KCK 16 - SAYANG ?

Romance Series 24009

Hud sekeluarga duduk di sisi Kasih. Air mata Hud tak berhenti mengalir. Dia terlalu sakit hati melihat Kasih dalam keadaan seperti ini. Hud setia di sisi Kasih. Dia memegang erat tangan Kasih.

“Hud , sabar ye”. Datin Mariam cuba memujuk Hud. Dari tadi , Hud masih tidak bercakap dengan mereka semua. Datin Mariam turut terkejut dengan berita yang disampai oleh Hud. Dia hanya mengatakan Kasih ditikam oleh Hisyam. Itu sahaja. Selebihnya , Hud tidak menjawab. Mereka keluar dari bilik Hud meninggalkan Hud dan Datin Mariam sahaja. Dari dulu , hanya Datin Mariam yang jadi pendengar masalahnya.

“Ini semua salah Hud , nenda”. Kata Hud dengan perlahan. Dia sudah merawat perut Kasih yang ditikam.

“Kenapa sampai jadi macam ni Hud ?”. Datin Mariam sebak melihat keadaan cucu dan cucu menantunya itu.

“Ni semua salah Hisyam , nenda. Hisyam nak tikam Hud tapi Kasih selamatkan Hud dan...”. Hud tidak dapat menghabiskan ayatnya. Datin Mariam terkejut dengan tindakan Hisyam yang semakin melampau. Dia turut terkejut dengan tindakan Kasih menyelamatkan Hud dari ditikam. Begitu baik hati Kasih .

“Hud , sudahla tu. Ada hikmah semua ni berlaku. Hud tak perlu rasa bersalah sampai macamni sekali. Kalau Yana tahu , pasti dia turut sedih. Dia tak suka lihat Hud dalam keadaan sedih macamni. Nenda turun dulu ye”. Datin Mariam melangkah keluar dari bilik Hud. Hud terus bangkit dari situ. Diseka kasar air matanya. Tangan mereka setia bersatu.

“Iz”. Hud terkaku. Dia memandang tangannya dan Kasih. Kasih menggenggam tangan Hud. Hud terus duduk di tepi Kasih dan memandang tepat anak mata Kasih.

“Saya..dekat...mana ?”. Tanya Kasih perlahan. Dia masih berasa sakit.

“Kita ada dekat rumah. Awak masih belum sihat”. Kata Hud dengan lembut. Kasih mengerut dahinya. Rasa sakit di perut terlalu pedih.

“Saya nak makan. Saya lapar”. Kasih membuat muka comel. Sakit sakit juga , makan jangan lupa.

“Ok awak nak makan apa ? Saya masak”. Hud berkata sambil membelai rambut Kasih .
Kasih terdiam. Kenapa tiba-tiba sweet pulak ni ?

“Saya nak bangun”.

“Eh nanti sakit macam mane ?”.
Kasih bangun perlahan-lahan dari baring. Dia sudah penat baring , jadi dia mahu duduk.

“Masih rasa sakit di perut ?”.

“Sikit. Dah la tu. tadi kata nak masak untuk saya ? Cepat lah sikit. Saya lapar sangat ni. Awak tak kesian dekat saya ke ? Saya dari semalam tak makan au. Ok saya nak nasi lemak , spagetti carbonara , puding dengan air milo ais”. Lancar Kasih bercakap. Tiada yang gagap. Hud ternganga. Dahla cakap banyak , pastu makan pun banyak ?

“No. Makan bubur. Saya buatkan”. Tegas Hud berkata. Kasih muncungkan mulutnya.

“Yela yela”. Akhirnya Kasih mengalah. Tangan disilangkan.

“Barula saya sayang”. Kasih terdiam. Walaupun Hud berkata perlahan , namun dia masih boleh dengar. Hud menekup mulutnya. Dia terlepas cakap !

“Okla , Saya pergi dulu”. Laju Hud berlari meninggalkan Kasih di dalam bilik.

“Dia sayang aku ?”. Gumam Kasih perlahan.
. .
. Dua hari berlalu , luka Kasih makin sembuh. Hud menjaganya dengan baik sekali. Dapat dia rasa kasih sayang dari Hud. Walaupun Hud membencinya , langsung tak anggap dia isteri , Kasih redha. Mungkin Hud jodohnya hanya sementara ?

Kasih turun hendak ke ruang tamu. Dia melihat Datin Mariam dan Puan Medina seperit berbincang sesuatu.

“Assalammualaikum nenda , bonda”. Kasih senyum ceria menyapa dua insan di hadapannya. Datin Mariam menjawab salamnya sambil tersenyum manakala Puan Medina menayangkan wajah dinginnya sambil berkata....

“Siapa bonda kau ?! Aku bukan bonda kau ! Aku bukan mak mertua kau ! Aku jijik tengok muka kau ! Anak aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa ! Bukan sebab sayang ke cinta ke apa ! So , stop calling me BONDA !”.
Kasih terdiam. Dia mengalirkan air matanya. Dia tidak tahu hendak buat apa sampai Puan Medina terimanya sebagai menantu.

“Medina ! Stop talking nonsense !”.

“Mak ! Ina tak boleh terima dia ni sebagai menantu dalam rumah ni ! Hanya Nurul !
Faham ? Hanya Nurul !!”. Tegas Puan Medina berkata. “Mulai harini , jangan jejakkan kaki lagi dekat sini ! Aku taknak tengok muka kau !”.

“Apa maksud bonda ?”. Kasih mengangkat wajahnya memandang Puan Medina.

“Aku nak kau keluar dari sini !”.
Pantas Puan Medina menarik lengan Kasih dan mengheretnya ke pintu . Kasih menjerit kecil minta dilepaskan. Pergelangan tangannya berasa sakit ditarik Puan Medina.

“Ina ! Ina !! Medina !!”. Bergenang kolam mata Datin Mariam melihat sikap menantunya itu.

Puan Medina menolak kasar tubuh Kasih untuk keluar dari situ. Pintu ditutup kuat. Kasih menjerit kecil apabila jarinya terkena pintu yang ditutup kuat oleh Puan Medina itu.

“Ina apa kamu buat ni ?!”. Datin Mariam menuju ke Puan Medina. Dia menangis melihat Kasih dihalau sebegitu. Gadis itu masih sakit.

“Mak ! Biar dia ! Ina tak suka tengok muka dia dalam rumah ni !”. Puan Medina berjalan laju meninggalkan Datin Mariam di situ. Puan Medina berasa gembira apabila Kasih sudah keluar dari rumah ini. Dia harus bersiap. Sekejap lagi , bakal besannya akan datang ke sini. Angela akan berkahwin dengan pilihan hatinya.

Maaf ye kalau bosan hambar. Maaf juga kalau ada salah silap tatabahasa ke apa ke. Saya baru belajar. Dan saya hanya mencuba hehe. Maaf juga kalau typo. Biasalah typo itu hobi saya ahak >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience