KCK 47 - PENGORBANAN

Romance Series 24009

KCK 47 - PENGORBANAN

"Kenapa Hud ? Siapa call ?” Tanya Datin Mariam.

"Tak tahu , nenda. Kasih... kasih ada dengan dia sekarang”. Hud kelihatan resah. Rambutnya diraup kasar.

"Hud tahu Yana dekat mana ?”

Hud diam. Kemudian dia mengangguk kecil.

"Hud tahu. Dan Hud akan selamatkan Kasih walau apa pun yang terjadi”.
. .
. .
Kasih bersungguh-sungguh cuba untuk membuka ikatan tangannya. Dia perlu lepaskan diri sekarang. Dia harus melindungi Hud . Dia takkan biarkan lelaki kejam seperti Hud Izman membunuh suaminya. Langkah mayatnya dulu !

Peluh di dahi mengalir ke pipi. Kasih mendengus kasar.

"Hey perempuan ! Kau dah makan ?!” Soal Saiful kasar.

Kasih hanya mendiamkan diri. Saiful mencampak plastik yang berisi makanan ke muka Kasih. Kasih mengetap bibir geram.

"Dasar kurang ajar”. Gumam Kasih perlahan.

"Kau cakap apa ?!”

"Saiful”.

Saiful tunduk sikit di hadapan Izman.

"Suami kesayangan kau akan sampai tak lama lagi. Dia otw. So kau get ready la ye untuk saksikan kematian suami kau”. Izman ketawa sinis.

"Kau jangan apa-apakan dia ! Kalau kau berani , kau bunuh aku ! Bukan bunuh dia la pengecut ! Dasar lelaki tak guna ! Bangsat !”
Entah dari mana Kasih mendapat keberanian sebegitu. Puas dia dapat memaki Izman dalam hati.

"Aku akan bagitahu Iz dan satu keluarga kau yang kau ni sebenarnya abang paling tak berguna ! Kejam ! Biar semua orang tahu !”

"Really ? Kita tengok sama ada kau akan beritahu ke tidak”. Tajam Izman memandang Kasih. Kasih hanya menjeling.

Kakinya berjalan keluar dari situ. Kasih meludah ke tepi.

•••

Izman sedang menghisap rokok , tidak sedar kehadiran adiknya sendiri.

"Woi !”

Hud menumbuk wajah Izman. Izman terjatuh ke lantai.

"Kau siapa ! Kenapa kau culik Kasih ! Apa yang kau nak dari aku setan ?!” Jerit Hud. Matanya melilau-lilau mencari Kasih.

"Hebat”. Izman bangun menghampiri Hud.

"Bagus juga kau tak kenal aku”.

"Aku cuma nak balas dendam. Kau tak perlu tahu sebab apa. Cuma aku umpan kau datang ke sini hanya untuk membunuh kau , Hud Izham !”

"Bodoh !” Hud cuba untuk menyepak perut Izman namun gagal.

Izman memegang kaki Hud lalu menolak lelaki itu jatuh ke lantai. Dicari batu di sekeliling. Izman mengambil batu yang agak besar itu. Dia mahu mencampak ke kaki Hud. Nasib baik Hud sempat mengelak. Izman menumbuk dengan padu bibir Hud menyebabkan bibir Hud mula berdarah.

Izman mengetap bibir. Dia mencapai pisau di atas meja lalu dihalakan ke arah Hud. Hud tergamam.

"Aku...akan...bunuh...kau !” Diucap satu-persatu perkataan . Hud berlari keluar dari bangunan buruk itu. Dia sekarang berada di kawasan yang sangat luas. Dia menjerit-jerit memanggil Kasih.

"Kasih ! Kasih Arryanna !”

Izman berlari menuju ke arah Hud. Kasih menekup mulutnya. Cepat - cepat dia berdiri. Dari jauh , dia ternampak ada seseorang yang menyasar memanah pada Hud dari belakang.

Kasih segera berlari ke arah Hud. Dia menolak kasar tubuh Hud ke tepi. Terhantuk kepala Hud .

KLAK !

Terbeliak mata Hud. Hud tergamam. Terkena tepat panahan itu di belakang Kasih. Izman mengetap giginya. Kenapa Kasih Arryanna?! Kenapa bukan Hud Izham ! Dia memandang Saiful yang berada agak jauh. Mereka berdua mula melarikan diri pergi dari situ.

Hud menggeleng. Mahu melurut tubuh Kasih jatuh ke tanah. Hud sempat menahan tubuh Kasih daripada terjatuh. Dia memangku kepala Kasih. Mata Kasih berkaca. Hud masih tidak percaya . Ini kali kedua Kasih menyelamatkannya. Dia mengetap gigi kuat.

"Kenapa Kasih ? Kenapa awak selamatkan saya ?!” Jerit Hud.

Kasih tersenyum nipis. "Saya buat semua...ni... hanya...hanya untuk awak”. Tersekat-sekat nafas Kasih.

"Apa guna kalau saya hidup tapi awak tiada dengan saya ? Lebih baik saya mati”.

"Jangan cakap macamtu. Saya pasti awak akan selamat. Mari mari saya bawa awak ke hospital”. Hud bersungguh-sungguh mahu mencempung tubuh Kasih. Kasih menarik kolar baju Hud. Menahan lelaki itu.

"Tak perlu Iz. Saya sanggup berkorban demi awak. Hanya disebabkan perasaan cinta , saya sanggup berkorban demi awak”. Ujar Kasih dalam nafasnya yang tersekat-sekat.

Berair mata Hud. Matanya sudah merah.
Dia memandang sayu wajah pucat Kasih.

"Kita ke hospital Kasih ! Tolong dengar cakap saya !” Tengking Hud. Dia sudah tidak tentu arah.

"Iz”. Panggil Kasih.

"Saya taknak mati di hospital , saya taknak mati depan doktor atau pun nurse”.

"Saya nak hembuskan nafas saya yang terakhir...depan awak”.

Mengalir deras air mata Hud. Pecah tangisannya.

"Tolong Kasih... tolong jangan tinggalkan saya”.

Kasih tersenyum nipis. Dia melekapkan kedua tapak tangannya di pipi Hud. Sambil itu dia menyeka air mata Hud.

"Saya sayang awak Hud. Saya cintakan awak. Jaga diri awak”.

"I love you”. Ucap Kasih. Makin deras air mata Hud mengalir.

Perlahan-lahan tangan Kasih jatuh ke bawah. Matanya tertutup rapat. Hud terkedu.

"Kasih ? Kasih ? Kasih !” Hud menepuk pipi Kasih agar gadis itu bangun.

"Argh !!!” Kuat tempikan Hud di kawasan itu. Dia mendongak memandang langit. Dia memejam matanya.

"Ya Allah ! Kenapa ?! Tolong aku Ya Allah !”

"Kasih...bangun sayang”. Rintih Hud. Dia memeluk tubuh Kasih.

"Maafkan saya , Kasih”.

Happy Reading ! Lily nak rehat jp huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience