KCK 48 - LUAHAN KASIH

Romance Series 24009

KCK 48 - LUAHAN KASIH

HUD sedang bersandar di dinding luar bilik Kasih. Selepas kejadian tadi , Hud terus membawa Kasih ke hospital. Panggilan Datin Mariam dan juga ahli keluarga ,dari tadi diabaikan. Dalam kepalanya hanya memikirkan Kasih.

"Encik Hud ?” Panggil Doktor Sufian.

Hud menangkat wajahnya. Dia terus mendekati Doktor Sufian.

"Dok..doktor macam mana dengan isteri saya ?” Soal Hud dengan laju.

Kelihatan Doktor Sufian melepaskan keluhan berat.

"Keadaan Kasih tidak stabil. Peluang untuk Kasih sembuh agak tipis”. Terang Doktor Sufian.

Hud tergamam. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Dia mengetap bibir. Wajah Doktor Sufian dipandang tajam.

"Walau apa pun yang jadi , doktor kena selamatkan isteri saya !” Jerkah Hud. Doktor Sufian terkejut dengan jerkahan Hud.

Doktor Sufian memegang bahu Hud. "Insyallah. Kalau anda semua nak melawat dia , silakan. Tapi jangan terlalu lama”.

Doktor Sufian berlalu pergi dari situ. Tanpa banyak cakap , Hud terus memasuki bilik yang Kasih dirawat.

"Kasih”.

"Kasih , tolong bangun”.

"Saya minta maaf , Kasih. Saya betul-betul menyesal”. Rintih Hud. Datin Mariam mahu mendekati Hud tetapi Puan Medina menghalang.

"Saya...saya nak awak bangun. Tolong”.

"Hud”. Panggil Puan Salmah.

”Pada hari Hud halau Yana , dia ... dia ada pesan pada ibu yang...dia suruh ibu bagi surat ni kepada Hud”. Bibir Puan Salmah bergetar. Dia kehilangan kata-kata semasa dapat tahu tentang apa yang terjadi pada Kasih.

Puan Salmah menghulur sampul surat tersebut. Hud mengambil dengan perlahan-lahan. Dia keluar daripada bilik tersebut , kemudian dia berlari keluar daripada hospital tersebut. Hud duduk di atas bangku yang ada berdekatan dengan hospital itu.

Perlahan-lahan tangan Hud membuka sampul surat tersebut. Dia membuka surat yang ditulis Kasih itu.

"Kadang - kadang , apa yang kita nak , tak semestinya kita akan dapat. Betul tak Iz ?”

"Begitu juga dengan cinta. Cinta tak semestinya dimiliki. Mungkin kita suami isteri. Tapi hanya sementara. Saya akui saya kecewa apabila sikit pun awak tak percayakan saya. Awak lebih percayakan apa yang awak nampak dan dengar daripada mulut yang salah. Bila Sofia suruh awak halau saya , awak ikutkan. Awak halau saya , Iz. Bila saya cakap yang saya cintakan awak , awak tak percaya juga. Awak cakap macam-macam pada saya. Saya cuba bertahan dengan segala hinaan , cacian , makian awak pada saya . Saya cuba , Iz . Tapi saya pun manusia biasa juga. Mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kalau betul la awak bencikan saya , tak sukakan saya , tolong la jangan babitkan ibu saya. Dan tolong jaga hati dan perasaan saya. Saya penat Iz. Penat nak tahan semua sekali. Penat nak hadap semua benda seorang diri. Sepatutnya , di waktu isteri sedang bersedih atau dalam kesusahan , sang suami ada di sisi. Tapi situation saya lain. Terlalu berbeza. Tapi saya redha. Saya terima . Saya akur dengan takdir saya. Mungkin masa awak baca surat ni , saya dah tutup mata dan tak dapat memandang mata comel awak”.

Menitis air mata Hud di atas surat tersebut. Dia terbungkam dengan luahan Kasih. Dia terdiam seribu bahasa. Kehilangan kata-kata. Terkedip-kedip mata Hud . Diketap bibirnya.

"Ingat tak , saya cakap yang saya cintakan awak ? Setiap hari saya berharap yang awak turut ada perasaan tu pada saya. Tapi akhirnya , harapan saya hancur bila awak sendiri yang mengaku , awak tak ada perasaan langsung pada saya dan tak akan pernah ada”.

"I’m sorry for everything, Iz”.

"And... thank you for everything. I love you and i will miss you”.

Hud mengangkat wajahnya. Dia bangkit dari bangku tersebut lalu menuju semula ke bilik Kasih.

Dia membuka pintu perlahan-lahan. Dia menghampiri Kasih. Dipandang wajah yang pucat itu.

"Apa semua ni Kasih ?” Hud menunjuk surat tersebut.

"Selama ni Hud bencikan dia , sedangkan dia mencintai Hud”. Kata Hud kepada Datin Mariam.

"Kasih , kenapa dalam surat ni awak kata awak dah tutup mata ? Awak nak pergi tinggalkan saya ke ? Awak nak pergi mana ?”

"Tolong Kasih. Tolong bangun. Saya perlukan awak . Saya menyesal dengan tindakan saya selama ni”. Kata Hud perlahan. Dia cuba untuk tahan daripada menangis. Cuma air mata di bawah mata dibiarkan.

"Dalam surat ni , awak kata awak cintakan saya tapi saya tak sukakan awak ?”

"Mana ada ! Saya sukakan awak . Saya sayangkan awak la , Kasih”. Hud ketawa kecil.

"Bangun. Bangun la Kasih”. Hud senyum.

"Awak kata awak taknak tinggalkan saya ? Awak kata awak sayangkan saya ?Tapi kenapa sekarang , awak tak bercakap dengan saya ?”

"Hud...” Datin Mariam sebak melihat Hud yang sudah seperti orang gila. Bercakap seperti Kasih sudah tersedar.

Hud memejam mata. Ditarik nafas dalam-dalam.

"Saya minta maaf , Kasih”. Ucap Hud.

"Awak gadis yang paling baik dan comel”. Hud tersenyum kecil.

"Dan...” Ayat Hud terhenti seketika.

"Saya cintakan awak , Kasih”.

Datin Mariam tersenyum dalam menangis. Ini yang dia mahu dengar selama ni. Tapi Kasih dalam keadaan tidak sedar. Dia menyeka air matanya. Datin Mariam memeluk bahu Puan Salmah yang tidak berhenti menangis.

"Saya cintakan awak , Kasih”.

"Saya cintakan awak”.

Ucap Hud berulang kali.

"Saya dah cakap yang saya cintakan awak. Awak bangunlah sekarang. Bangun”.

Hud mengetap bibir geram.

"Kasih ! Bangun !” Jerit Hud.

"Kasih !! Bangun !!” Air mata Hud mengalir deras . Dia mengetap gigi.

"Bangun ! Bangun ! Bangun !” Hud menepuk pipi Kasih berkali-kali. Dipegang bahu itu lalu digoncang-goncangkan berkali -kali.

"Hud !” Adela , Angela dan Datin Mariam cuba menarik Hud . Namun gagal.

Datin Mariam menarik kuat lengan Hud lalu menampar pipi Hud.

Semua yang berada di situ tergamam.

"Kasih masih dalam koma ! Dia tak sedarkan diri lagi ! Peluang untuk dia terus hidup sangat tipis ! Tolong terima kenyataan Hud !”

Hud memandang Datin Mariam lama. Dadanya turun naik . Berombak dadanya kerana marah. Hud menghela nafas berat. Pandangannya beralih kepada Kasih.

"Kasih”.

"Awak bukan selamatkan saya”.

"Dengan menyelamatkan saya , awak bunuh saya sekali Kasih”.

"Awak dah bunuh Hud Izham , Kasih”.

"Awak takkan bangun ?”

Hud terduduk di lantai. Datin Mariam menarik Hud ke dalam dakapannya. Dia mengusap kepala Hud. Hud menangis dalam dakapan Datin Mariam. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia nak Kasih Arryanna...
Dia tak akan mungkin terus hidup jika Kasih Arryanna tiada di sisinya.

Akhirnya dapat siapkan bab ni. Alhamdulillah! Thank you kepada yang sudi tunggu. Jangan lupa komen ! Kejap lagi saya balas ok ! Thank you again>_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience