KCK 43 - LAMARAN DITOLAK

Romance Series 24009

KCK 43 - LAMARAN DITOLAK

JARI ditenung dengan padangan kosong. Walaupun dia sudah berkahwin , dia tidak pernah memakai sebarang barang kemas termasuk cincin. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian Firash melamarnya semalam.

IMBAS KEMBALI...

"Sudi tak Kasih jadi isteri abang lepas bercerai dengan Hud ?”

Kasih diam.

"Kasih... ? Jawab”. Gesa Firash. Apa yang dia tahu dia mahu jadikan Kasih isterinya.

"Kasih...”.

Diam.

"Kasih tak setuju”.

Jawapan Kasih mengecewakan Firash. Terlalu kecewa. Cinta pertamanya , Kasih Arryanna. Menolak lamarannya.

Firash tertunduk kecewa. Dia melempar padangannya ke luar tingkap.

"Abang , please. Kasih dah anggap abang macam abang kandung sendiri. Tak lebih dari tu”.

"Abang please faham”. Kasih menyandarkan kepalanya di kepala kerusi kereta. Dia memejam matanya sejenak . Dia ingat Firash datang di saat dia sedih untuk mengurangkan kesedihannya. Tapi sekarang lain. Makin bagi dia serabut.

"Keluar daripada kereta sekarang”.

Kasih memandang Firash.

"Abang ?”

"Keluar daripada kereta aku sekarang !” Jerkah Firash.

"Abang...” Kasih seolah-olah tidak percaya dengan perubahan drastik Firash. Firash jadi seperti ini hanya kerana dia tidak menerima lamarannya.

"Fine. Kalau itu yang abang nak”. Kasih membuka pintu kereta. Dia keluar daripada kereta Firash.

"Sebelum Kasih pergi , Kasih nak minta maaf dengan abang. Maafkan segala kesalahan Kasih . Kasih tak tahu sampai bila Kasih akan bernafas”. Kata Kasih lalu terus menutup pintu kereta.

Firash terdiam. Apa maksud dia ?

Kata - kata Kasih diabaikan. Firash menghidupkan ejen kereta . Dia memandu laju pulang ke rumah.

Kasih menangis di dalam biliknya. Selepas satu-satu dia hilang. Kehilangan Hud , kehilangan keluarga Hud yang sangat dia sayang seperti keluarga sendiri dan sekarang... kehilangan Firash.

Semalam dia balik pada lewat malam. Nasib baik ibunya tidak perasan. Kalau tak , mesti banyak soalan yang diajukan. Kasih langsung tidak keluar daripada bilik. Makan tidak , mandi pun masih belum.

Tok tok tok !

Pintu bilik Kasih diketuk perlahan.

"Siapa tu ?”

"Ibu ni sayang”.

"Masuk la ibu”.

Puan Salmah melabuhkan punggungnya di sebelah Kasih.

"Yana kenapa ? Ada masalah ? Kenapa tiba-tiba balik sini ? Hud mana ?” Nah ! Kasih sudah dapat agak ! Pasti ibunya akan bertanya.

Keluhan berat dilepaskan. Kasih memandang wajah Puan Salmah. Rasa sedih kembali menerpa dirinya.Terus dia memeluk Puan Salmah. Dia menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya.

Berkerut dahi Puan Salmah. "Kenapa ni sayang ? Sayang cerita dekat ibu”.

"Iz...iz halau Yana”. Pecah tangisan Kasih. Dia menangis sepuas-puasnya.

"Ha ?! Apa ?!” Terkejut Puan Salmah . Sungguh dia tidak sangka. Dia mengetap bibir.

"Dia dah haramkan Yana jejakkan kaki ke rumah tu !”

"Astaghfirullahalazim”. Mengucap panjang Puan Salmah. Sampai begitu sekali Hud bencikan Kasih ?

"Dah sayang. Tak apa. Ibu ada ibu ada. Ibu akan sentiasa bersama Yana. Biar dia. Dia tak kenal siapa Yana”. Pujuk Puan Salmah bersungguh-sungguh.

Ya dia tahu semuanya berpunca daripada dia. Dia yang salah. Dia yang memfitnah Kasih sampai Hud membenci Kasih. Dia salah !

Lama Kasih diam.

"Ibu , kalau Yana dah tak ada nanti...tolong serahkan kepada Iz sampul surat yang ada dalam laci meja solek tu”. Kasih menyeka perlahan air matanya.

"Apa yang Yana merepek ni ? Yana nak pergi mana ?! Nak tinggalkan ibu ke ?!” Marah Puan Salmah.

"Semua orang akan mati ibu”.

"Yana !” Puan Salmah paling tak suka apabila Kasih asyik bercakap soal mati.

"Ibu... Yana nak bersendirian. Nanti Yana luangkan masa dengan ibu. Yana nak baring sekejap”.

"Ha tak apa sayang. Berehat la”.

Puan Salmah keluar daripada bilik Kasih. Kasih baring mengiring menghadap dinding. Dia memejamkan matanya. Air matanya juga sudah kering untuk menangis. Tiada guna kalau dia menangis. Sampai bila-bila Hud tak akan terimanya semula. Kebenaran takkan terbongkar. Dia akur dengan takdirnya. Dia redha. Dia terima.
. .
. .
HUD duduk termenung di sofa ruang tamu. Adela , Angela dan Aqif yang duduk di hadapannya tidak dipedulikan. Dari semalam dia tak dapat tidur dengan lena. Datin Mariam mendekati Hud yang sedang termenung. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Hud.

"Hud ni kenapa ? Termenung je”. Tegur Datin Mariam. Dia memandang Adela , Angela dan Aqif. Ketiga-tiga mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Datin Mariam mengeluh perlahan.

"Hud teringatkan Yana ?”

Senyuman sinis terukir di bibir Hud. "Buat apa nak teringatkan dia . Tak bermakna. Langsung tak bermakna. Dia bukan sesiapa dalam hidup Hud”. Dengan yakinnya , Hud berkata.

"Betul ?” Tanya Datin Mariam meminta kepastian.

"Nenda ni kenapa ? Kenapa nenda tak habis-habis cakap pasal perempuan tu ? Hud dah cakap banyak kali yang Hud tak cintakan dia ! Langsung tak !” Tegas Hud.

Datin Mariam tersenyum nipis.

"Tapi Hud bila masa nenda kata yang Hud cintakan Yana ?”

Terkelu lidah Hud. Dia terdiam seribu bahasa. Senyuman sinis yang diukir tadi mati serta-merta. Kadang-kadang Hud berfikir betul ke apa yang dia buat ? Betul ke yang dia tidak cintakan Kasih ? Betul ke selama ni dia langsung tak anggap Kasih sebagai isteri ?

Sorry pendek je hehe. Esok insyallah akan update lagi. Tak tahu lagi huhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience