BAB 38

Romance Completed 21965

“ADAM Reza, keluar” teriak pengawal tersebut seraya membuka pintu sel Adam. Adam lantas berdiri meski kelihatan blur! Blank out!

“Saya ke?” soal Adam sambil mengunjukkan jari telunjuk pada dirinya sendiri. Tidak yakin dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

“Kau Adam Reza ke?”soal pegawai itu pula. Adam mengangguk.

“Ha, kaulah! Isteri kau dah ikat jamin. Dia ada kat luar” Adam melonjak riang. Oh, Yana! Abang cintakan Yana sangat-sangat! Teriaknya dalam hati. Adam berjalan ke foyer. Melihat sekeliling, mencari kelibat Yana. Sudah setengah jam dia menanti di dalam lobi pejabat tetapi Yana langsung tidak menampakkan batang hidungnya.

“Mana pula Yana pergi ni” Adam mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek. Mencari nama My Wife, My Life dalam senarai kenalannya dan terus menghubungi nombor tersebut. Seperti kebiasaan, ‘nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila hubungi sebentar lagi’ menjadi halwa telinganya.

“Argh! Mana pula dia menghilang ni?” Adam risau. Pantas sahaja kakinya berjalan di sekitar pejabat polis tersebut. Matanya menangkap kereta Fair Lady miliknya. Dengan cepat, dia melangkah ke kereta tersebut dan menjenguk ke dalam. Mungkin Yana nak bagi kejutan kat aku kot... Dia senyum sendiri. Hampa! Kelibat Yana juga tidak kelihatam dalam kereta itu juga.

“Ya Allah, Yana. Mana Yana ni?” Cuaca yang panas terik menambahkan kerisauan dan kekusutan fikirannya. Perkara paling tidak disukainya. Mencari sesuatu! Haih! Dia menggaru kepala yang tidak gatal, hilang idea hendak mencari keberadaan Yana.

“Adam!” Teriak satu suara. Adam berpaling melihat seorang pegawai polis sedang berlari ke arahnya.

“Isteri encik Iman Iryana ke?” Adam mengerutkan dahi. Ada apa hal pula ni? Pegawai yang memanggil Adam dengan tag nama Amirudin itu berlari mendapatkan Adam.

“Ye, Iman Iryana tu isteri aku. Ada apa hal ye?” Adam menyoal penuh rasa ingin tahu. Bagaimana pula pegawai ni tahu Yana adalah isteri aku?

“Maaf! Tapi, kami rasa dia diculik!”

“Apa?!” Jantung Adam berdegup kencang. Bagai hendak pengsan mendengar jawapan dari pegawai tersebut. Ya Allah! Yana diculik? Diculik di kawasan polis? Masuk akalkah?! Adam meneguk liur. Tak, tak mungkin! Ya Allah, gimik ke ni...

“Ye! Kami menjumpai beg tangan ni kat depan pintu tandas. Mungkin tercicir sewaktu penculik tu menculiknya” Amirudin memberikan tas tangan Yana kepada Adam untuk mengesahkannya. Dunia bagaikan berputar saat dia melihat kad pengenalan isterinya dan beberapa dokumen penting lain yang dikenalinya. Smartphone dengan casing berwarna merah jambu milik Yana, perfume yang dia hadiahkan, sapu tangan putih yang diberikannya dahulu serta dua plastik tisu yang biasa dibeli oleh Yana meremukkan hatinya. Jantungnya berdegup kencang. Hendak menangis dan meraung sahaja pada waktu itu.

“Ya Allah” Adam menyeka airmatanya.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” Soal Adam, hampir jatuh pengsan tetapi sempat disambut oleh pegawai tersebut.

“Kami tak sangka perkara ni boleh berlaku dalam kawasan kami. Kami minta maaf! Kami tak dapat kenal pasti siapa orang yang menculiknya kerana CCTV kat kawasan tu sedang dibaiki. Semua jalan yang diambil oleh orang tu pula di luar kawasan rakaman CCTV. Dia bagaikan dah kenal selok belok kawasan ni” pegawai itu terus memberikan penerangan kepada Adam. Adam berdiri tegak. Dia kena selamatkan isterinya.

“Saya kena selamatkan dia”

“Kami akan tolong encik. Cuma kami nak, buat masa sekarang ni, encik jangan bagitahu perkara ni kat sesiapa sebab ia akan memburukkan reputasi jabatan kami” pinta pegawai itu. Adam berdiam diri. Apa aku peduli dengan reputasi kamu! Isteri aku kat tangan orang yang tak guna, tau tak?!

“Kalau isteri aku diapa-apakan, aku akan pastikan korang semua kena!” Gulp! Amirudin meneguk liur. Oleh kerana dia pegawai paling baharu dalam jabatan tersebut, dia yang disuruh untuk memberitahu Adam tentang perkara tersebut. Semuanya nak jaga muka sendiri. Argh! Lantaklah!

“Kami akan bantu sedaya upaya, In Shaa Allah. Encik ada apa-apa benda ke yang boleh bantu untuk kesan kat mana isteri encik berada” ragu-ragu Amirudin bersuara. Adam berfikir sejenak. Tiba-tiba matanya membulat.

“Ya, telefon! Telefon 3310 yang aku hadiahkan kat dia. Aku masukkan peranti pengesan kat dalam telefon tu! Telefon tu takde kat dalam beg ni. Aku yakin mesti telefon tu ada kat dia” Ya Allah... Selamatkan isteri dan anakku, rintih Adam dalam hati.

“Kita gunakan yang tu!” Lantas kedua-dua pemuda itu berlari masuk ke dalam pejabat polis dengan langkah yang pantas dan besar. Menuju ke bilik komputer untuk untuk mengesan peranti yang diaktifkan sejak menghadiahkan telefon itu kepada Yana.

“JANGAN terlepas pandang!” Pesan Adam tegas kepada pegawai yang duduk menghadap komputer dilengkapi dengan teknologi terkini untuk mengesan kenderaan atau individu yang telah diletakkan alat peranti. Pemandu van putih yang mereka sedang naiki itu menoleh sekilas ke arah Adam yang berada di bahagian belakang. Takut dengan pesanan Adam. Takut sekiranya dia yang akan melakukan kesalahan tersebut. Nasib betul menjadi pemandu!

Adam masih berasa geram dengan kecuaian pihak yang dikatakan menjaga keselamatan negara. Berada di dalam kawasan yang dikatakan paling selamat daripada ‘anasir jahat’, langsung tidak dapat menyelamatkan isterinya. Yana boleh diculik dalam kawasan itu? Huh! Tak boleh percaya betul dengan pegawai-pegawai ni, gerutunya dalam hati. Beberapa pegawai turut sama berdiri di belakangnya memandang skrin, termasuklah Amiruddin yang memberitahu berita yang membuat jantungnya berhenti berdegup tadi. Skrin komputer yang menunjukkan sebuah kenderaan yang mereka sedang diekori.

Kenderaan pacuan empat roda Hummer yang mereka ekori itu memasuki sebuah gudang yang telah lama ditinggalkan. Setelah memperlahankan van tersebut, mereka perlahan-lahan turun satu persatu. Siap memakai ves keselamatan berwarna hitam. Adam turut sama memakai ves tersebut. Amiruddin menghubungi back up yang lain melalui walkie talkie. Adam pula sudah mendahului pegawai-pegawai yang lain sebelum langkahnya diberhentikan.

“Aku tahu kamu risau tapi jangan terburu-buru. Kena bekerjasama dengan kami samada kau suka atau tak” pegawai bernama Kifli itu menarik tangan Adam. Adam menarik tangannya sambil merengus. Galau hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

“Kalau nak aku berkerjasama dengan kamu, pastikan isteri dan anak aku selamat!”

“Aku tak boleh janji. Kamu kena bersedia untuk situasi paling buruk”

“Huh! Kau nak aku percaya lepas isteri aku diculik kat kawasan kamu?” Adam terus memasuki kawasan gudang itu. Kifli menggeleng seraya memandang Amiruddin yang sudah berdiri di sampingnya. Amiruddin hanya jungkit bahu.

“Pastikan semua selamat. Termasuk anak dia!” arah Kifli, selaku ketua pasukan tersebut.

“Yes, boss!” seru anak-anak buah Kifli termasuk Amiruddin. Lantas mereka mengekori langkah Adam dari belakang.

Perlahan-lahan Adam memasuki gudang diikuti oleh Inspektor Kifli dan Amiruddin bersama-sama dengan beberapa pegawai yang lain di belakangnya. Amiruddin dan pegawai-pegawai telah siap-siap mengunci pistol dan senjata masing-masing.

“Tunggu sini” arah Amiruddin kepada Adam. Adam mendengus.

“Cooperate, please” Adam tarik nafas panjang. Dalam ketidaksabaran, kekecewaan dan ketakutan yang maha dahsyat yang sedang dirasakannya saat ini, dia tahu dia perlu bersikap waras, logik, rasional dan profesional serta mendengar kata daripada orang yang lebih profesional.

“Give me a gun”

“I can’t. You don’t have the authority to use it”

“I will kill him either way”

“Ikut aku. Jangan nak pandai-pandai nak jadi hero. Saat ini, kerjasama adalah perkara paling penting. Kalau kau nak isteri kau selamat, kau dengar rancangan aku betul-betul. Aku akan masuk dulu kemudian korang boleh ikut. Kita akan bersembunyi di sebalik tong tersebut dan berpecah bila saya arahkan. Pasukan B akan cari penculik tu. Pasukan A termasuk kau akan cari isteri kau. Kau faham?” Adam angguk.

“Faham?” soal inspektor itu lagi.

“Faham” balas Adam tegas.

“Good! Ingat, jangan nak jadi hero. Ni bukan filem action hero” inspektor itu terus mengunci senjatanya.

“Ikut aku” Inspektor Kifli terus melangkah masuk ke dalam gudang tersebut. Perlahan-lahan telinganya menangkap beberapa suara lelaki sedang berborak sesama sendiri. Dia mengintai di sebalik tong-tong kosong yang bersepah di dalam gudang tersebut. Amiruddin dan Adam tiba di kiri dan kanannya.

“Mana isteri aku?” Inspektor Kifli tidak menjawab. Dia masih tidak dapat mengecam kedudukan isteri Adam. Adam tidak keruan. Hatinya berdebar tak menentu. Dia takut sesuatu yang tidak baik terjadi kepada isterinya. Dalam kerisauan itu, dia tidak mahu mengharapkan pegawai-pegawai polis tersebut. Dia takut menyesal bila hanya mengharap. Dia perlu lakukan sesuatu selain daripada melilaukan mata mencari isterinya di sebalik tong-tong tersebut.

Adam bergerak ke tong hadapan dalam keadaan tertunduk-tunduk. Dia tak boleh tunggu lama. Semakin lama menunggu, semakin hendak mati dirasakannya. Inspektor Kifli yang melihat Adam bergerak sendirian berasa geram. Melalui pengalaman, dia tahu Adam akan membuat kesilapan. Itulah yang dilakukan oleh amatur yang sedang dikuasai oleh emosi seperti Adam saat ini. Cepat-cepat dia mendekati Adam dalam keadaan yang sama.

“Aku dah pesan jangan bertindak seorang diri! I won’t be responsible for any mess you’re going to make” gertaknya dalam suara yang ditahan-tahan. Diketap giginya kuat. Dia tidak akan bertanggungjawab sekiranya Adam enggan mendengar nasihat terakhirnya itu. Adam pandang sekilas ke arah inspektor itu.

“I’m here because the mess your department did” matanya kembali mencari Yana. Tidak semena-mena dia melihat seraut wajah yang sedang terbaring di tingkat atas gudang, tidak sedarkan diri. Seorang lelaki pula berdiri bersebelahan dengannya, Ezzad! Tak guna, bentaknya dalam hati.

“Tu Ezzad, rival aku dalam bisnes” Adam menunjuk ke atas kepada Inspektor Kifli sebelum menyambung.

“Aku rasa dialah dalang semua ni”

“Tu” Inspektor Kifli pula menunjuk ke arah seoranng lagi lelaki yang duduk sambil menghisap rokok di anak tangga. Kemudian, jarinya pula digerakkan ke seorang remaja yang pada perkiraannya adalan remaja bawah umur, bersama-sama dengan Kifli di tingkat atas.

“Tu anak buah aku. Lame!” Inspektor Kifli melihat anak-anak buahnya di belakang dan memberi isyarat agar kumpulan A mengepung gudang tersebut. Kumpulan B pula mencari jalan alternatif untuk ke tingkat atas. Dia pula akan berdepan dengan Irmann, pegawai polis yang terlibat dengan rancangan gila Ezzad.

Ezzad berasa tidak sedap hati. Kepalanya mengikut matanya dililaukan untuk memerhati keadaan sekeliling. Kata hatinya mengatakan bukan mereka sahaja yang berada di kawasan tersebut.

“Kim, cek sekeliling. Aku tak sedap hati. Bagitahu Irmann kita gerak sekarang. Suruh dia hidupakn enjin kereta” Mukim yang sedang duduk melayari laman Facnya terus berdiri dan menyimpan telefon bimbitnya di dalam kocek. Dia cepat-cepat menuruni anak tangga dan menepuk bahu Irmann yang sedang menghembus asap rokok ke udara. Selepas menyampaikan pesanan daripada Ezzad, dia terus sahaja berdiri dan menaiki Alphard pula. Ezzad pula mengangkat tubuh Yana bercadang memasukkanny ke dalam van tersebut.

Inspektor Kifli membuat isyarat untuk menyerbu kepada anak-anak buahnya yang telah mengambil posisi masing-masing menggunakan jari. Dalam kiraan tiga, mereka semua serentak berdiri.

“Anda ditahan, kawasan ni dah dikepung!” semua pegawai-pegawai tersebut menghalakan senjata ke arah tiga orang lelaki tersebut. Ezzad yang berdiri pada anak tangga ketiga sambil mendukung Yana terkejut. Benar telahannya bahawa mereka tidak bersendirian. Adam cepat-cepat berlari mendapatkan Ezzad.

“Jangan datang dekat, atau aku jatuhkan dia” Ezzad mengugut sambil matanya mencerlung memandang Adam. Tak guna! Langkah kaki Adam serta merta mati. Tidak sanggup mengambil risiko apabila ia berkaitan dengan nyawa isteri dan anaknya.

“Lepaskan dia, Ezzad. Isteri aku tak ada kaitan dengan bisnes kita”

“Memang tak ada kaitan tapi aku tak boleh terima bila kau asyik dapat apa yang aku tak boleh dapat”

“Kau memang dengki”

“Yes! Lebih-lebih lagi bila kau menyebabkan aku hilang klien terbesar aku. This is the price you have to pay” Ezzad senyum sumbing. Lantas tangannya terus sahaja melepaskan Yana daripada dukungannya. Yana jatuh dan bergolek tanpa sempat diselamatkannya.

“Ezzad!!!” Adam sudah tidak dapat mengawal kemarahannya. Tubuhnya bergegar melihat Yana jatuh dan bergolek hingga ke lantai dimana dia berpijak. Tanpa sedar, dia sudah berada di hadapan Ezzad, memberikan tumbukan bertalu-talu pada muka dan tubuh lelaki itu sehingga berdarah. Dia sudah tidak dapat merasakan tangannya sendiri yang sudah berdarah dan luka. Mata dan mukanya merah menahan tangis. Kewarasan akalnya sudah hilang. Hanya satu dalam fikirannya, Yana!

Inspektor Kifli cepat-cepat menarik Adam daripada terus-terusan menghentam Ezzad. Turun naik nafas Adam apabila dihentikan oleh Inspektor Kifli. Hatinya masih belum puas lagi. Kalau boleh, biarlah keparat itu mati ditangannya pada hari itu jugak.

“Pergi tengok isteri kau. Ambulans dalam perjalanan” Adam tidak berkutik.

“Go! Let us do our job”

“Kau berhak untuk berdiam diri. Apa sahaja yang kau katakan boleh dan akan digunakan terhadap diri kau di mahkamah undang-undang. Kau mempunyai hak mendapatkan peguam. Jika tak mampu, kami akan dapatkan seorang untuk kau. Faham ke dengan hak-hak yang telah saya bacakan tadi?” Inspektor Kifli membacakan hak Miranda kepada Ezzad seraya menyoal samada dia memahami atau tidak apa yang diperkatakan kepadanya sebentar tadi.

Ezzad yang masih lemah dek tumbukan bertalu yang diperoleh oleh Adam sebentar tadi mengangguk lemah. Inspektor Kifli dan anak buahnya terus menggari pergelangan tangan Ezzad dan memaksanya untuk berdiri.

Adam mengepal buku limanya. Perasaannya belum puas lagi tapi isterinya perlu diutamakan. Cepat-cepat dia mendapatkan Yana yang berlumuran darah. Sakit hatinya kerana tidak dapat menyelamatkan isteri sendiri. Tak guna! Air matanya jatuh berlinangan sambil tangan kirinya menyokong Yana dan tangan kanannya mengusap kedua-dua pipi isterinya. Beberapa minit kemudian, ambulans datang dan Adam terus mengangkat Yana masuk ke dalam ambulans.

“Bertahan, sayang. Sekejap lagi kita akan sampai” kata Adam dengan linangan airmata. Mengusap pipi dan menggenggam erat jemari isterinya. Namun Yana tetap tidak berkutik. Wajahnya semakin pucat dek kehilangan darah yang banyak.

“Encik ke tepi sikit. Kami kena buat pemeriksaan” pinta seorang jururawat. Adam beralih. Jururawat itu pantas menyucuk jarum yang telah disambung dengan air ke lengan Yana. Seorang jururawat lelaki pula membaca nadi Yana.

“Dia kehilangan banyak darah” Adam memberitahu dengan pandangan yang tidak bermaya. Kedua-dua jururawat itu tidak menghiraukan Adam. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka melihat reaksi begitu dan mereka harus bersikap profesional, tidak terikut dengan emosi klien

“Tolong, tolong selamatkan dia...” tangis Adam. Dia terus sahaja bercakap tetapi tidak dipedulikan oleh dua orang jururawat yang cekap melakukan tugas mereka. Adam melihat lemah. Sungguh, dia takut sekiranya terjadi sesuatu kepada isterinya. Takut sekiranya dia kehilangan isterinya. No! Aku tak boleh kehilangan dia. Aku tak boleh kehilangan isteri aku.

Ambulans itu berhenti dan kedua-dua jururawat, Adam dan jururawat lain yang mendapatkan mereka terus menyorong katil pengusung beroda Yana ke dalam wad kecemasan. Segalanya dilakukan dengan cekap dan pantas. Adam menggenggam erat jari jemari isterinya biarpun genggaman itu tidak berbalas. Dia mahu Yana tahu bahawa dirinya tidak keseorangan. Dia mahu Yana tahu bahawa dia ada untuk menemani.

“Maaf encik, encik tak boleh masuk” salah seorang jururawat itu menghalang Adam apabila separuh daripada katil beroda itu telah pun memasuki wad kecemasan. Adam akur dalam keterpaksaan. Dia hanya melihat pintu wad tersebut tertutup dalam keadaan lemah. Perlahan-lahan dia duduk dengan kepala ditundukkan hingga bertemu dengan lututnya. Rambutnya pula diramas berkali-kali.

“Encik” kata seorang doktor yang mendekatinya. Adam pantas mengangkat wajah. Sepantas itu juga kakinya berdiri tegak. Dadanya tiba-tiba berdebar melihat doktor tersebut. Banyak kemungkinan dan persoalan dalam benaknya namun tidak terluah.

“Kami hanya dapat selamatkan seorang dari mereka, isteri atau anak encik” semakin berdebar hebat jantung Adam mendengar keterangan doktor dengan tag nama Faizal di dadanya. Adam terdiam. Permintaan doktor tersebut adalah keputusan yang paling sukar sekali pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Encik!” Doktor Faizal menyentuh bahu Adam.

“Selamatkan isteri saya” Adam bersuara dalam kepayahan. Dalam hati dia berdoa agar keputusan yang dilakukannya itu adalah keputusan yang terbaik.

“Okey, encik sain kat sini” Doktor Faizal mengunjuk dokumen kebenaran kepada Adam. Adam menandatangani dokumen tersebut sebelum mengembalikannya kepada doktor tersebut.

“Tabah ya, encik. Doa banyak-banyak. Kami hanya orang yang dihantar oleh Allah untuk bantu orang lain. Kami tak boleh buat keajaiban” Doktor Faizal menepuk bahu Adam dan masuk semula ke dalam wad kecemasan. Lantas, air mata Adam berguguran. Sungguh, dia tidak mahu mengalami keadaan ini.

Lama Adam menunggu, namun pintu yang bertanda ‘emergency’ itu tidak juga dibuka. Hatinya resah tidak menentu. Dia merasakan seseorang duduk bersebelahan dengannya. Dia mendongak, Adien! Cepat dia berdiri, terkejut dengan lawatan mengejut tesebut.

“Adien!” Adien hanya senyum, tenang sahaja wajahnya. Wajahnya pucat bagaikan tidak mempunyai darah. Adam menjadi takut. Bertanya kepada diri sendiri bagaimana Adien boleh melawatnya di hospital. Dia melihat sekeliling. Tidak ada seorang pun di situ kecuali mereka berdua. Jururawat yang berlegar-legar di sekitar hallway juga tidak ada.

“Ya, saya”

“Kau buat apa kat sini?” solanya dalam ketidakpercayaan. Mustahil aku sedang tidur. Aku tak tidur, aku sedang tunggu Yana. Dia menampar dirinya. Sakit!

“Saja je nak jenguk Yana dan kau. Terima kasih kerana tolong jagakan Yana selama ni”

“Oh, takpe. Aku tak perlukan terima kasih kau. Aku sepatutnya yang berterima kasih. Banyak sangat aku nak berterima kasih kat kau. Hati ni dan Yana, thanks. Aku tak rasa aku dapat balas semua yang kau dah lakukan untuk aku” Adam duduk semula pada kerusi yang didudukinya sebentar tadi, bersebelahan Adien.

“Sorry” kata Adam, sayu.

“Untuk apa?”

“Pasal hit-and-run tu. Kalau aku tak langgar kau, mungkin kau masih hidup sekarang. Enjoy kehidupan dengan Yana”

“Dah takdir aku mati awal dari kau” Adien sengih.

“Tapi, aku boleh enjoy dengan Yana mula dari sekarang” Adam terus pandang Adien laju. Timbul rasa sangsi dalam dirinya.

“Apa maksud kau?”

“Aku nak bawa dia” dia sengih lagi.

“No! Kau tak boleh. Aku dah tolong jagakan dia dan kau tak boleh ambil dia dari aku saat aku benar-benar perlukan dia. No, you cannot Adien. Not now, not ever! I can’t live without her!” Adam berkata tegas.

“Kau dah spend masa dengan dia. Dah tiba masanya dia spend masa dengan aku pulak”

“Tak, tak boleh! Kau tak boleh buat aku begini”

“Aku boleh. Dah sampai masa dia, Adam”

“Tak, please. Not her, just not her. Aku berikan kau segala-galanya kalau kau tak ambil dia dari aku” tanpa Adam sedari, setitis airmatanya jatuh. Dia tak boleh bayangkan hidup tanpa wanita bernama Iman Iryana disisi. Hidupnya tidak bermakna tanpa Yana.

“Aku tak perlukan apa-apa dari kau. Kau takde apa-apa yang valuable untuk aku” Adam terdiam. Ya, dia memang tidak punya apa-apa. Anak dalam kandungan isterinya kini sudah tidak ada lagi. Adien pulak akan mengambil Yana darinya. Dia memang tidak punya apa-apa yang bernilai.

“Please, aku akan buat apa sahaja yang kau nak asalkan kau lepaskan Yana”

“Betul, ke?” tanpa berfikir panjang, Adam angguk laju.

“Aku nak hati aku balik” Adam terkesima, sukar dirasakan untuk mengangguk atau menggeleng saat ini. Memberikan hati Adien kembali kepada pemiliknya bermakna dia yang akan pergi, tinggalkan Yana seorang diri di dunia ini. Bagaimana pulak Yana nanti apabila dia dah bangun?

“Kau kata kau setuju”

“Sekarang ke?”

“Ha’ah”

“Tak boleh bagi aku sedikit masa ke? Aku nak jumpa Yana”

“Kau selfish, pentingkan diri. Dulu, kau ada bagi aku masa ke nak jumpa Yana walaupun sesaat?”

“Aku minta maaf”

“Dah takde makna maaf kau tu. Aku dah tak boleh jumpa dia, masuk dalam mimpi dia pun tak boleh. Masuk mimpi kau je selalu sebab hati aku ada kat kau”

“Sungguh, aku minta maaf. Aku takut sangat masa tu sampai tak boleh nak berfikir apa. Sebab tu aku lari tapi akhirnya, takdir buatkan aku terima hati kau dan ended up marrying Yana”

“Takdir jugak boleh buatkan kau tak sempat jumpa dia sekarang ni” lama Adam berdiam diri. Menimbang baik dan buruk. Dia menarik nafas panjang selepas membuat satu keputusan.

“Baiklah, aku kembalikan hati kau. Ambillah hati kau ni semula. Terima kasih kerana pinjamkannya kat aku. Terima kasih jugak kerana datang kat mimpi aku dan minta aku tolong jagakan Iman Iryana. She was the best thing ever happened in my entire life. Kalau ini harganya yang aku perlu bayar untuk tebus semula kesalahan aku, aku rela. Cuma, pastikan Yana hidup dan gembira. She deserves more than this. Maafkan aku sebab pisahkan korang. Juga maafkan aku sebab akulah penyebab kematian kau” Adam redha, dia pasrah. Dia sudah bersedia untuk pergi, tinggalkan segala-galanya yang dia usahakan dan miliki di dunia ini. Cuma satu kehendaknya, dia mahu Yana bahagia meskipun tanpa dia. Tiba-tiba, dia terdengar Adien ketawa kuat.

“Good!” ujarnya sambil bertepuk tangan.

“Hanya kau yang cintakan dia kat dalam dunia ni. Sebab tulah, aku pergi dulu tinggalkan hati aku kat kau untuk dia” Adam menggeleng, bingung.

“Apa pulak sekarang?” soalnya dalam kebingungan.

“Aku uji je tadi. Aku datang nak ucap selamat tinggal. Aku dah aman. Terima kasih, kawan. Aku takkan ganggu masuk dalam mimpi kau lagi. Jaga Yana baik-baik hingga ke hujung nyawa” Adien menepuk-nepuk bahu Adam. Tepukan Adien itu rasa seperti real sahaja kepada Adam.

“Kau takkan datang masuk dalam mimpi aku lagi? Aku bermimpi ke sekarang ni?”

“Kau jatuh tertidur tunggu Yana sedang dibedah...”

“Maknanya, aku akan bangun selepas ni dan berada dalam realiti?”

“Ha’ah” Adam pandang lelaki yang hanya boleh ditemuinya itu dalam mimpi, dalam-dalam.

“Sebelum tu, kau maafkan aku tak? Aku tak sanggup merangkak cari kau kat Mahsyar nanti nak minta maaf. Please, maafkan aku”

“Takpe, aku maafkan kau. Aku tahu kau bukannya berniat nak langgar aku. Kau berniat pecut lepas langgar aku je, kan?” Adien sengih.

“Ye, aku penakut sangat. Aku lari lepas langgar kau. Maafkan aku, kawan”

“Its okay. Aku kena pergi” Adam pegang tangan lelaki itu kejap. Sejuk sangat!

“Terima kasih untuk segalanya”

“Sama-sama”

“Aku tak kisah kau nak masuk mimpi aku hingga turn aku pergi nanti”

“Tak, kau dah tolong aku. Kita dah fair and square. Aku dah tak ada alasan nak masuk mimpi kau lagi”

“Assalamualaikum, Adien” perlahan-lahan genggaman tangan itu terlepas.

“Waalaikumsalam, Adam...” Adam terbangun sejurus selepas Adien menjawab salamnya. Dia melihat sekeliling. Terdapat jururawat yang berjalan keluar masuk dari bilik-bilik tertentu. Ada juga pelawat lain yang duduk bersama dengannya di hallway tersebut. Dia belum berpuas hati lalu bangun dan menumbuk dinding, kuat.

“Argh!” dia mengaduh sambil menggosok-gosok buku limanya. Orang di sekitar hallway tersebut berasa pelik dengan tindakannya. Dia hanya memberikan mereka senyuman ikhlas. Tahulah kini bahawa dia telah kembali ke realiti. Bukan mimpi, bukan fantasi.

Terima kasih, Adien. Kalau kita kenal lebih awal, kita boleh jadi sahabat baik.

“Encik! Isteri encik dah sedar” panggil jururawat yang memanggilnya dari pintu emergency. Adam mengucap syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience