KCK 12 - SUMBAT SELAGI BOLEH !

Romance Series 24009

Kasih membuka mata perlahan-lahan. Siling putih ditatap lama. Sudah tiga jam Kasih tidur. Kasih menoleh ke tepi. Hud tiada. Apa yang dia tahu , Hud tak akan pernah ada untuk dia. Kalau Hud rasa bersalah lagi lagi melibatkan Kasih , baru dia akan ambil tahu hal Kasih. Kasih mendengus perlahan. Rasa sakit di dahi tidak berkurang.

“Awak nak mandi ke ?”. Sergah Hud dari belakang.

“Weyy letup !”. Kasih melatah kuat. Hud terkejut. Ha fair and square , tadi Hud terkejutkan Kasih kali ni Kasih terkejutkan Hud.

“Erkk eem..saya taknak mandi. Masih sakit la.
Perlahan suara Kasih seperti minta simpati.

“Tak boleh. Awak kena mandi juga. Kalau awak tak mandi , lambat la awak sihat”.

“Tapi saya taknak mandi lagi. Dahi saya masih sakit. Lambat lagi nak baik. Awak jangan paksa saya , kalau tak sampai bila-bila saya takkan mandi. Dengar ni... saya takkan mandi lagi. Full stop !”. Tegas Kasih memberitahu Hud yang dia tidak mahu mandi sekarang.

“Okk.. saya tak paksa”. Hud mengalah. Ingat ke dah hilang “penyakit” talkative dia , rupanya belum. Kena hadap la Hud...
. .
. Kasih menuju ke ruangan makan. Semua ahli keluarga Hud ada di situ. Mereka semua tersenyum melihat Kasih di situ kecuali Puan Medina

“Yana , mari makan”. Pelawa Datin Mariam.

“Harini Dela and Gela masak nasi goreng campak-campak ! Your favourite right ?”. Kasih mengangguk sambil tersenyum gembira. Dah lama juga dia tak makan nasi goreng. Kasih terus mengambil tempat duduknya di sebelah Aqif.

Belum sempat Kasih hendak mencedok nasi goreng itu , Puan Medina tiba-tiba sahaja membaling makanan yang dia makan ke pinggannya. Semua yang berada di situ terkejut. Puan Medina mendengus kasar.
Puan Medina lantas bangun hendak meninggalkan ruangan tersebut. Kasih seperti tahu apa di dalam fikiran Puan Medina. Kasih terus bangun.

“Eh takpela. Yana dah makan. Korang semua makan la dulu”. Kasih tersenyum kelat.

“Bila kak Yana makan ?”. Tanya Angela. Pelik dengan kelakuan Kasih.

“Subuh tadi. Yana dah makan tadi. Korang makan la . Enjoy !”. Gembira sahaja riak wajah Kasih. Namun disebalik wajah yang gembira itu , Hud perasan kolam mata Kasih bergenang. Dia mahu menangis. Hud memandang wajah Kasih dan Puan Medina silih berganti. Kasih tidak mahu berlama di situ , terus angkat kaki beredar dari situ.
Hud berasa kesian dengan Kasih. Dia tahu Kasih menipu.

“Bonda”. Panggil Hud perlahan. Dia perlu bercakap lembut dengan bondanya. Bondanya pernah kemurungan dan hampir bunuh diri kerana walidnya. Walid Hud memang menyusahkan !

“Bonda , dulu bonda selalu cakap dengan Hud. Jangan tinggal ruangan makan sesuka hati. And now ? Bonda sendiri yang buat semua ni”. Hud berkata perlahan. Puan Medina melepaskan keluhan kasar.

“I don’t like her. I want her to get out from this house !”. Perlahan namun tegas Puan Medina berkata pada Hud. Hud hanya mengangguk perlahan. Takut disedari oleh ahli keluarganya yang lain.

************

“Lapar”. Kasih seperti mahu menangis sekarang kerana kelaparan. Dia mengusap perlahan perutnya. Boleh mati kelaparan macamni. Dia teringat ayat dia sebentar tadi.

‘Yana dah makan subuh tadi’.

“HAHAHAHAHAH”. Kasih ketawa agak kuat. Kasih Arryanna makan waktu subuh ? Bangun solat subuh pun liat ! Ada hati nak masak , pastu makan pulak waktu subuh. Lambertttt lagii !

Ketawa Kasih berhenti apabila teringatkan nasi goreng campak campak Adela tadi. Ibuuu tolonggg !!!

TOK TOK TOK !

Kasih terus bangun dari katil lalu membuka pintu. Kasih tiba-tiba terpegun melihat wajah Hud yang agak tampan. Adakah dia sudah jatuh cinta ? Ibuu ...anakmu sudah jatuh cintaa !!

“Ehem”. Hud berdehem melihat Kasih memandang wajahnya dengan mulutnya yang ternganga.

“Erk..ye ?”.

“Ni nasi goreng untuk awak”.

“Ouh terima kasih”. Tanpa banyak cakap , Kasih terus mengambil pinggan tersebut lalu duduk di lantai. Dia menyumbat nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Hud geleng kepalanya. Dia tahu cara Kasih makan bagaimana. Sumbat selagi boleh !

Uuu akhirnya updated jugak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience