KCK 35 - KENANGAN

Romance Series 24009

KASIH menghenyak punggungnya di atas sofa. Dia duduk sambil termenung . Tiba -tiba dia teringatkan mimpinya semalam.

"Umi Abah ?”

Kasih merasakan yang dia kenal dengan pasangan yang muncul di dalam mimipinya. Tapi siapa mereka ? Kenapa aku panggil mereka umi dan abah ?

Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berdering. Kasih mengesot sedikit ke meja kecil yang berada di sebelah sofa lalu mencapai telefonnnya.

Tertera nama 'BELLA’ di skrin telefonya. Kasih tersenyum lebar. Sudah lama dia tak berborak dengan kawannya.

"Haiii myy babyyyyyyy”. Kasih menjuling matanya ke atas.

"Apa kau ingat aku budak kecil lagi ?!” Kasih berpura-pura marah.

"Ala kau ni macam tak biasa. Selamani kau pun selalu panggil aku baby juga kan ?”

" Okla ! Hiii my babyyyy girllll”. Kasih menjerit gembira membuatkan Bella tercampak telefonnya ke atas katil.

Segera dicapai semula telefonnya , lalu memarahi Kasih.

"Yana ! Kau ni kan ! Kalau aku pekak macam mana ?!” Marah Bella.

" Biar la kau pekak. Biar takda sapa nak kau ! HAHAHA”. Kasih ketawa jahat.

"Kepala kau ! Nanti aku rampas suami kau baru tahu !”.

"Eleh , macam dia nak dekat kau”.

"Ni by the way , how are you ?” Bella mula bertanya khabar Kasih.

"Eh gile ! Dah lama kau call aku , baru sekarang kau nak tanya khabar aku ?!” Kasih mendengus kasar.

"Eleh kau. Kau pun sama”.

" ish yela yela ! Aku sihat je , Alhamdulillah. Kau ?”

" Sihat juga. Ni aku ada something nak bagitahu kau !”

"Apa ?” Tanya Kasih malas.

"Abang Firash balik malam ni”.

Kasih terkedu.

" Oh..ye..yeke”. Kasih jadi gagap tiba-tiba mendengar nama itu.

"Kalau boleh , nanti bila kau balik , abang aku nak jumpa dengan kau”. Bella berterus terang.

"Bella , aku dah kahwin”.

"Tapi aku tengok macam kau ni tak ada suami”.

"Tapi dia tetap suami aku”. Kasih menegaskan ayatnya.

"Dan dia tak pernah anggap kau sebagai isteri”.

Kasih terdiam. Walaupun kata-kata Bella itu ada benarnya tapi tetap sahaja hatinya terguris.

"Takpela wey , nanti aku fikirkan. Ni aku nak mandi ni. Belum mandi lagi”. Kasih cuba mengukirkan senyuman paksa.

"Yana...”. Bella cuba memujuk Kasih. Ya dia sedar , dia sudah lukakan hati Kasih.

Belum sempat Bella hendak bercakap , Kasih sudah mematikan talian.

Bella mengeluh kesal. Rasa bersalah pada Kasih.
. .
. .
KASIH masih duduk bersila di atas katil. Dia ketepikan kata-kata Bella . Yang membuatkan dia buntu ialah Shafiq. Jejaka itu masih belum tahu yang dia sudah berkahwin. Tiba-tiba dia teringatkan kenangan mereka suatu dahulu.

FLASHBACK

"Kasih , nanti bila Kasih dah besar , Kasih kahwin dengan abang nak tak ?”

"Nak ! Tapi Kasih baru 14 tahun , bang. Dah cite pasal kahwin”. Kasih mencebik.

"Ala , abang saja tanya. Supaya Kasih tak kahwin dengan sesiapa bila abang balik suatu hari nanti”.

"Yela abang Firash yang ku sayang sampai bila-bila !” Kasih menjerit secara sengaja bagi satu dunia dengar. Nasib baik dekat sungai tak ada orang.

"Amboi princess abang ni ! Dah pandai eh. Makin sweet”.Firash mencubit pipi Kasih . Kasih menampar lembut tangan Firash.

"Sayang , sakit la !” Firash mengaduh kesakitan.

"Itula ! Padan muka ! Siapa suruh cubit pipi orang !” Marah Kasih sambil menggosok lembut pipinya yang dicubit oleh Firash.

Kasih muncungkan mulutnya.

"Ha elok la tu buat muka dengan mulut macamtu. Tapi tetap comel princess abang ni”. Firash berkata sambil mencuit hidung Kasih.

Kasih hanya diam.

"Dah jom abang belanja ABCD”. Pelawa Firash dan terus bangun dari batu besar tersebut.
Membulat besar mata Kasih mendengar 'offer’ tersebut.

"Jom !” Ajak Kasih pula.

"Aik , tadi marah dekat orang. Bila abang sebut belanja baru tak marah. Nampak sangat tak sayang abang”. Firash berpura-pura merajuk. Dia membelakangi Kasih.

Kasih terkekek kekek ketawa di belakang Firash.

"Abang !”. Kasih mencuit bahu kanan Firash . Dia memusingkan tubuh badan Firash menghadapnya. Jarak ketinggian mereka akan jauh . Kasih hanya paras dada Firash.
Ketinggian Firash agak tinggi dan itu membuatkan setiap kali mereka berjumpa , Kasih perlu mendongak tinggi untuk memandang Firash.

"Jangan merajuk , abang. Tak hensem”.

Firash berpura-pura bermain dengan telefon bimbitnya. Entah apa yang ditekan.

"Abang Firash yang hensem dan yang paling Kasih sayang....”. Sengaja Kasih meleretkan suaranya dengan manja supaya Firash tidak merajuk lagi.

Firash memandang wajah polos Kasih dengan tatapan serius.

"Tsk..tsk..tsk..abang Firash nak marah orang”. Kasih sengaja berpura-pura menangis di hadapan Firash. Firash kaget. Terus memaut bahu gadis itu.

"Princess , abang tak marah. Dah jangan nangis”. Lembut suara Firash memujuk Kasih.

Kasih menyembunyikan senyumannya.

"Dah jom kita pergi , princess”.
Firash berkata sambil tersenyum manis.

Ah senyuman itu !

"Ok jom !”.

FLASHBACK END

Kasih menghela nafasnya. Sungguh dia terlalu rindukan kenangannya bersama Firash. Masa itu , mereka masih terlalu muda. Firash berumur 19 tahun manakala dia baru berumur 14 tahun. Terlalu jauh.....

"I’m sorry , abang”.

Awww Firash ni sweet juga tapi Hud tetap di hati ... eh tibe HAHAHAH.. How is it guys ? Macamne chapter kalini ? Okay or k.o ? Ha komenla ! Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience