KCK 28 - MARAH

Romance Series 24009

“Kurang ajar !”. Penumbuk dilayangkan di muka Faris. Hud mencangkung di sebelah Faris yang sudah terbaring. Hud mencengkam kolar baju Faris. Dia tumbuk wajah Faris sekali lagi.

“Kau apahal ?!”. Kasih yang masih takut agak terkejut dengan tindakan Hud. Dia memandang wajah Faris yang berlumuran dengan darah. Agak teruk Hud kerjakan dia.
Pandangan Kasih beralih kepada Hud. Sungguh Kasih amat takut dengan wajah Hud sekarang. Tak ubah seperti singa.

“Kau kena ingat Hud , dia..bekas..aku !”. Faris sengaja tekankan perkataan ‘bekas’. Darah Hud semakin mendidih.

“Iz , no”. Suara Kasih menyedarkan Hud. Dia terus turunkan tangannya .

“Don’t do that”. Sambung Kasih lagi. Dia tak nak Hud masuk penjara hanya kerana dia.

“Argh !”. Hud meramas rambutnya lalu dia menarik kasar lengan Kasih.

“Follow me !”. Tak sempat Kasih hendak bercakap , Hud sudah mengarahnya. Kasih akur.
. .
. SAMPAI di bilik mereka , Kasih menarik kasar tangannya. Hud memandang Kasih dengan tajam. Wajah Kasih berubah pucat.

“What are you doing with him ?”. Tanya Hud tanpa memandang Kasih.

Kasih hanya diam. Dia masih takut dan trauma.

“I’m asking you ! What are you doing with him ?! “. Hud mengulangi pertanyaannya dengan menaikkan suaranya satu oktaf.
Terjongket bahu Kasih mendengar suara Hud yang meninggi.

“ saya tak tahu. Dia yang tarik saya”. Kasih berkata perlahan antara dengar dengan tidak. Namun , Hud dengar. Darahnya semakin mendidih.

“ Don’t give me your stupid excuse ! “. Kasih menunduk. Alasan bodoh ? Apa dia ingat aku pandai ke reka-reka alasan ?

“Atau kau sengaja nak goda dia ?! Sebab kau tak dapat perhatian daripada aku ?!”. Tanya Hud sambil mencengkam pergelangan tangan Kasih.

Kasih mengangkat wajah lalu dia menggeleng laju. Dia bukan perempuan murah !

“Awak tolong la percaya cakap saya. Saya tak buat semua tu. Trust me please”. Rayu Kasih. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Hud langsung tak peduli dengan rayuan Kasih mahupun tangisan Kasih.

“Get out”. Kasih menggeleng.

Cukup dua perkataan itu menakutkan Kasih. Mana mungkin dia keluar dengan beruraian air mata. Apa yang orang akan cakap nanti ?
Dan mana mungkin dia akan turun dan bertembung dengan lelaki yang hampir memperkosanya ? Ya dia pasti. Lelaki itu masih berada di bawah .

“Keluar dari sini sebelum aku heret kau !”. Kasih hanya berdiam diri. Dia tidak mahu keluar tapi dalam masa yang sama dia takut dengan Hud yang semakin menggila.

“Baik”. Akhirnya Kasih hanya akur. Tiada guna dia berdebat dengan Hud. Kasih membuka langkah keluar dari situ. Langkahnya menuju ke bilik Angela dan Adela. Dia tak akan turun. Sungguh dia kecewa dengan Hud. Lelaki itu langsung tidak percayakan dia. Amarahnya melebihi segala galanya. Dia berharap Hud akan mempercayainya.

Follow ig @lilydreamy._ ! Comment la guys *emoji sedih* HAHAH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience