KCK 18 - UJI

Romance Series 24009

Hud berjalan perlahan menuju ke pintu rumah Kasih. Sebelum dia sempat mengetuk pintu tersebut , seorang gadis muda , sebaya Kasih menyapanya.

“Haii abang ! Helokkk !”. Mira mengenyit matanya ke arah Hud. Hud menggaru keningnya yang tidak gatal. Dari dulu , dia menyampah dengan Mira. Tak habis habis nak mengorat dia.

“Erm Kasih ada ?”. Hud bertanya pada Mira. Terpaksa ye !

“Ceh ! Buat apa abang nak tanya pasal perempuan murahan tu ?! Dahla murah , perampas ! Mata duitan ! Sama macam mak dia ! “. Lantang Mira berkata. Dia sememangnya dengki dengan Kasih dari kecil kerana semua lelaki di sini menyimpan perasaan pada Kasih. Mira akui , rupa paras Kasih sangat cantik. Mampu buat semua jejaka cair. Dia ni ha dah makeup 3 inci pun , xde orang masuk minang lagi ! Umur dah 31.

“ Mira. Watch your mouth”. Hud berkata dengan nada tegas. Mira menjuling matanya ke atas . Whatever !

TOK TOK TOK !

“Assalammualaikum”. Laju Puan Salmah berlari untuk membuka pintu. Terkejut dia melihat wajah Hud yang tegang itu.

“Waalaikumussalam. Eh Hud. Masukla”. Puan Salmah tersenyum penuh makna.

“Tak apa la. Kasih mana ? Saya nak bawa dia balik”. Mendatar Hud berkata.

“Ada. Dia dalam bilik”.
Hud mengangguk.

“Erm Hud. Ibu nak mintak tolong boleh ?”.
Puan Salmah berkata lembut. Tudungnya dikebelakangkan bagi ketat.

“Ibu nak pinjam 5 ribu boleh ?”. Puan Salmah tersengih. Hud hanya senyum sinis. Namun Puan Salmah tidak nampak. Haihh...teringat kata-kata Mira tadi.

‘Dahla perempuan murah , perampas dan mata duitan ! Sama macam mak dia !’

Hud hanya mampu mengangguk kecil.
“Nanti saya transfer”.

“Terima Kasih !”. Puan Salmah terus menuju ke dapur.
. .
“ Iz ? Awak buat apa dekat sini ?” Sergah Kasih dari belakang. Terhenjut bahu Hud. Dia mengusap dadanya. Nasih xde sakit jantung !

“Ish awak ni kenapa sergah saya macamtu ? Kalau saya mati sakit jantung macam mana ?”.

“Ha ?! Kenapa pulak ? Saya taknak awak mati ! Saya tak sanggup ! Tsk..tsk..tsk. Awak nak tinggalkan saya ??!”. Terkedu Hud melihat setitis demi setitis air mata Kasih tumpah. Senang betul gadis ini menangis. Hud menggelengkan kepalanya.

“Dah jom”.

“Mana ?”.

“Balik la”.

“Buat apa ? Taknak la saya. Nanti b..”.
Ayat Kasih terhenti di situ. Takkan aku nak bgtau pasal bonda halau aku pulak ? Nanti bergaduh la diorang ! No no !

“Nanti apa ?”. Hud sengaja mahu menguji Kasih. Dia mahu tengok Kasih memberitahu ke tidak tentang kejadian pagi tadi.

“Nanti saya rindu ibu saya ! Saya nak tidur dengan dia. Nak peluk dia. Nak cium dia”. Kata Kasih sambil muncungkan mulutnya.

“No ! Balik dengan saya”. Tegas Hud. Akhirnya Kasih mengangguk. Mata Hud terpandang jari Kasih yang berbalut. Ok ni last dia hendak uji Kasih.

“Kenapa dengan jari tu ?”. Kasih mula gelisah.

“Terkepit pintu. Tadi masa saya nak keluar pergi rumah ibu , saya nak tutup pintu , lepastu terkepit. Biasala Kasih Arryanna kan clumsy orangnya “. Kasih ketawa hambar.
Hud hanya tersenyum kecil.
“ dah jom “. Kasih mengangguk perlahan.
. .
. Masing-masing hanya berdiam diri di dalam kereta. Hud fokus memandu , Kasih hanya memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba rambut Kasih ditiup angin. Kasih tersenyum gembira. Dia keluarkan kepalanya dari tingkap sambil menyanyi kuat. Hud pantas menutup telinganya mendengar suara Kasih yang agak sumbang itu.

“Kasih , masukla. Jangan main dengan luar tingkap tu. bahaya”. Kasih pura-pura tidak dengar.

“Kasih”.

Masih Kasih berpura-pura tidak dengar.

“KASIH ARRYANNA !!”. Jerkah Hud tidak sedar. Kasih terkejut. Dia terus masuk dan menutup tingkap kereta. Bergenang kolam matanya akibat dijerkah Hud. Kasih tahu itu salahnya tapi tidak perlu sampai memarahinya. Kasih hanya membiarkan air matanya mengalir. Hud perasan air mata Kasih jatuh. Dia mengeluh perlahan.

“I’m sorry”. Akhirnya Hud meminta maaf pada Kasih. Kasih menggeleng.

“Bukan salah awak. Salah saya. awak dah tegur saya tapi saya berpura pura tak dengar. So it’s my fault”. Mendatar Kasih berkata tapi perlahan. Hud menghela nafas perlahan. Dia tidak sepatutnya menjerkah Kasih .
Akhirnya mereka berdua hanya berdiam diri.

Typo ? Sorry ! Hambar bosan ? Sorry ! Komenla best ke tidak. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience