BAB 44

Romance Completed 21965

“ABANG macam salah masuk selekoh je” tegur Yana apabila Adam memasuki selekoh yang bertentangan dengan arah masuk ke kondominium mereka. Adam sengih, buat-buat tidak dengar. Selepas lima bulan hanya duduk, tidur dan makan di atas katil akhirnya, Yana dibenarkan pulang ke rumah bersyarat. Tidak boleh melakukan kerja yang ringan atau berat.

Sungguhlah baru disyukuri nikmat berjalan, melakukan kerja dan rutin harian apabila segalanya hanya dilakukan atas katil. Dah berjanji dengan diri sendiri bahawa selepas ini tidur tidak termasuk dalam senarai perkara yang hendak dilakukannya lagi. Bosan sangat berada di atas katil. Sehinggakan Adam turut naik bosan apabila asyik mendengar rungutan itu keluar dari bibir mungil isterinya.

“Takkanlah...” teka Yana dengan senyuman. Kadangkala dia seperti dapat menghidu apa yang dilakukan oleh Adam selama hidup bersama dengan lelaki itu.

“Takkanlah apa?”

“Abang beli rumah baru ke?” Yana menyoal teruja. Dengan kebijaksanaan dan pengalaman suaminya dalam bidang hartanah, mudah sahaja perkara itu dilakukan. Bahkan dia tahu, suaminya mahir dan hebat dalam mengukur harga sebuah rumah. Boleh dinaik dan diturunkan mengikut beberapa standard yang perlu dipatuhi. Bukannya dia tak tahu!

“Nak beli rumah baru untuk apa? Kondo tu siapa yang nak tinggal?”

“Jadi, abang nak bawa Yana ke mana sebenarnya ni?”

“Jalan-jalan ambil angin. Tak rindu ke hirup udara segar? Asyik hirup aircond je kat dalam klinik tu”

“Lah”

“Tak suka ke dengan surprise abang?”

“Ingatkan apa tadi”

“Lah, takkan tak suka kot? Salah ke nak bawa isteri abang hirup udara segar? Untuk anak abang juga”

“Taklah tak suka. Cuma tadi ingatkan abang beli rumah baru ke apa ke. Kondo abang tu tak sesuai untuk didiami baby”

“Tak bersyukur ke dengan rumah kita sekarang? Bukannya Yana kena angkat baby naik tangga, kan? Naik lift jugak” Adam menduga.

“Bukan tak bersyukur. Yana okey je tapi abang yang buat Yana syak macam-macam”

“Yana yang asyik syak macam-macam”

“Hee, sorry” Yana terus meminta maaf. Kereta Adam memasuki sebuah taman perumahan mewah. Yana sudah tidak mengesyaki apa-apa tapi dia tahu Adam sedang merancang sesuatu. Kalau tak, mustahil mereka berada di kawasan itu pada saat ini.

“Cantik tak rumah-rumah ni?” Soal Adam.

“Cantik! Yana suka”

“Suka?” Soal Adam lagi. Yana mengangguk berkali-kali. Sejujurnya dia sukakan seni bina setiap kediaman di taman tersebut. Mempunyai halaman masing-masing dan jauh dari suasana kota jika dibandingkan dengan tempat tinggal mereka sekarang yang dihidangkan dengan pemandangan kota berharga sejuta ringgit, bak kata Adam.

“Sesuai ke untuk didiami baby?” Adam menyengih memandang Yana. Dah sah! Dia nak beli rumah. Nak main tarik tali pula suami aku ni.

“Abang tanya begitu sebab nak beli rumah ni ke? Kata tadi, Yana syak macam-macam”

“Abang tak nak beli”

“Habis tu buat apa tanya Yana lagi? Nanti cakap Yana tak bersyukur pula dengan rumah yang abang dah sediakan sekarang” Yana tarik muncung.

“Sebab abang dah beli rumah ni” Adam menyambung dengan sengihan. Melopong Yana mendengar jawapan Adam.

“Abang dah beli? Bila abang beli? Jadi, kita akan move in kat sini ke?” Adam mencuit hidung Yana.

“Suka ye?” Yana menyegih. Siapa tak suka rumah yang mempunyai halaman? Terbayang bakal anak-anak mereka nanti bermain di halaman rumah itu. Lagipun, sesaklah tinggal kat kondo. Orang atas buat bising, orang bawah pun dengar.

“Suka sangat!”

“Abang dah beli lama dah sejak tau Yana pregnant lagi. Survey rumah yang besar, ada halaman and affordable. Last-last, jumpa rumah ni. Abang terus je beli. Abang nak juga main dengan anak-anak kat halaman rumah waktu petang. Kesianlah kat baby kalau tak pernah pijak rumput. Tak pernah main pasir, kan? Cuma abang tak bagitahu Yana je. Yana busy tidur kat klinik, kan?” Adam menyindir Yana lembut.

“Sindir Yanalah tu. Abang ingat Yana nak ke tidur dua puluh empat jam kat atas katil tu? Kalau abang nak ganti tempat Yana boleh jugak” Yana terasa hati dengan sindiran lembut Adam. Tak tahu ke aku ni sedang pregnant anak dia? Tidur dua puluh empat jam kat atas katil yang sama selama lima bulan itu satu pengorbanan juga, tau tak? Semuanya untuk kebaikan baby yang sedang membesar dalam perut Yana ni...

“Rajuklah tu, eee...” Adam mencuit hidung Yana lalu memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang terletak di hujung sekali.

“Abang suka cakap macam tu”

“Takkan tak kenal abang lagi, kot? Abang gurau jelah”

“Tapi Yana terasa”

“Yana terasa tu hal Yana” Adam mengekek ketawa. Yana ketap bibir.

“Abang!”

“Yelah, abang minta maaf. Jom, masuk dalam! Dahlah rajuk tu. Nanti susah abang nak layan tiga orang yang cepat rajuk ni” Adam keluar dari perut kereta tetapi dilihatnya Yana masih duduk berdiam diri di dalam kereta. Adoila, isteri kesayangan ni! Dia cepat-cepat mendapatkan Yana dan membukakan pintu untuk isterinya.

“Okeylah, sayang. Maafkan, abang. Sekarang dah boleh keluar dah?”Adam memberikan senyuman seikhlas hati. Tersungging senyuman di bibir isterinya.

“Siapa suruh buat Yana terasa” Yana melangkah keluar juga dari dalam perut kereta itu.

“Yana terasa ke? Rasa apa? Oren? Rasa oren apa eh?” loyar buruk pula suami aku ni!

“Eee, tak sukanya!” Yana muncungkan semula bibirnya. Ada-ada sahaja modal Adam untuk sakitkan hatinya.

“Tak suka rumah ni ke? Takpelah, sewakan je kat orang lain. Abang okey je tinggal kat kondo tu” jawab Adam selamba. Makin seronok melihat Yana yang geram dengan jawapannya.

“Eee, abang ni” Yana memberikan cubitan ketam berbisa ke lengan Adam. Adam pura-pura mengaduh. Tak rasa sakit pun! Takkan tak kenal kulit buaya ni. Dia hanya mengekek ketawa.

“Nah. Jaga baik-baik, okey?” Adam memberikan sesuatu dalam genggaman tangan Yana sewaktu mereka berganding tangan memasuki rumah tersebut. Yana melihat geggaman tangannya. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke wajah Adam.

“Terima kasih susah-susah dapatkan tempat tinggal terbaik ni” Yana lantas memberikan ciuman ke pipi Adam. Adam tidak dapat menahan tawanya. Dirasakan merah mukanya saat ini. Respon yang tidak disangka daripada isterinya.

“Jangan buat begitu kat tempat awam” bisik Adam perlahan. Dalam hatinya berbunga riang.

“Takde oranglah kat sini. Lagi, ni bukan tempat awam. Ni rumah kita...”

“Bukalah!” Yana membuka pintu menggunakan kunci yang telah diberikan Adam sebentar tadi tetapi cepat-cepat dia menutup semula.

“Kenapa?” soal Adam kehairanan. Nampak sesuatu yang tak baik dalam rumah tu ke? Nak buat kenduri doa selamat dulu kalau macam ni gayanya. Dah adat masuk rumah baru, kan?

“Yana takut” see? Betul telahan aku kan? Bisik Adam dalam hati.

“Kenapa? Yana nampak apa-apa ke?” Adam mula cemas. Yana menggeleng.

“Habis tu?”

“Yana takut semua benda kat dalam tu kaler hitam”

“Lah, itu ke?” Adam sudah pecah ketawa. Isterinya ni memang satu dalam sejuta. Tidak! Satu-satunya di dunia. Dia sudah fikir macam-macam. Yana mengangguk.

“Tengoklah dulu baru cakap. Abang dah fikir benda tak elok dah tadi” Yana membuka pintu itu semula dan menjengukkan kepalanya ke dalam. Perlahan-lahan melihat setiap inci ruang tersebut. Kosong!

“Kosong?” soalnya mengerutkan dahi, memandang semula Adam.

“Ha’ahlah! Yana yang kena design, kan?”

“Betul?”

“Betullah” Adam membawa Yana ke dalam pelukannya.

“Kat sini nanti kita akan hidup berempat. In shaa Allah, akan bertambah berlima, berenam, bertujuh, berlapan”

“Banyaknya!” Yana terus memberhentikan Adam daripada terus menyambung kata-katanya.

“Ingat abang takde niat lain ke beli rumah besar macam ni? Kenalah ramaikan sikit legasi tu...” Adam senyum nakal.

“Dah rancang awal-awal rupanya”

“Of courselah, sayang!”

“Yana okey je!” berhambur ketawa Adam.

“Deal?” Adam mengunjukkan jari kelingkingnya.

“Deal!” Sambut Yana. Satu peraturan telah termaktub kembali setelah sekian lama peraturan itu dihapuskan oleh Adam. Kedua-duanya berbalas senyuman bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience