BAB 23

Romance Completed 21965

“EHEM!” Yana pantas mengangkat muka memandang pelanggan yang berdehem, sibuk menyiapkan invois beberapa sekolah. Mana pula pergi pekerjanya yang lain? Nak juga aku yang layan pelanggan ni. Bagai nak terkeluar biji matanya Mata melihat pelanggan di hadapannya itu.

“Ezzad!” Yana kaget. Ezzad senyum.

“Hai!” sapa Ezzad.

“Hai! Nak beli buku ke? Kalau ya, pusing-pusinglah dulu cari buku tu. Setiap rak ada tag label masing-masing” Yana berbasa-basi, kekok rasanya bercakap dengan Ezzad selepas peristiwa hari itu. Macam bodoh pula ayat yang keluar dari mulutnya. Kalau dah datang kedai buku, mestilah nak cari buku kan?

“Tak, saya tak cari buku. Saja je datang, lawat awak” mulut Yana terlopong. Biar betul lelaki ni? Berterus terang sangat. Cuba selindung sikit macam aku dengan Adam. Hmph! Ada hati nak kacau isteri orang. Yana geli sendiri dalam hati.

“Lawat saya untuk apa?” aduh, Yana! Dalam banyak-banyak soalan, itu soalan kau? Yana ketuk kepala sendiri dalam imaginasinya.

“Rindu. Hari tu tak sempat makan dengan awak, orang tu dah bawa lari. Jadi, saya datang sini sebab nak ajak awak lunch sekali lagi. Jom!”

Erk, gila lelaki ni! Beraninya bahasakan Adam dengan panggilan tak sopan?

“Rndu kat saya? No way! Tak boleh! Dan untuk pengetahuan kau, orang tu ada nama dan namanya Adam. Lebih penting lagi, Adam tu suami saya. Saya isteri dia. Dia tak benarkan saya keluar dengan kau. Jadi, please, tolong jangan ganggu saya. Cari perempuan lain. Banyak lagi perempuan lain dalam dunia ni”

“Hari tu boleh je keluar? Kenapa sekarang tak boleh pulak? Saya tak nak perempuan lain, saya nak kau seorang je”

Urgh, gelinya lelaki ni!

“Maaf! Hari tu saya tak minta keizinan Adam dan waktu tu niat saya hanyalah nak kenalkan kau dengan kawan saya, Wani. Dan sekarang, Adam tak benarkan saya keluar dengan siapa-siapa pun termasuk kau. Please. Kalau kau hanya nak cakap benda begitu datang kat sini, lebih baik jangan datang” Yana duduk semula di kerusinya. Tidak senang dengan kehadiran Ezzad yang pelik. Dia berpaling daripada menghadap Ezzad, berharap agar Ezzad bosan tidak dilayan dan menghilangkan diri. Berpura-pura menyambung kembali kerjanya sedangkan jantungnya berdegup hebat. Takut kalau-kalau Ezzad menjadi gila di kedainya itu. Siapa yang akan selamatkannya? Wani? Urgh, Wani cuti! Isaac! Mana Isaac? Mana adikku yang disayangi itu?!

“Tau tak, Yana? Saya sukakan sikap awak. Perempuan dengan sikap macam awak, rare...” Ezzad masih berkata sendiri. Yana sudah rasa lain macam. Bulu romanya berdiri mendadak mendengarkan ayat menggelikan dari Ezzad. Kalau Adam yang berkata begitu tentu dia dah cair tetapi malangnya lelaki yang cakap benda tu bukan Adam tetapi Ezzad! Yana pantas berdiri dan berjalan cepat ke susunan rak buku ingin mencari Isaac. Ezzad mengekorinya dari belakang.

Argh, gila lelaki ini. Isaac... selamatkan akak!

“Yana, saya belum habis cakap lagi” Ezzad menyentap tangannya. Tubuh Yana serta-merta terpaling menghadapnya.

Ya Allah! Psiko pula lelaki ni. Someone, please save me!

“Tolonglah, Ezzad! Saya dah kahwin!”

“Saya akan cuba dapatkan awak. Bak lagu tu, Ku Tunggu Jandamu”

Gila! Lelaki ini memang gila. Tolonglah, sesiapa! Muncul, please! Yana berdoa sungguh-sungguh dalam hati.

“Akak!”

“Isaac!” Ya Allah! Syukur, alhamdulillah...

Ezzad terus melepaskan genggaman tangannya apabila melihat Isaac menghampiri mereka.

“Kenapa ni? Siapa ni?” Isaac menggunakan mata scannernya melihat Ezzad dari atas ke bawah. Dia tidak sedap hati melihat lelaki itu. Serta-merta dia dapat mengesan sesuatu yang tidak baik. Dia terhidu sesuatu yang mencurigakan. Yana cepat-cepat berdiri di belakang adiknya. Takut sungguh dengan Ezzad.

“Takde apa-apa. Yana, saya akan datang balik. Assalamualaikum” Ezzad terus memakai kaca mata hitamnya dan meninggalkan mereka. Kesilapan besar kalau aku jadi perkenalkan Wani dekat dia, bisik Yana. Dia bersyukur sangat Isaac muncul disaat kecemasan. Dia tidak berani membayangkan apa yang akan berlaku kalau Isaac tidak muncul tepat pada masanya.

“Siapa dia tu, kak?”

“Ezzad. Entah akak pun tak berapa kenal dengan dia. First time jumpa kat open house Adam. Lepas tu, dia call akak, ajak makan katanya. Akak bawa Wani sekali. Akak kira nak kenalkan Wani dengan dia. Tapi tak sempat, Adam dah bawa akak balik. Tup-tup, hari ni dia muncul dalam kedai ni...”

“Yang akak setuju makan dengan dia apasal? Abang Adam tak marah ke”

“Marah...” tapi Adam dah benarkan aku keluar dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan calon suami pengganti Adien, sebab tulah aku tak minta keizinan dia. Ayat itu hanya bergema dalam hatinya sahaja. Takkan nak bagitahu adiknya tentang peraturan dan syarat Adam?

“Tak percaya betul. Abang Adam pun izinkan je ke akak keluar makan dengan dia?” Yana diam, tidak menjawab.

“Diam macam ni mesti kes tak minta keizinan suamilah ni” Isaac geleng kepala.

“Tak sangka akak lebih degil dengan abang Adam berbanding dengan ayah” Yana terus pandang Isaac dengan tajam. Perkara tu takkan terjadi kalau Adam tak buat peraturan dan syarat gila dia tu! Teriaknya. Entah bagaimana dia hendak mempertahankan dirinya sendiri.

“Hah, lain kali keluar lagi tanpa kebenaran suami. Padan muka! Sampai kedai ni dia cari akak”

“Yelah, akak salah”

“Macam psiko je Isaac tengok lelaki tu. Gaya je lebih” Yana mengangguk. Dia setuju dengan impresi pertama Ezzad terhadap lelaki itu kerana itulah juga impresi pertamanya terhadap Ezzad.

“Akak, Isaac nak keluar ni. Pinjam duit sikit”

“Nak ke mana?” Yana dah Isaac berjalan menuju ke kaunter. Gara-gara lelaki psiko itu, kerjanya tertangguh. Huh!

“Jumpa dengan orang yang akan buatkan Ezzad kaya”

“Eh?” Yana memandang Isaac tidak percaya.

“Betullah” Isaac menyengih.

“Berapa kau nak?”

“Seratus dua je”

“Seratus dua? Banyaknya”

“Alah, akak ni. Petrol kereta tu pun dah tujuh puluh isi sekali penuh. Zek nak isi petrol dulu dan jumpa orang tu” Yana mengambil tiga keping not lima puluh ringgit dan menyerahkannya kepada Isaac.

“Pastikan jadi kaya. Belanja akak buka franchise kat tempat lain pula”

“Ye, janji!” Isaac mengambil duit tersebut dan terus meninggalkan Yana yang sudah menyibukkan diri membuat invois yang tertangguh tadi.

“THIS is lot better than I thought. I personally like the graphic. It’s very responsive to the gamers, why no one invests in?” Adam terus bermain game yang dicipta oleh Isaac seperti seorang gamer professional. Itulah kehidupannya dua puluh empat jam beberapa tahun lalu sebelum tekad mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat sendiri. Secara perobadinya, dia berpendapat bahawa Isaac adalah genius kerana mampu mencipta game sebegitu. Bukan calang-calang orang boleh mencipta game dengan grafik hebat dan very responsive.

“Itulah masalahnya sekarang. Orang tempatan tak nak ambil risiko. Takut bersaing dengan produk luar negara. Banyak kawan-kawan Zek yang dah tarik diri. Semua dah putus harapan. Tinggal beberapa kerat je lagi. Kalau Zek tak berjaya sekarang, takde sesiapa lagi yang tinggal. Hanya Zek dan angan-angan Zek” Isaac mengeluh. Mengenangkan titik peluh mereka selama ini sebagai satu kumpulan dengan lapan orang ahli tetapi kini, hanya tinggal bertiga sahaja lagi.

“Abang contact dan tunjukkan kat kawan-kawan sekitar Malaysia dulu. Kalau memang diorang tak nak, abang akan hubungi kawan kat Singapore. Jangan risau, abang boleh nampak game yang kau cipta ni boleh pergi jauh. Mana belajar buat benda ni semua?”

“Belajar sendiri. Dah sepanjang hayat Zek usahakan benda ni”

“Maknanya, kau ni budak geniuslah kan?” Adam kuntum senyum ikhlas.

“Takdelah genius, bang. Zek cuma faham codes je. Benda lain memang tak pandai” ujar Isaac merendah diri.

“Eleh, merendah diri konon” balas Adam. Serentak itu mereka berdua mengekek ketawa.

“Terima kasih, bang sudi tolong Zek. Dah mati kutu nak publishkan benda ni”

“Takpe. Mungkin dah tiba masanya kau bersinar. Abang tolong je, kalau tak berjaya juga, kena usaha lagi. Jangan putus asa” Adam menasihati adik iparnya itu. Dilihatnya, Isaac hanya mengangguk kepala dengan bibir yang diketap. Nampak tekad sangat.

“Good! Usaha tangga kejayaan. Makanlah dulu baru balik” Adam mempelawa Isaac makan. Dia memang sukakan peribadi Isaac. Ah, tidak! Dia sukakan peribadi semua orang dalam keluarga isterinya itu. Terngiang di telinganya kata-kata Isaac ‘untunglah badan’ dahulu. Dia sengih sendiri. Dia memang selalu beruntung!

“Oh, ya. Sebelum Zek lupa. Abang kenal ke dengan Ezzad?” Isaac menyuap sesudu makanan sambil bertanyakan soalan tersebut. Adam pelik, dahinya dikerutkan. Dari mana pula budak ni kenal dengan lelaki tu?

“Ha’ah, kenal. Kenapa?”

“Tadi,dia datang kat kedai. Kacau akak. Nasib baik Isaac ada, kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Dengan beraninya dia pegang tangan akak!” bebola mata Adam membesar. Ezzad datang kedai kacau isteri aku? Tak guna punya Ezzad!

“Dia pegang tangan Yana? Kau nampak? Jangan cakap benda yang tak betul, Zek” Adam menyoal berkali-kali. Argh! Tiba-tiba sakit di dadanya datang lagi tetapi sakit itu lain. Tidak seperti selalu. Apakah ini? Meskipun emosinya tidak menentu saat ini, dia tidak mahu membuat telahan yang tidak berasas. Dia mesti pastikan apa yang didengarinya betul.

“Betullah. Isaac nampak dengan mata kepala Isaac sendiri. Bila Zek datang dekat baru dia lepaskan tangan akak. Sempat pesan dekat akak yang dia akan datang balik. Tak fahamlah dengan lelaki macam tu. Perempuan dah kahwin pun masih nak kacau. Pelik!” Isaac terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Tidak perasan muka Adam yang berubah merah.

Tak guna kau, Ezzad!

“Habiskan makanan tu, baru teringat, abang ada hal!” pantas Adam berdiri dan meninggalkan Isaac. Isaac terkulat-kulat memandang Adam yang sudah meninggalkannya. Eh, bro. Baliklah sini dulu. Siapa nak bayar makanan ni semua? Haih, wrong timing! Patutnya aku bagitahu lepas habis makan. Haih! Isaac mengeluh melihat makanan di hadapannya. Siapa nak bayar?

“EZZAD datang sini tadi ke?”

Ya Allah! Kejutan apa lagi sekarang ni? Bagai nak gugur jantung Yana dengan sergahan tersebut. Yana yang sedang menyusun buku yang diselerakkan oleh pelanggan pantas berpaling mendengar suara yang sangat dikenali. Dia lebih suka menyusun buku daripada berada di kaunter. Apabila dapat menyusun buku, dia sempat membaca sinopsis buku-buku tersebut dan dia sendiri akan membeli buku tersebut dari kedainya. Apabila dia mempunyai keinginan menyusun buku, dia akan menyuruh stafnya menjaga kaunter. Ni mesti Isaac punya pasal! Tak menyempat betul nak bagitahu.

“Ya Allah! Kalau ye pun janganlah main sergah je mcam ni” Yana mengusap perlahan dadanya. Terkjeut sangat dek sergahan mengejut Adam.

“Aku tanya. Ezzad datang sini tadi ke?” Adam menguatkan suaranya. Tidak kisah dengan respon Yana.

“Ye” perlahan Yana menjawab. Habislah kalau ditengkingnya aku di hadapan staf atau pelanggan aku. Bukan kat sini, please.

“Hah, lain kali keluar makan lagi dengan dia. Aku dah warning jangan keluar dengan dia, kau gatal sangat pulak nak jadikan dia calon suami kau, kan?” suara Adam sudah meninggi. Perasaannya memang betul, Ezzad mempunyai niat tidak baik dengan Yana. Hendak diketuk kepala Yana supaya sedar yang Ezzad tu mempunyai agenda tersembunyi. Dia lelaki, dia tahu. Mereka punya instinct tersendiri dan dia tahu perkara tersebut pada kali pertama berjumpa dengan Adien dalam seminar hartanah beberapa tahun yang lalu.

“Yelah, mana aku tahu dia rupanya jenis macam tu. Aku cuma nak kenalkan dia dengan Wani je. Lagi, janganlah kuatkan suara kau tu. Malu, tau tak?”

“Tau malu? Tak tau malu pula keluar dengan lelaki lain...” haih! Ni dah lebih ni, gerutu Yana dalam hati. Dia yang tetapkan peraturan aku boleh cari calon pengganti lain, sekarang marah pula? Aku ikut je syarat dia, kan?

“Dah lebih nampak?”

“Ye, aku dah tetapkan peraturan begitu tapi bukan dengan family members aku ataupun Ezzad. Dia tu gila. Ke, kau nak sangat dia jadi suami kau?” tak. Tak nak. Aku nak kau seorang je tapi kau pulak nak bagi aku kat orang lain.

“Yelah, I’m sorry, takkan berlaku lagi” Yana mengakui. Salah siapa sebenarnya dia sendiri tidak tahu.

“Asyik maaf, asyik janji je yang kau tau. Tak tau ke sorry would be meaningless kalau ucap banyak kali tapi takde tindakan? Kalau aku dengar lagi perkara macam ni, habislah kau” ugut Adam.

“Tapi dia yang cari aku. Macam mana aku nak elak?”

“Hmph! Lain kali gatal lagi. Tau takut dikejar lelaki gila. Nah!” Adam memberi satu kotak berwarna hitam kepada Yana. Memang suami aku ni obses dengan warna hitam! Desis Yana dalam hati.

“Apa ni?”

“Bukalah dulu...” Yana membuka kotak tersebut perlahan-lahan.

“3310?” Adam senyum.

“Kenapa? Tak suka? Aku pun ada satu. Aku sengaja beli dua. Satu untuk kau dan satu untuk aku” Adam mengeluarkan sebuah lagi Nokia 3310 dari kocek seluarnya.

“Nak buat apa benda ni? Ketinggalan zaman sangat” Yana membalik-balikkan telefon itu hadapan dan belakang. Citarasa yang sangat pelik!

“Kata nak buat apa? Nak guna untuk telefonlah! Hmph!” Adam mengambil telefon tersebut dari tangan Yana dan gerakkannya atas ke bawah.

“Telefon ni lebih berguna kat kawasan tak kuat signal, tau tak? Cepat je dia tangkap signal banding smartphones yang ada sekarang ni. Aku dah savekan number kita berdua. Hanya nombor aku kat telefonkau dan nomborkau kat telefon aku. Jangan nak letakkan nombor orang lain, faham? In case of emergency, guna telefon ni. Kalau Ezzad datang kacau lagi, guna telefon ni. Aku akan usahakan datang. ASAP” Yana mengangguk-angguk mendengar penjelasan Adam.

Oh, hati, bagaimana kau tak jatuh cinta kat dia kalau tahap caring dia dah sampai tahap macam ni sekali?

“Dengar tak, Yana?”

“Dengar...” Yana sengih. Kita dah macam couple pula sekarang ni. Dah ada telefon couple khas untuk kita dua je. Senyuman Yana makin lebar.

“Jangan simpan nombor orang lain. Faham?”

“Ye. Nombor kau je”

“Okeylah, aku jalan dulu. Assalamualaikum!”

“Adam!” panggil Yana. Adam berpaling semula.

“Kenapa?”

“Kau datang sini nak bagi benda ni je ke?”

Ya Allah! Macam mana aku tak jatuh cinta kalau dia baik macam ni?

“Yelah. Apa aku nak jawab kat ayah kalau apa-apa berlaku kat kau selama kau masih dibawah tanggungjawab aku? Sementara kau masih sah isteri aku, aku kena jalankan tanggungjawab aku, jaga kau baik-baik”

Oh, Adam. Kau buat aku melting lagi...

“Adam!” panggil Yana sekali lagi.

“Apa lagi?!” bila dia ni nak berhenti panggil nama aku?! Gerutu Adam dalam hati.

“Terima kasih...”

“Hurm, ingat! Aku balas budi Adien je. Jangan nak jatuh cinta kat aku pulak!” Adam terus melangkah meninggalkan Yana yang mencebik. Yelah, Yelah! Aku tahu aku tak boleh jatuh cinta kat kau. Tetapi, sebenarnya aku dah jatuh cinta kat kau. Sedalam-dalamnya. Perasaan ni dah tak boleh diundurkan lagi. Maaf, aku memang dah jatuh cinta kat kau..

EZZAD mengangkat juga telefonnya selepas lima kali deringan. Dia tahu orang yang menghubunginya dan disebabkan itu, dia malas hendak mengangkat panggilan tersebut.

“Ezzad speaking!”

“Tau sambut.Apasal cari isteri aku? Banyak pulak masa kau datang kedai dia kan?” dihamburnya lelaki itu terus. Ezzad menyeringai.

“Jangan nak perasanlah. Aku ke kedai buku dia, bukannya buat apa pun. Kenapa? Dia mengadu kat kau yang aku datang kat kedai buku dia tanpa membeli buku ke?” Adam mencebik. Macamlah aku tak tahu kau ada niat lain kat isteri aku! Aku faham pandangan lelaki, bongok! Damn you!

“Jangan nak cari pasal dengan aku. Kalau tak, aku akan blacklist nama kau dan klien kau sekali dari senarai pembeli” ugut Adam pula. Dia takkan bergurau dengan benda-benda seperti itu. Apatah lagi apabila ia melibatkan Yana. Yana adalah tanggungjawab dan amanahnya. Dia telah berjanji dengan ayah mentuanya juga dengan Adien untuk menjaga Yana sebaiknya.

“Kau memang tak profesional langsung. Campur adukkan kerja dengan hal peribadi” ejek Ezzad sinis.

“Aku cuma faham yang kau ada niat tak baik kat isteri aku dari cara kau cakap. Don’t you dare or even think about it!” Adam memberikan amaran. Kurang ajar! Dah tahu Yana sudah mempunyai suami, masih sanggup mencuba nasib! Memang kurang ajar! Memang nak kena!

“Eh, rilek aa... Kita hidup dalam alaf dua puluh satulah. Jangan nak tunjuk baik sangatlah. Orang sekarang, kahwin dan cerai tu dah lumrah. Aku tertanya-tanya, macam mana kau boleh dapat perempuan baik macam dia tu, hah? Kau tu bukannya baik sangat pun. Bukannya aku tak kenal kau siapa. Kalau kau boleh dapat perempuan macam dia, kenapa aku tak?” Ezzad menyiram minyak panas ke dalam api yang sudah sedia panas.

“Sebab kita berbeza. Kiranya, aku ni lebih baik dari kaulah” sinis gelakan Adam.

“Apa yang beza sangat, huh?” Ezzad berhenti sebelum menyambung semula.

“Oh, Lupa! Kau memang baik tahap dewa sampai belum sentuh dia pun, kan? Aku tahu kau belum sentuh dia. Semua lelaki pun tahu bezakan. Memang baik sangatlah kau ni. Kenapa tak sentuh dia lagi? Dia tak benarkan ke? Kalau aku, memang dah lama aku taste dia tu. Sebab tu aku sanggup tunggu dia janda” Ezzad gelak kuat.

Kurang ajar, Ezzad! Kau memang kurang ajar! Teriak Adam dalam hati.

“Kau memang kurang ajar, Ezzad!” dikepal buku limanya seerat mungkin. Kalau Ezzad berada di hadapannya sekarang ini memang sudah lama diberi rasa penumbuknya bertubi-tubi. Kurang ajar!

“Ajarlah aku. Aku nak tahu juga taktik kau dapat perempuan macam dia” Ezzad senyum sinis. Adam menarik nafas panjang. Berurusan dengan lelaki itu memang memerlukan kesabaran yang maha hebat.

“Datang ofis aku sign agreement!” terluah juga tujuan utamanya menghubungi Ezzad dalam nafas yang ditahan-tahan. Fikirannya dirasionalkan sebaik mungkin agar tidak mengikut emosi dirinya yang sudah tidak menentu. Be professional, Adam! Be professional! Fikirannya mengingatkannya.

“Aku datang bila klien aku balik dari luar negara”

“No, dalam masa terdekat ni!”

“Can’t make it sooner! Aku akan datang dengan klien aku”

“Aku akan terima mana-mana pembeli yang datang kalau kau lambat”

“Pulak?!”

“Aku serius!”

“Aku kata aku akan datang dengan klien aku...”

“Whatevs!” Adam terus mematikan talian. Bercakap dengan lelaki itu lebih lama boleh membuatkannya sakit jantung. Lelaki gila! Harap aku cerai dengan Yana? Tunggu aku mati hidup semula! Geramnya dalam hati. Ditumbuknya kuat stereng kereta yang tidak bersalah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience