BAB 43

Romance Completed 21965

“BANYAKNYA Yana order!” Keluar juga rasa terkejut Adam selepas beberapa lama berdiam diri menunggu Yana memesan makanan dengan waiter tersebut. Adam seakan tidak percaya. Entah berapa banyak entree yang dipesan oleh Yana. Itu belum masuk lagi beberapa dessert yang juga dipesan oleh isterinya. Yana hanya senyum, menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

“Kan Yana dah cakap Yana lapar” balas Yana. Tidak sabar menunggu makanan sampai.

“Takkanlah banyak sampai macam tu sekali?”

“Well, Yana nak balas balik waktu Yana takde selera makan dulu” Adam menggeleng.

“Kenapa? Abang takut Yana jadi gemuk dan tak cantik lagi ke?”

“Ye!” Adam menjawab sepatah. Yana menjuih bibir.

“Yana takkan gemuklah, bang. Walau banyak mana Yana makan pun, Yana takkan gemuk. Abang jangan risau. Abang tengok fizikal Yana je selama ni ye...” suara Yana mengendur sedikit. Adam jujur sangat!

“Bukan abang takut Yana jadi gemuk. Okeylah gemuk sikit dari kurus cekeding macam ni. Abang risau abang yang kena habiskan makanan tu nanti. Selalu pun macam tu juga. Bila Yana tak habis, suka hati tolak kat abang, kan? Macamlah abang ni tong sampah!” Yana menyengih. Adam mengeluarkan satu kenyataan yang memang benar. Dia memang suka memberikan makanannya kepada Adam apabila dia tidak berjaya menghabiskannya. Memang nafsu makan yang tinggi je aku ni!

“Heee...” Yana menyengih.

“Tengok. Suka sangat buat muka macam tu. Jangan nak manja-manja pula. Yana yang order, Yana yang habiskan. Kita takkan gerak selagi makanan tu semua tak habis. Padan muka Yana suka sangat order banyak-banyak tapi tak nak habiskan” Adam menasihati Yana. Memang sudah tugasnya menasihati Yana yang degil itu. Bagi rasa sikit dekat isterinya yang suka memesan banyak makanan. Bila tak habis, bawa pulang ke rumah. Kat rumah pun bukannya ada sesiapa yang nak makan. Akhirnya, makanan tersebut dibuang juga. Memang membazir betul!

“Yelah, Yana akan habiskan”

“ABANG tak sangka Yana dapat habiskan makanan tu semua. Hebat!” Adam mengunjukkan ibu jarinya kepada Yana.

“Yana tak selesalah, bang...” Yana memegang perutnya. Diurutnya perlahan.

“Kenapa? Sakit perut ke?” Adam memandang sekilas ke arah Yana. Mengusap perlahan perut Yana menggunakan tangan kiri sambil tangan kanannya memegang stereng kereta.

“Ha’ah. Sakit sangat perut Yana ni...” Yana membuat muka melihat Adam.

“Lain kali silakan makan tak ingat dunia. Kan dah sakit” Adam menggeleng perlahan, meletakkan tangan kirinya kembali kepada stereng. Yana memuncungkan bibir, terasa hati dengan komen Adam. Salahkah makan banyak untuk tebus masa-masa dia tak berselera dulu?

“Nak berhenti kat mana-mana?”

“Untuk apa?”

“Lah, tadi kata sakit perut. Tandaslah, mana lagi?”

“Yana tak rasa nak ke tandas” akhirnya, Yana menutup matanya. Menahan kesakitan yang maha dahsyat. Lain sangat sakit perutnya saat ini. Ini bukan sakit perut biasa. Dia boleh bezakan sakit perut hendak ke tandas, sakit senggugut dan gastrik. Semuanya bukan. Dia pasti!

“Takkanlah gastrik, kan? Yana baru je lahap segunung makanan tadi” Adam senyum kecil. Yana tarik mulut.

“Ni bukan gastriklah, bang...” tangan Yana masih lagi mengusap perlahan perutnya. Sakitnya bukan kepalang!

“So, Yana datang bulan ke?”

“Tak, Yana dah dua bulan tak datang bulan...” terbuka besar mata Yana. Adakah sebab itu? Hampir tertegak badannya dengan kenyataan yang keluar dari mulut sendiri. Adakah sebab itu moodnya sentiasa berubah? Adakah makanan tadi bermaksud dia sedang mengidam?

“Apa Yana cakap?” Adam pula menyoal, tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dirinya juga mahukan kepastian. Adakah Allah SWT telah makbulkan doa mereka? Telinganya kembali kepada perkara yang dikatakan oleh Doktor Faizal beberapa tahun yang lalu. Kemungkinan itu mungkin hanya tinggal kemungkinan.

“Abang!” panggil Yana kuat. Digenggam lengan Adam yang sedang memandu. Berdebar jantungnya.

“Yana rasa abang patut bawa Yana ke klinik” Yana menguntum senyum manis buat suaminya. Pantas Adam mencuit hidung Yana. Suka sangat buat muka comel! Comel!

“Perluke?” Ada gusar dalam hati Adam. Dia takut Yana berharap terlalu tinggi dan akhirnya kecewa sendiri. Dirinya sendiri masih takut akan kebarangkalian tiga puluh-tujuh puluh Doktor Faizal itu.

“Ha’ah...”

“Okeylah, jom ke klinik. Tapi, kalau apa yang Yana fikirkan tu bukan sesuatu yang Yana harapkan, jangan sedih ye sayang. Janganlah sedih macam sebelum-sebelum ni. Abang sedih tengok Yana sedih...” Adam menggenggam jari-jemari Yana yang masih memegang erat lengannya. Dia takut sebenarnya. Takut dengan apa yang bakal didengarnya. Sudah beberapa kali ke klinik apabila Yana mengesyaki dirinya mengandung, tetapi jawapan mengecewakan yang mereka dengar. Dia takut sekiranya Yana akan kembali bersedih dan hilang selera makan.

“In Shaa Allah, abang. Maafkan Yana buat abang sedih, Yana tak sengaja...” Yana menyandarkan kepalanya pada lengan Adam yang sedang memandu. Entahlah, dia sendiri sudah tidak yakin. Keyakinannya untuk memberikan suaminya zuriat sudah hilang. Ia sudah hilang sejak beberapa kali dimaklumkan dengan berita yang mengecewakan.

“Yana tak perlu nak minta maaf pasal benda ni. Kita dah berusaha. Benda ni diluar kemampuan kita. Abang redha sekiranya kita tak punya zuriat” fikiran Adam masih terngiang-ngiang dengan kata-kata Doktor Faizal. Dia tidak mahu Yana berharap sesuatu yang hanya mempunyai kebarangkalian sebanyak tiga puluh peratus.

“Tapi, Yana nak bagi abang zuriat. Kita tak lengkap tanpa baby” Adam memandang Yana apabila merasakan ada air mengalir pada lengannya.

“Sayang” panggil Adam lembut. Nangis lagi.

Yana angkat muka. Sudah merah matanya menahan tangis. Wahai airmata, mengapa sangat mudah engkau mengalir apabila berhadapan dengan Adam? Yana bersoal jawab dalam hati. Dia ingin menjadi kuat tetapi apabila bersama Adam, dia hanya menjadi seorang perempuan yang lemah. Airmatanya sangat mudah jatuh di hadapan suaminya itu.

“Jangan nangis ye, sayang...” Adam mengelap airmata Yana perlahan menggunakan jarinya. Sakit hatinya melihat airmata itu jatuh lagi. Semuanya kerana peristiwa yang berlaku dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Yana mempunyai kebarangkalian tiga puluh peratus sahaja! Argh!

“Yana takut”

“Abang takkan tinggalkan Yana. Tak payahlah kita ke klinik tu” ujar Adam akhirnya. Takut kepada suatu berita yang tidak menggembirakan sekali lagi. Lantas, Adam melihat Yana mengelap airmatanya dan duduk dengan yakin dan tenang. Tiba-tiba sahaja Yana bersikap pelik. Tiba-tiba sahaja semangatnya kembali.

“Tak. Yana nak ke klink juga walaupun Yana tahu berita yang bakal Yana dengar mungkin mengecewakan sekali lagi” Adam mengeluh. Kalau itu sudah kata isterinya, dia akan mengalah. Apa salahnya mendengar suatu berita yang mengecewakan sekali lagi?

“SAYA ada dua berita untuk kamu” ayat pertama yang keluar dari mulut Doktor Vanitha. Mata Yana dan Adam bersinar. Dua berita?

“Nak dengar berita mana satu dulu?” seloroh Doktor Vanitha dengan senyuman tersungging di bibirnya. Naik geram Adam mendengar soalan sebegitu. Tahulah, doktor tersebut tak pernah lagi beritahu berita yang mengecewakan kepada mereka berdua tetapi, mereka dah mendengar berita yang mengecewakan banyak kali. So, please. Cut to the chase!

“Ikut suka doktorlah”

“Okey” Doktor Vanitha membetulkan cermin matanya.

“Tahniah sebab korang bakal dapat anak kembar” doktor itu mengukir senyum. Adam terus melompat kegirangan. Kerusi yang jatuh sudah tidak diendahkannya. Yana hanya terkaku, dalam hatinya bersyukur sangat-sangat.

“Terima kasih, Allah. Terima kasih, sayang” Adam pantas memeluk Yana. Airmatanya menitis juga. Yana sudah teresak-esak dalam pelukan Adam. Sungguh berita yang mereka terima sangat menggembirakannya. Dalam hati, Adam berjanji kepada diri sendiri bahawa dia takkan sekali-kali membenarkan perkara seperti dua tahun lepas berulang semula. Doktor Vanitha hanya membiarkan pasangan di hadapannya melayan perasaan. Sudah menjadi perkara biasa baginya melihat pasangan-pasangan yang berbagai ragam. Menangis, ketawa, melompat, berlari dan macam-macam lagi.

“Apa berita yang seterusnya, doktor?” Adam menyoal sebaik sahaja perasaannya reda. Dalam diam, dia tahu apa yang bakal doktor muda itu bakal katakan.

“Begini, rahim isteri kamu tak kuat. Jadi, saya perlu tahan dia kat hospital untuk satu jangka masa yang saya sendiri tak dapat nak tentukan, mungkin sehingga dia melepasi tahap-tahap kritikal. Dia perlu di bedrestkan aje. Tak boleh buat selain dari tu. Kena baring kat atas katil dua puluh empat jam” Adam dan Yana mengangguk.

“Apa-apa sahaja untuk kembar yang bakal lahir” Adam menggenggam tangan Yana.

“Saya sarankan agar encik berdua untuk mula mencari obstetrician mulai dari saat ni sebab saya bukan doktor bahagian tu” doktor tersebut senyum.

“Ye, In Shaa Allah. Terima kasih, doktor. Saya nak request sebuah bilik untuk isteri saya” ujar Adam. Dia tidak kisah menghabiskan duit selama berbulan untuk Yana dan bayi kembar mereka yang bakal lahir dalam tujuh bulan lagi.

“Sama-sama. Nurse ni akan tunjuk wad untuk isteri encik dan bedrestkan dia mulai sekarang”

“Okey, noted. Terima kasih” Yana bersalaman dengan doktor yang dirasakan lebih muda darinya seraya mengikut Adam dan doktor ke katilnya. Sepanjang perjalanan, Adam menggenggam erat jemarinya.

“Kenapa diam je ni?”

“Yana gembira” Yana memandang Adam. Meskipun mata itu masih bersisa airmata tetapi Adam mampu melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada mata itu.

“Anak kembar, kan?” Adam mengusap perlahan perut Yana yang sudah berbaring.

“Allah gantikan baby kita yang dulu dengan baby kembar dalam sini” Adam mengusap perut Yana. Yana mengangguk.

“Sebab tu, kita tak boleh nak buruk sangka dengan Allah. Perancangan Allah lebih cantik, lebih hebat dari perancangan kita” nasihat Adam. Yana sekali lagi mengangguk.

“Yana nak makan apa-apa?”

“Taklah”

“Kalau Yana nak makan apa-apa, bagitahu abang ye. Abang akan cuba usahakan” Yana sekali lagi mengangguk. Betapa dia berasa sangat terharu dengan layanan Adam yang begitu baik kepada dirinya saat ini. Kata-kata Adam juga lembut dan seakan memujuk. Dia jatuh hati setiap hari kepada suaminya sendiri. Pantas, dia memeluk lengan Adam.

“Kenapa ni?”

“Yana rindu abang” Yana berkata sambil kepalanya menggeleng.

“Kan abang ada kat sini” perlahan-lahan Adam mengusap pipi Yana yang memeluk lengannya sambil menutup mata.

“Yana tetap rindu abang biarpun abang ada kat depan mata Yana” Adam kuntum senyum lantas diberikannya kucupan pada dahi yang agak ditutupi tudung itu.

“Abang pun rindu Yana juga. Terima kasih kerana lengkapkan hidup abang, sayang...” Yana tidak berkutik. Kedengaran nafas halus dihembus keluar dari hidung isterinya. Adam mencuit hidung Yana. Dah tidur rupanya. Terpaksalah aku tidur dengan lengan yang dipeluk, bisik Adam dalam hati. Sungguh dia merasakan bahagia. Terbayang di matanya, dua orang kembar bermata biru. Dia sengih sendiri.

“Mimpi indah, sayang” Adam memberikan ciuman pada dahi Yana. Proposal yang perlu disiapkan terus dilupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience