BAB 30

Romance Completed 21965

“DUA belas minit lagi” Adam memberitahu Yana selepas memandang jam tangannya sekilas. Dia menarik Yana untuk duduk disisinya. Selepas penerbangan dari Kuala Lumpur selama tujuh jam, mereka terus sahaja check in ke Armani Hotel yang telah ditempah oleh Adam. Yana menurut sahaja. Lantas, Adam melabuhkan lengannya pada pinggang Yana.

“Apa yang dalam dua belas minit lagi?” soal Yana pula. Dia suka apabila Adam melabuhkan lengannya pada pinggangnya. Dia berasa selamat dan gerak-geri Adam seolah-olah memberitahu dunia bahawa ‘this is my girl, don’t dare to touch her’. Yana senyum sendiri membuat anggapan sedemikian.

“Kena tunggu dua belas minit lagilah kalau nak tahu apa benda tu” Yana mengeluarkan muncungnya. Adam cepat sahaja mengepit muncung Yana. Yana berteriak sambil memukul-mukul lengan Adam. Adam hanya ketawa kuat, kakinya ditendang-tendang di atas lantai.

“Suka sangat jadi itik, kan?” Adam berkata dalam ketawa yang masih bersisa.

“Abang ni. Sakit tau!” rajuk Yana. Dipegang bibirnya yang ditarik oleh Adam. Sakit itu masih terasa. Adam, suami romantik yang boleh bertukar kepada suami yang jahat dalam sekelip mata.

“Nasib baik kat public! Kalau tak, dah lama abang kiss!” ujar Adam.

“Abang tengok nanti. Yana nak balas dendam” Yana mengepal tangan kanannya lalu ditumbuk-tumbuk pada telapak tangan kirinya. Sungguh tidak puas hati.

“Yana nak buat apa?” Adam jungkit kening kiri.

“Wait and see. That’s top secret” Yana kerutkan hidungnya lalu disepetkan matanya memandang Adam.

“Yelah, nanti abang tengok je. Tak tahu pula Yana ni jenis simpan dendam”

“Itu yang abang tak tahu tentang Yana”

“Hurm, rasa curious tiba-tiba”

“Hurm, we have curiouser here...” Yana tarikan jemarinya ke kiri dan ke kanan di hadapan Adam. Sengaja berbuat demikian agar Adam geram tetapi Adam hanya diam, selamba sahaja wajahnya. Matanya memandang tepat ke menara tertinggi di dunia yang terletak di hadapan mereka.

“Tau ke menara apa depan tu?” Adam tunjuk menara tertinggi di hadapan mereka. Ia lebih cantik dilihat di hadapan mata berbanding dalam gambar. Tidak ada taranya.

“Siapa tak tahu menara tertinggi dalam dunia. Burj Al-Khalifa”

“Wah, abang kahwin dengan geniuslah” Adam sengih memandang sekilas ke arah Yana.

“Yes, you certainly are” Yana menyengih sebelum mendengar keluhan Adam.

“Kenapa?”

“Abang tak mampu nak bagi Yana try stay kat hotel tu” Yana pantas mengenggam tangan Adam erat. Gilirannya untuk tidak melepaskan tangan itu dari genggamannya.

“Yana tak minta semua tu. Yana boleh duduk mana-mana selagi Yana bersama abang”

“Ye ke?”

“Ha’ah” Yana angguk yakin.

“Easier said than done, hun. Macam mana kalau abang jatuh miskin dan diisytiharkan bankrap? Yana sanggup ke bersama abang waktu tu? Sekarang memanglah Yana cakap macam tu, kan?”

“Abang adalah suami Yana dan impian Yana untuk berada di samping suami Yana ketika susah dan senang, sihat dan sakit, dalam apa jua keadaan sekalipun. Tu janji Yana kepada diri sendiri dan juga kepada abang” Yana mengambil jari kelingking Adam menggunakan jari kelingkingnya.

“Ini janji Yana kepada abang, selamanya!” Yana pandang tepat ke dalam anak mata Adam. Dia mahu perasaannya sampai kepada Adam. Dia mahu Adam tahu bahawa cintanya tidak bersyarat tidak kiralah bagaimana dan apa kisah hidup Adam pada masa lalu, dia akan mencintai Adam sepenuh hati.

“Impian dan realiti adalah dua benda berbeza, Yana. Berpijak pada realiti. Macam mana Yana tahu Yana takkan tinggalkan abang sedangkan belum alami lagi?”

“Abang tak percaya Yana ke?”

“Abang cuma clearkan things untuk Yana” Adam jongket bahu.

“Yana tahu abang seorang millionaire tapi Yana tak tahu sampai bila abang akan ada semua ni. Apa yang bakal Yana katakan ni adalah janji Yana kepada abang” Yana tarik nafas.

“ Yana akan berada disisi abang selamanya, tak kira apa yang berlaku. Ya, Yana tahu Yana tak berada disisi abang sewaktu abang berusaha untuk berada kat posisi abang sekarang tapi Yana janji, Yana nak jaga abang selamanya sebab Yana tahu betapa sukarnya untuk abang sampai ke tahap ni. Perjalanan kita sebelum ni berbeza dan Yana tak berjaya macam abang tapi Yana juga dah alami benda yang sama bila usahakan kedai kecil Yana tu. Yana dah rasa jerih payah tu semua. And that’s more to why I want to be by your side” Yana berhenti, menarik nafas panjang dan menghembusnya. Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk meyakinkan Adam.

“Yana tahu perkara tu belum berlaku, tapi Yana nak abang tahu, Yana tak pilih abang berdasarkan betapa tingginya kejayaan abang. Kalau Yana pilih abang hanya berdasarkan perkara tu, ia akan jadikan Yana seorang yang teruk, a cunning sly woman. Title tu yang paling Yana takutkan sekali” Adam senyum. Dia tahu dia tak salah pilih Yana sebagai isterinya.

“Mestilah Yana tak pilih abang berdasarkan kejayaan abang sebab Yana pilih abang sebab hati Adien ada dalam badan abang, kan?”

“Abang!” Yana mencubit lengan Adam kuat. Dia mencebir. Satu realiti yang dia tak mampu ubah dan Adam akan sentiasa mempunyai modal tersebut untuk mengingatkannya selama perkahwinan itu.

“Okey, mungkin abang salah” Adam sengih.

“Mungkin abang tak salah. Tu adalah sebab utama Yana pilih abang”

“Yana tak perlu akui benda tu, tau tak?” Adam pula yang tarik muncung.

“Mungkin tu hanya lawak jenaka yang tak lawak dari abang” baru Yana perasan Adam sebenarnya membuat lawak jenaka.

“Hurm, tak lawak okey, abang” Yana pantas memeluk lengan Adam. Tahu bahawa dia sudah salah tafsir.

“Maaf, takkan berlaku lagi. Anyway, he was a past I cannot undo”

“Whatever!”

“Sorry. Please, please, please...” Yana bulatkan matanya. Adam akan kalah apabila dia berbuat demikian. Buktinya? Dah banyak kali perkara tersebut terjadi sebelum ni.

“Janji ke?”

“Janji. I give you my words”

“Okeylah, abang dah janji Yana. Harap Yana tak lupa janji Yana tu, ya? Hurm, ada dua minit lagi” ujar Adam dalam suara yang paling dalam. Suka menggunakan suara itu apabila dia bersama Yana, ia menunjukkan sisi maskulinnya. Dia tahu Yana akan jatuh cinta berkali-kali mendengar suaranya itu.

“Abang tau tak abang ni sangat perahsia dan misteri? Satu-satunya lelaki yang paling perahsia dan misteri yang Yana pernah jumpa. Apa sebenarnya yang abang sembunyikan dari Yana? Abang dah rancang sesuatu sebelum kita datang sini ke?” Yana melihat sekeliling, mencari tanda surprise event daripada Adam. Takde apa-apa pun.

“Sabarlah. Kita kena simpan memori ni baik-baik dalam ingatan. Yana akan tahu dalam masa...” dia melihat jam tangannya.

“Okey, kira dengan abang. Lima...”

“Empat”

“Tiga”

“Dua”

“And... tada!” Adam mendepakan kedua-dua tangannya. Di hadapan mereka pancuran air setinggi lima kaki bermain di udara diiringi dengan Whitnye Houston repertoire, I Will Always Love You. Lebih menakjubkan lagi, semua itu adalah percuma. Kedua-dua insan itu bersama beberapa orang yang berdiri bersama mereka di sekelliling pancuran air kagum dan buat seketikanya, semua yang berada di situ senyap. Masing-masing menyimpan memori di tersebut di dalam minda masing-masing.

“Cantiknya!” tanpa disedari, Yana bertepuk tangan.

“Abang romantik sangat!” terus sahaja disandarkan kepalanya kepada dada Adam.

“Tadi cakap abang misteri?”

“You are both. Please, jangan berubah” Yana mengeluarkan smartphone seraya menyuruh Adam memuatkan muka dalam kamera. Entah berapa banyak kali dia menyuruh Adam untuk memandang kamera. Yana tahu Adam tidak suka berrselfie seperti dia tidak suka warna warni. Bukan dirinya, kata Adam. Tetapi mungkin ketidaksukaannya itu sudah semakin hilang kerana Adam berusaha untuk senyum dalam setiap gambar yang diambil. Yana hargai Adam atas usaha itu kerana ia memang suatu yang sukar apabila seseorang memang tidak hati untuk melakukannya. Setelah berpuas hati dengan jumlah gambar yang diambil, Yana membelek setiap gambar tersebut sambil ketawa seorang diri.

“Abang buatkan Yana makin nak balas dendam” Yana simpan semula smartphonenya ke dalam beg sandang.

“Hurm, pasal benda tu? Abang masih tertanya-tanya”

“Abang akan tahu malam ni”

“Balas dendam pun kena tunggu malam ke?”

“Kalau Yana, ya”

“Tak sabar pulak, darla!” Yana kuntum senyum bila Adam memanggilnya dengan panggilan begitu.

“ADIEN...” ujar Adam. Yana pandang Adam. Nama Adien tiba-tiba muncul. Adam seperti sengaja memburukkan mood dan keadaan yang sehingga ini sangat menggembirakan. Adam membawa Yana menikmati makan malam di tingkat atas hotel. Restoran terbuka, berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang. Bayu yang bertiup membuatkan keadaan menjadi lebih sejuk.

Mereka berdua sangat bertuah pada malam itu kerana menurut pengurus restoran tersebut, mereka boleh menikmati keindahan malam tanpa perlu berasa bimbang tenatng ribut pasir. Telah diramal, ribut pasir takkan bertiup sehingga keesokan pagi. Tetapi, siapa yang boleh meramal kejadian alam? Jika ia berlaku juga, mereka berdua berserta beberapa pelanggan lain hanya perlu berlari masuk ke dalam , meninggalkan menu makanan yang telah dibayar terlebih dahulu. Daripada bimbangkan perkara tersebut, mereka teruskan juga dengan event yang sudah dirancang oleh Adam untuk malam itu.

“Yana pernah dinner macam ni dengan dia ke?” Adam menyoal tanpa mengangkat muka. Malu. Itulah yang dirasakannya saat ini. Kenapa dia bertanyakan soalan tersebut dia sendiri tidak punya jawapannya.

“Yana dan Adien tak pernah date”

“Maksudnya?”

“Kitorang tak pernah lunch atau dinner kat tempat macam ni atau kat restoran. Ada beberapa kali je dia singgah ke kedai buku. Bawa makanan yang dia beli dan kitorang makan bersama. Ya Allah, baru Yana ingat sesuatu!” pantas Yana meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan putih dan memandang tepat kepada Adam.

“Apa?” Adam menyoal sambil mengunyah makanan. Yana menongkat dagu.

Macam mana aku boleh tak perasan benda ni lebih awal?

“Cara kita berjumpa dan cara Yana jumpa Adien sama. Abang dan dia datang kedai beli buku. Yelah, walaupun waktu tu dia hanya nak kembalikan phone Yana dan tajuk buku yang abang dan Adien beli berbeza. Lepas tu, abang dan dia ajak kahwin walaupun pendekatan berbeza. Adien ajak melalui mesej, abang pulak datang terus ke rumah. Hurm, kebetulan ke macam tu?” Adam terkesima. Dia berhenti daripada mengunyah makanan. Itu adalah kali pertama dia mendengar cerita tersebut daripada Yana. Dia mengimbas semula kali pertama bagaimana dia sampai ke kedai buku Yana. Itu adalah hasil dari pertolongan Adien juga.

Adien benar-benar membantunya pada malam itu. Tetapi, adakah Adien sengaja menyebabkan dia membeli buku dari kedai Yana untuk menghidupkan kembali memori kali pertama dia bertemu dengan Yana di kedai tersebut? Kalau benar apa yang sedang dia fikirkan sekarang ini, siapa sebenarnya yang bertemu dengan Yana pada hari itu? Dia sendiri atau Adien? Adam menjadi cuak. Adien akan selamanya berada di dalam kehidupan mereka berdua. Namanya tidak akan pernah hilang dari memori. Dan juga kerana hati Adien berada di dalam tubuhnya.

“Serius ke?” Yana pantas mengangguk.

“Yana tak mainlah benda-benda macam ni”

“Kenapa? Sesuatu mengganggu abang ke?”

“Yana pernah mimpikan dia lagi ke lepas dia meninggal?” daripada menjawab soalan Yana, Adam mengajukan soalan kepada isterinya pula.

“Tak pernah”

“Betul? Sure?”

“Yups, Yana yakin. Kenapa?” kening Yana berkerut. Tak faham mengapa Adam perlu bertanyakan soalan sebegitu. Dia pasti dan yakin yang dia tidak pernah bermimpi tenatng Adien selepas pemergiannya meskipun dia mahu sekalipun. Semuanya tak penting lagi. Dia punya Adam sekarang.

“Takde” entah kenapa Yana berasakan Adam seperti menyimpan satu rahsia besar daripada dirinya. Adam diam.

“Abang cemburu ke?” soal Yana perlahan.

“Apa?” terkejut Adam dengan pertanyaan itu.

“Buat apa abang nak cemburu dengan orang yang dah meninggal?”

“Sebab abang tiba-tiba tanya benda pelik macam ni? Yana ada baca artikel tentang bagaimana reaksi aquarius bila diorang cemburu. Menurut artikel tu, aquarius takkan berhenti menyoal tentang seseorang yang diorang rasa superior or jealous against to”

“Apa yang Yana cuba sampaikan sebenarnya?”

“Zodiak abang aquarius dan abang asyik tanya pasal Adien. Abang mesti cemburu kat dia” meledak ketawa Adam mendengar jawapan Yana.

“Tak sangka Yana baca horoskop. Jangan percaya benda tahyul dan karut macam tu”

“Itu cuma panduan Yana nak kenal suami Yana yang sangat berahsia dan misteri ni” Yana jongket bahu. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Ada sahaja majalah tentang zodiak dia akan terus membacanya. Semua kerana gara-gara hendak memahami cara Adam berfikir. Perkara itu juga berlaku kerana dia mempunyai perasaan dimana dia merasakan Adam membunyikan sesuatu darinya. Mungkin semua isteri di dunia ini mempunyai perasaan tersebut terhadap suami mereka.Gerak hati yang boleh menyelamatkan atau memusnahkan perkahwinan masing-masing. Dia tidak tahu Adam di pihak yang mana.

Adam berdiam diri lagi. Yana tidak mahu malam mereka berakhir dengan satu persoalan selepas satu persoalan. Juga dengan Adam yang kelihatan tidak mahu berkongsi masalahnya dengan dirinya.

Takpe, bagi dia masa. Dia akan bagitahu bila dia bersedia. Dia akan bagitahu bila dia nak bagitahu. Aku akan pastikan aku berada disisinya ketika itu. Yana memujuk hatinya.

“Kita dah siap makan ke?”

“Think so” Adam meneguk minumannya untuk kali terakhir.

“Yana penatlah. Jomlah masuk bilik” Yana mengajak. Mereka berdua berdiri dan bergerak masuk ke dalam bilik. Adam masih berdiam diri dan berfikir tentang semua kemungkinan yang telah terjadi. Menyambungkan titik-titik persoalan dalam kepalanya berdasarkan cerita Yana. Dia mahukan Adien kembali muncul dalam mimpinya dan berikan dia satu atau dua pertanda yang dia takkan mengganggu kehidupan perkahwinannya dengan Yana. Tiba-tiba, dia berasa takut dan teruk.

“ABANG...” panggil Yana dengan suara yang dilunakkan sebaik mungkin. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik air. Adam mengangkat muka dari gadget, memeriksa beribu emel yang masuk. Cahaya yang agak malap di dalam bilik itu membuatkan Yana tidak dapat melihat dengan jelas senyuman yang tersungging di bibir suaminya.

“Ah...” katanya meletakkan gadget tersebut di atas meja.

“ Jadi, ni lah balas dendam sayang, eh?” soalnya dengan senyuman yang semakin melebar. Sungguh, dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Yana berjaya membuatkan dia meletakkan kerjanya di tangga kedua pada malam itu. Yana benar-benar seksi dengan Satin Camisole Lingerie dengan lace pada bahagian leher. Adam menarik Yana ke dalam pelukannya.

“Yana nak balas dendam dengan cara Yana sendiri” meledak ketawa Adam.

“Pandai isteri abang ni” dia ketawa lagi.

“Abang ketawa kenapa?”

“Abang suka... suka sangat!” Adam mencium dahi Yana. Wangian Yana membuatkannya gila. Adam menongkat dagu Yana menggunakan tangannya.

Oh, god! Her fragrance is killing me, teriak Adam dalam hati.

“I love your perfume” Adam berbisik.

“Glad you like it!”

“I love you so much!” dia membisikkan perkataan magis itu yang lahir dari hatinya yang paling dalam. Dia maksudkan setiap perkataan. Yana membalas pandangan mata Adam. Sungguh, dia juga sangat cintakan Adam. Tak tertanggung rasanya perasaan itu.

“I love you too”

“So, tonight is ours, isn’t it?” soal Adam dengan suara yang dalam. Sangat romantik pada pendengaran Yana.

“Of course it is. Ini honeymoon kita dan Yana isteri abang” Adam senyum. Malam berlalu bagaikan dunia hanya milik mereka berdua. Mereka menjadi satu dalam cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience