KCK 7 - PENAT

Romance Series 24009

Kasih termenung memandang luar tingkap. Fikirannya jauh melayang. Sehingga kini dia masih tidak tahu apa salahnya sampai teruk dia dihukum oleh ibunya sendiri. Teruk Kasih dimarahi Puan Salmah semalam mendengar berita bahawa dia ditangkap khalwat bersama Hud Izham. Kasih juga dihukum supaya jangan keluar rumah selagi Hud tidak muncul depan ibunya. Yang membuatkan Kasih lagi kecewa dengan ibunya , Puan Salmah tahu yang Faris hendak membawanya ke kelab malam. Luluh hati Kasih mendengar pengakuan ibunya. Begitu murah harga dirinya sampai sanggup ibunya sendiri seperti menjual dirinya. Tubir mata Kasih berasa panas lalu air matanya terus mengalir.Kasih hambur tangisannya sepuas hati.

TOK TOK TOK !!

Lamunan Kasih terhenti disitu. Air matanya segera diseka. Matanya yang sembab akibat menangis hingga terlelap semalam dicalit sedikit foundation. Kasih bangkit dari katil.

“Yana”. Panggil Puan Salmah.

“Ye ibu”. Kasih cuba untuk senyum.

“Kamu dah boleh keluar”. Kasih tersenyum gembira. Seperti duduk dalam penjara lepas itu ibu suruh keluar. Sekejap. Ni mesti ada sesuatu ..sebab itu ibu suruh keluar.

“Ada apa ibu ?”. Automatik senyuman Puan Salmah terukir di bibir.

“Hud ada datang tadi. Ibu dah setuju untuk kahwinkan kamu berdua. Pihak sana pun sudah setuju”. Tergamam Kasih dibuatnya. Kasih hanya mampu berdiam diri. Kalau dia bantah , memang ibunya itu tak akan dengar. Kalau ibu cakap putih , maka putihla.

“Duit hantaran Rm 10,000 dan ibu dah ambil duit tu and ! Hari Jumaat ni kamu berdua akan berkahwin”. Kasih hanya mengangguk. Tidak mahu membantah. Dia tahu ibunya yang meminta duit itu dan Hud hanya bagi. Begitu murah harga dirinya. Ibunya sendiri sanggup pentingkan duit dari anaknya. Kalau ini jalan cerita hidupnya , dia redha.

***********

Seperti yang dijanjikan , hari ini Hud Izham dan Kasih Arryanna akan diijabkabulkan. As usual , wajah Hud sentiasa dingin. Senyum bila perlu. Manakala Kasih hanya menunduk wajahnya. Dia hendak menangis. Dia inginkan seseorang yang mampu jadi pendengar masalahnya. Kasih menoleh ke tepi. Bella hanya tersenyum. Pada mulanya , bella mengamuk teruk apabila mengetahui segala-galanya. Tapi lama-lama dia mula menerima. Kasih mengangkat wajahnya. Di belakangnya , dua orang gadis perempuan sedang rancak berbual sambil tersenyum manis. Katanya adik kepada Hud Izham. Puan Medina tidak hadir harini. Dia tahu bakal mak mertuanya itu tidak suka akan dirinya. Dia hanya mampu berdiam diri.

“Hud Izham bin Megat Rizalman ?”. Hud mengangguk

“Saya”.

“Aku nikahkan dikau dengan Kasih Arryanna binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebentuk cincin tunai..”.

“Aku terima nikahnya Kasih Arryanna binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebentuk cincin tunai..”.

“Sah ?”.

“Sah !”.

“Alhamdulillah”. Tok kadi mulakan bacaan doa. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah juga. Kasih sedih dia berkahwin tanpa kedua orang tuanya di sisi.
Hud memandang Kasih dengan wajah yang dingin dan tajam. Kasih menelan air liurnya.
Allah...
. .
. Akhirnya Kasih dan Hud tiba di rumah Hud. Adela dan Angela awal-awal sudah masuk ke dalam bilik. Kasih hanya tunduk. Hud terus berjalan tanpa sedar Kasih tiada di sisi.

“Buat apa dekat sana ? Tak nak masuk ke ?”. Dingin dan keras saja suara itu.

“Sa..s..saya”.

“Saya apa ?!!”. Jerkah Hud. Terhenjut bahu Kasih dijerkah oleh Hud secara tiba-tiba

“Awak dengar sini eh..saya taknak awak buat rumah ni macam rumah ibu awak !! Faham ?!”
Turun naik dada Kasih menahan takut.

Jeda.

“Faham tak ?!!!!!”. Kali ini bukan biasa-biasa suara jeritan itu. Sungguh kuat. Jarak antara mereka agak dekat.Kasih memejam matanya dan hanya mengangguk.

“Sekarang ni masuk bilik ! Tidur !”. Hud memberi arahan. Kasih hanya patuh.
Hud terus berlalu untuk masuk ke bilik menaiki tangga.

*******

Kasih buntu. Dia tidak tahu dia di mana sekarang ni. Oh ini bilik yang dia masuk haritu. Bilik bacaan. Kasih tersenyum kelat.
Dia bersandar di tiang. Perlahan-lahan Kasih melorot ke bawah. Terduduk dia disitu. Teresak-esak Kasih menangis. Mengenang nasib dia yang terlalu malang itu , membuatkan Kasih makin kuat menangis. Tapi mungkin tidak kedengaran.

“Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?! Kenapa aku perlu hadap semua ni ? Sumpah aku penat nak hadap semua ni. Terlalu penat !Apa salah aku ?! Aku nak jumpa ibu. Aku nak duduk dengan ibu. Aku taknak duduk sini. Tsk...tsk..tskk.. Dia jahat. Dia tak suka aku and mak dia pun tak suka aku ! Ya Allah aku penat nak menangis ya Allah !!”. Tersedu-sedan Kasih menangis.
Lama kelamaan Kasih mula penat menangis.Akhirnya Kasih tertidur bertemankan air mata.

Kesian Kasih. Siapa kesian dekat Kasih ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience