BAB 35

Romance Completed 21965

“ABANG Adam!” Isaac berteriak apabila mata dan akalnya sudah memastikan bahawa individu yang sedang berada di dalam kedai bunga itu adalah Adam. Adam pantas menoleh dan mengukir senyuman.

“Buat apa kat sini?” soal Isaac dan kedua-dua individu itu bersalaman.

“Ni of course flower shop, so...” Adam jongket bahu dan menyengih. Malu diketahui oleh adik ipar sendiri bahawa dia adalah seorang suami yang romantik. Aha! Adam senyum bangga sendiri.

“Untuk akak eh?” giliran Isaac pula menyengih. Sengaja mengejek Adam. Banyak kali dia menangkap Yana mendapat beberapa jambak bunga ros merah beberapa minggu ini. Tak salah lagi ia adalah daripada Adam.

Mestilah, ros merah melambangkan cinta, bukan begitu? Kuantitinya turtu membawa maksud tertentu. Sejambak ros merah bermaksud cinta, sedozen pula bermaksud keyukuran atau terhutang budi dan lima puluh bermakna cinta tanpa syarat. Adam memberikan sepuluh? Hurm, maksudnya? Entahlah, Isaac berteka-teki sendiri.

“Haruslah, untuk siapa lagi?” makin meleret pula sengihan Adam.

“You’re hopeless romantic” Isaac memuji memandang jambangan bunga yang dipegang oleh Adam.

“Baru sekarang tau, ke?”Adam senyum tetapi kali ini adalah yang terkahir. Dia takkan dapat melakukan benda yang digelar hopeless romantic oleh Isaac ini untuk masa-masa akan datang. Dia fikir dia perlu lakukan sesuatu agar Yana memaafkannya. Dia sudah memberitahu perkara itu kepada Ab apabila singgah ke rumah Ab beberapa hari yang lalu, tanpa pengetahuan Yana.

“By the way” Adam bernada serius dan suaranya sudah bertukar kepada suara pemilik syarikat hartanah pula. Dia sendiri tidak menyedari perubahan suaranya. Ia kerap bertukar apabila dia mula serius.

“Alan Soban, kawan abang nak jumpa dengan kau pasal game kau tu. Dia tertarik tapi abang tak tahu kalau dia nak melabur atau tak. Boleh luangkan masa ke? Mungkin, Sabtu ni?” mata Isaac membulat sebelum melompat gembira. Tidak kisah dengan orang sekeliling yang memandang dan melabelnya seperti orang gila. Dia sudah mendengar perkara tersebut bertahun. Itu adalah perkara terhebat pernah didengarnya selama bertahun-tahun. Dia akan memaklumkan berita tersebut kepada rakan-rakan yang sanggup bersusah payah dengannya.

“Yes, Zek akan luangkan masa dengan dia. Zek banyak masa untuk luangkan dengan dia. Err, apa patut Zek pakai? Business casual or formal?” Adam ketawa. Selama dia mengenali usahawan-usahawan hebat, mereka tak tengok kepada pemakaian, mereka hanya tengok produk.

“Tak kisahlah, kau nampak hebat begini. Pakai kasual dah cukup tapi mungkin kau kena bercukur sikit”

“Okey, done” Isaac mengusap dagunya dan bersetuju dengan saranan Adam. Peluang ini sangat sukar untuk diperolehi oleh itu, dia perlu sekurang-kurangnya nampak terurus untuk tidak merosakkan peluang tersebut.

“Apa benda yang Zek kena bawa?” Isaac berasa teruja, gugup dan gelisah seperti itu merupakan kali pertama dia melakukan temuduga.

“The game and your brain. Kau kena pandai bernegosiasi kalau dia nak melabur. Dia nampak sangat tertarik bila abang tunjukkan kat dia hari tu”

“Baiklah, Zek akan berusaha” pantas sahaja Isaac membalas.

“Semoga berjaya. Abang takkan ada kat sana waktu tu. Tau, kan?”

“Ha’ah” Isaac mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.

“Jadi, boleh tolong abang ke?”

“Tolong apa?”

“Bagi bunga ni kat kakak kau. Tak kisahlah dia nak ludah ke, nak buang dalam tong sampah ke, nak tendang ke, abang tak kisah. Yang penting bunga ni sampai kat dia, boleh kan?” Isaac mengangguk lagi. Hati dan fikirannya berteka-teki.

“Abang gaduh dengan akak ke?”

“Ha’ah” Isaac ketawa kuat mendengar jawapan sepatah Adam.

“Ni mesti salah abang, kan?” Isaac menggeleng-geleng. Dia berasa lucu sendiri memikirkan pergaduhan antara kakaknya dan Adam. Dia kenal sangat dengan sikap kakaknya itu, degil dan susah makan pujukan Nasib badanlah abang iparnya itu kena memujuk kakaknya yang entah bila akan hilang rajuknya. Soalan Isaac menyebabkan Adam mengerutkan dahi. Mereflek kembali samada dia bersalah atau pun sebaliknya.

Tetapi, aku dah minta maaf, kan? Dia bermonolog sendiri.

“Atau perempuan selalu betul?” Isaac menambah.

“Yup, perempuan selalu betul!” Adam pantas menjawab dan mereka berdua ketawa kuat. Adam kemudiannya menyerahkan bunga itu kepada Isaac.

“Okeylah, abang jalan dulu. Jangan tak bagi, tau? Mesti sampai kat tangan akak kau!” Adam menepuk lengan Isaac dua kali dan melangkah pergi dari kedai itu. Isaac pula melangkah ke kedai kakaknya.

“AKAK, nah bunga! Zek terserempak dengan abang Adam tadi kat masa datang sini. Abang Adam minta Zek bagi bunga ni kat akak” Isaac meletakkan jambangan bunga itu di atas meja. Yana hanya memandang bungan itu sekilas dan terus memandang laptopnya kembali, menyambung kerja. Dah banyak kali Adam memberikannya jambangan bunga. Dia dah tak terkesan apa-apa lagi.

“Mengikut perkiraan Zek, ni dah masuk bunga yang kesepuluh, kan? Wow, abang Adam memang totally hopeless romantic!” Isaac berasa bangga dengan abang iparnya sendiri. Adam tak kenal erti putus asa, dan personaliti itulah yang dihormaatinya selalu. Dalam hati, dia merasakan mereka berdua adalah sama.

“Akak dan abang Adam gaduh ke?” dia menyoal lagi tetapi Yana tetap berpura-pura menyibukkan diri menyebabkan dia jongket bahu.

“Ada kad kat sini. Zek baca, k?”

“Bak sini kad tu” Yana pantas berdiri ingin merampas kad tersebut tetapi Isaac lebih pantas, dia terus mengambil beberapa langkah ke belakang dan membaca setiap perkataan yang tertulis pada kad itu.

“I’m sorry I’m not good as Adien. But I try to be the best, for you and our family. I cannot undo the past and bring him back to life” bait perkataan itu menyebabkan Isaac terus berdiam diri, cuba memikirkan maksud disebalik ayat tersebut.

“Abang Adam kenal Adien ke? Apa maksudnya cannot undo the past dan bring him back to life? Dia ada kaitan dengan peristiwa tu ke?” dia terus mengasak Yana dengan soalan. Dia berdirit tegak, menunggu jawapan daripada Yana.

“Lupakan” Yana mengeluh. Tak percaya betapa cuainya Adam untuk menulis perkara tersebut pada kad mengetahui sikap Isaac yang takkan mengalah untuk mengetahui sesuatau yang dia tidak tahu. Dia akan korek segalanya sehingga dia berpuas hati.

“No way” jawab Isaac pantas dan melabuhkan punggungnya berhadapan Yana. Dia perlu mengetahui apa yang menyebabkan kakaknya merajuk dan menjauhkan diri dari Adam. Dia perlu mengetahui sebab disebalik pertelingkahan mereka.

“Lebih baik akak bagitahu Zek benda ni kalau tak nak semua orang tahu” dia mengugut yang mana ia merupakan kemahirannya.

“Ni adalah antara akak dan Adam. Jangan nak masuk campur”

“No way” jawabnya pantas sekali lagi.

“Keluarlah, Zek. Akak nak rehat”

“No way” Isaac duduk selesa. Yana mengeluh, tak tahu bagaimana lagi hendak menyuruh adik tunggalnya itu keluar.

“Pleaselah, Isaac”

“No way. Isaac kena tahu benda tu. kat sini, sekarang” inilah sikap sebenar adiknya dan begitulah hubungan mereka sejak dari kecil. Mereka beritahu rahsia antara satu sama lain, tidak ada rahsia antara mereka.

“Zek dah jadi stranger kat akak ke sejak akak dah kahwin ni?”

“Ni perkahwinan akak, Zek. Akak tak boleh bagitahu sesuka hati akak je”

“Ia tak merubah kenyataan yang akak masih kakak Zek”

“Akak dah ada suami”

“Jadi kenapa merajuk dengan dia?” Yana mengeluh. Dalam hatinya berbisik bahawa Adam dan adiknya mempunyai satu sikap yang sama. Mereka hanya tidak mempunyai perkataan putus asa dalam hidup mereka. Nak tak nak, dia kena bagitahu jugak.

“Tapi semua orang berhak dapat peluang kedua...” ujar Isaac apabila Yana mengakhiri ceritanya. Yana mengambil keputusan untuk menceritakan apa yang berlaki antara dia dan Adam kepada adiknya. Lagi pula, dia perlu ceritakan kepada seseorang untuk meringankan beban kepalanya itu. Dan paling penting sekali, dia hanya ceritakan perkara tersebut kepada adiknya, Isaac.

“Zek ni takde perasaan ke? Zek sepatutnya marah atau geram? Atau mungkin nak cekik leher dia tapi taklah sampai nakkan dia mati...” Isaac menggelengkan kepala. Imaginasi kakaknya itu kadang-kadang gila jugak. Dia mesti nak cekik leher Adam. Isaac tak rasa apa yang dirasakan oleh kakaknya sebab dia tak alami semua itu. Mungkin itu sebabnya dia tak mempunyai perasaan seperti Yana. Sebuah perkahwinan perlu diselamatkan, meminta pertolongan darinya, bisik Isaac.

“Of course Zek ada feeling. Tapi macam yang abang Adam tulis, dia tak boleh undo the past. Tak siapa boleh. Akak kena maafkan abang Adam, dia tu suami akak”
“Kau patut menyebelahi akak”

“Zek atas pagar, tak sebelahi sesiapa pun. Zek cuma berfikir secara rasional. Ingat tak Zek pernah cakap kat akak yang abang Adam gunakan tracking device dia untuk cari akak? Mungkin abang Adam betul-betul gunakan tracking device tu. Dialah lelaki yang Allah dah tuliskan untuk akak, bukan Adien dan bukan orang lain. Walaupun kisah akak macam klise sangat, ia takkan merubah realiti yang abang Adam tu suami akak. Akak kena terima kelemahan dia sebab takde yang sempurna kat dunia ni. You’re bound and destined to each other. You should be grateful for this. Not looking at the past and grieving over it”

“Tapi dia dah bunuh Adien...”

“Ya, memang. Tu pun realiti juga dan ia takkan dapat diubah meskipun akak nak sangat ubah. Dan untuk kesalahan tu, abang Adam patut datang, jumpa, mengaku dan minta maaf dengan keluarga Adien dan juga akak. Dan paling penting sekali, dia perlukan akak untuk harungi semua tu”

“Zek betul-betul menyebelahi dia” luah Yana lemah.

“Tak, tapi nilah yang Zek harapkan dari seorang isteri bila Zek dah kahwin nanti. Zek nak dia berada kat sisi Zek tak kira apa pun yang berlaku, terima Zek seadanya dan harungi perjalanan yang Zek tak tahu macam mana akan berakhir. Itulah sepatutnya peranan seorang isteri regardless the unknown roads ahead” kata-kata adiknya terus menusuk ke dalam qalbu Yana yang paling dalam. Dia mereflek bagaimana teruknya dia sebagai isteri kepada seorang lelaki bernama Adam selepas mengetahui kebenaran disebalik perkahwinan mereka.

Adiknya betul. Dia tak boleh menyalahkan Adam seratus peratus apabila itu adalah takdir yang telah dituliskan untuk mereka berdua. Dia teringat janjinya kepada Adam sewaktu mereka di Dubai dahulu, di hadapan air pancut tersebut. Dia telah berjanji kepada Adam untuk mengharungi segalanya bersama tetapi kini baru sedikit dugaan yang mendatang, dia dah tak boleh maafkan Adam. Dia telah terang-terangan mengkhianati janji antara dia dan Adam. Yana menggelengkan kepala. Dia perlu betulkan kesilapannya.

“Akak kena gerak” Yana pantas berdiri.

“Ke mana?”

“Ke suami akak” Isaac menyengih. Dalam hati berbisik bahawa dia sepatutnya menjadi pakar motivasi cinta daripada membina game.

Hurm, tak. Aku boleh jadi kedua-duanya sekali.

“SUDAH-sudahlah nangis tu. Dah sebulan kau nangis, Yana” Hazwani menepuk perlahan bahu Yana. Dia dah mati akal memujuk Yana agar berhenti daripada menangis. Adam dah menghilangkan diri, meninggalkan Yana atau apa sahaja perkataan yang terbaik dan seangkatan dengannya untuk menjelaskan keadaan itu. Adam tak pulang ke rumah sejak Isaac memberikannya sepuluh jambak bunga ros merah sebulan lalu. Semua orang tidak tahu dimana keberadaaan Adam.

Selepas menceritakan kisah antara dia dan Adam serta dinasihati oleh adiknya, Yana pantas pulang ke rumah. Dia mahu meminta maaf tetapi setelah puas menunggu hingga ke malam, Adam tidak juga memunculkan diri hinggalah ke hari itu. Dia mengambil smartphonenya, mula mendail dan menghubungi Adam. Mesej whatsapp tidak pernah dihantar dan panggilannya asyik memasuki peti mel suara. Kerana takut sesuata berlaku kepada Adam, dia memandu sendirian ke ofis Adam pada awal pagi. Tetapi berita yang didengarinya lebih mengecewakan. Adam tidak datang ke pejabat sejak semalam. Dia hanya menurunkan tanggungjawab kepada Encik Farris selaku pemegang saham kedua terbesar syarikat tersebut.

Yana menghubungi kedua orang tua Adam untuk memeriksa samada Adam balik ke rumah ibu bapanya. Mungkin sedang makan atau sedang mentertawakannya yang sedang ketakutan mencari dirinya ketika ini. Namun, beritanya juga sama. Mereka tidak mengetahui keberadaan Adam apabila kedua-duanya bertanyakan keadaan Adam, samada dia sihat ataupun sakit dimana ia memaksa Yana menipu. Katanya, tipu sunat untuk tidak membimbangkan kedua orang tua itu. Dia memberitahu mereka bahawa Adam semakin gemuk dan Adam menjaganya dengan baik sejak mendapat berita dia disahkan mengandung. Dia turut mengatakan bahawa Adam tidak ada di rumah apabila mereka hendak bercakap dengannya dia tipu lagi. Sebaik Yana mematikan panggilan, airmatanya terus merembes keluar. Dia tidak tahu hendak mencari Adam dimana. Agak mustahil bagi Adam untuk berada di luar negara kerana passport dan visanya berada dalam laci di bilik mereka.

Yana takut. Baru kini dia sedari dan rasai bahawa hidupnya tak bermakna tanpa Adam. Perjalanan seorang diri itu kelihatan gelap, tidak terurus, tidak membahagiakan, seram dan berbahaya. Dia mahu melalui jalan itu bersama dengan Adam. Bayi mereka yang belum lahir juga perlukan ayahnya. Yana menyesal mengingat kembali semua ayat yang keluar dari mulutnya dahulu. Dia mahu meminta maaf, memohon keampunan dan mahu memeluk Adam. Membayangkan kehidupan tanpa Adam, Yana menangis lagi.

“Yana, bayi kau kena makan makanan berkhasiat. Nah, makan ni” Hazwani menolak makanan tersebut hingga berada betul-betul di hadapan Yana. Meski kemahiran memasaknya tidak sama seperti Yana, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memasak sesuatu yang berkhasiat untuk Yana. Semuanya demi bayi yang dikandung oleh Yana ketika ini.

“Aku dah tak tahu mana nak cari dia, Wani...” Yana teresak seraya menolak kembali pinggan tersebut kepada Hazwani. Hazwani mencebir memandang Yana yang tidak mengharhai usaha kerasnya di awal pagi itu. .

“Maaf tapi bau ni... buatkan aku pening” Yana teringat kali pertama adam membawanya ke restoran ala-ala Mediterranean selepas dia disahkan mengandung. Kalau Adam ada kat sini, mesti dia akan bawa aku makan kat restoran dan paksa aku makan. Kalau aku tak dapat habiskan, dia sendiri yang akan makan makanan tu. Kami memang match-made in heaven! Teriaknya.

Argh, aku rindukan Adam. Yana nangis lagi.

Hazwani semakin geram. Kalau bukan kerana Yana mengandung, sudah ditampar sikit kawannya itu. Sahabatnya itu sudah menangis selama sebulan. meratapi dan menyesali masa lalu. Kalau Yana tak berhenti nangis, Hazwani takut ada nanti yang menjadi buta seperti Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku.

“Takpelah, biarkan aje makanan tu. Jom keluar, kita makan kat luar, aku belanja”

“Aku tak nak makan, aku nak Adam...” Yana menangis lagi. Hazwani sudah mencapai limit kesabarannya. Dalam hati dia mengakui kebenaran kata-kata, melayan wanita mengandung memang susah. Dalam masa yang sama, dia takut dia akan menjadi seperti Yana suatu hari nanti apabila dia mengandung.

“Cukuplah tu. Pergi cuci muka dan pakai tudung. Kita kena bagi makan baby. Ini anak Adam jugak, Adam mesti nak kau jaga anak dia baik-baik jugak. Jadi, kau kena makan. Boleh sambung nangis dalam kereta nanti. Kalau kau tak turun dalam masa lima minit, aku akan hon biar semua jiran kau complain dan saman” Hazwani mengambil kunci kereta yang bersangkut pada penyangkut kunci. Terdapat beberapa kunci lain yang bersangkut. Yana dan Adam memang berstruktur dan teratur, bisik hatinya.

Yana mencebik. Sikap Hazwani ni kadang-kadang seperti Adam, dia akan buat apa yang dia katakan. Oh, Adam lagi! Ada sahaja perkara yang membuatnya teringat kembali kepada Adam. Dia semakin rindukan Adam.

Hazwani sengih apabila melihat Yana keluar dari lif. Dia sebenarnya ada menekan hon beberapa kali tetapi mestilah Yana tak dengar bila unit mereka berada di tingkat dua puluh tiga. Dia gembira dapat membuat Yana keluar dari guanya itu. Entah sudah berapa lama Yana tak keluar dari rumah. Melihat keadaan Yana, Hazwani menggeleng. Yana nampak sangat tak terurus. Tahulah Adam tak ada untuk melihatnya berdandan dan berlawa, tapi ni dah sangat melampau. Hazwani perlu lakukan sesuatu untuk mengelakkan Yana daripada menjadi lebih tak terurus.

“Jangan risau. Aku akan tolong kau cari Adam. Kita letakkan lucky charm ni kat sini, mungkin hari ni adalah hari bertuah kau. Siapa tahu?” Hazwani memakaikan sebuah gelang putih pada pergelangan tangan Yana.

“Ni karut. Jangan percaya tahyul macam ni” Yana hendak membuka lucky charm itu daripada pergelangan tangannya tetapi Hazwani lebih pantas. Dia cepat memberhentikan Yana daripada membukanya daripada pergelangan tangannya.

“Okey, okey, ni memang karut tapi jangan buka. Aku belikannya khas untuk kau sebelum datang sini petang semalam. Lagipun kau tak terurus sangat ni. Gelang ni bolehlah naikkan seri kau sikit” Hazwani menyengih. Yana menghubunginya dalam esak tangisan ketika dia sedang menjamu selera berseorangan sambil menonton drama bersiri Heroes. Dia mengambil cuti semalam. Tetapi memikirkan bahawa Yana bersendirian dengan bayinya yang belum lahir, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan Yana sehari dua dan mengorbankan cutinya. Bahaya meninggalkan wanita mengandung dengan semua pemikiran negatifnya tu.

“Thank you” Yana tidak jadi membuka gelang tersebut. Dia akan memakai gelang itu sehingga ia tidak lagi boleh dipakai.

“And thank you sebab temankan aku”

“Don’t mention it”

“Aku terharu”

“Ye ke?”

“Ha’ah”

“Naikkanlah gaji aku!”

“Tak nak!” mereke berdua mengekek ketawa.

“Aku akan naikkan gaji kau, jangan risau” Yana berkata akhirnya.

“Hurm, macam tulah sikap yang patut ada dalam diri pemilik kedai buku” Yana bersyukur mempunyai sahabat baik seperti Hazwani, bersusah senang bersama-sama.

“EH, Yana kan?” Asyikin menyoal. Dia sedang menolak stroller berwarna merah jambu dengan Batrisya yang sedang nyenyak tidur di dalamnya. Mereka mencari Baskin Robbins selepas berusaha menjamah makanan yang dipesan oleh Wani. Semua makanan yang melalui kerongkongnya berasa pelik tetapi ditelan juga demi si kecil yang berada di dalam kandungannya itu. Tidak sangka bertemu dengan isteri kepada sepupu Adam.

“Ha’ah. Asyikin, kan?” soal Yana dan mereka bersalaman. Dia cuba mengingat nama wanita yang berdiri di hadapannya. Dia tidak pasti samada dia betul atau tidak kerana mereka hanya bertemu sekali sahaja sewaktu majlis perkahwinan dia dan Adam dahulu.

“Ha’ah” Asyikin mengangguk. Asyikin meamng cantik dengan bentuk mukanya yang bujur dan hidungnya yang mancung. Ditambah lagi dengan keayuaannnya, sesiapa sahaja akan jatuh cinta dan suka memandang kecantikan tersebut, termasuklah aku, bisik Yana. Beruntungnya Ab mempunyai isteri seperti Asyikin.

“Keluar berdua dengan Batriysa je ke?” Yana memandang Batrisya yang lena tidur dalam strollernya, comel! Bisiknya. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Lagipun, Adam dan Ab agak mempunyai darah yang sama, kedua-duanya pun good looking. Hurm, anak aku dan Adam pun mesti comel!

Hurm, Adam lagi. Abang, abang kat mana? Yana nak abang... Yana berteriak di dalam hati.

“Ab ke tandas. Hari ni hari cuti dia jadi, dia dah rancang awal-awal untuk kitorang keluar sama-sama. Dah lama tak keluar bersama” Asyikin menyengih, timbul lesung pipinya yang dalam. Cantik betul Asyikin ni, bisik Yana lagi. Adam pernah memberitahunya bahawa Asyikin pernah menjadi model beberapa jenis majalah dan butik sebelum dia dan Ab berkahwin. Dia berhenti kerana Ab tak mahu mukanya dicetak ke permukaan kertas dan semua orang memandangnya dan mengagumi kecantikannya. Dan sewaktu mereka bercakap ni, Asyikin sudah mempunyai butik sendiri mengeluarkan shawl jenamanya sendiri, Batrisy. Apabile memikirkan perkara tersebut, kebanyakan ahli keluarga Adam berjiwa bisnes dan berjaya. Rata-rata mereka adalah bercita-cita besar.

Hurm, what a business minded family I got married to, bisik Yana.

“Jadi, dah lawat Adam ke?”

“Lawat Adam? Lawat Adam kat mana?” perasaan ingin tahu dalam diri Yana meningkat naik. Asyikin pantas menutup mulut. Baru disedari kesilapan yang keluar dari mulutnya. Ab tidak pernah memintanya merahsiakan perkara tersebut tapi Adam? Adam minta perkara tu dirahsiakan ke? Soalnya sendiri.

“Nah” Hazwani yang sudah mendekati, menyerahkan aiskrim kepada Yana. Setelah beratur selama tiga minit, barulah dia dapat membeli ais krim tersebut kerana seorang budak berusia lima tahun tak dapat membuat keputusan aiskrim apa yang hendak dimakannya. Dia nakkan semua! Nak sahaja Hazwani mencubit budak kecil itu namun tidak dilakukannya. Ibunya berdiri bersebelahan budak lelaki itu.

“Kau tahu Adam kat mana, kan? Asyikin, please tell me where he is. Aku tak tahu dia kat mana” Yana tidak nampak perkara lain lagi. Bukan kecantikan Asyikin, bukan Batrisya yang comel dan juga bukan Hazwani yang masih memegang aiskrim tersebut. Seleranya mati. Dia hanya nampak Adam dan hanya Adam ketika ini.

Ab yang baru muncul mengerutkan dahi. Memandang sekilas ke arah isterinya dengan pandangan apa dan kenapa. Mulut Asyikin membentuk perkataan sorry tetapi tidak ada suara yang keluar. Ab terus faham. Namun Hazwani hanya berdiri disitu dan mengelipkan matanya beberapa kali. Tidak seperti Ab, dia tidak faham apa yang sedang berlaku. Yana sudah mula teresak-esak.

“Please, Ab, Syikin. Bagitahu aku Adam kat mana. Aku kena tahu Adam kat mana”

“Maaf, Yana. Adam dah minta untuk rahsiakannya” Ab menjawab.

“Jadi macam mana Syikin boleh tahu? Aku ni isteri dia dan aku berhak tahu berbanding sesiapa pun kat dunia ni. Aku kena minta maaf dari dia. Aku kena betulkan semua. Please, bagitahu aku Adam ada kat mana. Please...” Yana merayu dalam tangis. Dia tidak peduli orang yang lalu lalang dan melihat ke arah mereka sambil berbisik. Mereka sudah seperti dalam lakonan drama dengan watak utamanya adalah Ab yang kelihatannya mempunyai dua orang isteri tetapi isteri yang sedang mengandung tidak mengetahui perkara tersebut. Dan sebab itu, isteri yang sedang mengandung ini sedang menangis kerana diduakan.

Merepek! Macam mana aku boleh fikir benda macam ni sekarang?!

Asyikin mencucuk lengan Ab perlahan seraya membisikkan sesuatu kepadanya.

“Bagitahulah dia, bang. Kesian diorang. Sekurang-kurangnya diorang berpeluang untuk berbaik. This is for the best. You can break a promise for something better” Asyikin senyum dan mengangguk yang mana membuatkan Ab berasa selesa. Mereka mengetahui perkara tersebut kerana Adam sendiri yang memberitahu rancangannya itu dengan pesanan untuk bantu tengok dan jagakan Yana kerana dia takkan berada bersama Yana apabila Yana melahirkan bayi mereka. Melihat keadaan Yana, pasangan itu jatuh kasihan. Seorang isteri sangat memerlukan suaminya saat melahirkan. Memikirkan keadaan itu mereka bertambah kasihan kerana kedua-duanya sudah pernah melalui pengalaman tersebut.

“Dia kat dalam lokap. Dia serah diri. Katanya, kau takkan maafkan dia selagi dia tak akui kesalahan dia” terpempam Yana mendengar jawapan Ab. Kakinya yang penat menanggung beban seorang lagi insan yang bakal lahir dirasakan tidak dapat menampung berat badannya. Dia hampir jatuh terjelepok ke lantai tetapi sempat ditangkap oleh Hazwani dan Asyikin.

Jadi selama ni, Adam bersendirian kat dalam lokap menerima semua hukuman dia? Seorang diri? Yana hendak menangis. Rasa bersalah menghurung hatinya.

“Sabar, Yana, sabar” ucap Hazwani yang cepat menangkap apa yang berlaku.

“Okey ke, Yana?” soal Ab risak melihat keadaan isteri sepupunya itu. Biarpun bergelar doktor, dia ragu-ragu membantu Yana. Takut kalau-kalau kulitnya terkena dengan kulit Yana. Bersyukur kerana isterinya dan Hazwani ada bersama.

“Aku tak apa-apa. I’m okay” balas Yana perlahan, mencuba berdiri dengan bantuan Wani dan Asyikin. Dalam hati dia bersyukur kerana terserempak dengan pasangan itu. Tidak habis-habis Yana mengucap syukur dalam hati kerana keberadaan Adam kini berada dalam genggamannya.

“Thank you, Ab, Syikin. Jumpa korang lagi nanti, okey? Aku nak lawat Adam dulu” Yana mengucap salam dan melangkah selaju mungkin. Wani yang masih risau akan kesihatan rakannya itu melangkah dengan memegang tangan kiri Yana. Mereka bersama-sama meninggalkan pasangan itu bersama Batrisya yang masih nyenyak tidur di dalam stroller.

“Kiranya lucky charm aku berguna jugak, kan?”

“Thank you sangat-sangat untuk itu” Yana ketawa kuat.

“Hurm, kau kena naikkan gaji aku, tau ke?”

“Yes, I will! Don’t worry!”

“Hurm, sukalah tu baru sekarang nak gelak” Yana semakin galak ketawa. Tidak sabar untuk berjumpa dengan si encik suami yang dirindui.

“Mestilah seronok nak jumpa dengan encik suami yang sangat dicintai”

“Okey, kau buat aku geli” dan kedua-dua sahabat itu gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience