KCK 44 - KEBENARAN

Romance Series 24009

KCK 44 - KEBENARAN

HUD mencapai telefonnya yang berdering di atas meja ruang tamu.

"Ye Hafiz”.

"Erk Encik Hud. Kita ada masalah. Ada seorang tetamu kata dia perlukan ganti rugi sebab barang dia hilang di restoran hotel kita. Tapi setelah cek cctv , memang tak ada sesiapa yang curiga. Jadi tetamu minta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu”. Terang Hafiz panjang lebar.

"Hrm bayar je”.

"Tapi , mahal sangat tu Encik Hud”.

"Aku kata bayar je Hafiz !” Hud menengking Hafiz . Dia terus mencampak telefonnya ke lantai . Habis pecah telefonnya.

Puan Medina dan Datin Mariam sedang duduk di sofa ruang tamu . Mereka berdua hanya berdiam diri. Hud menghampiri mereka.

Datin Mariam melepaskan keluhan berat.
Puan Medina memandang Datin Mariam .

"Kenapa dengan mak ni ? Kenapa mak tak habis-habis fikir pasal perempuan tu ? Kenapa mak suka sangat dengan dia ?!”
Geram Puan Medina apabila Datin Mariam tidak berhenti berfikir tentang Kasih.

"Kenapa kamu masih tak faham , Ina ? Yana tu penting dalam hidup Hud. Dia baik. Dia terlalu baik. Bukan macam perempuan-perempuan dekat luar sana”.

"Kamu dengar sini Hud. Hanya dia seorang yang faham kamu. Dia sanggup bahayakan nyawa dia semata-mata demi kamu. Dia selamatkan kamu daripada Hisyam. Selama ni kamu herdik dia , hina dia dan macam-macam lagi , dia tetap diam. Tak pernah lawan kamu. Tak pernah tengking kamu. Dia selamatkan Aqif . Takkan kamu masih tak nampak semua tu ?” Tambah Datin Mariam panjang lebar. Selama ni dia diam bukan bermakna dia sokong perbuatan Hud tetapi dia sudah lelah menasihati Hud. Hud hanya buat tidak endah sahaja.

Hud diam. Ya dia akui semua yang Datin Mariam tu benar. Tapi perasaan benci mengatasi segala-galanya.

"HUD IZHAM !” Jerit Puan Salmah.

Mereka berpusing memandang gerangan siapakah yang datang ke rumah mereka.

"Puan Salmah ?” Gumam Datin Mariam.

"Berani awak main masuk je rumah saya ! Siapa awak ni ?!” Puan Medina ketap bibir geram. Sesuka hati je masuk.

Hud kerut dahi. Kenapa dia datang ?

Puan Salmah memandang Puan Medina.

"Ibu kepada perempuan yang kamu semua halau !” Puan Salmah bersuara lantang.

Puan Medina terkedu. "Oh , Puan Salmah ?” Sinis Puan Medina.

"Pelayan kelab malam macam awak tak layak datang ke rumah orang ternama seperti kami”. Kata Puan Medina.

"Marah-marah macamni , tak baik la kakak”. Puan Salmah berpeluk tubuh.

Puan Medina terdiam. "Kenapa awak gelar saya macamtu ?” Soal Puan Medina dengan nada perlahan.

"Kenapa ? Terasa apabila ada ikatan dengan bekas pelayan macam saya ?” Puan Salmah berkata dengan nada mengejek.

"Kalau awak taknak ada ikatan apa - apa dengan saya , kenapa anak lelaki awak beria sangat nak kahwin dengan anak saya ?!” Tengking Puan Salmah.

"Hud Izham ! Kamu mari sini !” Hud hanya diam. Melihat kemarahan Puan Salmah membuatkan dia tidak berani keluarkan sepatah perkaatan.

"Kamu boleh nilai saya ! Kamu boleh nampak saya sebagai pelayan kelab malam tapi kamu tak boleh nampak hati bersih anak saya ?! “

"Baik awak keluar dari sini sebelum saya heret keluar ! “ Puan Medina cuba untuk menghalau Puan Salmah namun tidak berhasil.

"Keluar Puan Salmah !” Giliran Puan Medina menengking Puan Salmah.

"Bonda. Takpe”. Kata Hud. Dia mendekati Puan Salmah sambil berpeluk tubuh.

"Apa ibu buat dekat sini ?” Soal Hud dingin.

"Untuk jelaskan semua salah faham , Hud”.

Hud tersenyum sinis.

"Apa kamu fikir ? Kamu fikir yang Yana tak layak untuk kamu ? Tapi kamu nak tahu tak kebenaran dia ?”

Jeda seketika.

"Kamu , Hud izham. Kamu yang tak layan untuk dia !”

Hud memandang Puan Salmah.

"Kenapa kamu buat dia macam tu ?! Kamu kahwin dengan dia sebab kamu taknak maruah kamu sekeluarga jatuh ! Dan bila hasrat kamu dah tercapai , kamu halau dia tepi jalan ! And now ? Kamu halau dia sekali lagi !”

Turun naik dada Puan Salmah memarahi Hud.

"Dia tetap kembali kepada kamu walaupun kamu dah banyak kali sakitkan hati dia ! Tahu kenapa ?!”

"Ya . Sebab duit”. Jawab Hud selamba.

Puan Salmah ketawa kecil. "Anak saya tak pernah fikir tentang duit! Sikit pun tak pernah la Hud Izham ! Dia buat semua ni sebab...” Kata-kata Puan Salmah terhenti disitu.

"Sebab dia dah jatuh cinta dengan kamu”.

Ayat Puan Salmah membuatkan Hud terkedu. Dia tidak percaya yang Kasih menyimpan perasaan terhadapnya.

"Apa maksud ibu ?” Kedua tangan dijatuhkan di sisi.

"Jangan percaya cakap dia Hud !”. Puan Medina mencelah. Dia menarik lengan Hud .

"Dia seorang perempuan dan anak yang sangat baik. Tapi saya tak nampak semua tu. Kamu pun masih tak nampak kebaikan dia Hud”.

"Dan dia ada ibu seperti saya”. Puan Salmah mengurut dadanya. Dia terasa sesak nafas mahu menyambung ayatnya.

Hud fokus memandang Puan Salmah. Dia menunggu ayat seterusnya. Dia mahu tahu kebenaran.

"Yana sebenarnya tak tahu apa-apa tentang Aiman dan Faris. Dia tak tahu yang Aiman dan Faris dah berkahwin . Yana taknak pun kahwin dengan mereka berdua tapi saya yang paksa demi masa depan saya sendiri”.

Hud terkedu. Dia menggeleng laju tanda tidak percaya.

"Hari yang Yana pergi ke kelab malam tu saya yang paksa ! Saya kata kalau dia tak pergi , saya tak akan mengaku dia anak saya !” Pecah tangisan Puan Salmah. Dia bersalah dengan Kasih.

Terngiang-ngiang kata-kata hinaan yang dia lemparkan kepada Kasih dulu.

' Kau tak perlu berpura-pura lagi. Aku dah tahu ! Kau sebenarnya memang nak pergi ke kelab tu kan ?! Kau nak jual tubuh kau ?! Supaya kau dapat duit ! Kau dengan ibu kau sama je ! Sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit ! ‘

' Kau nak duit sangat kan ? Kau nak duit sangat kan ?!! '

' Nah ambil ‘.

Hud mencampak duit yang berjumlah RM 5ribu ke muka Kasih.

"Saya sengaja fitnah Yana sebab saya benci tengok dia sentiasa gembira walaupun orang benci dia. Sentiasa tersenyum walaupun ada 1001 kisah sedih dalam diri dia”.

"Saya menyesal dengan apa yang saya buat selama ni. Walaupun kadang-kadang saya layan dia macam nak tak nak , tapi dia sentiasa hormat saya. Akur arahan saya. Saya rasa sangat bersalah pada dia !”

Hud terkejut dengan kebenaran yang dibongkarkan oleh Puan Salmah. Dia mengetap bibir .

"Ya saya akui saya banyak lukakan hati dia. Saya sedar”. Puan Salmah tunduk. Cuba mencari kekuatan untuk menyambung kata-katanya.

"Kami anggap Yana seperti keluarga kami sendiri. Kami layan dia dengan penuh kasih sayang”. Datin Mariam mula bersuara.

"Tapi bila Yana sendiri yang mengaku segala-galanya...”. Belum sempat Datin Mariam menghabiskan ayatnya , Puan Salmah memotong.

"Dan awak percaya”. Datin Mariam memandang Puan Salmah.

"Awak nak tahu tak ? Kamu nak tahu tak Hud ? Yana sanggup buat apa sahaja demi seseorang yang dia sayang. Malah dia sanggup menipu. Dia sanggup menipu orang dekat luar sana semata-mata untuk mempertahankan saya “.

"Kenapa kamu semua percaya cakap dia ? Saya tak tahu apa yang dia cakap tapi apa yang saya yakin dan sangat pasti yang dia dah menipu kamu semua !”

Terkelu lidah Hud dan Datin Mariam.

"Saya cakap macamni sebab saya yang besarkan dia ! dan saya sangat tahu perangai dia”.

"Dia terlalu baik dengan saya tapi saya selalu layan dia dengan buruk. Allah anugerahkan anak yang sangat baik untuk saya tapi saya sia-siakan. Mak ayah dia sangat beruntung”. Puan Salmah berkata dengan perlahan ayat terakhir.

Laju Hud memandang semula Puan Salmah. Apa maksud dia ?

"Maksud ibu ? Ibu bukan mak kandung Kasih ?” Tanya Hud .

Puan Salmah menarik nafas dan menghembus perlahan. "Bukan”.

Hud terpempan. Dia terdiam seribu bahasa. Datin Mariam begitu terkejut. Puan Medina hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Allah terlalu baik sebab bagi saya anak yang berhati bersih seperti Kasih Arryanna “. Menitis air mata Puan Salmah.

Bergetar mulut Hud. Matanya sudah merah dan air matanya laju mengalir ke pipi.

' Ini bukan salah kau ‘.

Kasih mengangkat wajahnya memandang Hud.

' Tapi salah darah yang mengalir dalam tubuh kau ‘.

Hud meraup kasar wajahnya. Dia menyesal dengan kata-katanya . Terlalu menyesal. Rasa bersalah menyelebungi dirinya. Rupa-rupanya hidup Kasih lebih menderita . Dibesarkan tanpa kasih sayang kedua orang tua . Kehilangan ibu bapa ketika masih kecil.

"Hebat sungguh lakonan awak , Puan Salmah”. Puan Medina tepuk tangan.

"Kalau betul la kan anak awak tu hati bersih dan baik sangat , kenapa dia keluarkan duit Hud sebanyak RM 100k ?!” Suara Puan Medina meninggi.

"Demi saya”.

Tak tahu lepas ni boleh update lagi ke tak. Maksud saya dalam masa seminggu ni. Sebab saya exam an. Tapi tengokla macamni hehe. Insyaallah kalau ada masa , saya akan cuba update okay ! Thanks ! Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience