KCK 52 - KASIH SEDAR

Romance Series 24009

SETELAH dua minggu Hud tidak jejakkan kaki di rumah agam itu , akhirnya Hud balik. Adela dan Angela yang nampak Hud di depan pintu , mereka berlari ke arah Hud lantas memeluk tubuh Hud. Terlalu rindu akan abangnya.

"Kitaorang rindu abang". Menitis air mata Adela dan Angela. Hud turut memeluk mereka. Tipu kalau dia pun tidak rindukan adik-adiknya.

"Adik adik abang apa khabar ?"

Adela dan Angela lepaskan pelukan.

"Kitaorang sihat. Abang macamana ?"

Hud hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Abang , jom kita duduk borak-borak. Abang mesti penat kan jaga Kak Yana". Angela menarik tangan Hud ke ruang tamu. Hud duduk bersebelahan mereka berdua.

"Abang jaga la kesihatan. Adela tahu abang nak jaga Kak Yana tapi cuba kalau Kak Yana tahu yang abang ni sakit ? Mesti dia sedih kan". Terbit rasa kasihan melihat abangnya. Mukanya yang pucat. Badan sedikit kurus.

"Abang tahu". Balasnya ringkas.

Adela mengeluh. "Abang , kitaorang naik atas kejap. Abang tunggu sini eh rehat".

Hud mengangguk. Apabila kelibat Adela dan Angela menghilang , bondanya pula muncul.

"Hud". Puan Medina duduk di sofa menghadap Hud.

"Macamna perempuan tu ? Bila nak bangun ?" Soal Puan Medina dingin.

Hud diam.

"Sampai bila dia nak menyusahkan Hud ? Dah besar pun masih nak susahkan orang , kecik-kecik taknak mampus". Selamba Puan Medina berkata.

Hud memandang tajam ke arah Puan Medina.

"Hud tak faham dengan bonda ni. Bonda nak apa sebenarnya ?!"

"Bonda nak Hud lepaskan dia !"

Hud diam. Mana mungkin dia mahu menceraikan isterinya. Kasih sudah banyak berkoban untuk dirinya. Dia sudah jatuh cinta dekat Kasih.

Melihat Hud diam , Puan Medina makin sakit hati.

"Kalau Hud taknak lepaskan dia , ok fine ! Biar bonda yang keluar dari rumah ni !"

Hud menahan bondanya. Langkah Puan Medina terhenti. Sempat dia tersenyum.

Hud berdiri di menghadap Puan Medina.

"Ok. Fine. Daripada bonda yang keluar , lebih baik Hud yang keluar. Hud dan Kasih takkan kembali semula dekat rumah ni. Itu yang bonda nak kan ?"

Puan Medina terkedu. Dia memandang wajah anaknya yang serius dengan keputusan yang dibuatnya.

"Keputusan Hud muktamad".

Hud berjalan keluar dari rumah itu. Meninggalkan Puan Medina yang masih tidak percaya dengan keputusan Hud. Sungguh dia tidak sangka dengan keputusan Hud. Kerana Kasih Arryanna , semuanya jadi porak-peranda !

•••

Hud kembali ke hospital. Dia membuka pintu lalu menuju ke katil Kasih. Dah hampir sebulan. Kenapa Kasih masih belum sedar ? Hud duduk di tepi Kasih lalu mengenggam tangan Kasih.

"Sayang , bila awak nak sedar ? Awak tak sayangkan saya ke ? Awak tak kesiankan saya ? Saya tunggu awak setiap hari. Tunggu awak sedar. Sampai bila awak nak macam ni ? Saya penat tunggu awak bangun. Tolong bangun sayang. Saya janji yang saya akan jaga awak sampai mati. Saya...saya dah terlalu cintakan awak. Tolong bangun sayang". Rintih Hud . Dia mengucup dahi Kasih.

Dia menatap wajah cantik Kasih. Hud berharap yang Kasih akan cepat sembuh. Tidak dapat dia bayangkan jika dia kehilangan Kasih Arryanna.

Tiba-tiba jari kelingking Kasih bergerak. Hud tidak perasan. Mata Kasih bergerak-gerak. Hud terkaku melihat kelopak mata Kasih yang seperti mahu terbuka.

"Sa...sayang ?" Bergenang kolam mata Hud.

"Sa...sayang ?"

Perlahan-lahan kelopak mata Kasih terbuka. Benda pertama yang dia pandang adalah syiling putih. Mata dan kepalanya berasa sakit. Dipegang kepalanya.

"Kasih". Menitis air mata Hud melihat Kasih sudah sedar. Akhirnya...

"Iz ?" Mengalir laju air mata Hud ke pipi mendengar suara Kasih. Lagi-lagi Kasih menyebut namanya.

"Ye saya Iz. Kasih awak okay ?"

"Saya dekat mana ?"

"Tunggu kejap saya panggilkan doktor". Hud terus berlari keluar memanggil doktor.

Melihat doktor keluar dari bilik , Hud terus mendapatkan doktor tersebut.

"Dok...doktor mac...macamna dengan Kasih ? Dia ok kan ? Dia dah boleh keluar ke ?"

"Sabar Hud".

"Alhamdulillah Kasih ok. Dia dalam keadaan yang stabil". Doktor tersebut tersenyum. Dia turut gembira.

Hud menghembus nafas lega. Wajahnya diraup.

"Kamu boleh bawa dia balik lagi dua hari tapi Hud , jaga dia elok-elok. Kasih perlukan lebih banyak rehat". Mendengar kata putus doktor , Hud mengangguk . Dia tersenyum gembira.

Akhirnya ! Setelah sekian lama dia , saat - saat yang dia tunggu akhirnya tiba.

Amacam okay tak chapter kalini ? Sorry korang tunggu lama hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience