BAB 45

Romance Completed 21965

“YANA dah bangun?” Adam terus menyoal apabila mendapati tangan Yana mempunyai gerakan kecil. Pantas sahaja Adam berdiri untuk melihat Yana membuka mata.

“Yana nak tengok twin” Yana bersuara perlahan. Dia mahu melihat bayi mereka meskipun tenaganya belum pulih semula.

“Yana nak tengok twin” Yana sudah mula menangis. Adam menenteramkannya.

“Twin sihat sayang cuma twin perlukan rehat. Sayang pun kena rehat juga” Adam mencium dahi Yana. Tangisan Yana semakin kuat. Dia tidak dapat membendung perasaan sendiri. Dia hendak melihat wajah anaknya yang dikeluarkan melalui pembedahan.

“Shhh... Shhh... Twin sihat sayang. Nanti abang bawa sayang jumpa twin. Cuma sayang kena kuatkan hati sebab baby kena masukkan dalam incubator. Twin tak cukup bulan, tak sabar nak jumpa ayah mak diorang...” Adam memeluk Yana. Diusapnya belakang isterinya itu perlahan. Tangisan Yana semakin perlahan. Pelukan dan keterangan Adam sedikit sebanyak menenteramkannya. Syukur, ya Allah kerana selamatkan bayi kami.

Syukur, alhamdulillah.

“Tapi Yana nak tengok baby” Adam perlahan-lahan melepaskan pelukannya. Kedua-dua tangannya beralih kepada lengan isterinya. Matanya pula memandang tepat ke dalam anak mata isterinya. Betapa, dua hari yang lalu merupakan saat yang paling menakutkan dalam hidupnya. Yana yang tidak sedar dan anak mereka yang keluar dari perut isterinya secara pembedahan. Jatuh airmatanya saat mengazankan dua bayi kembar mereka yang sangat kecil dan tidak cukup bulan. Walau dijaga dengan baik sekalipun, perancangan Allah sudah ada untuk mereka. Telah tertulis bahawa dua kembar itu dilahirkan pada bulan ketujuh melalui pembedahan. Oleh sebab itu, Adam menghabiskan masa dua hari menetap di hospital. Berulang-alik dari dua bilik untuk meninjau keadaan isteri dan kembar mereka. Kalau boleh, dia tidak mahu melalui saat itu lagi.

“Ye, abang tahu. Lepas ni, abang bawa Yana tengok twin. Tapi, Yana kena makan dulu. Abang suapkan. Mak bawa bubur ni tadi. Yana jangan risau, mak, ayah dan semuanya ada kat sini. Mereka tengokkan twin. Abang je yang nak jaga Yana kat sini. Yana dah dua hari tak sedarkan diri, Yana buat abang takut. Abang takut abang tak jumpa Yana lagi. Abang janji lepas Yana makan, abang bawa Yana jumpa twin” Adam membuka dua penutup kontena. Satu kontena berisi nasi kosong dan satu lagi berisi sup ayam kampung. Ibunya sengaja membelikan ayam kampung kerana ia melancarkan susu ibu.

Yana menggapai sudu dan mengambil kontena itu dari tangan Adam. Cepat sahaja dia menyuap sesudu nasi dan meminum sup ayam kampung itu. Ayam itu pun digigitnya cepat-cepat. Walaupun dia tidaklah lapar tetapi dia mahu berjumpa dengan anaknya dengan cepat. Janji Adam untuk membawanya berjumpa dengan si kecil membuatnya makan dengan laju sekali. Dia tidak dapat merasa pun apa yang sedang dimakannya. Adam hanya menggeleng melihat isterinya yang makan dengan begitu laju. Dia tahu Yana hendak sangat berjumpa dengan dua bayi kembar mereka. Adam bercadang menyuap Yana tetapi rancangannya itu akhirnya dibatalkan. Dia hanya menjadi penonton. Rancangan romantiknya dibatalkan.

“Makanlah pelan-pelan, sayang” selepas suapan ketiga, Yana berhenti dan memberikan kontena-kontena tersebut kepada Adam. Adam mengambil kontena itu dari tangan isterinya.

“Dah, Yana dah makan. Sekarang abang bawa Yana jumpa twin” Yana bercakap dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.

“Yelah, jom” Adam mengangkat Yana ke kerusi roda dan menolaknya keluar dari bilik wad itu. Dada Yana berdebar-debar sepanjang perjalanan. Dia tertanya-tanya sendiri bagaimanakah wajah dan fizikal anak kembar mereka? Ikut Adam ke ikut aku? Hanya jantina kembar sahaja yang dia tahu, seorang lelaki dan seorang perempuan. Allah benar-benar gantikan bayi mereka dengan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Bukan semua orang dapat merasa kebahagiaan memperoleh kembar seperti mereka berdua. Bagai hendak pecah dadanya memikirkan hal tersebut. Yana menoleh kepada Adam. Tangannya Adam yang sedang menolak kerusi roda dipegang erat. Adam membalas pandangan Yana seraya memberikan senyuman menawan.

“Don’t worry, sayang”

Akhirnya Adam membuka sebuah pintu yang dipenuhi dengan beberapa bayi yang sedang nyenyak tidur dalam katil kecil yang disediakan. Adam membawanya ke satu incubator yang bertag nama Iman Iryana berserta tarikh dan masa dilahirkan. Incubator itu memberikan cahaya berwarna ungu ke tubuh si bayi. Yana melihat ke dalamnya. Ya Allah... perkara terindah yang pernah dilihat oleh matanya. Juraian air mata jatuh melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur biarpun dalam keadaan yang menyesakkan jiwa ibunya itu. Yana memandang Adam yang memeluk tubuhnya.

“The most beautiful person I’ve ever seen” ucap Yana.

“He’s not beautiful, he’s handsome. Thank you, sayang” Adam mencium dahi Yana. Menitis air mata Yana sekali lagi. Dia miliki dua individu yang sangat dicintainya di dunia ini. Dia mahukan kebahagiaan ini selama-lamanya. Yana menutup mata, merasai kebahagiaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Dia bersyukur. Sangat-sangat bersyukur. Tidak ada apa lagi yang dia mahukan di dunia ini. Hanya keluarganya. Adam dan kembar mereka.

“Babygirl mana, bang?” Yana menyoal lantas menguntum senyum.

“Kat sini” Adam membawa Yana ke sebuah incubator bersebelahan dengan anak lelaki mereka. Yana menangis teresak-esak. Dua bayi yang berada dalam kandungannya tidak cukup sembilan bulan itu kini berada di hadapan matanya.

Tidak puas rasanya melihat keajaiban di hadapan mata. Hidung dan bentuk muka si kecil mengikut Adam. Manakala, warna kulitnya mengikut dirinya. Betapa cantiknya pemandangan yang dilihat sekarang ini. Tidak habis-habis Yana mengucap syukur kepada Illahi. Adam mengangguk. Hatinya sangat bahagia. Tidak ada kata-kata yang mampu diucapkan untuk menyatakan kebahagiaan yang dirasainya sekarang ini.

“Apa kita nak bagi nama kat baby? Abang kena daftar baby cepat-cepat sementara kita masih kat hospital ni. Tak sabar rasanya nak letakkan ‘bin Adam Reza’” Adam membuat gaya membuka dan menutup kurungan. Dia sudah punya dua orang legasi! Dua orang sekaligus! Generasi yang akan meneruskan legasinya. Perlu tambah lagi ni, bisiknya dengan ketawa mengekek dalam hati.

“Abang nak letak nama Fariq”

“Fariq? Fariq Adien? Suami tak jadi Yana tu? Kenapa pulak? Abang tak cemburu ke?”

“Cemburu tu adalah sikit tapi kalau tak kerana Fariq Adien, mungkin abang tak hidup dan bahagia dengan sayang sekarang ni. Abang nak dia sentiasa hidup dalam keluarga kita. Lagipun, hati dia masih ada dalam diri abang. Tak salah namakan nama baby boy sempena nama dia”

“Yana suka nama Adam dan Zulkifli. Nama nabi-nabi. Cantik, kan? Lagi-lagi, terselit nama abang kat nama baby. Lagi Yana suka” Yana bersetuju dengan cadangan Adam.

“Kalau macam tu, jom kita gabungkan nama tu. Tapi, abang taknaklah nama anak abang macam nama abang. Takkanlah double Adam kat nama tu, kan?

“Okey, mungkin Fariq Zulkifli Bin Adam Reza?”

“Cantik” Adam puji seraya memeluk pinggang isterinya.

“Yana suka nama tu. Kita guna nama tu jelah” Yana memberikan senyuman manis kepada Adam.

“Abang pun suka nama tu. Okey, kita go on with Fariq Zulkifli”

“Hurm!” Yana mengangguk.

“Nama untuk babygirl pula?” soal Adam.

“Yana suka Irene” muka Adam dipandangnya. Adam mengerutkan dahi.

“Hmmm, abang suka nama Sofea”

“Nak gabungkan jugak ke?” Yana menyengih, memaut tangan Adam agar Adam bersetuju dengannya.

“Kalau abang kata tak nak?” Yana tarik muka. Adam terus sahaja cuit hidungnya.

“Yelah, gabungkan. Sofea Irene”

“Tak cantik. Irene Sofea” respon Yana laju.

“Better. Irene Sofea Binti Adam Reza.” Adam senyum memandang isterinya. Hidupnya kini sudah lengkap dan sempurna. Tidak ada apa lagi yang dia inginkan di dunia ini. Dia mengucap syukur dalam hati. Jika bukan kerana mimpi itu, dia takkan bertemu dengan isterinya.

It all started with the dreams...

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience