KCK 29 - UGUT

Romance Series 24009

KCK 29 - UGUT

JAM 5 petang Kasih tersedar dari tidurnya. Dalam keadaan matanya yang masih mengantuk , dia ternampak dua orang di hadapannya sekarang. Namun masih samar-samar.

Kasih memisat matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

"Aik ? Hilang ?”

Angela membuka pintu dengan kasar. Adela di belakang hanya mengikut jejak Angela.

"Angela , Adela”. Panggil Kasih. Mereka masih tak sedar yang Kasih berada di situ.

"Eh Kak Yana. Bila akak masuk ?” Tanya Adela.

"Akak tumpang sekejap tadi”.

"Ni kenapa dengan Angela ?”

"Akak...”. Angela memeluk tubuh Kasih.

"Angela , kenapa ni ? Jangan buat akak risau !”

Adela menunjukkan satu video kepada Kasih. Kasih menekup mulutnya sambil mengucap panjang.

"Kalau Abang Hud dengan bonda tahu , Ge..gela akan bunuh diri !” Nekad Angela. Dia duduk di birai katil. Adela di sebelah menggosok gosok bahu kembarnya.

Kasih menggeleng.

"Angela please. Jangan fikir sampai ke situ. Kenapa Angela pergi jumpa dengan Zafril ? Lepastu peluk dia ! Angela belum sah lagi dengan dia. Ingat tu !” Marah Kasih.

"Angela dah tahu bonda dengan Abang Iz tak izinkan Angela jumpa dengan dia sebelum kahwin , kenapa jumpa juga ?!”

Angela hanya diam. Memikirkan nasibnya.

"Mana dapat video ni ?”

"Akak baca dulu bawah tu “. Adela mula bersuara.

Unknown - Kalau dalam masa seminggu ni , kau tak bagi aku RM 100ribu , video ini akan tersebar. Bukan satu dunia je yang akan tahu , keluarga kau juga akan dapat malu !

Kasih mengetap bibirnya. Siapa yang berani mengugut Angela ni ?!

"Macam mana kalau abang tahu ? Bonda tahu ?! Arghhh !!”.

Angela sudah seperti hilang akal. Dia menyelerakkan semua barang yang berada di dalam biliknya.

"Angela ! Stop it !”

Angela berhenti.

"Kalau Angela mengamuk macamni , masalah tak akan selesai “. Kasih memegang bahu Angela.

Basah lencun wajah Angela kerana menangis.

"Jangan risau , akak akan selesaikan”.

Angela mengangkat wajahnya memandang Kasih. Dia seperti tidak percaya yang Kasih sanggup menolongnya. Tapi bagaimana ?

"B..betul ?”.

Kasih mengangguk. "I promise”.

Follow ig @lilydreamy._ ! Komen ye guys >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience