KCK 42 - FITNAH

Romance Series 24009

HUD kembali melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia menghampiri Sofia . Dipandang satu-satu wajah ahli keluarganya. Angela dan Adela yang sedang menangis dipandang dengan pelik. Datin Mariam pula wajahnya langsung tiada senyuman seperti tadi. Wajah bondanya pula dipandang. Puan Medina tersenyum gembira sambil memandang Angela. Dia mengusap lembut bahu Angela.

"Saya dah halau dia , jadi puas hati awak ?”

Sofia tersenyum. "Semestinya . Jadi tiada lagi 'sampah’ dalam keluarga ni”. Sinis Sofia.

"Malam ni , Angela akan ikut kami balik”. Kata Puan Insyirah.

Hud mengangguk perlahan tanpa memandang sesiapa.

"Mari Zaf”.

Semua ahli keluarga Zafril sudah memasuki kereta mereka. Hanya sedang menunggu Angela.

Angela mendekati Hud lalu terus memeluk tubuh abangnya. Dia menangis tersedu-sedan dalam pelukan abangnya.

"I’m sorry , abang”. Angela terus menangis apabila teringatkan Kasih.

Berkerut dahi Hud.

"Kenapa pula ? Kenapa Angela minta maaf ?” Angela meleraikan pelukan mereka.
Hud memandang wajah Angela lalu dilekapkan kedua belah tapak tangan di pipi Angela.

"Apa yang berlaku , bukan salah Angela. Langsung tak ada kene mengena dengan Angela. Dah dah , jangan fikir lagi. Semuanya dah selesai”. Ujar Hud dengan tenang.

Adakah anda pasti yang semuanya sudah berakhir ? Sudah selesai ?

Angela memandang wajah Hud. Adakah dia perlu berterus-terang atau terus sembunyikan hal ni ?

"Adik abang dah kahwin. Jadi isteri yang baik. Jadi isteri yang solehah. Jaga suami. Bertolak ansur dengan suami. Dan yang paling penting dalam hubungan suami isteri , kepercayaan. Sentiasa percaya each other”. Pesan Hud .

Angela hanya diam. Dia mula melangkah ingin pergi dari situ. Dia berhenti di muka pintu tidak jauh daripada Hud.

"Kalau betul kepercayaan tu paling penting dalam hubungan suami isteri , kenapa abang langsung tak percayakan Kak Yana ?” Pertanyaan Angela membuatkan lidah Hud terkelu. Mati kata.

Angela menaiki kereta Zafril. Mereka semua sudah menunggunya dari tadi. Dia tersenyum memandang suaminya.

"Everything’s will be fine”. Ujar Zafril sambil menggosok bahu Angela. Angela hanya mengangguk tanpa memandang suaminya.
Dalam kepalanya , hanya memikirkan tentang Kasih. Bagaimana keadaan Kasih sekarang ?

Tanpa mempedulikan sesiapa di situ , Hud terus memasuki biliknya dengan wajahnya yang datar.Dia duduk di birai katil . Entah kenapa sejak dari tadi , fikirannya penuh dengan pertanyaan tentang Kasih.

Ah lantak dia lah ! Buat apa aku nak fikir !
. .
. .
KASIH masih berjalan perlahan dengan wajahnya yang menunduk. Mahu pergi ke rumah ibunya tapi jauh. Sedangkan dia hanya berjalan kaki sekarang ini. Kasih mengangkat wajahnya. Dia ternampak bangku tidak jauh darinya. Segera Kasih berlari ke arah bangku tersebut.

Kasih duduk di atas bangku itu. Kedua belah kakinya diletakkan di atas bangku. Dia memeluk kedua belah lututnya . Air matanya setitis demi setitis jatuh. Ya dia akui , dia perempuan yang sangat lemah. Terlalu lemah. Kuat menangis. Dari dulu lagi , dia dibesarkan tanpa kasih sayang ibu bapa. Hanya Puan Salmah yang menyayangi . Itupun kadang-kadang apabila dia memeluk ibunya ,dia melihat reaksi Puan Salmah seolah-olah menyampah dengan dirinya. Dia tidak salahkan Puan Salmah. Mungkin sudah tertulis takdirnya begini. Dibenci orang ramai.

Wajah dibenamkan di lengannya. Cukup derita hidupnya. Kasih menangis teresak-esak tanpa suara. Dia sudah penat menangis. Dia cuma berharap yang dia dapat hidup bahagia . Itu sahaja. Dia terlalu cintakan Hud tapi akhirnya dia dikecewakan. Dia faham perasaan Hud . Mungkin dia perlukan wanita yang lebih baik yang boleh menjaganya. Tapi apa yang pasti , bukan Kasih perempuan itu.

Mata Kasih hampir tertutup. Namun belum sempat tertutup , ada seseorang yang datang menegurnya. Kasih hanya buat tidak tahu.

"Kasih ?” Terus terbuka mata Kasih mendengar suara itu. Ya suara itu. Dia kenal dengan suara itu ! Terus diangkat wajahnya.

"Abang Firash ?”

Firash tersenyum seraya itu mengangguk.

"Ni kenapa Kasih duduk sorang- sorang dekat sini ? Mana Hud ?”

Kasih diam.

Melihat wajah Kasih yang basah lencun dengan air mata , dia sudah dapat agak apa yang terjadi.

"Jom abang hantar balik rumah ibu”. Pelawa Firash. Kasih hanya mengangguk setuju.

Suasana di dalam kereta hening. Masing-masing hanya berdiam diri.

"Hud halau Kasih dari rumah ?” Tanya Firash memecah keheningan.

Soalan itu membuatkan Kasih tidak senang duduk.

"Apa yang terjadi ? Sudi tak Kasih cerita pada abang ?”

Terasa panas satu badannya sekarang ini. Padahal suku ekon tinggi.

"Tak apa la kalau Kasih tak selesa nak cerita dengan abang. Patutnya abang tak perlu masuk campur”. Firash ketawa hambar.

Kasih jadi serba salah sama ada mahu cerita atau tidak.

"Kasih dah tak anggap abang sebagai abang Kasih”. Gumam Firash perlahan.

"Kasih cuma tak selesa nak ceritakan apa yang terjadi. Abang jangan cakap macamtu. Abang Firash tetap abang Kasih”. Kasih mula bersuara. Dia memandang lurus ke hadapan. Dia tidak sanggup memandang Firash. Dia malu.

"Tak perlu cerita , abang dah tahu. Dia halau Kasih kan ?” Tanya Firash dengan wajahnya yang sudah berubah tegang.

Melihat Kasih hanya diam , dia sudah dapat jawapannya.

"Kau memang bodoh , Hud Izham”. Kata Firash perlahan. Dia mencengkam steering kereta.

"Abang boleh jadikan Kasih sebagai isteri abang. Kasih sudi ?”

Kasih terkedu.

Firash memberhentikan keretanya di hadapan rumah Kasih. Dipandang wajah Kasih yang berubah pucat. Tubuhnya jadi kaku. Adakah Abang Firash melamar aku ?

"Sudi tak Kasih jadi isteri abang lepas Kasih bercerai dengan Hud ?”

Sekali lagi Kasih terkedu. Mulutnya bagai digam. Suaranya tersekat di kerongkong.

••••••••

Hud merebahkan badannya di atas katil. Baju sudah ditukar . Mandi juga sudah. Selimut ditarik menutupi separuh tubuhnya. Belakang tangan diletakkan di atas dahi.

Dia mengeluh perlahan. Dia bukan membenci Kasih tanpa sebab. Pasti ada sebabnya.

IMBAS KEMBALI

HUD menghampiri Puan Salmah yang sedang menunggunya di muka pintu. Wanita tua itu tersenyum manis di hadapannya.

"Mana Kasih ?”

"Dia ada dalam bilik. Saya tak bagi dia keluar”.

"Kenapa ?” Berkerut dahi Hud.

"Selagi kamu tak kahwin dengan dia , selagi tu saya tak izinkan dia keluar pergi mana-mana”. Jawab Puan Salmah bersahaja.

"Baik saya akan kahwin dengan dia”. Kata Hud dengan nekad. Dia sudah membuat keputusan. Dia akan berkahwin dengan Kasih. Tapi hanya sebulan.

"Tapi ada syarat”.

"Apa dia ?”

"Bagi saya RM 10k dan kamu boleh ambil dia”.

Hud mengepal penumbuknya. Apa dia ingat anak perempuan dia tu benda ? Boleh dijual beli ?!

"Baik. Saya setuju”. Dingin suara Hud setuju.

"Bagus. Tapi ada sesuatu yang kamu perlu tahu tentang anak saya tu”. Puan Salmah tersenyum .

"Apa dia lagi ?” Soal Hud malas. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Dulu , dia ada bercinta dengan seseorang. Nama dia Aiman. Yana tu nak sangat kahwin dengan Aiman walaupun dia tahu yang jantan tu dah ada isteri dan anak”.

Hud terkedu. Terus jatuh tangannya.

"Dan , dia juga hampir berkahwin dengan Faris Hadif. Juga mempunyai isteri”. Kata Puan Salmah sinis.

"Haritu pun , dia sendiri yang nak sangat ikut Faris pergi kelab malam tu hanya disebabkan duit”.

Puan Salmah memfitnah anaknya sendiri. Terkancing rapat gigi Hud. Sungguh murah perempuan itu !

"Cakap pada Kasih , saya tunggu di kereta”.
Kata Hud lalu terus meninggalkan Puan Salmah yang tersenyum sinis.

Sejak itu , Hud mula membenci Kasih. Pada mulanya dia tidak percaya , tapi lama kelamaan , dia mula percaya.

Hud meraup kasar wajahnya. Ah serabut fikir pasal perempuan tu ! Dia sudah tiada kena mengena dengan perempuan murahan itu !

Baginya , Kasih Arryanna sudah mati !

Komen ye guys ! Komen juga kalau ada tersalah sebab saya ratu typo huhu >_< btw next week saya dah exam. Tak tahu boleh update ke tidak haha. And lagi satu , cerita ni memang panjang . And satu lagi haha.... esok saya update DDJ . Kbye ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience