KCK 14 - KAWAN BAIK

Romance Series 24009

KASIH membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut. Mahu dipegang kepalanya tapi tangannya terikat. Eh jap terikat ?!

Bulat mata Kasih melihat tangannya diikat. Dia tidak ingat apa yang berlaku. Seingatnya , dia berjalan kaki hendak pulang ke rumah dan ada satu kereta yang hendak menumpangnya. Ha ?!

“Ha aku ingat. Ada seorang lelaki ajak aku naik kereta dia pastu aku pun naik la. Tetiba aku tidur ?. Ha lebih kurang la. Lepastu sedar-sedar , aku dekat sini ?! “. Kasih menjerit kecil. Dia sedaya upaya ingin membuka ikatan di tangannya. Bunyi tapak kasut sedang menghampiri Kasih.

“Wey budak. Kau ni umur berapa ? Nampak macam budak budak la. Tapi dah kahwin”. Kata lelaki itu. Hensem ? Hensemm la jugak. Tapi Iz lagi hensem.

“Nama saya Kasih Arryanna binti Ahmad. Umur saya baru 20 tahun. Nama ibu saya Salmah. Makanan kegemaran saya , nasi goreng , nasi kukus , nasi lemak , chicken chop dengan spagetti carbonara. Minuman pula milo ais. Hobi saya menyanyi tapi ibu saya kata suara saya tak sedap. Tapi ada saya kisah ? Saya tetap suka menyanyi. Cita-cita saya nak jadi doktor”. Cara Kasih bercakap sangat bersahaja. Dia bercakap seperti budak umur 4 tahun yang baru belajar bercakap.

Lelaki di hadapan Kasih terlopong mendengar Kasih bercakap seperti berhujah.

“Herh..apa cita-cita kau ? Doktor ? Bukan kau nak jadi GRO dekat kelab malam ? Macam aku tak tau. Hey suami kau tu cakap yang kau ni GRO dekat kelab malam. Suka jual tubuh dekat dato - dato “. Lelaki itu berkata sambil senyum sinis. Puas pula dapat menyakitkan hati gadis ini.

Prang !

Seperti kaca yang terjatuh di atas lantai lalu pecah. Begitu la hati Kasih sekarang ini. Dia berasa maruahnya dipijak-pijak , lagi lagi oleh suaminya sendiri. Dia seperti mahu meraung sekarang ini , bagi melempiaskan amarahnya.
Namun , Kasih cuba untuk tenang. Tidak menunjukkan rasa marahnya. Lamunan Kasih terhenti apabila mendengar tapak kasut sesorang menghampirinya. Kasih mendongakkan kepalanya. Kasih menelan liurnya. Hisyam ?

“Hisyam ?”. Terkejut Kasih melihat wajah sahabatnya ketika di bangku sekolah.

“Yes, me. Why ? Any problem ?”. Berkerut dahi Kasih mendengar “speaking” Hisyam. Sejak bila Hisyam ni pandai English ? Bukan dulu dia yang paling bodoh english ke ? Selalu sangat fail. Hrm maybe dia pergi tuisyen kot.

“Weyy Hisyam. Kau sekarang dah segak bergaya gituww. And yang paling penting , dah pandai speaking ! Congratulations !!”.
Kasih batalkan niat hendak tepuk tangan apabila sedar yang tangannya sedang diikat.

“Kau apa khabar ? Sihat ?”. Lembut Hisyam bertanya sambil membelai rambut Kasih. Kasih tidak selesa dengan jarak mereka yang terlalu dekat sekarang ini. Dia mengeliat perlahan. Tangan Hisyam terus jatuh.

“Dah lama tak jumpa kau. Kau dah lupakan aku ke ? Kita kan best friend dulu. Cepatnya kau lupakan aku”. Rajuk Hisyam. Kasih mencebik bibirnya tanda menyampah dengan Hisyam.

“Sejak bersuami”. Sambung Hisyam. Kasih terkejut. Dia tahu aku dah kahwin ?

“Macam mana kau...”.

“Hud musuh aku , Ana !” Keras Hisyam bersuara. Terhenjut bahu Kasih mendengar jeritan tiba tiba Hisyam. Tapi dalam masa yang sama , dia terharu kerana Hisyam masih ingat panggilan yang selalu Hisyam panggil dulu.

“Aku tak pernah ada musuh , Hisyam”.

Uuu sekian lama tak updated ... rindu nak taip Hhhahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience