ni kalau dia nak pujuk Aqif supaya tidak menangis , dia akan memberikan Aqif barang-barang yang mewah. Dia tidak pernah memujuk Aqif dengan kata-kata , tapi hanya dengan membeli barang mainan kepada Aqif. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.

“Aqif sayang makcik”. Ucap Aqif dengan memeluk Kasih lebih erat.

“Makcik pun sayang Aqif”.

Korang rasa ok tak kalau Lily matikan watak Kasih ? Korang komen pendapat korang okay ? Love you guys ! ^-^ Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience