BAB 5

Romance Completed 21965

KETUKAN pada pintu di luar rumah menyukarkan Encik Zaydy untuk terus menonton perlawanan di antara Manchester United dengan Chelsea di kaca televisyen. Dia berdiri dan menjenguk ke luar tingkap. Isaac yang terlalu fokus menambahbaik software gamenya juga turut sama mengikuti gerak langkah ayahnya. Terbeliak biji matanya melihat sebentuk wajah yang dikenali. Beberapa bentuk wajah yang lain pula masih menjadi tanda tanya dalam benaknya.

“Assalamualaikum....” sahut suara dari luar sekali lagi.

“Siapa tu, Zek?” ayahnya menyoal, berjalan bersama-sama Isaac ke muka pintu.

“Seorang je yang Zek kenal. Macam Zek tahu je niat diorang datang ni, ayah” jawabnya menyengih lantas memulas tombol pintu tersebut.

“Waalaikumsalam...” balas Encik Zaydy dan Isaac menyambut huluran tangan daripada tetamu-tetamu tersebut dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“Adam!” sapa Isaac. Adam menguatkan genggaman tangannya, memandang tepat ke dalam anak mata Isaac seolah-olah memberitahu sebab sebenar kedatangan mereka ke rumah itu tanpa sebarang pemberitahuan dan makluman awal. Isaac senyum dan turut sama menguatkan genggaman tangannya.

“Tak payah cakap, aku dah faham!” dia berbisik sambil menepuk belakang Adam perlahan.

“Jadi, kau restu?” Adam bertanya perlahan ke telinga Isaac.

“Aku memang sentiasa restu,” terus meledak ketawa mereka berdua. Timbul persoalan dalam benak ahli keluarga yang lain.

“Biarkan diorang ketawa dulu, jemput masuk. Jom,” pelawa Encik Zaydy ramah kepada tetamunya pada hari itu meskipun dia tidak mengetahui niat sebenar para tetamu yang bertandang ke kediaman mereka di hujung minggu. Dah namanya tetamu, mestilah dilayan dengan baik sekali. Itulah pegangannya selama ini.

“Ada apa datang bertandang kat rumah kami sebenarnya ni?” soal Encik Zaydy sekembalinya dari dapur, memaklumkan isteri dan anak perempuannya untuk menyediakan makanan dan minuman lebih banyak daripada biasa.

Yana menurut. Hanya berada di dalam dapur. Kebiasaannya memang begitu apabila ayahnya mempunyai tetamu. Dia lebih suka berada di bahagian dapur dan menyediakan juadah. Ayahnya kerap mempunyai tetamu di hujung minggu. Bersyukur kerana dia telah membeli barang basah untuk dimasak beberapa hari yang lalu. Kalau tidak, memang kena keluar membeli dengan cepat lagi. hanya ibunya sahaja yang sesekali keluar ke ruang tamu untuk bertegur sapa dengan tetamu. Ibunya berasa tidak sopan apabila tidak menunjukkan diri apabila mempunyai tetamu.

“Kami sebenarnya datang ni berhajat,” pak long Rayyan memulakan bicara selepas berbual mengenai perlawanan bola sepak di kaca televisyen, cuaca yang agak mendung pada hari itu dan permainan politik yang tidak boleh lebih menggelikan hati. Encik Zaydy dan puan Zainun seperti dapat menduga apa yang bakal didengari mereka sebentar lagi. Lain benar rasanya mendengar perkataan ‘hajat’ daripada tetamu yang tidak dikenali. Isaac duduk relaks. Dia dapat menduga kedatangan Adam apabila menangkap Adam mencui pandang kakaknya tempoh hari. Pada masa yang sama, kakinya bagai hendak melompat mendapatkan kakaknya yang sibuk di dapur.

Benar telahanku selama ini! Desis hatinya.

“Sebelum tu, tak elok rasanya tak perkenalkan diri, kan?” pak long Rayyan menyambung lagi dengan sengihan. Ibu bapa Isaac dan dirinya hanya membalas sengihan itu dengan senyuman. Lantas pak long Rayyan memperkenalkan setiap individu yang mempunyai ikatan saudara dengannya itu satu persatu; bermula dengan adiknya Ryan, kepada isteri adiknya Marya dan terakhir sekali hero pada hari itu, Adam. Adam senyum nipis apabila pak longnya memperkenalkan dirinya. Situasi yang dihadapinya ini lebih sukar daripada apa yang difikirkannya. Ia lebih sukar daripada membina empayar syarikatnya selama bertahun-tahun. Dia tidak menyangka bahawa dia akan menaiki satu lagi fasa kehidupan.

Aku gentleman sebab tu aku datang sini. Adam berbisik dalam hati untuk menghilangkan resah, gugup dan segala macam perasaan yang timbul dalam dirinya saat ini.

“Kami datang ni sebab nak merisik...” pak long Rayyan berhenti. Adam duduk membatu di sebelah ibunya. Malu pula nak angkat muka. Hilang keyakinan yang baru sahaja dikumpul sebentar tadi. Bukan main bersemangat lagi pagi tadi, bangun pagi pun awal! Tetapi bila pak longnya sudah mula berbicara, lidahnya kelu, malu! Nak sembunyi belakang mak aje.

“Kami datang ni nak tanya pasal Iman Iryana, hurm, tu nama dia yang betul kan, Adam?” pak longnya menyambung dan memandangnya. Adam gugup, perlahan-lahan mengangguk. Dalam hati menggerutu tentang pertanyaan direct daripada pak longnya itu. Sahaja mahu kenakan dirinya. Sengaja hendak memberitahu keluarga Isaac bahawa sebab dialah seluruh ahli keluarganya itu berada di situ dan membincangkan perkara tersebut. Dia mengeluh kecil dan perlahan. Tidak mahu keluarga Isaac mencium bahawa dia tidak selesa dalam situasi tersebut. Fikirannya beku. Lidahnya kelu. Dia tidak dapat mendengar apa-apa lagi daripada mulut pak longnya selepas itu. Dia hanya mahu lari dan bersembunyi!

“Sebagai wakil kepada anak buah saya si Adam ni, saya nak tolong tanyakan samada anak perempuan encik dah berpunya atau berada dalam steady relationship dengan mana-mana lelaki,” Adam melopong besar. Entah kenapa, boleh pulak telinganya menangkap bait ayat yang keluar dari mulut pak longnya saat itu.

Urgh, aku tak patut datang. Aku sepatutnya biarkan ahli keluarga yang menjadi wakil aku. Malu! Terasa hendak mengambil bantal sofa tersebut dan menutup mukanya saat itu jugak.

“Kalau pasal tu, kenalah tanya tuan empunya badan sendiri. Walaupun saya ada hak untuk kahwinkan satu-satunya anak perempuan saya, kena jugaklah minta jawapan dari dia,” Encik Zaydy memberi signal kepada Isaac untuk memanggil kakaknya di dapur. Cepat sahaja langkah kakinya mendapatkan Yana. Tidak mahu membazir sesaat pun!

“Akak!” panggil Isaac apabila sudah berada betul-betul bersebelahan kakaknya yang sedang menggaul lauk di dalam kuali. Dia menoleh sekilas tetapi terus sahaja meneruskan kerjanya.

“Akak tau ke siapa tetamu kita hari ni?” soal Isaac dengan sengihannya.

“Perlu tau ke? Busy, tak nampak ke? Lauk ni semua bukan boleh siap dengan sendirinya.”

“Perlulah tahu sebab akaklah heroin hari ni,” Yana mengambil pula bekas garam dan menaburkan garam ke masakan itu. Entah apa yang dikatakan oleh adiknya, tak faham langsung. Heroin? Heroin drama apa?

“Akak dengar tak ni?”

“Dengarlah, apa pula tak dengar. Kau ganggu konsentrasi akak je, tau tak? Kalau nak tolong tak apa jugak.”

“Nak tolonglah ni sebab ayah panggil akak kat luar. Pergilah, Zek tengok lauk ni kejap,” Isaac mengambil sudip dari tangan kakaknya. Gembira sahaja nada suara adiknya, Yana dapat menduga ada sesuatu yang tidak kena.

“Nak keluar kenapa? Dahlah muka dah berminyak sebab memasak. Selalu okey je akak kat dapur tak payah tunjukkan muka,” Yana tidak berpuas hati. Malas sebenarnya hendak tunjukkan muka bila muka dah berminyak. Kebiasaannya tak perlu kerana dia punya pilihan menyediakan juadah di dapur. Siapa lagi hendak diharapkan menyediakan juadah? Adiknya yang hanya peduli software gamenya itu? Atau, ibu bapanya yang sudah pertengahan lima puluhan? Hurm, tidak sekali-kali.

“Betul, ayah panggil. Pergilah dulu, tengok tetamu akak,” Isaac menyengih nakal. Entah apa yang seronok sangat ke tahap Isaac sanggup membantunya. Tak pernah dalam seumur hidupnya Isaac menawarkan diri untuk membantunya masak. Perkara tersebut hanya berlaku dalam mimpi! Perasaan ingin tahu dan tahap curiga yang tinggi menyebabkan Yana mengambil keputusan untuk menurut apa yang dikatakan adiknya, perlahan-lahan dia meninggalkan Isaac.

“Akak!” panggil Isaac tiba-tiba.

“Hish, apa lagi?” marahnya seraya menoleh semula. Isaac membeleknya dari bawah ke atas. Berkerut dahinya apabila adiknya memperhatikan pakaiannya, baju chiffon lengan panjang paras lutut berwarna biru gelap dipadankan dengan skirt duyung bercorak hitam putih. Shawlnya pula terletak baik di kepala. Tak pernah tahu bahawa ketelitian adiknya hingga ke tahap begitu sekali.

“Okeylah, dah cukup sopan dah! Cuma, akak basuhlah dulu muka akak tu. Berminyak kot. Lepas tu, lap guna tisu ni,” Isaac menyerahkan kotak tisu yang terletak baik atas meja.

“Hish, ada-ada jelah kau ni. Akak bukannya keluar lama pun.”

“Akak ikut jelah. You’ll thank me later. Trust me,” Isaac menyengih.

“Basuhlah muka akak tu dulu,” sekali lagi Isaac menyuruh Yana yang tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Persoalan besar semakin timbul di benaknya. Akhirnya, Isaac sendiri yang menarik lengan kakaknya dan dibawa di hadapan sinki. Yana menurut juga. Dibasuh mukanya dan dilap menggunakan tisu yang diberikan oleh Isaac.

“Go! Orang dah lama tunggu tu,” Isaac menolak kakaknya keluar. Dalam fikirannya tertanya-tanya samada tetamu yang datang pada hari itu adalah tetamu yang ingin membuat perjanjian dengannya untuk membuka franchise Iman’s Bookstore di beberapa tempat lain.

Oh, akulah orang yang paling bahagia sekali kalau itulah perkara yang akan berlaku! Teriaknya dalam hati.

“Ini anak perempuan saya, Iman Iryana,” Yana mengangkat kepalanya melihat satu persatu wajah yang tidak familiar di hadapannya. Gulp! Dadanya berombak kencang saat terpandangkan wajah yang duduk bersebelahan seorang wanita dalam lingkungan umur lima puluhan, seperti ibunya. Tetapi wajah wanita itu jauh lebih muda berbanding usia sebenarnya. Yana sendiri tidak dapat meneka umurnya yang sebenar.

Dia kenal wajah lelaki itu. Lelaki yang membeli buku Rich Dad Poor Dad, Unfair Advantage, The Power of Financial Education tempoh hari. Lelaki yang dikatakan adiknya sebagai kawan barunya. Lelaki itu senyum saat pandangan mereka bertaut! Yana kaget. Cepat-cepat dia melarikan pandangan ke arah wanita bersebelahan dengan lelaki itu. Wanita itu turut mensedekahinya sebuah senyuman mesra. Yana hanya senyum membalas senyuman itu. Kekok.

Dah kenapa datang kat rumah ni? Bukan dia ni kawan Isaac ke? Dan semuanya ni siapa? Ahli keluarga dia?

Yana kecut perut memikirkan kemungkinan dan persoalan dalam benaknya. Wanita itu berdiri dan menghulurkan tangan ke arah Yana. Yana terpinga-pinga tetapi cepat disambut huluran tangan itu dan diciumnya, menunjukkan tanda hormat. Sejuk hati wanita itu diperlakukan sedemikian.

Lulus! Sangat lulus nak jadi menantu aku! Dia berpaling dan memberikan thumbs up kepada Adam. Adam menyengih, tahu bahawa ibunya sudah jatuh hati dengan bakal menantunya.

Erk, nak ke dia terima aku? Kot-kot, dah ada yang punya diam-diam selepas Adien.

“Iman Iryana dah ada yang punya ke?” soal wanita tersebut setelah melabuhkan punggungnya kembali ke sofa.

“Ha?” Yana terlopong.

“Kawal sikit mulu tu, Yana” tegur Puan Laila perlahan ditelinganya. Cepat-cepat dikatup semula bibirnya.

Terkejut beruk ni mak! Tak dapat nak proses benda lain dah!

“Kejap, apa soalan tadi?” Yana menyoal dalam kebingungan, terasa bagaikan tidak ada oksigen di dunia ini lagi, dia tidak dapat bernafas. Apatahlagi, apabila semua mata berfokus kepadanya, menantikan jawapan daripadanya. Semua pasang mata itu seakan berbicara agar dia memberikan jawapan yang mereka ingin dengar, penuh pengharapan.

“Auntie tanya, Yana ni dah berpunya ke tak?” tidak tahu hendak menjawab apa. Fikirannya kosong. Benar-benar kosong. Dia tidak bersedia untuk disoal sebegitu rupa secara direct dan straighforward. Dipandang wajah ayah dan ibunya.

Tolong, Yana ayah mak... teriak Yana dalam hati yang cuba disampaikan melalui pandangan matanya.

“Setahu saya, dia ni belum ada yang berpunya lagi tapi sebagai ayah dia, ni semua seperti tiba-tiba. Kedatangan dan soalan ni semua mengejutkan dia, sebab tulah dia tak dapat jawab dengan baik,” luah Encik Zaydy mewakili diri Yana. Dia faham pandangan mata dan situasi Yana.

“Ye, betul,” sambut Encik Reza.

“Tapi, kalau Yana dah ada jawapan bagitahulah kami ye. Kamu dah jumpa dengan Adam, kan?” soal lelaki sebaya ayahnya itu pula.

“Adam?” Yana kembali mengulang nama itu. Dia mempunyai banyak kawan dan kenalan lelaki bernama Adam tetapi jelasnya mereka bukan sedang bercakap tentang kawan-kawannya itu. Kerutan kecil timbul di dahinya.

“Adam, anak uncle” Encik Reza menunjuk lelaki yang mengejeknya tadi.

Oh, nama dia Adam. Anna berbisik dalam hati.

“Oh, dia. Adalah sekali jumpa dengan dia kat kedai saya, tak tau pun nama dia Adam.”

Apa maksudnya perkenalkan lelaki itu kat aku? Soalan timbul dalam benak Yana tetapi tidak terluah dari mulutnya. Lain macam je ni...

“Begini, Yana...” Encik Reza menarik semua perhatian ke arahnya.

“Kalau Yana belum berpunya, kami nak kahwinkan Adam dengan Yana. Pak cik tak tahu macam mana, bagaimana dan bila dia kenal dengan Yana tapi jelasnya, anak pak cik tak serius dan tak main-main sebab dia sendiri yang cakap kat kami untuk datang ke rumah ni dan cuba risik Yana. Kami akan beri Yana masa untuk berfikir sebab ni adalah masa depan Yana jugak. Kami akan terima apa sahaja jawapan dari Yana. Boleh, ke?” Yana melopong, dirasakan itulah lamaran paling beradab dan terhormat yang pernah dibuat orang kepada dirinya, rasa hendak nangis pun ada. Cepat dia sedarkan diri seraya mengatup mulutnya. Jantung Yana berdebar hebat. Tangannya seram sejuk. Teringin memandang jejaka yang dirasakan sedang merenungnya saat ini tetapi dilupakan hasratnya itu, perkara itu tidak akan berlaku! Dah malu tahap gaban dah ni! Apapun perasaannya saat ini, dia tetap tidak tahu hendak menjawab apa.

“Err....” hanya itu perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Takpe, Yana tak perlu nak jawab sekarang. Yana fikir dulu. Esok, lusa atau tulat barulah berikan kami jawapan,” Yana mengangguk. Cukup setakat itu, dia meminta diri untuk ke dapur semula. Panas punggungnya duduk lama-lama di hadapan tetamu kehormat yang pada perkiraannya, sedang meneliti dan menilai dirinya.

“Akak okey ke?” Isaac menyoal. Selepas Yana ke ruang tamu sebentar tadi, dia terus memperlahankan api dapur dan turut bersama-sama untuk mengetahui titik akhir perbualan tersebut. Apabila Yana ke dapur semula, dia turut sama menghilangkan diri.

“Kau nampak akak okey ke?”

“Okey,” jawabnya sepatah. Yana mengerutkan batang hidungnya. Nak kena budak ni!

“Ee, geram akak!” Isaac mengekek ketawa.

“Dah siap masak ke Yana?” Puan Laila pula muncul dalam dapur.

“Dah kot,” Yana menjawab lemah. Hilang selera makannya hari ni. Mungkin tak akan makan hingga tetamu kehormat itu pulang. Malu!

“Dah siap dah. Zek dah siapkan tadi,” Isaac menunjuk dirinya beberapa kali menggunakan ibu jari. Bangga!

“Baru sekali masak, dah bangga! Tu pun setakat tengokkan api je. Akak yang masak hari-hari pun tak macam kau.”

“Jealouslah akak ni. Tengokkan api pun membantu kot. Kalau tak, kebakaran, tau tak?” Yana pantas mengambil sebatang sudu dan mengetuk jari adiknya kuat, ada sahaja modal adiknya hendak menjawab kepadanya. Dah tu, cakap tak pernah nak berlapik. Isaac mengadu kepada Puan Laila tetapi tidak dihiraukan. Suka Yana apabila adiknya tidak mendapat perhatian seperti yang diharapkannya. Adiknya yang sudah lebih dua puluh empat tahun itu masih manja dengan ibu mereka. Entahlah bila nak jadi matang. Gaduh-gaduh pun, ibunya juga tempat adiknya mengadu.

“Dah, dah. Hidangkan lauk pauk ni kat meja makan luar. Tetamu dah nak pulang dah tu. Tak baik pula tak jemput makan.”

“Yes, ma’am!”

“Mak, Yana tak nak makanlah”

“Eh, kenapa pula? Tak baik larikan diri dari tetamu.”

“Yana takde selera.”

“Jangan nak mengada, Yana. Dari kecil kamulah anak mak yang tak boleh tak makan nasi. Kenapa? Malu ke?” Puan Laila menyoal sambil tangannya laju menyediakan pinggan mangkuk. Sengihannya melebar. Confirm, malulah tu.

“Ha?” Yana memandang emaknya terkejut lantas perlahan-lahan mengangguk.

“Nanti Yana makan lepas diorang dah balik. Ye, mak?”

“Nak malu apa? Semua ni Yana yang masak. Dah berpoin pergi kat Yana, tahu tak?”

“Tak naklah. Nanti tak sedap, diorang kata apa. Yana malu.”

“Tak baik tinggalkan tetamu macam tu. Nanti mak dia tercari-cari kamu, mak nak jawab apa?”

“Mak jawab apa-apa jelah. Yang penting, Yana tak nak makan” ... dengan lelaki tu ada kat luar, sambung Yana dalam hati.

“Yelah, yelah. Tapi tolong mak hidangkan makanan dulu.”

Haihlaa, anak perempuan aku ni. Nak pula aku menjawab depan diorang semua.

PUAN Laila menjemput semua tetamu dan suaminya untuk makan tengahari di meja makan. Isaac pula membantu menuang air sirap ke dalam gelas dan meletakkannya bersebelahan dengan pinggan yang sudah diisi dengan nasi di atas itu.

“Eh, Yana mana? Dia tak makan ke?” Puan Marya menyoal menyedari ketiadaan Yana. Soalan yang keluar dari mulutnya itu menyebabkan semua mata tertumpu ke arah Puan Laila.

“Dia makan nanti. Malu katanya,” Puan Laila terus sahaja berterus terang dengan jawapan yang diberikan oleh anak perempuan tunggalnya tadi. Meletus ketawa Isaac. Adam menahan ketawa. Separuh hatinya rasa bersalah tetapi separuh lagi rasa lucu. Tidak sangka gadis itu malu dengannya.

“Nak malu kenapa?” soal Puan Marya lagi.

“Malulah tu nak makan depan bakal suami dia...” seloroh Isaac, masih lagi dengan tawanya.

“Biarkanlah dia tu. Pandailah dia turun makan sendiri kalau dia lapar. Dia tu tak boleh tak makan nasi. Memang malu kot sampai tak join makan sama. Jangan ambil hati ya. Kita ni pula jangan tak makan sebab dia seorang takde” Encik Zaydy pula mengajak sekali lagi keluarga yang datang itu untuk makan. Ada-ada sahaja gelagat anak daranya. Dibiarkannya untuk kali ini. Dia faham situasi Yana.

“Kalau Marya nak tahu, semua makanan ni Yana yang masak. Memang dia tu kuat makan dan kalau boleh memang semua benda dia nak masak. Ada je resepi baru yang keluar kat TV atau internet, mesti dia nak try. Saya memang tak halang dia masak sebab memang seronok kalau sentiasa ada makanan kat rumah, kan?” Puan Laila senyum, sempat mempromosikan kehebatan Yana dalam kemahiran memasak. Bangga memberitahu kehebatan Yana. Orang kata, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Itulah sebenarnya yang cuba disampaikannya secara halus.

“Sedap tak?” Puan Maria menyoal selepas beberapa ketika.

“Dia lulus semuanya!” meledak ketawa mereka.

“Harap-harap Adam jadi gemuk nanti bila Yana setuju kahwin dengan dia” mereka ketawa lagi. Adam sengih. Dalam hati menggumam, bagaimana ibunya boleh jadikan dia sebagai subjek perbualan di meja makan?

Sejujurnya, Puan Marya sudah berkenan dengan satu-satunya anak perempuan keluarga itu apabila Yana melangkah keluar dari dapur dan memunculkan diri sebentar tadi. Dia terpaut dengan tingkah, kesopanan, cara Yana menyalam dan melayannya dan cara Yana bercakap. Pendek kata, dia berkenan segala-galanya tentang diri Yana. Sekarang pula, ibunya sendiri menyatakan bahawa Yana adalah seorang gadis yang mahir memasak. Dia juga mengetahui bahawa Yana mempunyai kedai buku sendiri. Memang berganda-ganda poin yang dia berikan kepada gadis itu. Anna sememangnya a beauty with brain! Jangan sahaja dia tolak Adam mentah-mentah.

Adam yang duduk bersebelahan ibunya hanya berdiam diri. Merasa makanan yang terhidang di pinggannya dengan cermat.

Untungnya kau, Adien!

“Sedapkan, Adam?”

“Ha?” Adam mendongak. Dia hanyut dalam khayalannya sendiri.

Apa yang diorang soal aku?

“Apa dia, mak?” soalnya lagi.

“Kamu ni dah kenapa berkhayal depan makanan? Mak tanya, sedap masakan Yana ni, kan?” terasa darah merah meresap naik ke mukanya. Malu apabila ditangkap berkhayal seorang diri. Masa makan di hadapan bakal mentua lagi tu!

Erk, bakal mentua? Nak ke Yana terima aku ni?

“Janganlah kacau dia. Dia sedang menikmati air tangan Yana tu. Kalau Yana tak terima dia, ni lah kali terakhir dia merasa air tangan Yana...” seloroh pak long Rayyannya pula. Semua yang berada di meja makan itu ketawa.

“Ada ke patut pak long cakap macam tu,” Adam mempertahankan diri.

Habislah! Memang kena aku lepas ni. Hailaa... Baru tersedar dia telah membuat silap.

“Kenapa? Takut ke?” soal pak longnya lagi.

“Takut apa?”

“Takut tak dapat Yana.”

“Pak long...” panggil Adam panjang. Memang kena bahan aku lepas ni. Sekali lagi, meletus ketawa mereka semua.

“Jangan risau, Adam. Kalau jodoh kamu kuat dengan anak pak cik, takkan ke mana si Yana tu. Doalah banyak-banyak,” Encik Zaydy menepuk belakang Adam apabila tetamu itu sudah meminta diri. Adam hanya menggosok tengkuknya perlahan.

Sporting gila diorang semua ni! Aku pula yang jadi takut!

“In shaa Allah, pak cik. Minta maaflah datang secara mengejut. Tetamu tak diundang langsung,” Adam bersalaman dengan lelaki sebaya papanya itu.

“Eh, takdenya istilah tetamu tak diundang. Lain kali kalau Adam berjodoh dengan anak pak cik, memang kena datang selalulah kat sini. Lagipun, pak cik suka cara kamu nak dapatkan anak pak cik.” Adam senyum.

Kalau macam tu, lulus ke aku ni pak cik? Soalan yang tidak mampu diucapkan.

“Terima kasih, pak cik, mak su dan Isaac. Balik dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam,” Adam melambai tangan ke arah tuan rumah yang masih setia berdiri di muka pintu. Menunggu sehingga mereka benar-benar hilang daripada pandangan.

“Zek nak dia jadi abang ipar Zek” Isaac luah perlahan.

“Mak nak dia jadi menantu mak,” giliran Puan Laila pula meluah manakala Encik Zaydy hanya diam. Tidak memberi sebarang pendapat.

“MAK setuju sangat Yana jadi menantu mak,” Puan Marya terus meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya sebaik sahaja Mercedes itu meluncur di jalan raya. Sebuah kereta yang dihadiahkan oleh Adam kepada kedua orang ayahnya. Memang impiannya menghadiahkan ayahnya sebuah kereta dan ibunya set barang kemas. Kini, impian itu telah menjadi kenyataan dengan kerjayanya sebagai seorang ejen hartanah. Adam tidak dapat sembunyikan senyumannya mendengar pendapat dari ibunya.

Mak dah luluss! Ayah pun mesti lulus punya!

Adam dapat melihat keterujaan ibunya melihat Yana tadi. Sebenarnya, siapa tak? Ayahnya sudah memberi lampu hijau lebih awal berbanding ibunya dalam perbincangan mereka semalam. Jika dibandingkan antara kedua orang tuanya, ayahnya tidak banyak songeh seperti ibunya yang menjadi matchmakernya selama bertahun. Ayahnya akan bersetuju bila dia fikirkan sesuatu perkara itu adalah yang terbaik dan takkan sekali-kali berubah fikiran tidak kira apa yang terjadi. Pendek kata, ayahnya degil. Sebab tulah kot aku pun degil, fikirnya.

“Ayah setuju je kalau dah tu keputusan Adam.”

See? Ayah memang senang nak dibawa berunding. Kerana sebab itu juga, Adam senang berbincang tentang bisnes dan perkara-perkara yang matang bersendirian dengan ayahnya. Tambahan pula, ayahnya adalah seorang pensyarah dalam bidang perniagaan. Sebab itu, dia selalu minta nasihat dari ayahnya dalam bidang perniagaan. Mereka akan berbincang berjam-jam tanpa jemu dan bosan. Dalam diam, dia sangat kagum akan ayahnya.

“Belum ada jawapanlah, pa. Kena tunggu jawapan dari Yana juga, Adam bukan nak naik pelamin seorang diri. Kami berdua tak kenal satu sama lain. Mungkin sebab tu, dia tak dapat nak buat keputusan.”

“You can have all the time in the world to get to know her. You can date anyone as long as you want, but remember, all you see is their acting. To get to know each other best is by getting married. You know their strength, flaws and weaknesses. By that time, you’d accept, learn and complete each other” pak long Rayyan bersuara, menusuk ke dalam sanubari qalbu Adam. Pak Long Rayyan dan ayahnya memang pandai berbicara.

Memang ada dalam darah yang mengalir dalam badan diorang kot? Tapi dia pelik kerana dia tidak mempunyai kemahiran tersebut.

“Tapi kena dapat jawapan dari Yana jugak.”

“In shaa Allah, kalau jodoh kamu kuat dengan dia, dia akan terima kamu,” Adam terdiam. Kali ini dia mendengar ayat tersebut dari ayahnya pula. Sebentar tadi, ayat yang sama diujarkan oleh Encik Zaydy. Adam mengaminkan dalam hati. Susah sangat jikalau sudah masuk bab jodoh kerana kita takkan tahu seseorang tu jodoh kita hinggalah terlaksananya ijab kabul. Kan? Adam bermonolog dengan diri sendiri.

Ya Allah, aku nak jaga dia. Aku nak balas budi Adien. Tolong perkenankan doaku, Ya Allah...

Adam memanjatkan doa setulus hatinya. Entah kenapa, dadanya berdebar dan sakit itu datang lagi. Tetapi kali ini, sakit itu tidak menyakitkan seperti malam-malam lalu selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience