BAB 2

Romance Completed 21965

ADAM mencari nama Abraham dalam senarai kenalannya. Jumpa! Tanpa berlengah, dia cepat-cepat menghubungi rakan merangkap sepupunya itu.

“The number you have dialled, is not av...” haish! Dah tukar nombor ke si Ab ni? Adam menggumam dalam hati. Dia perlukan pertolongan dari Abraham. Sekali lagi, dia menghubungi Abraham, mencuba nasib.

“The number...”

“Ab, please pick up your phone!” dia berteriak.

Argh! Ab, mana kau pergi waktu aku perlukan bantuan kau? Adam meletakkan smartphonenya di atas meja. Bercadang menghubungi Abraham dalam beberapa minit lagi. Penting, musatahak dan tak boleh ditangguhkan. hanya Ab sahaja yang mampu membantunya saat ini. Muncul kepala Farrah di sebalik pintu bilik pejabatnya.

“Bos, Fauzi on line 2”

“Okey” Adam mencapai gagang telefon sejurus wajah Farrah hilang dari sebalik pintu tersebut.

“Good morning, Adam”

“Good morning, Fauzi. I’ve been expecting your call. Apa yang boleh saya bantu?” Adam riang bersuara. Dia sememangnya sedang menunggu panggilan daripada Fauzi kerana lelaki itu mempunyai projek besar. Projek terbesar berbanding projek yang pernah diusahakan bersama Fauzi seperti tahun-tahun sudah.

“Aku tertanya, kalau-kalau kita boleh berjumpa” Adam kuntum senyum. Dia memang hendak mendengar ayat tersebut.

“Aku nak kau datang kat tapak projek sekarang. Aku ada kat sini. Laju sikit, mungkin dalam tiga puluh minit, boleh ke?” Adam menyabarkan hatinya. Ini adalah kerjaya yang dia telah pilih dan gembira melakukannya. Namun, keghairahannya terhadap kerjaya yang dipilih kadang-kadang membuatkannya marah sendiri apabila terdapat orang tertentu yang membuatkannya seperti kerbau dicucuk hidung. Dia memilih kerjaya tersebut untuk membolehkannya menjadi bos kepada diri sendiri. Tetapi kini dia sedar, tidak ada orang yang bertitle ‘I am my own boss’. Usaha dan jerit perih yang dilaluinya selama ini tidak memungkinkannya meninggalkan bidang hartanah yang dia cintai.

“Yes, boleh, of course. Aku datang dalam tiga puluh minit” Adam menarik suitnya yang berada di kepala kerusi. Meletakkannya pada lengan kiri sebelum berpesan kepada Farrah untuk meminta klien yang menghubunginya melalui telefon syarikat agar menghubunginya melalui telefon persendirian. Dia berjalan cepat sebelum masuk ke dalam Fair Lady dan meninggalkan perkarangan syarikat Adam Empire.

“THIS is an A unit. The opening price is one thousand and nine hundred per square feet. Unit B, is one thousand and fifty while Unit C is eight hundred per square feet, which means, the price ranges from seven thousand to two millions. Could you make it possible?” Fauzi memandang Adam yang sedang membiarkan dirinya berada dalam fikirannya sendiri. Adam memang begitu, selama dia mengenali lelaki itu. Dia tidak akan bercakap tanpa berfikir. Kata orang, pengalaman mematangkan seseorang. Jelas sekali, Fauzi boleh melihat kenyataan itu dalam diri Adam.

“I’ll start the listing by this month. So, I need you to cancel and forget each and every agent you have contacted if I could find the list of buyers on the price that you have set. I want you to hire me and only me. Could you do that?”Adam bernegosiasi dengan Fauzi. Dia perlu dapatkan projek bernilai jutaan ringgit itu kerana itu adalah sebahagian daripada kerjanya. Pastinya dia akan mendapat komisyen berjuta ringgit sekiranya projek itu berada di dalam genggaman tangannya. Dia belum gila lagi untuk melepaskan sesuatu peluang yang sangat bernilai di depan mata kepada orang lain. Sebab itu, dia tidak mahu Fauzi dapatkan orang lain. Tidak sekali-kali! Giliran Fauzi pula berdiam diri, berfikir. Menimbang baik dan buruk tawaran Adam.

“Sebelum tu, aku nak tengok dulu apa kau boleh buat dalam masa sebulan ni” akhirnya Fauzi bersuara.

“Aku akan tunjukkan kau yang aku boleh cari pembeli pada harga yang kau tetapkan. Sebulan akan datang, aku akan buat open house dan akan tunjukkan unit ni kat pembeli. Pada waktu tu, kau kena izinkan aku bawa mereka tinjau unit ni walaupun yeah, obviously unit ni belum siap lagi. I’ll help you and I need your help in return. I need you to trust me and don’t find any agent other thank me. Cancel and forget all of them. Could you do that?” Adam berdebar-debar menunggu jawapan daripada Fauz. Takut sekiranya apa yang bakal Fauzi katakan mengecewakannya. Fauzi senyap dengan kerutan pada dahinya.

“Tak percaya aku ke? Kita dah banyak kali buat usahasama, aku buat dengan cemerlang, kan?” Adam menyengih walaupun dia tak rasa ingin melakukannya.

“Aku ingat lagi sebab tu aku panggil kau kat sini” balasan Fauzi membuatkan Adam senyum hingga ke telinganya.

“Sebab tu aku kena pastikan kau tak cari orang lain. Kau kena percaya kat aku”

“Make it good news in one month!”

“Yeah, of course!” mereka bersalaman selepas mencapai kata sepakat. Fauzi lantas meninggalkan Adam, berjalan di atas bangunan yang belum siap. Adam mengucap syukur. Projek besar yang menjadi rebutan dalam kalangan broker hartanah kini berada dalam genggamannya. Projek besar bermakna komisyen besar. Berharap agar Fauzi tidak menikamnya dari belakang kerana diantara mereka belum ada persetujuan hitam putih lagi. Dia perlu tunjukkan kebolehannya dalam masa sebulan. Telefonnya berbunyi.

“Apa hal?” tanya pemilik suara di hujung talian.

“Aku nak jumpa kau. Ada kat mana?” soal Adam pula sambil kakinya berjalan ke kren untuk turun dari bangunan itu.

“Kat mana lagi kalau bukan kat tempat kerja. Apa hal?” sekali lagi si pemilik suara menyoal.

“Aku ke sana. Aku cerita bila sampai kat sana,” jawab Adam.

“Oh, okey.” Adam mematikan talian.

ABRAHAM RAYYAN memberikan setin minuman berkarbonat kepada Adam. Dia sudah berpesan terlebih dahulu kepada Adam agar menunggunya di taman hospital dia dah sampai.

“Apasal desperate je kau nak jumpa aku ni?” Abraham menyoal sebaik sahaja melabuhkan punggung bersebelahan dengan Adam. Dia membuka penutup tin minuman berkarbonat itu dan meneguknya.

“Aku tahu kau tahu sesuatu yang aku tak tahu” ujar Adam mengikuti Ab yang meneguk minumannya. Adam dan Ab adalah sepupu pertama dan telah bersahabat baik sejak pertama kali berjumpa sewaktu kedua-duanya masih dalam dukungan ibu bapa masing-masing. Lahir pada tahun yang sama dan bersekolah di sekolah rendah yang sama, tidak ada yang dapat pisahkan mereka. Tidak ada ragu-ragu antara mereka dalam memberikan bantuan, pertolongan atau tulang belakang jika salah seorang dibuli. hanya satu perkara yang kini membezakan mereka, Ab telah berkahwin dengan seorang perempuan yang telah mencuri hatinya sejak di universiti, Asyikin. Juga telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Aina Batrisya. Manakala Adam pula masih solo.

“Apa yang aku tahu kau tak tahu?” soal Ab pula, kembali meneguk minuman berkarbonat yang berada dalam tangannya.

“Aku tahu kau tahu siapa penderma hati aku. Aku nak tahu siapa orang tu” Adam memandang Ab. Ab agak terpempam dengan permintaan Adam. Meskipun Adam adalah sepupu dan rakannya, rahsia adalah rahsia. Dia tidak boleh membocorkan rahsia kerana itu adalah salah satu prosedur dan juga kehendak si penderma.

“Kita ada curiouser kat sini...” Ab cuba berseloroh tetapi tidak mendapat sambutan daripada Adam.

“Aku tahu tapi maaf, aku tak boleh bagitahu. Tu permintaan terakhir arwah tu” luah Ab pula. Mustahil baginya untuk tidak mengetahui. Ia merupakan perkara asas sebelum melakukan pembedahan. Dia salah seorang doktor yang bertanggungjawab untuk membuat pembedahan pemindahan hati tersebut.

“Arwah?” dahi Adam berkerut.

“Ha’ah. Dia tulis perjanjian dengan hospital ni sebulan sebelum dia meninggal. Dalam perjanjian tu dia kata akan dermakan hatinya apabila dia meninggal. Macam dia tahu je ajal dia dah nak sampai. Lebih mengejutkan aku, hati dia tu pula cukup sesuai dengan kau. Kenapa? Kau masih ada rasa sakit ke lepas pembedahan tu? Kau masih teruskan follow up dengan Doktor Thana, kan?” giliran Abraham pula memandang Adam, berharap agar Adam masih meneruskan check-up dengan Doktor Thana, seniornya yang tua lima tahun dan bekerja di hospital yang sama.

Adam gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Dia mendapat peluang untuk teruskan hidup oleh insan yang kini hanya tinggal memori. Dia tidak pernah hendak mengambil tahu tentang pemilik hatinya sebelum ini. Dia dihurung rasa bersalah. Orang yang sepatutnya mati adalah dia, bukannya seorang yang sihat walafiat seperti penderma hatinya itu. Dia telah lama bersedia untuk dipanggil, sejak hari pertama dia mendapat tahu bahawa dia mempunyai sakit tersebut.

Argh! Teruknya.

Adam meramas rambutnya hingga kusut.

“Rasa sakit tu ada...” dia berhenti sebelum menyambung semula.

“Tapi rasa sakit ni tak macam dulu...”

“How different and weird can it be?”

“Aku tak tahu nak cakap macam mana...” Adam menundukkan kepalanya, melihat rumput hijau pada kakinya sebelum menyambung.

“Aku kena tahu siapa orang tu...”

“Tak bolehlah, Adam. Jangan guna alasan kita ni sepupu dan sahabat baik untuk dapatkan maklumat tu. I’m bounded to the law” Ab mengeluh perlahan seraya meletakkan tin minuman yang sudah habis itu diantara Adam dan dirinya.

“Aku tak berniat pun nak gunakan kau. Tapi sejak aku dapat hati baru ni aku asyik mimpi benda pelik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Diorang dah nak kahwin, aku rasalah, tapi lelaki tu kemalangan. Lelaki tu datang dalam mimpi aku, minta aku tolong carikan perempuan tu dan jagakan dia. Dia tak aman, Ab. Nama perempuan tu Iman Iryana. Aku kena cari dia dan sebab tulah aku datang jumpa kau. Kau mesti tahu pasal lelaki tu sebab kau salah seorang yang incharge dalam pembedahan aku. Sekurang-kurangnya, bagi aku apa-apa maklumat untuk aku mulakan pencarian” Adam menerangkan perlahan. Ab terkesima. Mulutnya terbuka luas dalam ketidakpercayaan.

“Apa maksud kau?” soal Ab laju.

“Aku kena cari Iman Iryana. Aku rasa, pemilik hati ni ada hubungan dengan Iman Iryana. Pasangan kekasih, mungkin? Walau apa pun, aku kena cari dia. Aku dah berjanji dengan pemilik hati ni” Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Susah hendak memberitahu dengan yakin apabila dia sendiri tidak pasti.

“Kau apa?!” terkejut Ab dengan kenyataan Adam. Matanya membulat memandang Adam.

“Aku dah janji dengan dia akan cari dan jagakan Iman Iryana seumur hidup aku. Aku tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Mimpi, mimpi kita mana boleh dikawal. Kau tak boleh kawal, aku tak boleh kawal. Takde sesiapa dalam dunia ni yang boleh kawal jadi, jangan salahkan aku. Aku tak bersalah sepenuhnya”

“Habis tu, kau nak cari juga ke perempuan tu? Mainan tidur je kot”

“Tak, aku yakin ni bukan mainan tidur. Segalanya rasa macam real. Kalaupun mainan tidur, sekurang-kurangnya bagi aku sesuatu untuk tunjukkan aku dah berusaha. Mungkin lepas tu dia takkan cari aku dalam mimpi lagi. Aku kena cari jawapan. Bagitahu jelah siapa penderma hati aku. Please” Adam memandang Ab dengan muka simpati.

“Please!”

“Haih, tak guna kau Dam!” Adam mengekek ketawa. Dia tahu Ab tidak akan sia-siakan muka simpatinya dan tidak sekali-kali akan mengecewakannya.

“Tunggu kejap. Aku cek. Kalau aku tak datang balik dalam lima minat, blah jelah”

“Eh, janganlah macam tu. Kau kan sepupu alias kawan karib dunia akhirat aku.”

“Jangan! Jangan sekali-kali gunakan alasan tu!” Ab berpura-pura marah. Adam menyengih lantas Ab meninggalkannya dan masuk ke dalam hospital. Setengah jam kemudian, dia keluar bersama beberapa keping dokumen dalam genggaman.

“Apa lama sangat?”

“Ingat senang ke nak teliti semua fail tu. Bersyukurlah orang tu adalah kau. Kalau bukan, dah lama aku pulang”

“Tak payah nak teliti sangat. Ambil je lepas tu datang balik sini kan senang.”

“Ada jugak yang aku bagi buku lima ni.” Adam menyengih. Suka dia melihat Ab geram kerana bapa beranak satu itu jarang sekali marah. Selama menjadi sahabat baik antara satu sama lain, hanya beberapa kali sahaja dia pernah melihat Ab mengamuk. Selalunya, dia yang mengamuk. Beruntung sangat Asyikin mendapatnya sebagai seorang suami. Memang padan sangat dengan wajahnya yang sentiasa senyum. Sebab tu kot Asyikin tertarik dengan dia, Adam membuat spekulasi sendiri.

“Nah,” Ab mengunjukkan dokumen tersebut kepada Adam. Dokumen itu bertukar tangan. Lantas Adam meneliti dokumen itu. Matanya bergerak bagaikan mesin scanner.

“Ni lah wajah lelaki dalam mimpi aku, Ab. Dia nilah, Ab! Memang dia! Huh, aku tak pernah gembira ambil tahu pasal lelaki selain dia seumur hidup aku,” Adam berteriak kegembiraan. Teruja mendapat tahu maklumat penderma hatinya.

“Fariq Adien...” muka Adam berubah sejurus membaca nama tersebut. Sedih. Ab duduk bersebelahan Adam dan meneliti gambar pada dokumen tersebut. Kalau betul lelaki itu muncul dalam mimpi Adam, maknanya lelaki tersebut datang bersebab. Dia betul-betul mahukan Adam membantunya mencari perempuan bernama Iman Iryana. Huh, mendengar cerita Adam membuatkannya takut dan kecut perut!

“Jadi, kau nak cari jugak ke perempuan tu?”

“Aku dah janji dan kau tahu aku tak suka orang yang tak kotakan janji. Jadi, aku tak bolehlah jadi orang yang aku tak suka tu. Aku akan cari Iman Iryana. Sekurang-kurangnya aku dapat balas budi Adien.”

“Hmmm, okey. Goodluck on finding her! Mungkin kau boleh mulakan dengan alamat arwah ni. They used to live close by to one another, maybe? Siapa tahu”

“Cadangan yang baik. Aku akan cuba.”

“Tapi, apa rancangan kau nak jaga perempuan tu? Bagi dia sejuta ringgit? Ke, bagi dua sebuah rumah. Lagipun, rumah mahal sangat zaman sekarang ni,” Ab menyoal dengan kerutan seribu di dahi. Mustahillah sepupunya merangkap sahabat baiknya ini akan berkahwin dengan perempuan bernama Iman Iryana tu, kan? Mustahil!

“Mungkin aku akan kahwin dengan dia.”

“Kau betul-betul sebut benda yang bermain dalam fikiran aku.”

“Jangan nak buat drama.” Ab menggeleng tidak percaya.

“Cuba bagi aku idea lain macam mana aku nak jaga dia kalau bukan kahwin dengan dia? Huh?” Adam angkat kening sebelah pandang Ab. Ab akui, meskipun dia lelaki, Adam memang kacak apabila mengangkat kening sebelah. Almaklumlah, kacukan. Matanya pula masuk ke dalam seperti kebanyakan orang barat. Pengkaji kata, mata begitu menandakan individu tersebut bijak pandai. Memang kena dengan Adam. Bijak dalam mencari wang untuk mencapai cita-citanya. Tapi, aku pun apa kurangnya, monolog Ab dalam hati.

“Takdelah. Cuma aku tak percaya kau akan kahwin dengan dia. Kau tak kenal dia lagi. Siapa tahu dia tu sebenarnya perempuan yang pelik. Mungkin materialistik, atau mungkin psiko. Kau takkan kahwin dengan orang macam tu.”

“Jangan risau pasal aku. Aku hanya kahwin dengan dia hingga dia jumpa seseorang yang dia cintai. Masa tu, aku akan lepaskan dia. Amacam? Hebat tak idea aku?” Adam menyengih.

“Kau ingat kahwin tu benda main-main ke? Ikat dia dengan niat untuk lepaskan dia? Hebat apa macam tu? Tu namanya penakut, coward, tak nak komitmen.”

“Jadi bagitahu aku apa aku kena buat. Aku pun tak tahu nak buat apa sebenarnya. Entahlah, tapi aku dah janji. Aku kena tunaikan janji aku. Jangan bagitahu mak ayah aku atau sesiapa pun kat dunia ni. Ni rahsia kau dan aku” Ab mengangguk walaupun dia tidak bersetuju dengan tindakan Adam. Dalam hati berasa kasihan dengan perempuan yang dia sendiri tidak kenal.

“Thanks, nanti aku belanja makan, apa-apa je kau nak.”

“Sekaranglah. Belum lunch lagi ni, lapar gila!” Ab mengurut perutnya yang sudah mula mendedangkan lagu.

“Kalau begitu, jom!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience