KCK 21 - MINTA CERAI

Romance Series 24009

Hud menuju ke biliknya. Semasa dalam perjalanan hendak ke bilik , dia memikirkan sesuatu.

Flashback

“Kamu tak takut Nurul rampas Hud dari Yana macam Aminah rampas Megat dari kamu ?! Kamu taknak tengok Hud bahagia ke , ina ? Kamu sanggup buat Yana macamni ?! Kamu nak semua orang terima nasib yang sama macam kamu ?!”.

“Nenda !”. Hud menegur Datin Mariam supaya berhenti. Namun , Datin Mariam hanya abaikan. Puan Medina mengangkat wajahnya memandang Hud dan Datin Mariam. Dia terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Hud , Datin Mariam dan Nurul. Datin Mariam hanya menggeleng kepala. Dia memandang tajam ke arah Nurul.

“Kamu boleh balik”.

“T..tapi”. Nurul memegang lengan Datin Mariam. Cepat-cepat Datin Mariam menepis tangan Nurul.

“Cukup kamu dah malukan keluarga ni , Nurul. Pergi dari sini sebelum saya heret kamu !”. Datin Mariam bersikap tegas kalini dengan Nurul. Dia menelan air liur. Pertama kali dia melihat Datin Mariam tegas sebegini.
Akhirnya , Nurul mengangguk .
Datin Mariam menutup pintu sebaik sahaja Nurul keluar. Nurul tersenyum sinis. Dia sudah membuat Kasih sakit hati. Itu cukup memuaskan hatinya.

“Nenda , Hud takut bonda murung lagi selepas ni”.

“Nanti Nenda pujuk dia. Buat masa ni , Hud kene cakap baik-baik dengan dia. Jangan buat dia stres”. Hud mengangguk.

“Dah , pergi naik atas. Pujuk Yana. Perempuan ni kene dipujuk. Kalau dibiarkan ,...ha Faham2 jela”. Hud mengangkat keningnya di sebelah kanan. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Datin Mariam.
. .
. Kasih termenung mengenang nasibnya yang begitu malang selepas berkahwin dengan Hud. Selepas satu - satu masalah datang , berkahwin dengan Hud , Puan Medina tidak terima dengan kehadirannya , dan bekas tunang Hud , Nurul pula hadir dalam hidup mereka. Ahh lepas ni apa pulak ?

“Termenung apa ?”. Satu suara mengejutkan Kasih. Dia kenal suara tu. Siapa lagi kalau bukan Hud. Kasih terus berpaling menghadap Hud. Kasih hanya tunduk , tak mampu untuk menatap wajah Hud. Berkerut dahi Hud melihat Kasih dari tadi tunduk dan meramas jarinya. Hud tundukkan sikit kepalanya melihat wajah Kasih .

“Awak dah kenapa ?”. Hud bertanya. Penat dia dari tadi tunggu ,Kasih hanya diam.

“Betul ke awak pernah berkahwin dengan Nurul ?”. Sebak Kasih bertanya pada Hud. Dia tidak tahu kenapa dia perlu bersedih sedangkan itu hak Hud. Dia tidak perlu masuk campur. Kan ?

Hud terdiam. Macam mana Kasih boleh tahu tentang ni ? “Betul ke ?”. Kasih mengangkat wajahnya memandang Hud . Hud hanya diam dan memandang ke arah lain.

“Kadang-kadang saya tak faham dengan awak. Kejap layan saya baik , kejap layan saya dingin. Apa sebenarnya masalah awak ? Apa yang awak tak puas hati dengan saya ni ? Selama ni saya tak pernah mempersoalkan Tuhan kenapa hidup saya tak sama seperti orang lain ? Disayangi masyarakat dan dihormati oleh masyarakat. Tiada orang pun yang pernah menghormati saya dan juga ibu saya. Mereka malah memaki , menghina , dan kadang-kadang sampai bersikap kasar dengan kami. Haritu awak campak saya dalam kolam , saya tak tahu sebab apa. Tapi saya tak pernah ambil hati. Apa kata , awak ceraikan je saya dan kita boleh hidup bahagia. Awak dengan keluarga awak dan saya dengan ibu saya”. Akhirnya apa yang terpendam dalam hati dia selama ni , terluah juga. Hud tergamam. Tidak mungkin dia akan menceraikan Kasih. Dia belum buat hidup Kasih menderita. Ahh apa kena dengan kau ni Hud !

Melihat sang suami hanya diam , Kasih memutuskan untuk beredar dari situ. Belum sempat dia hendak membuka pintu , Hud menarik Kasih ke dalam dakapannya. Hud memeluk erat tubuh Kasih. Kasih meronta-ronta mahu dilepaskan.

“Don’t ever mention about divorce”. Keras dan tegas Hud berkata. Kasih akhirnya berhenti meronta. Dia tiba-tiba terkaku apabila Hud erat memeluknya. Kasih tidak tahu sama ada perlu balas atau tidak pelukkan itu.

“Hug me , Kasih”. Perlahan-lahan tangan Kasih memeluk Hud. Hud tersenyum kecil bila Kasih sudah memeluknya. Dia mengusap lembut kepala Kasih.

“Ya Allah , aku sangat bahagia apabila berada di dalam dakapannya. Kau lembutkan la hati Iz untuk menerima aku sebagai seorang isteri”. Doa Kasih di dalam hati sambil mengalirkan air matanya.

“Sesungguhnya , aku sudah mula mencintai hambamu yang bernama , Hud Izham”.

Ni lily nak bgtau sikit. Act lambat lagi Kasih dengan Hud nak bercinta ke apa. HAHAH >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience