BAB 10

Romance Completed 21965

“Starting of today, this is our home. My home, your home” Adam membuka pintu untuk memberi laluan kepada Yana masuk ke dalam rumah dahulu.

“This is so good! Aku memang impikan rumah style kontemporari moden” Anna memuji. Dia memandang setiap sudut rumah itu. Dia sukakan style rumah tersebut tetapi hanya satu kekurangannya. Semuanya berwarna hitam! Tidak ada warna selain dari warna hitam! Biar benda Adam tinggal dalam rumah begini? Didiamkan perkara tersebut di dalam hati. Matanya menangkap ruang balkoni di luar. Pantas sahaja kakinya melangkah ke balkoni tersebut. Adam mengekori dari belakang.

“Cantiknya...” bisiknya perlahan.

“Kan? Ini adalah pemandangan kota yang berharga satu perpuluhan lima juta ringgit” mulut Yana terbuka besar mendengar penjelasan Adam.

“Takkanlah” nafinya sepatah.

“Tu adalah ayat tipikal aku bila buat viewing house kat orang lain” Adam menyengih.

“Tipu jelah, kan?”

“Tak. Tu memang benar” Yana pandang Adam tidak percaya.

“It’s up to the buyers whether they want to believe it or not” Adam jongket bahu. Entahlah, Yana tak tahu mengapa dalam diam dia percayakan Adam. Lagipun, ini memang bidang Adam. Adam tahu selok belok dalam industri tersebut, mustahillah dia nak tipu, kan? Yana memandang ke bawah. Ya Allah, tingginya!

“Tinggi sangat!”

“Aku sukakan tempat tinggi”

“Tak gayat ke?”

“Tak pun. Kenapa? Kau gayat ke?” Yana geleng.

“Cuma tak baik untuk baby” meletus ketawa Adam. Yana hilang kata-kata. Salahkah apa yang dikatakannya?

“That’s, a long way to go. I think you’re dreaming, honey” Adam terus masuk ke dalam rumah, menggeleng-gelengkan kepalanya. Anna membontoti dari belakang. Memang dah natural bagi pasangan yang berkahwin untuk mempunyai anak. Tak faham!

“Bercakap tentang baby...” Adam berhenti.

“We actually will not have any, I told you, right? We get married because I have to repay Adien and when you find someone else, I will let you go” Yana mendengus perlahan. Bagaimana dia boleh terlupa perkara itu? Adam sudah beritahu perkara itu lebih awal, sejak malam pertama mereka sebagai suami isteri. Dia berpura-pura tenang. Lebih kepada berusaha untuk kelihatan tidak terkesan dengan kata-kata Adam. Malu! Dia teriak dalam hati.

“Kau memang suka hitam ke?” soal Yana, melihat semua aksesori di dalam rumah tersebut yang serba hitam termasuklah pemilihan warna dinding dan tiles lantai. Tiles tu kira okeylah kerana warnanya yang agak kekelabuan. Tapi dinding tu? Erk! Menyakitkan mata. Dia sangat tidak berkenan dengan warna tersebut. Dia lebih sukakan putih. Gabungan putih dan hitam cantik. Seperti dalam rancangan realiti ubahsuai rumah dalam channel HGTV. Sangat cantik! Dalam fikirannya, dia akan touch-up sedikit demi sedikit rumah tersebut mengikut kesukaannya. Wait and see!

“Yeah, speaking of that, I must tell you that you are not to change every single thing in this house. I want it to always be like this. And if you want to add a bit of accessory, a little of your hand to the design, I want it to be black; only this colour. I won’t accept other than black. Don’t change the theme, I don’t like it. Especially pink! It is so girly, ewww. Do you get me?” terkejut Yana mendengar kecerewetan suaminya. Baru sahaja dia membuat rancangan dalam kepala, Adam mematikan rancangannya begitu sahaja. Tidak sangka dia telah berkahwin dengan seorang yang sangat cerewet dan banyak songeh. Tidak pernah tahu bahawa Adam mempunyai side itu. Oops, lupa. Kami memang tak pernah kenal antara satu sama lain. Dia mengeluh kasar. Timbul idea jahat dalam kepalanya. Aku dah kahwin dengan lelaki apa pulak ni? Gerutunya dalam hati.

“Aye, aye, captain...” kepalanya diangguk-anggukkan. Rambut sama hitam, hati lain-lain dan tak mungkin aku akan ikut cakap kau sebab pink adalah salah satu warna kegemaran aku. Kesalahan terbesar kau sebab bagitahu aku benda tu, bisik Yana. Dia ketawa mengejek dalam hati. Ingin sekali mengenakan lelaki di hadapannya itu.

“Jom kita naik atas” ajak Adam. Kondo itu mempunyai dua tingkat. Tingkat atas menempatkan tiga buah bilik; sebuah master bedroom, sebuah lagi Adam telah khaskan sebagai mini pejabatnya dan sebuah lagi tidak berpenghuni. Meskipun tidak berpenghuni, dia sudah menghias bilik itu dengan citarasanya sendiri.

“Ini bilik aku. Kau tak boleh masuk walau apa pun alasannya. Ingat! Walau apa yang terjadi, jangan masuk!” Adam mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Tidak langsung membuka pintu tersebut untuk Yana meninjau ke dalam.

Huh, Nak ugut bagai. Apa? Ada emas ke dalam bilik kau tu?

“Faham tak, Yana?” Adam soal lagi apabila tidak ada respon dari Yana.

“Faham. Aku takkan masuk walau apa pun terjadi. Kau mati ke kat dalam tu, kau membusuk ke kat dalam tu, aku takkan masuk”

“Kat situ pulak jawapan dia, hish!” Adam bergerak ke hadapan yang menempatkan dua pintu bertentangan antara satu sama lain. Dia memusingkan tombol pintu bilik yang terletak di kiri.

“Tada, ni adalah bilik kau!” Adam mendepakan tangannya seperti emmbuat kejutan besar.

“Oh my god!” teriak Yana, tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Ternyata, kejutan Adam sangatlah besar baginya. Dia tak boleh terima semua ini!

“Ya Allah, bilik apa ini?” Yana memandang Adam dan bilik itu silih berganti.

“Ni lah bilik kau, Yana. I’ve put so much effort in this. You should, at least, appreciate what I have done for you” Adam berkata bangga. Dia sangat berpuas hati dengan usaha dan hasil tangannya yang memerlukan dia menyiapkannya dalam tiga hari.

“Cantik. Kan?” Adam senyum. Masih berbangga dengan pencapaiannya.

“Ni bukan bilik! Ni gua! Semuanya hitam! Cadar hitam, bantal hitam, alas kaki hitam, langsir hitam, lampu meja hitam. Aku tak boleh tinggal dalam tempat macam ni” teriak Yana. Sungguh dia tidak mempercayai dengan apa yang dilihatnya. Semuanya hitam! Menyesakkan!

Adam mengambil tempat bersebelahan Yana. Yana memandangnya tidak berkelip. Tidak percaya dengan keobsesan lelaki itu terhadap warna hitam! Dirasakan Adam seperti bermain dengannya. Sabar, Yana, sabar! Kau sangat perlukannya saat ini. Kau tunggulah nanti! Tahulah aku nak renovate, makeover, touch-up dan semua perkataan yang seangkatan dengannya kat setiap inci rumah ni nanti, baru padan muka kau! Tekad Yana dalam hati. Adam mengalih badannya menghadap Yana dengan senyuman yang masih terukir pada bibirnya.

“Aku tahu kau faham maksud aku” Adam bersuara memandangnya tepat ke dalam anak mata. Intonasinya sudah berubah kepada intonasi seorang ketua yang mempunyai syarikat bernilai juta ringgit. Intonasi yang sama yang digunakan di meja makan pagi tadi di hadapan keluarganya. Yana pula yang semakin menjadi cuak. Dia telan liur.

“Apa yang aku faham?” soal Yana tidak mahu kalah. Meskipun perasaannya tidak keruan saat ini, dia tetap menghadapkan tubuhnya bertentangan Adam.

“All these things...”

“Apa all these things, all these things? Cut to the chase. Say it to my face” gesa Yana. Dia betul-betul buntu. Tidak ada idea tentang apa yang cuba disampaikan oleh Adam. All these things bermakna warna biliknya yang semua hitam tu ke?

“Takpelah. Oleh kerana kau ni sangat lembab on picking up hints, aku bagitahu terus terang ajelah” luah Adam akhirnya.

Kurang asam! Dia kata aku lembab! Teriak Yana dalam hati.

“We are married couple, yes, I wouldn’t deny it but that’s just on papers. As you know, we ended up like this because I want to repay Adien. So, you don’t have to act like my wife or be my real wife. I won’t be either. We don’t have to pretend that we’re spouse. You can do anything, without asking for my permission, whether it’s about going out with anyone, anywhere or anytime you like. I’m workaholic means that I’ve married to my first wife, which is my work and my career. Thus, cannot have any other commitment other than my work. So, live like you aren’t married. Live the life you were having before we are married. Understand?” fikiran Yana kosong. Mulutnya ternganga luas. Dia tak tahu hendak balas apa.

Ini bukan perkahwinan yang diimpikannya apatahlagi, bila dia sudah berjanji dengan diri sendiri bahawa dia akan mencintai dan memberikan sepenuh jiwa raganya kepada Adam, suaminya yang sah. Itu prinsip dan janjinya. Sesiapa, tolong cubit pipi aku. Aku tak tahu samada aku berada dalam kayangan atau realiti. Dia sudah terlupa pasal balas budi kepada Adien sebetulnya. Dia hendak jayakan perkahwinan itu. Tetapi sudah ternyata bahawa perkahwinan mereka adalah atas dasar balas budi. Hanya balas budi.

“Hello....” Adam menggerak-gerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan di hadapan muka Yana. Takkan terkejut sampai macam ni sekali? Pantas, dia mencubit pipi Yana.

“Sakitlah!” Yana menepis tangan itu cepat.

“Takkan terkejut sampai macam tu sekali?” Adam ketawa mengekek. Dalam seumur hidupnya, Yana merupakan orang pertama yang dilihatnya mempunyai reaksi sebegitu. Dia menggeleng-gelengkan kepala kelucuan.

“Jangan buat muka macam tu lagi. Kau nampak sangat innocent. Eh? Silap. Nampak stupid”

“Apa?!” huh, beraninya kata aku stupid!

“So, lain kali, jangan sesekali buat muka begitu, ya? Faham tak apa yang aku cakapkan tadi?” Yana geram. Sampai hati cakap isteri sendiri stupid. Suami apa macam tu.

“Kau dengar ke apa aku cakap?” soal Adam lagi apabila Yana tidak memberi respon.

“Dengarlah! Aku tengah cernalah ni. Kau benar-benar maksudkan apa yang kau cakapkan tu ke? Kita hidup serumah tapi bagaikan orang asing? Kalau aku masak, aku tak perlu masakkan untuk kau? Kalau aku nak duit, aku tak boleh minta dekat kau? Kalau aku nak keluar dengan sesiapa je, aku tak payah nak bagitahu kau? Begitu ke?” soal Yana bertalu-talu, dia mahukan kepastian.

Kalau itu yang dikehendakkan oleh suaminya, dia akan lakukannya. Lagipun, itulah tawaran kehidupan paling best pernah ditawarkan oleh sesiapa kepada dirinya. Dia tidak perlukan keizinan daripada sesiapa. Terang-terangan, suaminya itu menawarkan kebebasan. Siapa tak nak kebebasan? Dia bebas! Bebas, sebebas-bebasnya! Tetapi jauh di sudut hatinya, dia berasa terasing. Dia tak betah hidup berseorangan. Kalau hidup ini yang ditawarkan kepadanya, lebih baik tinggal di rumah ayah dan mak. Sekurang-kurangnya, dia punya seseorang untuk bercerita. Dia tahu kini, Adam punya sifat bersendiri yang mana sangat bertentangan dengan dengan dirinya, family person.

“Tak pulak aku fikir jauh sekali sampai bahagian tu...” Adam terus diam. Beberapa ketika kemudian dia bersuara.

“Kalau kau masak, aku nak juga makan. Anggap jelah aku ni lelaki yang tinggal serumah dengan kau dan selalu lapar. Tapi, biasanya aku makan kat luar je. Takpe, kau masak lebih sikit. And, about the money, aku akan bagi kau duit tiap bulan, jangan risau. And yeah, tak perlu bagitahu aku bila kau nak keluar dengan sesiapa pun. Aku tak kisah dan kau jangan nak kisah bila aku nak keluar dengan sesiapa pun. Tapi, keluar dengan sesiapa tu bersyarat. Oleh kerana aku ni dikenali, banyak investor dan kawan aku yang datang majlis kita hari tu dah kenal kau, kau kenalah jaga reputasi aku. Sekurang-kurangnya, kau behavelah sikit” tak logik langsung! Gumam Yana.

“So, kenapa buat pointless game ni tapi letakkan syarat sekali? Kau dah beri aku kebebasan untuk cari pengganti Adien, aku tak boleh elak selain dari berjumpa beberapa orang lelaki kalau dah tu kesnya. Dan kalau kawan-kawan kau nampak aku keluar dengan lelaki lain, aku memang takkan dapat jaga reputasi kau walau aku nak jaga sekalipun”

“Ni bukan sekadar pointless game, Yana. Ni hidup aku”

“Kenapa tak buat dengan betul? Kau bermain dengan hidup aku jugak”

“Apa yang betul, apa yang salah? Untuk pengetahuan kau, ini adalah benda paling betul yang aku pernah buat seumur hidup aku” Adam mengeluh. Dia takkan sekali-kali memberitahu Yana tentang mimpi-mimpinya itu. Bukan sekali ia berlaku, dah berkali-kali! Bercakap pasal mimpi, dia tidak didatangi Adien sewaktu tidur di rumah ibu bapa mentuanya semalam. Dan, perkara itu sangat mengejutkan!

“Kenapa kahwin dengan aku dan menyukarkan keadaan? Bukannya kau tak boleh balas budi Adien kalau tak kahwin dengan aku” Adam diam membatu.

“Aku perlukan jawapan, Adam”

“Lupakan, kau buat aku sesak”

“Anyway, aku clearkan satu benda lagi kat kau”

“Ingat benda ni sampai bila-bila. Kau bersetuju untuk kahwin dengan aku hanya bila kau tahu hati Adien ada kat dalam tubuh aku, kan? Maknanya, kau hanya nak berada dekat dengan hati Adien, kan? Jadi, jangan buat diri kau confuse. Perasaan kau tu lebih terarah kepada Adien, bukan terarah kat aku. Jangan confuse bila ada perasaan pelik datang dalam diri kau dan yakinkan diri kau yang kau sukakan aku. Kau sukakan Adien, bukan aku. Jangan jatuh cinta kat aku, jangan ada perasaan kat aku walaupun perasaan simpati. Aku tak perlukannya dan itu adalah benda yang paling aku benci. Just, don’t fall for me cause I won’ t either”

Yana terasa seperti hendak menjerit. Adam punya banyak peraturan dan syarat dan dia bersendirian kena beradaptasi dengan peraturan dan syarat-syarat tersebut. Tunggu, kenapa dia je yang buat peraturan dan syarat? Kenapa aku tak? Aku perlu buat jugak sebab ni jugak adalah hidup aku. Melampaunya, Adam! Fikirannya teringatkan prinsip dan janjinya dimana dia akan mencintai dan memberikan sepenuh jiwa raganya kepada lelaki bernama suami. Adam perlu diajar!

“Kalau kau jatuh cinta kat aku macam mana pulak?” Yana menduga.

“Takkan terjadi”

“Kenapa tak? Kau dah ada seseorang yang kau nak tapi kau tak boleh dapatkan dia ke?” dia menduga sekali lagi untuk melihat reaksi Adam, ingin tahu samada dugaannya betul atau tidak.

“Aku takde sesiapa dan aku tak berniat nak simpan sesiapa, dan, ia termasuklah kau” Yana mencebik. Dalam fikirannya punya banyak agenda. Dia akan pastikan Adam jatuh ke tangannya. Bangga diri sangat takkan jatuh cinta dengan aku, ya? Tengok nanti...

“Apa kau nak buat kalau kau jatuh hati kat aku dan aku tak jatuh hati kat kau?”

“In your dream, Yana”

“Well, if that happens sometimes in the future, I’ll make sure you pay triple than you’re repaying now”

“Triple means what?” dahi Adam berkerut.

“Tengoklah nanti...” Yana menyengih.

“Whatever!”

“Kau menyesal ke?” soal Adam.

“Menyesal apa?”

“Kahwin dengan aku?”

“Siapa cakap macam tu? Akulah perempuan paling gembira kat dunia ni. Aku punya kebebasan, dapat duit belanja hari-hari dari kau dan aku boleh buat apa je yang aku nak kat dunia ni. Bolehlah dikatakan, impian menjadi kenyataan. Perkahwinan ni agak memberikan faedah kat aku...” Yana senyum menyembunyikan rasa hati. Sedar bahawa apa yang baru sahaja dikatakannya bukan datang dari hatinya yang paling dalam. Dia tidak jujur kepada dirinya sendiri.

Takpe, aku akan buat kau sendiri tukarkan game ni...

Adam bergerak mendekati Yana dan membukan butang bajunya.

“Apa kau nak buat?!” terketar-ketar tangan Yana, terkejut Yana dengan tindakan bersahaja dan spontan Adam. Yana menundukkan kepala, malu!

“Ni. Heh, fikiran kau dah kemana tu, hah? Aku nak tunjuk bekas pembedahan aku je. Fikir yang bukan-bukan ye?” Adam sengih.

“Apa yang aku fikir? Aku tak fikir apa-apa pun!”

“Fine...” Adam menyengih, suka dia melihat muka Yana yang dah berubah merah. Yana mencebik!

“Mana?!” soal Yana kuat lalu mengangkat mukanya untuk melawan Adam. Tidak mahu dilihat easy oleh Adam. Sakit hati dipermainkan begitu. Kurang asam punya Adam! Dia tidak akan dimalukan begitu! Adam masih menyengih. Dia menarik tangan Yana dan meletakkannya pada bekas pembedahan itu. Yana merasakan jantungnya berdebar saat memegang jantung Adam yang turut sama berdebar itu. Dirasakan rentak degupan jantung mereka sama. Ya Allah, apakah perasaan ini? Bagai tersedar dari mimpi, Yana menarik tangannya dan berundur setapak ke belakang.

“Dahlah, aku akan request sentuh bila-bila masa aku rindu kat dia. Kau keluarlah. Aku nak kemas barang” Yana menarik tangannya. Dia merasakan getaran jantungnya yang maha hebat saat memegang bekas pembedahan Adam tetapi dia tidak dapat memastikan apakah maksud getaran tersebut. Cepat-cepat dia menolak Adam keluar dari biliknya. Adam terpinga-pinga, bingung dengan tindakan dan arahan dari Yana yang dirasakannya tiba-tiba. Namun, kakinya melangkah keluar juga sambil tangannya membutang semula bajunya. Pelik!

Yana menutup daun pintu dan menguncinya dari dalam. Perasaan yang dirasainya cepat-cepat dibuang jauh. Dia tahu perasaan itu hanya sementara. Adam sudah menjelaskan bahawa perasaan itu adalah perasaannya pada Adien, bukan pada Adam. Tapi, rasanya pelik dan lain. Ia adalah perasaan yang tidak dirasainya apabila dia bersama Adien dahulu. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Ia masih sangat awal untuknya menyatakan bahawa dia jatuh cinta pada Adam. Mereka baru dua hari berkenalan.

Huh, apa-apalah! Lebih baik kemas barang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience