BAB 25

Romance Completed 21965

“YA ALLAH, kenapa boleh jadi sampai macam ni? Kenapa tak bagitahu yang kau main futsal? Setahu aku, doktor tak benarkan kau main futsal, kan?” Yana menyoal bertalu-talu sebaik sahaja duduk bersebelahan Adam. Bagai direntap jantungnya apabila mendapat mesej whatsapp daripada Adam, meminta untuk mengambilnya di hospital. Siap dengan muka smiley macam tak ada apa-apa yang berlaku. Pantas Yana meninggalkan kedai buku selepas memberi pesanan kepada Hazwani.

“Takde apa-apalah. Cuma terkehel buku lali je tapi doktor kecoh sangat, kata perlu gunakan crutches” Adam bersuara selamba. Yana geram. Keselambaan Adam membuatkannya geram. Okey, mungkin disebabkan perkara yang pernah dilaluinya sebelum ini membuatkan Adam melihat kehidupan dengan pandangan yang berbeza. Sakit yang dirasai sekarang tidak memberi apa-apa kesan lagi. Tetapi Yana berfikir sebaliknya. Daripada bersikap selamba, perkara itu boleh dielakkan. Adam tidak patut menyertai futsal yang telah dirancang itu.

“Sikit kau cakap sampai nak pakai cructches? Macam nak jatuh jantung aku tadi tau kau kat hospital. Boleh tak jangan lagi sakiti diri kau tu. Dahlah sakit hati. Sekarang pula sakit kaki. Sakit hati aku tengok keadaan kau, tau tak?” tanpa Yana sedari, dia sudah memberitahu kerisauannya. Dengan tidak semena-mena pula airmatanya menitis sambil membelek kaki Adam yang berbalut itu. Adam kalut. Entah apa yang sudah merasuki Yana hingga membuatkannya perlu mengeluarkan air mata.

“Yang kau nangis ni kenapa? Aku bukannya mati pun”

“Kau nak aku tunggu sampai kau mati dulu ke baru aku boleh nangis?” sungguh, Yana tidak mempercayai Adam sanggup berkata begitu. Adam lebih daripada tahu bahawa dia pernah ditinggalkan orang yang disayangi. Sanggup dia mengatakan mati di hadapannya. Tidak, dia tidak sanggup untuk melalui perkara itu sekali lagi. Lebih-lebih lagi bukan dengan Adam.

“Ni yang malas nak bagitahu pasal keadaan aku ni. Kau sama je dengan mak dan ayah. Risaukan aku lebih-lebih sedangkan aku tak sakit mana pun”

“Salah ke aku risau? Kalau tak nak aku risau, lain kali jangan beritahu” geram Yana.

“Hei. Dahlah, aku nak balik, lapar. Masakkan sesuatu untuk aku malam ni” Yana menyeka airmata. Siapa yang tak risau kalauseseorang yang mereka sayangi dan cintai ke hospital? Itu merupakan salah satu perkara yang paling menakutkan di dunia. Banyak kemungkinan yang bermain dalam fikiran bila mendapat tahu seseorang yang disayangi berada di hospital. Dan perkara paling mengerikan apabila terpaksa menerima kenyataan bahwa individu yang disayangi pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Tidak, dia tidak sanggup mengalami perkara yang sama buat kali kedua. Tapi, Adam? Urgh, entah apa yang difikirnya? Marah apabila ada orang lain yang khuatir terhadap dirinya.

Yana membantu Adam berjalan menggunakan cructhes hingga ke kereta yang dipandu Yana. Kereta Posche miliknya masih berada di parkir futsal. Mosaba yang menghantarnya ke hospital menggunakan keretanya sebelum meminta Mosaba pulang dan menghubungi Yana untuk mengambilnya di hospital.

“Kenapa tak bagitahu aku yang kau main futsal?” Yana menyoal sebaik kereta itu keluar dari parkir.

“Yana” panggil Adam. Yana menoleh sekilas. Panggilan lembut Adam membuatkan jiwa wanitanya terusik.

“Kan aku dah cakap, kita tak payah jadi macam suami isteri lain. Berapa banyak kali aku kena bagitahu perkara tu baru kau nak faham?”

“Tapi setahu aku, kau tak boleh main futsal”

“Aku dah sihat lepas dapat jantung Adien. Boleh tak, please, please, please jangan jadi seperti orang tua aku yang asyik risaukan aku? Aku rimas, sesak” beritahu Adam lagi. Sampai bila nak faham? Tidak sedar dengan diri sendiri yang sudah mula bercakap seperti Yana. Siap dengan please, please, please yang selalu digunakan oleh isterinya.

“Aku tak jadi orang tua kau. Aku cuma jadi individu yang hidup dengan kau, seseorang yang ambil berat. Jangan risau, aku akan ingat selamanya untuk tak sesekali jadi isteri kau” luah Yana perlahan. Dia tahu itu yang Adam ingin dengar. Pelik benar menyatakan yang dia takkan jadi isteri Adam sedangkan realitinya dia memang isteri Adam. Entahlah, Yana mengeluh.

“Baguslah kalau dah faham. Masakkan aku udang pedas. Teringin pula nak makan”

“Udang? Mana nak cari udang malam-malam begini?”

“Takde ke? Takpelah. Bukan rezeki” Yana dipagut sedih mendengar kekecewaan Adam. Pantas fikirannya digunakan semaksima mungkin mencari pasar atau kedai yang ada menjual udang di malam hari. Dia mahu masakkan menu tersebut untuk Adam kalau Adam hendakkannya. Dia tidak mahu kecewakan Adam.

“ADAM, aku dah masak ni, keluarlah. Kita makan sama-sama” Yana mengetuk pintu bilik Adam. Namun, tidak ada respon.

“Adam” panggil Yana lagi. Dia dah tidur ke? Soalnya dalam hati.

“Adam” tup! Tersembul muka Adam di pintu yang sedang berdiri menggunakan crutches.

“Dengarlah. Cuma malas nak layan panggilan kau” Yana tunjuk muka. Sakit hatinya apabila Adam suka melakukan apa sahaja sesuka hatinya. Takut sekiranya berlaku perkara buruk di dalam bilik sedangkan dia tidak mengetahui. Siapa yang nak tolong nanti?

“Masak apa?”

“Rahsia!” Yana senyum. Dia teringat dengan misinya sendiri. Sewaktu memandu dan melihat Adam yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya, dia melencong ke suatu tempat. Sengaja berbuat begitu berusaha mendapatkan apa yang Adam idamkan. Yana memberhentikan kereta perlahan, tidak mahu mengejutkan Adam. Dia mahu memberikan kejutan. Dia akan dapatkan udang untuk Adam dan memasaknya dengan penuh kasih sayang. Biar Adam dapat rasakan kasih sayang itu melalui masakannya.

Orang kata, masakan air tangan isteri mampu mengikat kasih suami. Yana senyum sendiri apabila terbayang reaksi Adam nanti. Perlahan-lahan dia keluar dari dalam perut kereta dan mendapatkan udang. Berdoa dalam hati agar Allah SWT membantunya dalam misinya memenangi hati batu Adam. Suaminya yang hanya tahu bekerja dan tidak punya perasaan. Dengan niat yang baik, Allah pasti bantu. Dia yakin dengan perkara itu. Semudah itu jugalah, dia berjaya mendapatkan udang yang diidamkan Adam.

“Makanan pun nak rahsia ke?” Adam mengerutkan dahi memandang Yana yang sedang membantunya menuruni anak tangga.

“Mestilah...” Yana senyum lagi.

“Tapi, bau macam udang je” Yana tidak memberi respon. Memang satu rumah itu sudah harum dengan masakan udang pedas. Adam duduk di meja makan dan Yana menghidangkan masakan tersebut di hadapan Adam.

“Udanglah! Tadi kata takde udang” Adam bersuara seronok. Makanan yang diidamkannya dihidang di depan mata. Cepat sahaja dia mengambil garfu, membaca basmallah dan menyuapkan udang itu ke dalam mulutnya. Yana bahagia melihat Adam yang berselera makan. Usahanya dirasakan berbaloi tinggi melihat keasyikan Adam menjamah udang.

“Tadi, aku singgah supermarket waktu kau tidur. Syukurlah ada udang walaupun tak segar lagi. Sekurang-kurangnya, hajat kau nak makan udang tercapai” Yana menyenduk sepinggan nasi dan diberikan kepada Adam.

“Eh, ye ke? Aku langsung tak sedar. Thanks, Yana” Adam senyum gembira. Tidak menyangka Yana sanggup bersusah payah melakukan semua itu untuk dirinya.

“Sedap tak?”

“Sedap sangat! Rasa macam ni lah yang aku bayangkan” Yana senyum lagi. Hilang rasa laparnya melihat Adam yang makan dengan begitu berselera. Bukan selalu dapat berduaan makan dengan suaminya itu. Yana rasakan bahagia meskipun dia tidak tahu samada Adam merasakan perkara yang sama. Dia mahu semadikan memori itu dalam fikiran dan hatinya buat selamanya.

“YANA!” teriak Adam. Disebabkan kakinya yang masih berbalut bandages dan dia masih perlu berjalan menggunakan crutches¸ dia mengambil cuti untuk dirinya sendiri. Sudah maklumkan kepada Farrah dan stafnya yang lain berkenaan perkara tersebut lebih awal. Yana yang sedang membersihkan dapur, terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Adam.

“Apa? Kenapa?” soal Yana dengan nafas yang turun naik. Takut benar apabila Adam memanggilnya. Terbayang perkara buruk menimpa Adam sekali lagi.

“Bak sini crutches tu. Aku nak tidur kat bilik. Sakit pinggang aku baring kat sofa ni” Adam berusaha bangun dari sofa biarpun sakit itu terasa di seluruh bahagian kaki kirinya. Yana cepat-cepat mengambil crutches tersebut dan menyerahkannya kepada Adam. Serentak itu, dia lantas meletakkan lengan kiri Adam pada bahunya.

“Tak payahlah nak tolong aku. Aku boleh buat sendiri” Adam menarik tangannya daripada bahu Yana. Yana mencebik! Dah sakit-sakit begini pun masih ego tak nak minta tolong. Ego! Walau apa pun, aku akan pastikan kau tak dapat nak tolak pertolongan aku. Aku akan pastikan kau batalkan salah satu peraturan hari ni, Yana berbisik dalam hati. Hatinya berbunga gembira apabila dia boleh menggunakan kelemahan Adam untuk mengambil hati suaminya itu. Dia pun turut sama mengambil cuti dari menjaga kedai. Nak jaga Adam, pesannya kepada Hazwani.

“Jangan risau, aku hanya pegang tangan kau je. Aku takkan pegang tempat lain. Promise!” Yana mengenyitkan mata apabila memandang tepat ke anak mata suaminya. Adam terkesima tetapi berpura-pura tidak melihat kenyitan mata itu. Ada getaran halus dalam hatinya melihat kenyitan mata Yana. Buat sekian kalinya, Yana menarik dan meletakkan tangan kiri Adam pada bahunya. Akhirnya Adam mengalah, membiarkan Yana membantunya meniti satu persatu anak tangga. Sukar berjalan apabila hanya sebelah kaki sahaja yang berfungsi. Allah sudah menarik nikmat berjalan dengan bebas. Menaiki anak tangga amat payah! Adam mengeluh berat.

“Kenapa?” Yana bertanya mendengar keluhan berat dari Adam.

“Penat nak naik tangga dengan crutches dan keadaan kaki macam ni” Adam berhenti meniti anak tangga tersebut. Yana ikut sama berhenti. Jatuh simpati melihat keadaan Adam. Dia dapat rasakan kesakitan Adam bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.

“Takpe, sakit dan musibah yang Allah bagi adalah salah satu penghapus dosa. Aku tahu kau sakit tapi believe me, aku akan ada kat sisi kau. Bersama mengharungi sakit ni. Aku pimpin kau eh?” Yana meletakkan tangannya pada pinggang Adam. Adam memandangnya, sedikit sebanyak kata-kata Yana menyentuh hatinya. Dia akur. Kali ini, dia tidak menolak. Dalam hati bersyukur kerana mempunyai Yana yang bersamanya ketika susah dan ketika dia memerlukan seseorang disisi. Adam senyum nipis dan berusaha meniti anak-anak tangga terakhir. Sesampainya di hadapan pintu bilik Adam yang tertutup rapat, Yana serta-merta menjatuhkan lengan Adam daripada bahunya.

“Kenapa? Tadi kata sanggup bersama-sama mengharungi sakit aku?” Adam memandang Yana tidak berkelip. Baru sahaja dia memuji Yana dalam hati, Yana memungkiri katanya dalam sekelip mata. Yana bukan seperti apa yang difikirnya. Dia tidak mempercayai bahawa dia sendiri melakukan apa yang dipinta oleh Yana, mempercayai dirinya? Hmph!

“Aku memang kata aku akan harungi segalanya dengan kau tapi aku tak boleh masuk dalam bilik kau. Bukan tu ke peraturan yang kau dah bagi kat aku? Takkan tak ingat kot?” beritahu Yana seraya memusing tombol pintu bilik Adam, mempersilakan Adam masuk. Adam tidak berkutik, matanya hanya memandang Yana. Yana buat-buat tidak tahu dengan pandangan Adam. Yana tidak pasti samada rancangannya akan berjaya atau tidak.

Pleaselah, berjaya! Please, please!

Adam melangkah ke dalam biliknya menggunakan crutches perlahan-lahan. Yana mengeluh. Nampaknya, rancangan aku tak berhasil lagi. Dengan berat hati dan perasaan kecewa, dia sudah berkira-kira untuk melangkah dari tempat itu.

“Yana!” panggil Adam. Mereka serentak berpaling, memandang satu sama lain. Yana berdiri tegak, menunggu apa sahaja perkataan yang bakal keluar dari mulut Adam. Tolonglah sesuatu yang menggembirakan hati aku. Yana berdoa dalam hati.

“Kau boleh masuk dalam bilik aku masa aku sakit. Sini” panggil Adam. Hati Yana melonjak gembira, namun ditahan dirinya daripada menunjukkan sebarang reaksi dan emosi.

“Betul ke atau kau sengaja mainkan aku?” soal Yana masih tidak bergerak dari tempatnya berdiri.

“Betullah, tapi masa aku sakit je. Jangan nak memandai masuk lepas tu pulak. Lagipun, aku tak dapat nak tukar bandage kaki aku ni. Come here, tolong aku tukarkan bandage kaki aku ni dulu” Yana cepat-cepat melangkah mendekati Adam dan mendudukkan Adam di birai katil dengan berhati-hati. Kemudian, dia mengambil cructhes dari tangan Adam sebelum membantu Adam meluruskan kakinya. Adam merasakan kakinya berdenyut apabila sudah melunjurkan kakinya ke hadapan dan merehatkannya.

Yana membuka bandage kaki Adam dan menukarnya menggunakan bandage yang baru. Dalam hatinya, dia berasa sangat bahagia kerana dapat melakukan tugas sebagai seorang isteri kepada Adam. Lagi pula, tidak pernah mereka berdua begitu. Adam selalu sibuk dengan kerja. Jika dibandingkan antara dirinya dengan kerjaya Adam, dia berada di tangga kedua dan kerjaya Adam berada di tangga pertama. Dia tahu dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan tidak puas hati atau jealous, tetapi perasaan tersebut tetap hadir dalam dirinya. Dia bercadang mengambil peluang yang ada untuk berbual dengan Adam, sengaja melambatkan membaluti kaki Adam yang kelihatan merah dan bengkak itu. Dia akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

“Kau memang workaholic” Yana memulakan perbualan.

“Aku tahu. Aku sukakan kerjaya aku, aku patut buat dengan baik”

“Tapi aku tak sangka kau hanya tahu kerja dua puluh empat jam. Tak kisah dengan sakit yang kau hidapi. Kau patut enjoy hidup” sambung Yana lagi.

“I enjoy my life in my own ways. Aku ada impian. Aku nak buktikan dekat mak dan ayah bahawa aku boleh lakukan apa yang orang lain boleh lakukan biarpun aku hidapi sakit ni. Aku nak tunjuk dekat diorang bahawa aku boleh berdikari. Aku tak nak diorang risau pasal aku selamanya”

“Apa impian kau?” Yana mengangkat kepala, memandang anak mata Adam dalam, meminta kepastian. Pandangan mereka bertaut. Tetapi pantas sahaja dia menundukkannya kembali. Dia tiba-tiba berasa malu. Adam menarik nafas dalam sebelum menjawab.

“Aku nak capai financial freedom sebelum berumur tiga puluh tahun. Tapi nampaknya, aku kena usaha lebih lagi sebab aku dah tiga puluh tahun ni” Yana melihat mata Adam bersinar saat dia menyatakan impiannya itu. Yana tahu ia tidak mustahil bagi Adam, seorang lelaki yang bermotivasi tinggi, berdisiplin dan sangat kuat bekerja.

“Tapi aku tengok kau memang dah kaya. Macama mana kau boleh jadi kaya dalam usia yang muda?”

“Kaya? Tu cuma ilusi kau je. Definisi kaya dan kebebasan kewangan berbeza” Adam senyum nipis. Yana yang melihat senyuman Adam itu merasakannya agak, kesunyian?

“Aku ni dah hidup dengan peraturan dan disiplin sejak lahir. Dah dilazimkan dengan peraturan dan disiplin sejak dari kecil. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kena makan itu, tak boleh makan ini, semuanya kerana sakit yang aku hidapi. Aku sesak, tak bebas. Bila dapat kebebasan yang aku nak dari kecil, aku mula buat apa yang aku nak. Aku buat part time jobs, kumpul duit sikit-sikit and perkara terbaik yang aku buat ialah pergi seminar hartanah. Seminar tu buatkan aku nak jadi real estate agent. Aku mula beli rumah dan sewakan, tak sedar yang aku boleh miliki properties dalam usia yang muda” Adam menghembus nafas kepuasan. Dia berasa hebat memberitahu seseorang tentang kisah kejayaannya bermula dari bawah selama beberapa tahun. Yana merupakan orang pertama, jika ditolak tepi temuramah daripada majalah Jutawan dahulu.

“Aku moved out dari rumah ayah dan tak sedar aku semakin gila nak jualkan rumah tanpa perlu membeli, tapi dapat komisyen. Komisyen tu pulak bukan alang-alang. Aku pernah dapat komisyen enam angka sebelum aku buat keputusan untuk tubuhkan syarikat sendiri. That was the best aku takkan lupa sampai bila-bila. Sampai hari ni aku masih tak percaya aku dapat buat semua ni. Founder and CEO of Adam Empire, pemilik dua belas rumah sewa dan dua kondo. Aku kerja siang malam sampai terlupa yang aku sebenarnya ada penyakit. Macam tersedar dari lena yang panjang, aku sedar akhirnya aku akan mati jugak. Tinggalkan segalanya yang aku usahakan selama bertahun-tahun” Adam berhenti sekali lagi.

“Sedar perkara tersebut, aku usahakan cari penderma tapi entah kenapa benda tu tak pernah crossed dengan nasib aku. Mak ayah tahu apa yang aku buat dan hati aku jadi makin lemah. Aku mula putus asa. Mungkin dah takdir hidup aku macam tu. Tiba-tiba je, penderma datang. Aku jalani pembedahan. Lepas pembedahan tu baru dapat tahu, hati tu adalah milik Adien. Thanks to Adien, hati dia yang membolehkan aku hidup dan enjoy kehidupan aku hingga saat ni. Sebab tu aku kena balas budi dia walau apa pun. Balas budi dia melalui kau” Adam sengih dan menghembus nafas. Puas hati menceritakan kisahnya kepada Yana. Yana yang mendengar berasa bangga dengan Adam. Tidak semua orang akan dedikasikan hidup mereka terhadap sesuatu yang mereka percaya. Lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai penyakit.

Oh, Adam. Kau semakin buatkan aku cair kat kau. Please, love me like I love you, bisik Yana dalam hati.

“So, what does it feel like to be at the top?” Adam memberikan senyuman yang tidak pernah dilihat Yana sebelum ini. Dia sendiri tidak tahu hendak mentafsirkan senyuman tersebut. Senyuman bangga tetapi Yana merasakan senyuman itu juga terselit duka.

“Lonely” Adam memandang lantai dan menggelengkan kepalanya perlahan. Yana agak terkilan dengan jawapan yang didengarnya.

Aku silap dengar ke? Lonely? Betul ke dia sebut lonely?

“No one to talk to when I really wanted to talk to someone. No one believed in me. I have to figure things out all by myself since there was no guidance. I admit it, I cried in the middle of the night, sometimes before I went to sleep. And also sometimes, I wondered whether I made mistakes choosing this path when things didn’t go the way I wanted it. I doubted myself but I wanted to show them, I forced myself to the extent I gritted my teeth until its bleeding blood. Yeah, I know I wasn’t someone back then. No one would look at me and more importantly, I learnt who my real friends are. That’s why I hate backstabbers the most. After all, it’s worth it. All the tears, ups and downs, sweat, mistakes and everything, it’s all worth it. I glad I chose this path” Adam melemparkan senyuman kepuasan mengenang kembali semua pengalaman yang pernah dilaluinya. Yana tergamam.

Patutlah dia selalu sendirian. Dia sangat mahir, berani, yakin berkomunikasi dan bergaul. Juga sangat peramah apabila bertemu orang baru tetapi, selalu tenggelam dalam fikirannya sendiri. Itukah sebabnya dia sangat sukakan hitam? Adam sangat misteri. Yana sedih. Kau pilih untuk hidup susah tetapi please, jangan sakiti diri kau lagi. Aku akan ada disini bersama mengharungi hidup ini dengan kau. Kau boleh kongsi semua dan segalanya dengan aku. Please, izinkan aku menjadi sebahagian daripada hidup kau. Aku akan warna-warnikan kehidupan kau. Aku akan menjadi warna-warni itu. Kau hanya perlu izinkan aku.

“Don’t worry. You have me. I will be by your side. I will be your everything” Yana memegang tangan Adam dan membawanya ke dadanya. Adam terpempan mendengar pengakuan Yana. Lebih-lebih lagi, Yana yang sedang memegang tangannya. Ini bukan apa yang ada dalam fikirannya.

“Tolong jangan sakiti diri sendiri lagi. Kau dah banyak sakit, kat sini dan kat sini. I can’t see you in pain, it hurts me so much. Please, let me take care of you forever. Kau cuma perlu benarkan aku” Yana menyentuh dada dan kaki Adam. Dia betul-betul dalam kesakitan melihat Adam dalam kesakitan. Tolong, jangan sakit lagi. Cukuplah! Aku akan jaga kau selamanya. Hatinya berdeari seribu melihat Adam dalam kesakitan.

“I don’t understand. It shouldn’t be like this. Apa yang kau sedang buat, Yana?” dahi Adam berkerut seribu dan dia cepat-cepat menarik tangannya daripada genggaman Yana kuat. Yana seperti tidak ingin melepaskan tangganya jika dia tidak berbuat demikian. Dia tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Yana. Keadaan tiba-tiba bertukar sedih. Dia bingung.

“I don’t know! Maybe, because I love you. Can I love you?” Adam buntu. Dia tidak dapat memikirkan apa-apa pun sekarang ini. Airmata Yana yang mengalir jatuh ke pipinya membuatkannya cemas.

“Tak. Kau tak boleh jatuh cinta kat aku, that is one of the rules. You cannot! Don’t even think about it!”

“I know! But my heart already loves you. It chooses you! I love you! I can’t handle it!” Yana pantas berlari masuk ke dalam bilik. Betapa malu dirasakannya apabila Adam menolaknya mentah-mentah. Dia malu hendak bertemu dengan Adam lagi. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan berterus terang dengan Adam tentang perasaannya secara tiba-tiba.

Urgh, aku benci kau, Adam! Aku benci kau sangat-sangat! Dia menangis membenamkan mukanya ke bantal.

Adam terdiam kaku. Apa yang baru sahaja terjadi? Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Argh, kusut! Whatever!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience