BAB 37

Romance Completed 21965

“ASSALAMUALAIKUM, abang” Yana cepat-cepat mendapatkan Adam, menarik tangan Adam dan menciumnya. Terus duduk bersebelahan Adam yang sudah duduk. Adam masih berniat melancarkan perangnya dengan Yana, biar Yana tahu bahawa dialah ketua dan dialah suami. Bukan Adien atau mana-mana lelaki di dunia ini.

“Hari ni Yana masakkan Udang Masam Manis dan Lodeh Kering. Yana ada buatkan Moist Chocolate Cake untuk abang juga” seperti hari-hari sebelumnya, Yana menyediakan bekal itu di atas meja untuk Adam.

“Bak sini kek coklat tu” Adam menghulur tangannya. Dalam hati ingin menebus kesalahannya semalam. Dia tahu dia sudah mengguris perasaan isterinya semalam. Memang aku tak dapat nak marah dengan dia lama-lama...

Yana menghulur bekas berisi kek coklat itu kepada Adam. Berasa bahagia dengan Adam yang dirasakannya ssemakin bertambah terbuka dengan dirinya.

“Abang tak nak makan nasi ke?”

“Yana makan dulu. Kalau Yana tak makan, abang tak makan. Yana tu pregnant” Adam memandang Yana sekilas lalu mengenyitkan mata. Yana bagai hendak melompat dengan perubahan sikap Adam kepada dirinya. Sungguh, dia berasa sangat-sangat gembira.

“Terima kasih, abang...” Yana pantas mencapai tangan Adam yang memegang sudu. Disalam dan dicium tangan Adam penuh syahdu sehingga menitis airmatanya ke tangan Adam. Adam meletakkan bekas kontena itu dan mengusap perlahan kepala Yana yang dilitupi tudung. Perlahan-lahan, dia mengangkat muka isterinya. Benar telahannya, pipi isterinya sudah berjuraian air mata.

“Terima kasih sebab maafkan Yana. Yana berdosa kat abang...”

“Abang dah lama maafkan sayang tapi tak boleh terima bila sayang katakan bayi bukan milik abang. Dan lebih sakit lagi bila sayang katakan yang sayang menyesal kahwin dengan abang. Abang teruk sangat ke?” Cepat-cepat Yana menutup mulut Adam menggunakan jarinya. Dia menggeleng-geleng.

“Tak, tak, tak” katanya sambil kepala masih digelengkan.

“Yana minta ampun kata macam tu. Ampunkan Yana. Yana menyesal. Yana tak patut cakap benda macam tu” dicium sekali lagi tangan Adam. Dia benar-benar menyesal berkata demikian. Semuanya, gara-gara dia sudah hilang pertimbangan dan kewarasan.

“Bayi milik abang sebab abang suami Yana dan abanglah satu-satunya lelaki yang pernah tidur dengan Yana dan Yana nak tidur bersebelahan selalu. Maafkan Yana bila Yana cakap Yana menyesal kahwin dengan abang. Yana terlalu ikutkan perasaan masa tu. Kalau boleh, Yana nak balikkan masa kat waktu tu semula dan Yana tak nak cakap benda tu. Abang tak teruk. Abanglah yang terbaik, terbaik untuk Yana. Ampunkan Yana, bang... Yana menyesal sangat” pintanya dalam sendu.

“Yana menyesal?” Soal Adam.

“Ye, Yana menyesal sangat”

“Angkat kepala tu” Yana menurut sahaja suruhan Adam. Adam mengusap perlahan airmata yang masih berjuraian jatuh di pipi isterinya.

“Betul-betul menyesal?” Dia melihat ke dalam anak mata Yana. Yana mengangguk.

“Janji dengan abang Yana takkan buat atau cakap benda macam tu lagi”

“Yana janji Yana takkan buat atau cakap benda yang tak elok lagi” Yana menaikkan tangannya bersumpah.

“Syukurlah kalau Yana dah sedar silap Yana. Abang dah lama maafkan Yana tapi nak juga dengar kata maaf dari isteri abang sendiri. Dah, jangan nangis lagi” jari Adam masih mengelap airmata Yana. Sungguh Yana berasa seperti hilang bebannya selama ini mendengar kata maaf dari suaminya. Bersyukur kerana dia masih berpeluang untuk meminta maaf dari suaminya. Takut kalau berlaku sesuatu sebelum dia meminta maaf. Tidak. Itu perkara yang dia inginkan berlaku dalam dunia ini. Dia membiarkan sahaja jemari Adam mengusap pipinya. Dia rindukan sentuhan mesra Adam.

“Sekarang, suap abang” Adam menyerahkan bekas berisi kek coklat itu kepada Yana semula. Bekas dan sudu diambil oleh Yana. Tersenyum mendengar permintaan dari Adam. Dengan berhati-hati, dia menyedok kek tersebut dan menyuakannya kepada Adam.

“Good! Macam nilah isteri abang...” seloroh Adam, tersenyum bahagia.

“Abang” panggil Yana.

“Hmmm?”

“Yana rindukan abang, baby pun rindukan abang. Bila abang boleh keluar dari lokap ni?” Soalnya sambil menguis-nguis kek tersebut. Adam mati kata. Mengikut hukuman yang dikenakannya, dia akan berada di dalam lokap itu buat satu masa yang panjang lagi.

“Lama lagi. Abang tak fikir abang akan keluar dari sini bila Yana lahirkan baby” luahnya terus terang. Serta merta Yana mengangkat mukanya.

“Yana nak abang bila Yana deliver nanti. Yana tak nak orang lain...” matanya kembali merah. Ah, siapa tidak mahu suami berada di sisi saat melahirkan bayi? Apatah lagi, ini merupakan bayi sulung mereka. Adam mesti ada sama! Tak kira apa pun!

“Yana nak ikat jamin abang”

“Bukan Yana ke yang nak abang masuk dalam lokap?” Adam sekali lagi menduga isterinya. Suka membuat Yana serba salah.

“Abang...” Yana sudah mula hendak menangis lagi.

“Ya Allah, abang gurau jelah. Dahlah, jangan nangis lagi. Cengeng sangat isteri abang ni” Yana sudah tersedu-sedu menahan tangisnya. Gurauan Adam menyakitkan hatinya kerana punca sebenar Adam berada dalam lokap adalah kerana dirinya. Ah, bukankah topik itu telah tamat beberapa minit yang lalu?

“Yana tak rasa abang bergurau. Yana rasa abang memang nak buat Yana bersalah sekali lagi” beritahu Yana terus terang.

“Abang gurau je, okey?” Yana memuncungkan bibirnya.

“Tapi abang memang serius bila abang kata abang mungkin tak dapat bersama Yana bila Yana delivery nanti. Abang minta maaf pasal tu”

“Yana tak nak lahirkan baby kalau abang takde. Abang ingat Yana dapat lalui ke semua tu seorang diri?” Yana geram dalam hati.

“Yana wanita kuat, Yana akan laluinya dengan baik. Kalau tak pun, abang akan minta mak dan ayah temankan Yana”

“No! Yana tak nak mak atau ayah. Yana nak abang! Abang tak faham ke? Abang buat Yana pregnant¸ abang kena bertanggungjawab tentang tu. Abang kena ada sepanjang masa untuk Yana”

“Abang tahu dan abang memang nak bersama Yana sepanjang masa even mula dari day one bila abang tahu Yana pregnant. Tapi abang tak boleh keluar dari lokap ni. Yana tahu pasal tu juga, kan?”

“Berapa lama lagi abang kena tahan kat sini?”

“Tiga bulan” melopong mulut Yana mendengar jawapan selamba Adam. Boleh-boleh suaminya berlagak selamba dengan hukuman itu? Bagaimana dengan bayi mereka?

“Tapi oleh kerana abang sendiri yang serah diri, diorang kurangkan ke dua bulan je”

“Dua bulan tu lama”

“Dua bulan tu kejap je, sayang”

“Tak! Dua bulan tu lama. Abang boleh miss banyak perkara dengan baby. Dan, kita... Banyak perkara kita perlu catch up antara satu sama lain” semakin perlahan suara Yana. Adam senyum nipis. Tidak menyangka isterinya masih ingat kata-katanya pada hari itu.

“Yana akan ikat jamin abang esok. Abang tunggu ye”

“Yana ada duit ke?”

“Yana akan usahakan”

“Tak payah ikat jamin abang. Kalau abang nak keluar, dah lama abang bayar denda tu”

“Jadi, abang nak duduk kat lokap ni genap dua bulan?” Yana mengerutkan dahi.

“If that what it takes then I should do it. Cause I’m a criminal and this can be a good experience before I die..”

“Abang” suara Yana bertukar sayu semula. Adam memang suka benar membuatkannya rasa bersalah. Menggunakan perkataan dan gelaran yang pernah dia lemparkan kepada Adam untuk membuatkan hatinya bernanah semula. Sungguh dia menyesal memperkatakan semua itu kepada Adam tetapi Adam tidak perlu untuk menggunakan semula perkataan itu. Adam berjaya membuatkannya rasa bersalah. Tidak perlu dikatakan pun, dia memang sudah rasa bersalah.

“I’m just saying, sayang” Adam mengenyit mata.

“Abang masih ambil hati dengan benda tu”

“Tak, tapi benda tu realiti”

“Abang sengaja buat Yana rasa bersalah”

“Takde niat pun”

“Jadi, kenapa abang masih cakap benda tu?”

“Sebab kita sedang bercakap tentang ikat jamin abang. Perkara tu berkait dengan ikat jamin abang jadi abang kena cakap juga pasal tu. Lebih baik abang dapat hukuman kat dunia dari kat akhirat kan, sayang? Abang kena jalani hukuman ni. Fahamlah abang” Yana diam. Suaminya memang pandai memberi jawapan.

“Yana akan ikat jamin abang walau apa pun abang kata. Yana perlukan abang kat luar sana”

“Tak payah”

“Dua minit!” teriak pengawal itu.

“Yana akan buat juga. Yana akan dapatkan duit tu. Yana takkan biarkan abang kat dalam sini. Yana perlukan abang. Baby perlukan abang. Semua orang perlukan abang. Abang tunggu esok. Yana akan datang semula” cepat-cepat digapai tangan Adam seraya diciumnya.

“Jaga diri dan baby baik-baik. Bila sampai rumah, makan, solat dan terus tidur. Rehat ye, sayang. Tak payah fikirkan tentang diri abang sangat. Tahulah abang jaga diri kat sini. Sayang jaga diri dan baby baik-baik” Adam menasihati, diusap perlahan kepala isterinya yang ditutupi tudung itu. Yana mengangguk.

“Abang kena keluar dari sini. Tugas abang untuk jaga Yana” sekali lagi Yana menekankan tanggungjawab Adam terhadap dirinya.

“Abang akan keluar bila dah habis tempoh masa tu”

“Yana tak boleh tunggu hingga masa tu. Yana akan tunggu abang esok”

“Abang masuk dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” balas Yana perlahan apabila Adam sudah dipanggil keluar. Tekad dalam hati dia akan mengikat jamin Adam walau terpaksa menggadaikan impian yang telah diusahakannya selama ini.

“WANI, aku tak datang kedai hari ni. Aku nak ikat jamin Adam. Kau tolong buka kedai ye” Yana menghubungi Wani setelah masuk ke dalam kereta milik suaminya.

“Okey, you can always count on me. Jangan risau, okey? Semoga semuanya dipermudahkan” balas Wani.

“Amin”

“Amin. Okeylah, jumpa kau nanti. Aku nak kena drive ni”

“Hati-hati drive tau. Kau tu bukannya seorang diri lagi. Ada nyawa insan lain lagi dalam tubuh kau tu...” nasihat Wani prihatin. Sememangnya dia risaukan Yana. Selalu dahulukan orang lain berbanding diri sendiri.

“Jangan risaulah. Aku tak pandu laju pun. Slow-slow je” Yana terus mematikan talian seraya mengusap perlahan perutnya yang sudah memboyot. Tunggu, ye sayang. Kita bawa ayah pulang hari ni, desisnya dalam hati.

SELESAI berurusan dengan hakim di mahkamah, Yana terus memandu ke pejabat polis daerah di mana Adam ditahan. Hatinya berlagu riang. Urusan dengan hakim selesai dengan mudah. Hakim memutuskan bahawa dia boleh mengikat jamin Adam dengan dua syarat. Syarat pertama, mempunyai persetujuan permohonan maaf daripada keluarga mangsa. Syarat kedua, perlu membayar sepuluh ribu kepada keluarga mangsa dan seribu lima ratus kepada mahkamah.

Berkat hubungan yang terjalin antara dirinya dan Adien dahulu, dia memberitahu perkara sebenar kepada ibu dan ayah kepada arwah Adien. Mengejutkan sekali, kedua-dua orang tua tersebut sudah mengetahui perkara tersebut. Menurut mereka, Adam ada mengunjungi mereka beberapa minggu yang lalu, mengaku dan memberitahu perkara sebenar. Dia juga datang dengan niat untuk meminta maaf. Dalam hati, Yana mengakui suaminya seorang yang berani. Hanya orang yang berani sahaja yang mampu mengakui kesalahan diri dan meminta maaf. Pada perkiraan Yana, Adam mesti mengunjungi mereka sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

Biarpun pahit untuk diterima, Puan Ismahani dan Encik Fakhrudin menerimanya dengan hati redha. Ia mengingatkan Yana bahawa apa yang telah terjadi adalah satu suratan takdir, Adien meninggalkan mereka terlebih dahulu dengan cara begitu. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak mereka itu.Yana berasa sungguh bersyukur mengenali kedua orang tua arwah Adien. Arwah Adien memang mewarisi sifat sabar dan redha dengan ketentuan Illahi daripada kedua orang tuanya. Sungguh. Dia sangat-sangat bersyukur kerana Allah memudahkan urusannya. Jikalau ibu bapa arwah Adien mampu memaafkan Adam, mengapa tidak dirinya? Sedangkan arwah Adien sudah hidup bersama dengan keluarganya lebih lama berbanding dirinya. Kehilangannya juga pasti lebih dirasakan oleh kedua orang tuanya berbanding dirinya.

Yana memandu perlahan memasuki perkarangan pejabat polis. Dia hendak mendapatkan Adam secepat mungkin. Rindunya membuak-buak. Keluar sahaja dari perut kereta, perutnya memulas dan akhirnya, mengambil keputusan untuk mendahulukan niatnya untuk ke tandas.

SETELAH lima belas minit berada di dalam tandas, Yana keluar dan membasuh tangannya menggunakan sabun yang terletak baik bersebelahan sinki. Setelah memastikan tangannya sudah betul-betul bersih, dia menelek pula dirinya di cermin bilik air itu. Dia mahu kelihatan cantik di hadapan Adam biarpun baru semalam bertemu dengan suaminya.

Perjumpaan semalam lain. Hari ni, lain. Semalam, Adam tak boleh keluar. Hari ni, dia dah boleh keluar. Aku nak dia bangga berjalan dengan aku biarpun aku sedang berbadan dua. Yana bermonolog sendirian dalam hati. Setelah berpuas hati, dia mengambil tas tangannya dan memulas tombol pintu.

Dalam keadaan riang dan teruja hendak bertemu dengan Adam, tiba-tiba dia merasakan seseorang menutup hidung dan mulutnya menggunakan sapu tangan. Sapu tangan itu mempunyai haruman yang memeningkan kepalanya. Sempat lagi fikirannya mengamati haruman itu.

‘Kloroform? Kloroform ke ni? Aku pernah terbaca jika ada seseorang yang berniat jahat hendak pengsankan seseorang, dia akan gunakan kloroform! Aku akan pengsan ke? Oh tak! Selamatkan aku! Aku nak jumpa Adam! Ya Allah.

Pandangan Yana semakin kelam. Kepalanya pula terasa sangat berat. Tanpa sedar, dia sudah jatuh terjelepuk di lantai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience