BAB 33

Romance Completed 21965

YANA berusaha menghubungi Adam namun panggilannya dialihkan ke peti suara. Untuk ke sekian kalinya, dia berusaha menghubungi Adam namun tidak berjaya. Dia hendak memaklumkan kepada Adam untuk keluar bertemu dengan Ezzad. Dia perlu mengetahui perkara yang dikatakan oleh Ezzad sebagai sesuatu yang sangat bernilai. Sebelum menyambut panggilan daripada Ezzad, entah sudah berapa ratus kali Ezzad menghubunginya sejak tiga hari yang lalu. Memaksanya meletakkan mod telefon pada mod senyap. Namun, apabila berbuat demikian, panggilan daripada Adam juga tidak bersambut. Mesej dan Whatsapp juga tidak berbalas. Adam pula menegur.

Masalah betul Ezzad ni! Gerutu Yana dalam hati.

“Kau kena jumpa aku” ayat pertama yang didengari Yana sejurus selepas dia melekapkan smartphonenya pada telinganya.

“Apa?! You are so unbelievable! Aku tak perlu jumpa kau”

“Kau kena jumpa aku samada kau nak atau tak”

“Kau delusional, Ezzad. Aku tak perlu jumpa kau. Aku nak letak panggilan ni kalau hanya benda ni yang kau nak cakap. Tolong hentikan benda mengarut yang kau sedang buat sekarang ni, aku dah kahwin”

“Aku tahu kau akan datang jumpa aku kalau aku cakap benda ni ada kaitan dengan perkahwinan kau” Yana mendengus. Dia tidak akan sesekali percaya kepada seseorang yang telah dia tanggapi sebagai psiko. Ezzad tidak mempunyai hak untuk bercakap begitu, bukan dia yang berada dalam perkahwinan antara dia dan Adam. Yana tidak akan sesekali mengkhianati Adam atau perkahwinan mereka. Itu adalah janjinya kepada dirinya sendiri, kepada Adam dan juga kepada hubungan yang terjalin antara mereka.

“Kau takde hak cakap macam ni . Ini perkahwinan aku dan Adam dan kau hanyalah orang luar, outsider. Faham tak? You don’t have a single clue about us so, kalau kau ada masalah dengan Adam, jumpa dengan dia, bukan dengan aku. Jangan hubungi aku kat nombor aku atau nombor kedai aku” Yana berkata tegas. Bagi seseorang tak makan saman seperti Ezzad, dia tahu dia perlu bertindak tegas.

“Hurm, okey. Aku fikir kau tak nak tahu benda yang aku nak bagitahu kau”

“Ya, tak perlu. Kau tak perlu susah payah”

“Walaupun benda ni pasal Fariq Adien?” mata Yana membulat. Mana lelaki psiko ni tahu pasal Adien? Apa yang dia tahu? Apa hubungan diorang? Tiba-tiba, fikiran yana diasak dengan pelbagai soalan. Cuba ditenangkan dirinya sebaik mungkin.

“Macam mana kau kenal Adien? Apa yang kau tahu?”

“Semua. Everything is on some white printed documents” hmph! Yana mendengus. Sengaja nak masukkan aku dalam perangkap dia!

“Adien adalah kisah silam aku. Dia dah meninggal jadi takde benda yang kau perlu nak susah payah bagirahu aku”

“Hurm, ya. Aku pun dah tahu benda tu. Aku tahu dia dilanggar lari dan aku tahu hati dia dalam tubuh Adam sekarang ni, kan?” Ezzad senyum nipis. Teringat peristiwa beberapa hari lalu dimana dia sendirian berkunjung ke Adam Empire untuk bersemuka dengan Adam, untuk dapatkan unit tersebut buat kali terakhir. Mungkin peluangnya tipis tetapi dia tahu dia perlu sekurang-kurangnya mencuba. Itulah yang dilakukannya selama ini, mencuba dan terus mencuba tanpa henti. Sikap itu yang membolehkannya terus maju ke hadapan tetapi dengan kehadiran Adam, Adam sentiasa menjadi penghalangnya.

Setiausaha Adam sendiri yang memintanya duduk di dalam bilik pejabat Adam. Katanya, Adam akan kembali dalam beberapa minit daripada mesyuarat dengan lembaga pengarah. Tetapi setelah menunggu hampir setengah jam, batang hidung Adam tidak juga kelihatan. Dia yang semakin bosan duduk mula berjalan sekitar bilik pejabat itu. Timbul niat untuk menyelongkar meja Adam untuk mencari dokumen tentang Diamond Heights dengan harapan menjumpai salah satu dokumen tersebut.

Lebih mengejutkan, dia menjumpai beberapa dokumen dalam laci yang tidak berkunci. Dia membaca sekilas dokumen tersebut dan sengih. Tidak pernha diketahui bahawa Adam turut mempunyai kelemahan. Dia tahu dia boleh gunakan kelemahan itu untuk menentang Adam. Tanpa berlengah, dia mengambil dokumen tersebut dan keluar. Yakin bahawa dia dapat memusnahkan samada karier Adam ataupun kehidupan berkeluarganya.

“Ya. Takde benda yang kau nak susah payah call dan bagitahu aku”

“Ada, Yana...” senyuman nipisnya yang penuh dengan muslihat meleret hingga ke telinga. Yana diam.

“Kau tak tahu coward mana yang langgar dia, kan? Mungkin kalau coward tu tak coward sangat larikan diri, Adien mungkin masih hidup sekarang ni. Dan mungkin, bukan Adam yang hidup” insiden langgar lari itu muncul balik dalam ingatannya. Ia sungguh jelas sehinggakan dia mampu mengingat setiap butiran dengan sangat terperinci. Cuma, dia sendiri yang memilih untuk tidak mengingat kembali insiden itu, dikuburkannya dalam hati sebaik mungkin.

Perkara yang paling tidak dapat diterimanya ialah, kes tersebut terpaksa ditutup kerana pegawai yang bertanggungjawab tidak dapat mencari penjenayah tersebut Sangat tidak masuk akal! Terdapat beberapa orang yang lalu lalang di tempat kejadian tersebut tetapi tidak ada seorang pun yang tampil untuk menjelaskan. Semua orang bagaikan tak tahu apa yang berlaku dan tidak ada saksi yang jelas dengan insiden tersebut. Begitu juga halnya dengan nombor plat kereta, tidak dapat dikesan. Kenyataan yang sangat tidak dapat dipercayai. Bagaimana dia dan ahli keluarga Adien mampu untuk percaya benda sebegitu? Mereka bukannya bodoh!

“Takpelah Yana. Aku fikir perkara ni menarik minat kau. Aku rupanya silap. Okeylah, aku hang up dulu. Bye” Ezzad berpura-pura hendak mematikan panggilan apabila menunggu Yana bersuara lama.

“Ezzad!” Yana berteriak. Mungkin ini adalah peluang terakhirnya untuk mengetahui kisah disebalik kematian langgar lari Adien.

“Kat mana?” Ezzad senyum. Tahu Yana sudah termakan denagn jeratnya.

“Old Town White Coffee. Tempat yang sama insiden Adien dilanggar lari” Yana terpempan. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di kawasan itu lagi. Kawasan itu menakutkannya.

“Yana, are you still there?” Yana tarik nafas panjang. Dia tahu dia perlu kuat.

“Okey, jumpa kau kat sana dalam sejam”

“Yup!” Yana terus mematikan talian. Tidak menyangka bahawa dia sudah berdiri di kawasan yang merobekkan hatinya. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam cafe tersebut dan mencari wajah Ezzad. Ezzad melambai melihat Yana.

Dapat juga aku keluar berdua dengan dia, bisik Ezzad kegembiraan.

Yana duduk tegak. Meskipun berasa tidak sihat digagahkan juga dirinya bertemu dengan Ezzad pada hari itu. Semuanya kerana ugut Ezzad tentang dokumen berkaitan Adien. Tidak memesang apa-apa minuman dia terus bertanyakan soalan kepada Ezzad.

“Mana dokumen tu?”

“Calm down, Yana. Pesanlah minuman dulu. Aku belanja”

“Aku tak nak. Aku angkat kaki kalau kau tak tunjukkan dokumen tu sekarang!” tegas Yana.

“Sampai bila kau nak bertegas dengan aku, Yana?” Yana mencebik. Geram dengan lelaki psiko di hadapannya itu.

“Fine, aku jalan dulu” sepantas kilat, Ezzad menarik tas tangan Yana menyebabkan Yana menghentikan gerakannya.

“Okey, okey. Kalau kau nak tengok sangat dokumen tu, ni dia! Jangan sakit jantung dan mati pula kat sini” Ezzad membuang sampul berwarna coklat di atas meja. Yana kembali duduk, mengambil sampul tersebut dan meneliti setiap dokumen yang terdapat di dalamnya. Sesetengah dokumen tersebut pernah dilihatnya sebelum ini kerana Adam pernah menunjukkannya. Sesetengah dokumen pula mengejutkan dirinya. Dalam sekelip mata, dia berasa seperti ditipu. Hatinya diselubungi kemarahan.

“Mana kau dapat benda ni?” dia menggoncangkan dokumen itu kuat. Adam air mata bergenang di hujung matanya.

“Kenapa? Kau fikir aku sengaja reka cerita?” Yana mencerlung Ezzad tajam. Dia tidak tahu mana satu yang dia perlu percayai saat ini. Tetapi yang pasti, bukan Ezzad atau Adam.

“Kau sengaja nak pisahkan aku dan Adam, kan? Maaf, kau takkan berjaya. Kaulah orang paling keji pernah aku jumpa seumur hidup aku. Sanggup lakukan apa sahaja hanya untuk musnahkan perkahwinan orang lain. You are so deceitful home-wrecker, Ezzad!”

“Hell no I’m trying to break you apart. Aku cuma tunjukkan kebenaran. Bukan ke dalam perkahwinan tu tak sepatutnya takde rahsia or better aku cakap dalam perkara ni, penipuan? Aku tak tahu macam mana korang jumpa dan akhirnya berkahwin, tapi aku pasti ada kaitan dengan dokumen ni. Untuk informasi kau, Yana. aku tak nak pisahkan kau dengan Adam. Aku cuma nak kau kecewa dengan dia dan kekecewaan kau tu akan memakan hubungan korang. Waktu tu, aku akan datang menjadi hero dan pengganti Adam” Ezzad senyum sinis. Yana mencebik. Tidak sangka wujud lelaki di dunia seperti Ezzad. Mendokan kehancuran rumah tangga orang lain.

“I’m not easy to be fooled. Don’t think you’re pulling this off. I believe in my husband and that means Adam, alone” Yana berkata perlahan. Dia tidak pasti samada suara itu keluar dari hatinya yang paling dalam. Dia sudah tidak pasti sebenarnya. Dia tidak tahu hendak percaya apa. Kiranya, Ezzad menang. Ezzad berjaya menyebabkan dia mempunyai keraguan terhadap suami sendiri. Urgh!

“Tak nak percaya sudah. Aku bagi dokumen ni percuma kat kau, aku masih ada salinan original dalam simpanan aku, in case, Adam has to be thretaned. Tunjukkan kat Adam, tanya dekat dia samada benda ni benar atau palsu” Yana yang sudah berdiri kembali memandang Ezzad. Hatinya berbolak balik untuk mengambil dokumen itu. Setelah beberapa saat berlalu dicapainya juga dokumen tersebut dan akhirnya menghilangkan diri. Ezzad senyum nipis, yakin dengan rancangannya sendiri. Dia tahu dia sudah menjarum virus kesangsian dalam diri Yana.

ADAM menghidupkan lampu sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Hairan mengapa Yana membiarkan keadaan rumah gelap gelita, kebiasaannya, dah masuk Maghrib Yana dah menghidupkannya.

“Ya Allah!” Adam beristighfar. Terkejut dengan kehadiran isterinya yang sedang duduk di atas sofa dengan mata memandang tepat ke arah skrin televisyen yang gelap dengan tangan disilangkan antara satu sama lain. Yana hanya berdiam diri.

“Ya Allah! Terkejut abang. Kenapa Yana tak on lampu? Ingatkan siapa tadi, dahlah pakai baju putih” Adam mengurut dadanya. Yana memang mengejutkannya dengan baju t-shirt putih dan skirt paras lutut merah jambu. Yana tidak menjawab. Adam duduk bersebelahannya seraya mencium ubun-ubun Yana. Dia sukakan wangian syampu dan leave-on cream jenama Dove yang digunakan oleh Yana. Wangi! Yana hanya membatu. Adam hairan. Biasanya Yana membalas dengan senyuman, bertanya tentang hal di pejabat atau memberitahu apa-apa sahaja yang berlaku di kedai buku atau meminta dirinya menyentuh baby bump dan berbual dengan si baby. Tetapi sekarang, Yana tidak sepeti dirinya selalu. Bertanya diri sendiri jika dia ada melakukan kesalahan. Mungkin, terlupa tarikh-tarikh penting mereka.

“What’s wrong?” soal Adam masih mencium ubun-ubun isterinya. Yana tetap membatu.

“Hurm?” soalnya sekali lagi.

“How’s the baby?” Adam mengusap perlahan perut Yana yang semakin memboyot. Anak sulung mereka yang bakal lahir dalam beberapa bulan lagi. Tidak sabar untuk melihat bay sendiri tetapi Yana masih juga membatu. Adam yang tidak keruan dengan kebisuan Yana memandang isterinya itu. Banyak benda baru yang perlu diberi perhatian dengan kehadiran si khalif kecil dalam tubuh isterinya itu. Beranggapan sikap Yana yang baru muncul itu adalah pembawaan si bayi. Dia menggeleng kecil.

Tiba-tiba matanya menangkap dokumen yang terletak di atas meja. Adam mengalihkan pandangan ke dokumen itu dan Yana silih berganti. Dia kenal dengan dokumen itu kerana dia pernah memegangnya dan dia sendiri menyimpannya di dalam laci. Cuma, bagaimana dokumen tersebut boleh berada di atas meja mereka sekarang ni? Perasaan takut datang menyelubunginya. Jantung Adam berdegup kencang namun ia tidak mampu menghentikan tangannya daripada mencapai dokumen tersebut.

Matanya bulat membesar apabila mengimbas dokumen itu. Adam hilang kata-kata. Mulutnya seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak ada satu suara pun yang keluar. Dia mengalihkan tubuh menghadap Yana hendak membela diri tetapi dia tidak mampu. Dan, membela diri pada ketika itu adalah yang idea yang paling teruk sekali, fikirnya.

“A.. a... abang...” Adam tidak mampu meneruskan apa yang hendak dikatakannya. Dirasakan apa sahaja yang bakal keluar daripada mulutnya itu tidak berguna.

“Nampaknya abang memang dah lama tahu tentang ni” Yana berpusing menghadap Adam. Dia dapat meneka daripada reaksi Adam bahawa suaminya itu merahsiakan perkara itu daripadanya sepanjang perkahwinan mereka.

“Dari mana Yana dapat benda ni?”

“Dari mana Yana dapat benda tu, tak penting! Yang penting sekarang, Yana tahu

abang memang dah tahu benda ni dah lama tapi abang sengaja rahsiakannya dari Yana, kan?”

“Ya, tapi...” Adam menjawab lambat. Yana pantas berdiri. Sakit hatinya mendengar jawapan daripada Adam.

“Abang bunuh Adien, abang bunuh dia...” Yana menangis lagi. Dia sudah puas menangis selepas mendapat dokumen tersebut tetapi sekali lagi matanya merembeskan airmata.

“Sekarang Yana tahu kenapa abang datang rumah Yana dan berniat kahwin dengan Yana. Semuanya sebab abang hanya nak buang rasa bersalah abang. Abang lelaki paling teruk. Abang bunuh Adien tapi abang hidup gunakan hati dia. Yana pasti takkan tahu perkara ni kalau Yana tak dapat dokumen ni hari ni, selamanya!” Yana menyeka airmatanya.

“Abang mengaku abang terlibat dalam kemalangan langgar lari tu tapi abang tak tahu benda ni sehingga beberapa hari lepas kita balik dari Dubai. Abang minta maaf sebab abang memang penakut, penakut sebab lari dari kemalangan tu. Abang minta maaf sebab dah plan untuk tak nak bagitahu Yana. Abang takut Yana akan benci abang” Adam berusaha membawa Yana ke dalam pelukannya. Dia perlukan sebuah pelukan. Yana menolaknya kuat. Dia bukan dalam mood untuk mendapat pelukan dari Adam sekarang ini. Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan pelukan tidak termasuk dalam agenda tersebut. Jangan bermimpi!

“Abang bohong! Perkahwinan ni adalah suatu kebohongan! Dan maaf takkan dapat hidupkan semula Adien” Yana berundur beberapa langkah ke belakang dalam tangisan.

“Hati tu...” Yana tunjuk dada Adam dari kejauhan.

“Hati tu bukan milik abang dan perasaan tu pastinya bukan milik abang. Perkahwinan ni adalah satu kebohongan. Yana... Yana tak patut kahwin dengan abang”

“Tak, tak, tak...” Adam pantas memotong. Dia mengeluh perlahan. Mengandaikan bahawa masa itu adalah masa terbaik bagi Yana untuk mengetahui perkara sebenar. Kebenaran yang keluar tanpa kerelannya.

“Yana salah. Yana perlu tahu perkara sebenar, sekarang. Abang memang tak tahu orang yang abang langgar tu adalah Adien sehingga beberapa hari kita dari bulan madu kedua kita. Abang tak kahwin dengan Yana sebab rasa bersalah. Abang kahwin dengan Yana sebab abang nak balas budi Adien, niat yang sama sejak kali pertama abang jumpa Yana. Adien datang dalam mimpi abang, minta abang cari Yana dan jagakan Yana seumur hidup abang. Abang bersyukur Adien suruh abang buat semua tu sebab abang tahu, meskipun hati ni milik Adien, perasaan ni milik abang. Abang tahu abang cintakan Yana”

“Apa maksud abang Adien datang dalam mimpi abang, suruh cari dan jagakan Yana?” Yana memandang Adam dalam kebingungan. Dia tidak dapat menyambungkan titik-titik persoalan tersebut.

“Adien datang dalam mimpi abang beberapa kali sebelum abang jumpa Yana, sebenarnya, Yana dan Adien muncul dalam mimpi abang setiap malam bila abang tidur. Satu hari tu, dia muncul dan minta abang berjanji untuk cari dan jagakan Yana. Dan waktu tu, jalan terbaik yang mampu abang fikirkan hanyalah kahwin” Yana terkesima. Kini dia sudah tahu alasan disebalik mengapa Adam bersungguh-sungguh hendak berkahwin dengannya dan alasan mengapa Adam mahu menjayakan perkahwinan tersebut. Dia sudah tidak tahu hendak percaya apa. Semua perkataan cinta yang keluar dari mulut Adam dirasakan seperti suatu kebohongan. Perkataan itu sudah tidak bernilai lagi dan itu membuatkan hatinya berderai seribu.

“Maknanya, semua tu adalah Adien dan bukan abang...” memori bersama Adien tiba-tiba bermain di hadapan matanya.

“Itu semua adalah Adien dan bukan abang...” Adam memandang Yana tajam.

“Apa yang Yana cuba sampaikan?” Yana membalas pandangan Adam lebih tajam.

“Adien yang nak kahwin dengan Yana dan bukannya abang!” Yana hampir berteriak.

“Kalau abang tak langgar Adien, Adien takkan tinggalkan Yana. Adien akan hidup dan kami akan berkahwin. Dan baby ni mungkin bukan milik abang. Baby ni mesti milik Adien...” Yana semakin hilang kewarasan. Dia terus meluahkan perkara yang terlintas dalam fikirannya. Emosinya mengatasi fikirannya.

“Apa Yana cakap?” soal Adam. Bergetar suaranya menyoal Yana. Darahnya meresap naik mendengar bait perkataan yang keluar dari mulut isterinya itu.

“Bayi, bukan milik abang?!!!” Adam mara ke arah Yana lantas menumbuk dinding konkrit di belakang isterinya. Merah matanya mencerlung tajam ke dalam mata Yana. Turun naik nafasnya jatuh betul-betul pada muka Yana. Yana melampau! Dia sudah cuba bertenang sepanjang pertengkaran mereka tapi, isterinya memang melampau! Sanggup mengatakan bayi dalam kandungan itu bukan miliknya! Yana terpempan, terkejut dengan tindakan suaminya. Bergegar seluruh tubuhnya mendengar tumbukan kuat Adam pada dinding. Dirasakan seperti dinding itu hanya menunggu masa untuk runtuh sahaja.

“Arghhh!!!” Adam berpusing dan meletakkan tangannya pada kepala. Geram dan marah dengan Yana. Hampir sahaja dia menampar pipi isterinya kerana berkata perkara yang bukan-bukan. Nasib baik tangannya hanya hinggap pada dinding rumah! Dia berpaling semula melihat Yana.

“Don’t! Don’t you ever say that again!” jari telunjuknya didirikan di hadapan muka isterinya. Yana bergerak ke hadapan. Meletakkan dahinya betul-betul pada jari telunjuk Adam. Yana betul-betul melawan!

“No! It’s the truth! Kalau kita tak kahwin...” Adam menendang meja kuat. Meja itu berlanggar dengan kabinet televisyen. Memecahkan cermin kaca serta menghasilkan bunyi pecahan kaca yang sangat kuat. Yana menutup mata mendengar bunyi tersebut. Si bayi bergerak-gerak di dalam rahimnya kerana dapat merasakan takut dari si ibu. Yana memgusap perutnya, menenangkan si bayi yang tidak berhenti bergerak. Yana tidak berpuashati kerana tidak dapat menghabiskan apa yang hendak dikatakannya.

“Abang penjenayah. Yana tak nak baby tau ayah dia seorang penjenayah” Adam menggenggam buku limanya. Hilang sabarnya mendengar segala perkataan yang dikatakan oleh Yana. Isterinya itu memang sengaja menambahkan sakit di hatinya. Dia mahu isterinya berhenti dari berkata-kata kerana takut tangannya itu akhirnya hinggap di tubuh badan Yana. Adam menarik nafas panjang dan perlahan-lahan meleraikan buku lima. Kakinya mahu diangkat pergi dari tempat itu.

“Yana kesal kahwin dengan abang! Abang penjenayah! Tempat abang bukan dalam rumah ni, tempat abang kat dalam lokap!” Yana terduduk, menangis tersedu-sedu. Kesal dengan apa yang terjadi, dia sah isteri Adam dan bukan Adien.

Sakit hati Adam dengan pengakuan Yana. Dia tidak bersedih isterinya memanggilnya penjenayah. Dia sedih Yana menyesal berkahwin dengannya. Perlahan-lahan dia mengangkat kaki meninggalkan Yana yang menangis. Sakit itu datang lagi tapi dibiarkan sahaja. Mungkin, sekiranya dia turut meninggalkan dunia ini seperti Adien, barulah Yana akan benar-benar cintakannya dan yakin dengan cintanya. Siapalah dia hendak bersaing dengan Adien? Adien, si pemilik cinta pertama isterinya. Dia? Hanyalah orang yang bertuah dapat meneruskan hidup kerana didermakan hati oleh seorang lelaki bernama Adien. Dia takkan pernah dapat bersaing dengan Adien. Apatah lagi, Adien bukanlah orang yang masih hidup di dunia ini untuk dibawa bersaing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience