KCK 33 - LEMAS

Romance Series 24009

KCK 33 - LEMAS

"KASIH , bangun”. Hud menepuk bahu Kasih.

Kasih tersedar. Dia memisat misat matanya.

"Saya dekat mana ni ?! “ Jerit Kasih tiba-tiba.

Terperanjat Hud dibuatnya.

"Kenapa ?”

Kasih menggeleng. Tiba-tiba dia teringatkan Aqif.

"Mana Aqif ?”

"Tidur. Dalam bilik Dela & Gela. Dah pagi ni , pergila mandi”.

Kasih mengangguk tanda faham.

"Erk Iz “.

"Tak perlu cakap apa - apa. Saya taknak dengar satu perkataan pun keluar dari mulut awak !” Hud berkata dengan nada dingin.

Kasih terdiam.

"Kejap lagi kami semua nak keluar kecuali Aqif. Dia nak main dekat tepi pantai nenda kata. Awak jaga dia. Teman dia dekat sana. Jangan sampai dia hilang !” Hud memberi amaran dengan nada keras.

Kasih menelan liurnya. Dia berasa susah hendak menjawab.

"Ba..baik”.
. .
. "Haih , mana makcik ni ? Nanti lambat nak main air !” Rungut Aqif.

"Alaa , mandi jela. Nanti datang kot”.

Aqif terus berjalan ke dalam air .Aqif menggigil kesejukan. Air pantai ni memang sejuk !

Sedang Aqif leka bermain air , tiba - tiba Aqif terpijak batu lalu terjatuh ke hadapan. Aqif tidak pandai berenang menyebabkan dia makin jauh. Dia cuba memanggil nama Kasih.

"Makcik ! Makcik YANA !”

Kasih yang tiba-tiba terdengar suara jeritan memanggil namanya. Pandangannya beralih pada pantai.

Terkejut dia ternampak seorang budak kecil seperti sedang lemas di dalam air. Kasih berlari laju menuju ke budak itu.

"Aqif ?!”

Kasih menekup mulutnya.

"Aqif !”. Makin kuat jeritan Kasih apabila melihat Aqif semakin jauh.

"A..aqif”. Kasih menggigil ketakutan. Dia buntu , tidak tahu mahu buat apa. Dia tidak pandai berenang.

Kasih menggeleng. "Tak , tak. Aku tak akan biarkan Aqif lemas. Tak tak “.

Tanpa fikir panjang , Kasih terus berlari di dalam air. Dia terus berenang menyelamatkan Aqif.

•••••••••••••••

HUD baru pulang daripada kedai bersama keluarganya. Datin Mariam menoleh ke belakang. Tiba-tiba sahaja Hud berhenti.

"Hud , kenapa ?”

Hud menggeleng. "Nothing”.

"Abang ! Abang !”. Jerit seorang lelaki yang tidak kenali.

Berkerut dahi Hud dan Datin Mariam.

"Awak siapa ?”

"S..saya ternampak seorang gadis seperti sedang lemas dalam air tu !”. Lelaki itu menunjuk ke arah pantai.

Hud terdiam.

Dia berlari ke chaletnya untuk melihat Kasih.

"Takde ?”

Hud tidak sedap hati. Hud terus berlari laju ke pantai.

Tergamam dia melihat Aqif sedang terbaring di atas pasir , tepi pantai itu.

"Aqif !” Terbuntang luas mata Datin Mariam melihat Aqif dengan mukanya yang pucat.

"Aqif !” Datin Mariam terus memeluk tubuh Aqif sambil menepuk pipi Aqif.

Terbatuk-batuk Aqif keluarkan air laut yang masuk ke dalam mulutnya.

"Aqif , aqif kenapa ? Macam mana boleh lemas ?” Tanya Hud dengan risau.

"Aqif terpijak batu lepastu j..jatuh”.

"Siapa selamatkan Aqif ?”

"Mak..Makcik Yana”.

Hud terkedu.

"M..mana makcik ?”.

"Aqif tak tahu. Lepas je makcik selamatkan Aqif , makcik letak Aqif dekat sini , lepastu Aqif dah tak nampak makcik”.

"Hud ! Nenda rasa Yana lemas ! Pergi , pergi Hud !”

Hud hanya diam.

"Kasih !”. Hud mengetap bibirnya sambil menggenggam pasir.

Wajahnya merah menahan amarah.

"Kasih ! Argh !!” Jerit Hud. Dia bagai hilang akal.

"Selamatkan Yana , Hud !”

Hud tersentak.

Hud terus berenang ke dalam air. Dia harus menyelamatkan Kasih ! Jika apa apa terjadi pada Kasih , dia tak akan maafkan dirinya !

Do comment >_<. Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience