KCK 8 - DOA SELAMAT

Romance Series 24009

Kruk !

Kasih tersedar. Dia mengusap perutnya. Dari tadi dia masih tidak makan. Perit menahan lapar dan dahaga. Tiba-tiba Kasih teringatkan ibunya. Terus hilang seleranya. Kasih bangkit lalu mencari bilik Hud.

Tersenyum kecil Kasih memandang wajah comel Hud yang sedang lena. Tidak mahu Hud kesejukan , Kasih mengambil selimut tebal dari almari lalu menyelimutkan Hud.
Dia faham perasaan Hud bila terpaksa berkahwin dengannya. Hud menukar posisinya kepada mengiring. Kasih cepat-cepat keluar dari bilik. Ya , dia perlu pergi dari sini sekarang...
. .
. Bunyi alarm telefon Hud mengejut Hud dari lena. Hud terus bangkit lalu mencari Kasih. Tiada ? Kemana dia pergi ? Entah-entah dia lari ? Hud buntu.

Setelah bersiap , Hud turun ke ruang tamu. Matanya melilau-lilau mencari Kasih. Tak sempat Hud hendak bertanya pada orang gajinya , Angela lebih pantas menyapa Hud.

“Aik abang , cari bini ke ?”. Angela tersenyum mengejek melihat muka resah Hud.

“Baru kahwin kot. Takkan dah rindu”. Adela turut serta mengejek Hud. Hud hanya diam. Malas hendak melayan perangai merepek mereka.

“Hud”. Hud berpaling. Tersenyum kecil dia melihat Puan Medina di hadapannya sekarang.

“Kenapa bonda ?”. Hud kembali serius.

“Mana perempuan tu ?”. Berubah wajah Hud. Hendak jawab , dia sendiri pon tidak tahu keberadaan Kasih sekarang. Hud hanya mengangkat bahu.

“Sepatutnya Hud tak perlu kahwin dengan perempuan itu. Entah-entah dia dah terlanjur dengan mana lelaki entah. Lepastu kahwin dengan Hud. Hey perempuan macamtu memang layak dipanggil perempuan murahan !”. Puan Medina bersuara dengan nada biasa namun cukup dingin. Dia terlalu benci perempuan yang bernama Kasih Arryanna. Disebabkan perempuan tu , Hud tak jadi berkahwin dengan Nurul. Dan disebabkan perempuan tu hampir-hampir kene rogol.

Kasih melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Kasih hanya menunduk apabila Hud memandangnya dengan pandangan tajam. Dia tahu Hud tidak membenarkannya keluar tanpa keizinan.

“Kamu pergi mana ?! Keluar malam-malam ,pakai baju pengantin ! Sanggup kamu tinggal suami kamu pada tengah malam ?!!Dasar perempuan murahan !!”.Tengking Puan Medina. Kasih mengetap bibirnya. Tidak sanggup memandang wajah Hud yang tegang.

“Apa yang kamu cakap ni , Medina ?! Sanggup kamu menghina Yana ? Apa salah dia pada kamu ?! “. Datin Mariam membela Kasih.

“Ibu akak okay ?”. Adela bertanya. Kasih menggeleng sambil mengetap bibir. Sudah tidak dapat menahannya lagi , Kasih menangis di situ. Dengar saja nama ibunya terus Kasih menangis.

Datin Mariam mengusap lembut belakang Kasih . Adela dan Angela juga mengusap bahu Kasih. Hud memandang mereka silih berganti.

“Kenapa dengan ibu dia ?”. Hud bertanya hairan.

“Ibu Kasih pengsan. Kena serangan jantung malam tadi. Sekarang dia berada di ICU”. Hud tergamam. Dia memandang Kasih. Dari tadi Kasih hanya menangis. Hud memandang Kasih dengan perasaan serba salah.

“Dah makcik. Makcik jangan nangis okay ? “. Giliran Aqif memujuk Kasih.

“Ok..lepasni makcik takkan nangis lagi ok ? Ok aqif ?”. Kasih mengesat air matanya lalu senyum pada Aqif.

“Akak.. jom kita naik atas. Nanti kami fikir tarikh akak dengan abang bersanding”.

“Erm nenda , boleh tak kalau Yana taknak buat majlis bersanding. Apa kata kita buat doa selamat ?”. Kasih beri cadangan. Dia tahu dia tidak layak berada dalam keluarga ni. Ini bukan tempat dia.

“Bagus cadangan Yana. Ok malam nanti kita plan baik-baik”. Kasih mengangguk. Dia tersenyum kecil mendengar seluruh keluarga ini memanggilnya Yana. Dia tidak tahu mengapa semua orang yang mengenalinya , memanggil dirinya dengan nama Yana. Kenapa bukan Kasih ? Tapi dia tidak kisah , cukup mereka menerima dirinya. Itu sudah cukup membuatnya rasa bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience