KCK 23 - KECIL HATI

Romance Series 24009

“Kenapa dengan bonda ?”. Hud bertanya pada Datin Mariam.

“Dia lempar semua barang dalam bilik ni bila dia dapat tahu Yana ada sekali dekat majlis tunang Angela”. Datin Mariam berkata perlahan sambil mengeluh perlahan.

Hud meraup wajahnya. Dia serabut sekarang ini. Dia perlu buat bondanya tenang sementara majlis pertunangan berlangsung.
Tiba-tiba dia mendapat idea.

**********

“Bonda..”. Panggil Hud dengan nada lembut.

“Hud jangan dekat dengan bonda ! Keluar sekarang !”.

“Bonda jangan macamni. Hud janji Hud tak akan buat bonda sedih lagi lepas ni. Please listen to me”. Hud memujuk Puan Medina. Beberapa saat , Puan Medina mula berasa tenang.

“Hud akan halau perempuan tu kan ?”. Puan Medina memegang kedua dua lengan Hud. Dia menggoyangkan lengan Hud.
“HUD ! cakap !”.

“Bondaa tenang ok”.

“Kan Hud pernah cakap yang Kasih Arryanna akan tinggal di sini hanya sebulan”. Hud menarik nafas dalam-dalam. Dia sebenarnya tidak sanggup berkata begini. Takut Kasih akan dengar dan kecil hati.

Tanpa Hud sedar , Kasih sudah lama berada di muka pintu. Tanpa sengaja , dia terdengar semua perbualan Hud dan Puan Medina.

“Dia tak layak jadi isteri Hud , bonda. Hud takkan pernah anggap dia sebagai isteri”. Mendatar Hud berkata pada Puan Medina.

“Dia akan tinggal di sini hanya sebulan”. Tegas Hud berkata sambil memejamkan matanya. Remuk hati Kasih mendengar semua itu. Mata Kasih berkaca. Dia mengetap bibir.

Puan Medina tersenyum apabila Hud berkata begitu. Dia terus memeluk tubuh Hud dan Hud tersenyum nipis melihat tindakan postif daripada bondanya.
. .
. Kasih duduk di atas sofa sambil memeluk lututnya. Dia menangis teresak-esak di situ. Hud seolah mempermainkan perasaannya. Dia terlalu cintakan Hud . Namun dia tak akan biar Hud mengambil kesempatan ke atas dirinya. Takkan Hud sikit pun taknak jaga hati dia ? Tuhan je tahu betapa kecil hatinya sekarang ini. Kasih memandang sekilas pada dress yang Hud belikan untuknya. Hud menyuruh dia memakainya tapi dia agak keberatan kerana baju itu kelihatan mahal dan sangat cantik.

Beberapa minit kemudian , Kasih mengenakan dress yang dikatakan sebentar tadi ke tubuhnya. Walaupun dress ini simple , tapi sangat cantik. Warna tema majlis pertunangan Angela harini adalah warna kelabu. Sangat cantik. Menampakkan kedua belah bahunya.

Tanpa melengahkan masa , Kasih terus keluar dari bilik itu menuju ke ruang tamu.
. .
. Perlahan-lahan Kasih turun dari tangga sambil tangannya pegang pada pemegang tangga. Dia hanya tersenyum nipis kepada semua tetamu yang hadir. Semua tetamu yang berada di situ agak terpukau melihat Kasih yang sangat cantik , termasuk Hud. Hud menjeling tetamu tetamu yang berada di situ. Mulut mereka semua ternganga. Ceh ! Isteri aku tu ! Kang aku sumbat cili dalam mulut tu baru tahu ! Tu mata tu aku jolok baru tahu !

“Kak ! Cantikkknya ! “. Adela menjerit kecil melihat Kasih. Kasih hanya tersenyum. Kemudian pandangannya beralih kepada Angela yang sedang berbual bersama tunangnya , Zafril Arman. Langkah diatur menuju ke Angela. Kasih memegang lembut bahu Angela. Angela menoleh.

“Kakak ! You are so pretty !”. Angela turut menjerit kecil melihat Kasih. Angela terus bangun dan memeluk tubuh kecil Kasih. Cantik sangat ke aku ni ? Bisik hati Kasih.

*******

“Cantik”. Sepatah Hud memuji Kasih.

“Terima kasih”.

“Tengok la siapa yang pilih”.

“Awak la siapa lagi”. Kasih malas mahu melayan Hud yang seolah-olah mahu cari pasal dengannya.

“Ni awak taknak makan ke ? Buat apa tercegat dekat sini “. Hud berkata dengan nada dingin. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Suka hati saya la. Lepas ni awak tak payah sibuk hal saya. Saya kan sebulan je duduk sini. So dalam masa sebulan tu saya kene bersedia dan sesuaikan diri buat semua sendiri “. Kasih berkata dengan geram lalu terus meninggalkan Hud yang masih belum faham.

Rasa macam panjang je. Ke tak ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience