KCK 40 - PENGAKUAN PALSU

Romance Series 24009

KCK 40 - Pengakuan palsu

"STOP !”

Semua mata memandang seseorang yang sedang berdiri di muka pintu. Berkerut dahi mereka semua.

"Sofia ? Puan Insyirah ?”

Mereka berdua menghampiri Hud.

"Saya taknak pernikahan ini berlaku !”

Hud terkejut. Begitu juga dengan Datin Mariam dan Puan Medina.

"Kenapa tiba-tiba ? Mereka dah berkahwin”. Soal Hud.

"Ohh dah kahwin ? Kalau macamtu , bercerai sekarang juga !” Lantang Puan Insyirah memberi arahan.

"Mummy”. Panggil Zafril dengan jeritan.
Dia menarik lengan Puan Insyirah.

"Kenapa tiba-tiba mummy ? Mummy taknak tengok Zaf gembira ke ?!” Zafril juga turut terkejut dengan tindakan Puan Insyirah secara tiba-tiba.

"I dont care , Zafril Arman ! Divorce Angela now !”

"Mummy jawab !” Jerkah Zafril. Puan Insyirah buat tidak endah. Dia memandang Sofia.

Imbas kembali...

Sofia terjumpa beg besar berisi duit berjumlah RM 100k di dalam bonet kereta suaminya , Faris Hadif.

Keesokannya harinya , dia terjumpa nama Kasih dalam telefon suaminya juga ! Terlalu banyak ! Dan juga mesej suaminya bersama Kasih !

*******

"Kalau you nak tahu , ask your beloved wife !” Jerit Sofia pada Hud.

"Hurh , perempuan macam dia tu layak ke jadi isteri dan menantu dalam rumah ni ? Layak ke perempuan murahan dan mata duitan ni pakai baju mahal mahal ni ? Layak ke pijak rumah orang kaya ni ?”

Mata Kasih bergenang mendengar hinaan Sofia.

"Kalau memang dah anak pelayan kelab malam , selamanya anak pelayan kelab malam”. Sofia memandang Kasih dengan tatapan tajam dan senyuman sinis .

Kasih mengetap kuat bibirnya. Dia cuba untuk tahan .

"Entah - entah , dia dah serah tubuh dia dekat beribu lelaki di kelab malam tu”.

"Sofia !” Tengking Hud.

" LOWER YOUR VOICE , Encik Hud !” Tengking Sofia pula.

Hud terdiam.

"Orang yang ada isteri perangai buruk seperti awak , tak patut tengking saya , Encik Hud”.

"Apa yang awak mengarut ni , Sofia ?” Hud menggeleng menidakkan kata-kata Sofia.

Sofia mengangkat beg hitam di sebelahnya lalu terbalikkan beg itu. Semua duit berterabur di hadapan Hud. Mereka semua terlopong melihat duit-duit tersebut diteraburkan Sofia.

"Awak nampak duit ni , Encik Hud ?” Tanya Sofia.

"Inila duit-duit yang isteri awak curi daripada awak !”

"Supaya dia dapat kahwin dengan suami saya !”

Kasih tergamam. Dia menggeleng perlahan. Hud berpusing sedikit memandang Kasih kemudian dia berpusing semula menghadap Sofia.

Hud memandang Faris. Ketika itu juga , Faris memandang Hud lalu tersenyum sinis.

Kasih menunduk sambil menekup mulutnya.

'Kalau taknak video ni tersebar , serahkan RM 100k dalam masa seminggu !’

Pandanganya beralih kepada Faris. Kasih menggeleng . Air matanya mengalir.

Tak, tak mungkin. Jadi selama ni , lelaki misteri itu ialah Faris ?!

Kasih memejam matanya . Datin Mariam mengetap bibir geram.

"Saya tak sangka. Selama ni saya fikir keluarga ni terlalu baik. Tapi simpan sampah rupanya selama ni !” Sofia memandang Kasih.

"Sebab itu , saya datang sini untuk batalkan majlis ni ! Tapi diorang dah kahwin. Jadi saya nak Zafril lafazkan cerai sekarang !” Sofia sudah nekad dengan keputusannya.

"Tunggu dulu !”

"Apa yang kamu cakap ni Sofia ?! Ini maruah kami ! Maruah kita semua ! Saya tak kisah awak nak cakap apa pun , tapi jangan sesekali menuduh cucu menantu saya macam macam !” Datin Mariam memberi amaran keras.

"Kalau tak percaya , Encik Hud boleh periksa telefon perempuan tu !”

Kasih terus mengangkat wajahnya .

"Periksa dengan siapa dia berhubung selama ni !”

Hud sudah penat. Wajahnya juga sudah berubah sayu. Dia berpusing meminta telefon Kasih. Dengan teragak-agak , Kasih meletakkan telefonnya di atas tapak tangan Hud.

Hud membuka telefon Kasih. Dia pergi ke app 'phone'. Terdapat banyak nombor yang tidak dikenali yang menelefon Kasih. Hud terkedu.
"Awak dah faham dan tahu kan perangai isteri awak ni ?”

Hud mengangkat wajahnya memandang Sofia dengan sayu.

"Sekarang , awak call nombor tu”. Arah Sofia . Tangan disilangkan di dada.

Hud mendail nombor tersebut. Telefon Faris berdering. Dia terus menyeluk poketnya. Faris terkejut. Namun itu hanyalah sandiwara.

"Itu nombor suami saya , Encik Hud !” Kata Sofia dengan suara meninggi.

Hud terdiam.

"Sekarang pula , periksa mesej dia”.

Kasih tergamam. Dia memandang Angela. Angela menggeleng. Matanya juga sudah berair.

"Ya Allah , tolong aku”. Gumam Angela perlahan.

Kasih menggeleng. 'Kalau Iz buka mesej tu , nanti dia akan nampak video Angela dan Zafril. Tak tak , aku tak akan biarkan semua tu berlaku’

Belum sempat melihat mesej Kasih dan Faris , Kasih merampas telefonnya dari tangan Hud.

Hud terkejut terus berpusing menghadap Kasih. Matanya hampir tertutup kerana penat akan semua ni. Dia memandang Kasih meminta penjelasan.

"Semuanya hampir terbongkar , jadi buat apa berpura-pura lagi ?” Kata Kasih dengan tenang.

Dahi Hud berkerut.

"Haih , Iz ? Tak akan awak masih tak faham ? Awak sendiri yang tak sukakan kehadiran saya dalam kehidupan keluarga awak. Awak pernah cakap pada bonda awak yang saya duduk di sini hanya sebulan”.

Hud terpaku. Datin Mariam mengerut dahi mendengar kata-kata Kasih. Sungguh dia tak sangka...

"Saya pun plan untuk masa depan saya. Jadi , sudah tiba masanya untuk kita berpisah”.

Kasih memandang semua yang berada di situ termasuk Datin Mariam yang sedang menangis.

"Kenapa nenda menangis ? Kenapa semua drama sangat ni ?” Tanya Kasih .

Dia memandang Hud semula.

"Awak buat macam kita ni suami isteri yang sebenar. Padahal hubungan kita hanyalah berdasarkan satu perjanjian. Betul ?”

Terjongket kening Kasih. Dia menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Timbul perasaan berani dalam diri Kasih bercakap seperti itu. Hud memandang wajah angkuh Kasih. Gadis ini memang angkuh. Sombong. Berlagak tenang.

" Dan awak bagi saya cek , Iz. Cek kosong”.

Hud tidak terkejut apabila Kasih berkata begitu. Dia tahu perempuan ini memang mata duitan. Seperti ibunya.

"Awak yang suruh saya guna cek tu , dan saya guna. Kenapa nak terkejut ? Kenapa nak marah ?”

Puan Medina menjuling matanya ke atas. Dasar perempuan tak guna !

"Hubungan kita dah tamat , Encik Hud Izham”.

Hud terpana. Remuk hatinya mendengar pengakuan daripada Kasih. Matanya juga sudah merah dan berair. Adela menggeleng begitu juga dengan Angela. Air matanya tidak henti mengalir.

Kasih memandang ke bawah. Dia tidak sanggup memandang Hud yang kelihatan agak kecewa dengan pengakuannya sebentar tadi. Tapi biarlah , dia takkan biarkan Angela bercerai . Dia tak akan biarkan video Angela dan Zafril tersebar. Kasih berharap mereka semua percaya dengan pengakuan palsunya.

"Awak dah dengar pengakuan dia ? Buat apa lagi nak simpan ia dia ?” Kata Sofia dengan sinis.

"Selagi dia jadi sebahagian daripada keluarga ni....”

"Zafril dan Angela akan bercerai”. Sambung Puan Insyirah.

"Tak tak”. Kata Angela perlahan.

"Jom Zafril !”

Tak sempat Zafril ingin mengikut jejak Puan Insyirah ...

"Tunggu dulu , Puan Insyirah”. Langkah mereka terhenti. Mereka menoleh ke arah Hud.

"Semua yang Puan cakap betul”.

"Puan nak Zafril dan Angela berpisah sebab Kasih sebahagian daripada keluarga ni kan ?” Tanya Hud dengan suara yang berubah lemah.

"Ya”.

"Jadi mulai sekarang , Kasih bukan lagi sebahagian daripada keluarga ni”

Kasih tersentak.

Sofia tersenyum manakala Faris sudah tersenyum sinis. Ini la yang dia impikan selama ni.

"Apa yang kamu buat ni , Hud ?” Datin Mariam menarik lengan Hud.

"Dia buat benda yang betul , mak !“. Puan Medina mencelah.

"Selama ni memang Ina tak suka perempuan ni tapi mak asyik pertahankan dia. Dan harini , Hud buat benda yang betul. Biar dia pergi ! Kalau Angela bercerai dengan suami dia , Ina akan bunuh diri !”. Semua yang berada di situ tergamam. Sampai macamtu sekali ?!

"Ina !”

"Jadi , Encik Hud ?”

Hud memandang Sofia sekilas. Dia menghela nafas dengan lembut .

"Saya akan halau Kasih Arryanna dari rumah ni sekarang juga”.

Adakah Hud betul betul akan halau Kasih ? Or macamne ? Komen laaa !!! >_< Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience