BAB 19

Romance Completed 21965

“BETUL ke ni rumah yang kamu nak hadiahkan, Adam?” soal Encik Zaydy, tidak mampu mempercayai matanya. Rumah tersebut adalah banglo dua tingkat dengan tiga bilik tidur. Dapur telah diinstalled dengan kabinet dan apa yang paling best, sebuah kolam renang berbentuk segi empat sama di halaman belakang rumah. Ia memang banglo impian setiap orang!

“Ayah tak dapat nak terima kalau ni rumah yang kamu maksudkan tu”

“Pasaran jatuh waktu aku beli rumah ni, ayah. So bascially, rumah ni lebih murah berbanding apa yang ayah fikirkan. Aku ada lima buah rumah macam ni lagi kalau ayah rasa berat hati sangat nak ambil rumah ni. Dan, rumah ni adalah yang termurah kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Ayah jangan risau. Rumah memang untuk diduduki dan aku sengaja hadiahkan yang ni sebab kita boleh adakan barbecue kat luar sambil berenang dalam kolam renang” Adam menyimpul senyum. Sengaja mengatakan rumah itu antara yang termurah sedangkan realitinya tidak. Hendak terjerut lehernya melangsaikan hutang rumah tersebut setiap bulan dahulu. Dia tidak berniat untuk membangga diri tetapi jika itu jalannya agar keluarga Yana menerima pemberian itu, dia perlu lakukannya. Dia tidak mahu mereka menolak pemberiannya itu.

“Wah, berapa banyak rumah abang sebenarnya?” Isaac menyoal.

“Adalah beberapa...” Adam menyengih. Berbelah bahagi hendak memberitahu. Kalau diberitahu jumlah yang sebenar, dikatakan meninggi diri pulak.

“Hurm, kalau takde apa-apa lagi, aku kena gerak dulu. Nak jumpa klien. Assalamualaikum, mak, ayah” Adam bersalaman dengan ayah dan mak mentuanya. Yana mendekatinya dan menghulurkan tangan. Sempat Adam berbisik agar tidak lupa akan pesanannya semalam. Yana mengangguk. Dia sendiri tidak menyangka Adam menghadiahkan sebuah banglo yang cantik.

“Drive hati-hati, Adam” Encik Zaydy mengingatkan. Adam mengangguk. Puan Laila menggenggam tangan Yana dan membisikkan agar Yana menyampaikan terima kasihnya. Yana dipagut sedih dan terharu kerana Adam melayan keluarganya dengan baik. Dalam hati, dia berjanji untuk membalas budi Adam. Dia sangat terhutang budi dengan lelaki yang muncul yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya itu.

“So, let’s stuff this place up!” Yana mengajak agar adegan sedih tidak terus berlaku. Perkara dah berlaku, biarkan ajelah, hidup kena teruskan, bisik Yana. Ini adalah keluarganya. Orang-orang yang selalu berada disisinya saat susah dan senang. Insan yang sudah bersama dengannya sejak dia dilahirkan ke dunia ini lagi. Tambahan lagi, bukan dia yang banyak mengeluarkan duit, semuanya duit Adam. Dia cuma mengikut rancangan Adam.

“Beli benda yang penting je. Barang elektronik yang tak penting tak payah beli” Puan Laila mengingatkan. Dia dan suaminya sudah membuat pengiraan dan senarai keperluan dengan duit yang ada dalam tangan. Mereka akan stick kepada rancangan asal walau apa pun yang berlaku.

“Takpe, mak. Kali ni Yana belanja. Bila lagi nak belanja mak dan ayah, kan? Duit ayah, ayah simpan dulu untuk kegunaan masa akan datang. Barang yang kita beli hari ni Yana akan bayarkan” awal pagi tadi, dia sudah mengeluarkan lima ribu dalam akaunnya. Ditambah dengan duit yang diberi oleh Adam, mereka mempunyai sejumlah lima belas ribu ringgit. Pada perkiraannya, jumlah tersebut cukup untuk membeli keperluan penting pada masa ini dan dia sedaya upaya merahsiakan nama Adam daripada pengetahuan keluarganya.

“Betul ke akak nak belanja? Mana dapat duit banyak tu?”

“Ni duit simpanan akaklah. Akak ni bukannya unemplyoed macam kau”

“Akak tengok nanti. Zek akan jadi millionaire. Akak tunggu dan lihat aje masa tu”

“Hurm, yelah. Cepatlah jadi millionaire. Tolong mak dan ayah” perli Yana.

“Akak kena tolong Zek kalau nak Zek jadi millionaire cepat” sengih Isaac.

“Tolong apa?”

“Zek perlu laptop baru. Zek dah jual laptop Zek hari tu untuk bayar sikit hutang ayah. Walaupun tak seberapa, Zek rasa Zek kena tolong jugak. Jadi sekarang ni, akak kena tolong Zek pula dapatkan sebiji laptop baru untuk Zek”

“Eee, manja betullah kau ni. Pergilah cari kerja, beli laptop sendiri” adiknya memang terlebih manja. Umur dah nak masuk jubli perak masih lagi minta disuapkan.

“Zek ada kerjalah. Orang je tak nampak. Please...” Isaac membuat muka simpati.

“Hish! Nasib baik kita share darah yang sama, kalau tak dah lama akak sekeh kepala kau ni. Yelah, jomlah. Oleh kerana akak ni akak yang baik, terpaksalah tolong kau” Yana akhirnya mengalah.

“Terima kasih, akak. Akaklah kakak dunia akhirat Zek”

“Hmph! Baru nak ngaku akak ni kakak dunia akhirat kau, kan?”

“Hehe, yelah. Nanti Zek dah jadi millionaire, Zek janji Zek bawa ayah, mak, akak dan abang Adam makan kat restoran mewah” Isaac kuntum senyum. Terbayang di matanya suatu hari nanti dia akan ditemubual kerana menjadi jutawan hasil dari permainan game yang direkanya sendiri.

“Restoran mewah je ke?” Yana buat muka tak puas hati.

“Anywhere you want to, I’ll take everyone there”

“Dah janji dah tu”

“Ye...”

“Tapi betul ke kamu ada duit ni, Yana?” Encik Zaydy pula menyoal. Dia ragu-ragu apabila Yana menyatakan bahawa dia akan membayar semua barang keperluan yang akan mereka beli sebentar lagi. Yelah, sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia sepatutnya berkebolehan dalam mencari wang tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Tapi dalam keadaan begini, dia tidak tahu kepada siapa hendak mendapatkan pertolongan kalau bukan dengan anak sendiri. Dalam hati, dia bersyukur memiliki keluarga yang sanggup bersusah payah bersama dengan dirinya. Tidak ada yang lebih membahagiakan selain daripada memperoleh nikmat tersebut.

“Betullah, ayah. Buat apa Yana nak tipu. Jomlah” Yana mengajak sekali lagi, dah berkali rasanya mengajak keluar tetapi semua masih tidak berganjak.

“Lapar” ujar Isaac apabila kereta itu bergerak keluar dari halaman rumah.

“Ayah pun dah lapar. Makan dululah” sokong ayahnya pula. Mereka hanya sempat meneguk air sebelum meninggalkan rumah tersebut yang telah bertukar hak milik. Yana mengangguk. Dalam hati bertanya samada Adam ada bersarapan atau tidak. Seingatnya, Adam juga bersiap cepat kerana mengejar masa. Singgah mengambil keluarganya dan membawa mereka ke rumah itu, dia mungkin belum menjamah apa-apa makanan pun. Isteri apalah aku ni...

ADAM melangkah masuk ke dalam rumah. Dia betul-betul tidak sempat bertanya tentang perkembangan keluarga isterinya kerana berjumpa dengan beberapa orang klien yang hendak menandatangani dokumen untuk membeli unit kondo Diamond Heights. Selepas bertemu dengan klien, dia bergegas ke syarikat untuk mempengerusikan mesyuarat dalaman berkenaan isu yang timbul dalam beberapa projek hartanah syarikatnya. Tanpa disedari, matahari telah terbenam dan jam telah enam belas minit melebihi lima petang. Menyedari hal itu, dia terus bergegas balik ke rumah yang telah dihadiahkan kepada ayah mentuanya. Mendengar sahaja tapak kaki Adam, Yana pantas berdiri dan menyambut Adam di muka pintu. Mereka bersalaman dan Yana mencium tangan suaminya.

“Yang lain mana?” Adam menyoal apabila tidak kelihatan seorang pun di ruang tamu kecuali Yana.

“Kat belakang, tengah memanggang tunggu kau sambil berenang. Diorang kata nak barbecue macam yang kau cakap” jelas Yana. Teringin hatinya untuk memanggil Adam dengan panggilan ‘abang’ sebagai tanda hormat tetapi mulutnya enggan. Niat itu timbul sewaktu mereka membeli tilam apabila dia dengan tidak sengajanya terpandang pasangan yang sedang memilih katil bayi. Kelihatan si isteri sedang sarat mengandung. Tanpa disedari, dia menyentuh perutnya. Berfikir samada mereka akan mempunyai bayi atau tidak.

Hurm, Adam dah terang-terang bagitahu, benda tu hanya terjadi dalam mimpi. Dia mengeluh. Hilang moodnya untuk membeli belah. Dia rindukan Adam. Pada perkiraannya, itu merupakan bayi sulung pasangan tersebut. Melihat kemesraan pasangan itu apabila si isteri memanggil suaminya dengan panggilan abang, hati Yana terusik. Panggilan antara dia dan Adam sangat berbeza. Yana malu dan ragu-ragu apabila Adam sendiri tidak membahasakan dirinya abang. Takut diejek Adam apabila dia tiba-tiba memanggilnya dengan panggilan terhormat itu.

“Kenapa kau tak join sama?” Adam mengerutkan dahi memandang Yana.

“Penatlah. Nak rehat kejap lagipun aku nak tunggu kau balik” semakin perlahan suara Yana menuturkan ayat tersebut.

“Tunggu aku untuk apa? Aku dah kata, tak payah tunggu aku. Aku jumpa klien dan meeting” Adam mengurut perlahan tengkuknya yang sakit kerana seharian memandang paparan LCD.

“Tak salahkan kalau nak tunggu kau pun? Kau sakit leher ke? Nak aku urut?”

“Tak payahlah” Yana mengeluh perlahan mendengar penolakan Adam. Sampai bila Adam akan menolaknya?

“Kau nak air ke? Aku buatkan. Kitorang ada beli heater tadi”

“Tak payahlah. Aku buat sendiri kalau aku nak. Aku dah biasa hidup sendiri dan aku boleh buat semuanya sendiri. Aku tak perlukan pertolongan kau atau sesiapa pun” Yana mencebik. Benci bila Adam berkata begitu. Geram apabila Adam menolak pertolongannya. Tapi dulu masa kat bilik aku, dia sendiri yang mintak urut, kan? Gerutunya dalam hati. Perasaan geramnya cuba disembunyikan sebaik mungkin. Yelah, dulu kau hidup sendiri, sekarang kau ada aku. Tolonglah sedar yang sekarang ni kau dah kahwin, dan layan aku macam aku ni sebahagian dari hidup kau, bergema suara itu dalam hati Yana. Geram terhadap Adam kerana tidak memberikannya sedikit peluang pun untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya.

“Cukup ke duit yang aku bagi tadi? Dah lengkap ke keperluan diorang?” Adam menyoal dengan mata yang tertutup. Dirasakan seperti kepalanya berpusing selepas bertemu dengan bermacam ragam klien dan isu hartanah yang entah bila hendak selesai. Kepala dan belakangnya disandarkan pada sofa.

“Cukup sebab mak dan ayah bukannya beli barang yang mahal-mahal pun. Mulanya tak nak beli tv, tapi ada baki duit lagi jadi, Yana suruh je mak dan ayah beli tv tu. Adam, aku ada benda nak tanya ni...” Yana mendekati Adam yang sedang menutup mata.

“Hurm, apa?”

“Kau ada makan tak siang tadi? Maaf, sebab aku tak buatkan sarapan untuk kau” kasihan Yana melihat Adam yang keletihan. Dia sakit dada lagi ke? Nak sahaja tangannya mengurut kepala dan dada suaminya. Ditahan sungguh-sungguh tangannya itu daripada merayap ke tubuh Adam.

“Takde...” jawabnya sepatah. Baru teringat dia langsung tidak menjamah apa-apa apabila Yana mengajukan soalan tersebut. Rasa macam berpuasa pula.

“Kau tak makan ke?” Yana kerisauan. Insticntnya benar-benar betul. Adam memang tak makan! Dahlah sakit, tak makan lagi!

“Aku lupa nak makan” jawab Adam selamba.

“Jomlah makan kat luar. Kau tak makan dari siang tadi” aku risau tengok kau ni, bisik hatinya. Tangannya semakin ditahan daripada merayap pada tubuh Adam. Seminit dua minit, tangannya tidak dapat ditahan lagi. Pantas tangannya menyentuh dada Adam yang turun naik itu. Terus sahaja Adam membuntangkan matanya memandang Yana. Yana menyengih.

“Err, aku rindu Adien” Adam agak terkejut dengan tindakan Yana tetapi akhirnya akur. Itu adalah peraturan dari dirinya sendiri jugak. Dia menutup semula matanya. Yana mengusap perlahan dada Adam. Yes! Bijak jugak aku ni mengambil kesempatan dalam kesempitan. Aku rindukan kau, Adam. Rindukan kau sangat-sangat hari ni. Kau tak rindukan aku atau fikirkan pasal aku ke walaupun sekejap? Huh?

“Aku tahulah bila nak makan. Aku dah pesan, kita buat hal masing-masing dan jangan risaukan aku. Rimaslah bila ada orang asyik risaukan aku. Aku dah besar panjang dan aku tahu apa yang aku buat. Jangan jatuh cinta kat aku bila aku tolong keluarga kau pulak, Yana. Perempuan sekejap aje jatuh cinta bila lelaki buat baik, kan? Aku harap kau bukan orang yang macam tu” Adam membuka sebelah mata kirinya memandang Yana yang leka mengusap dadanya. Degupan jantungnya sangat laju saat ini. Harap-harap Yana tidak perasan benda tu. Entah kenapa dia berasa tenang. Peningnya hilang dalam sekelip mata.

“Aku cuma risau kau tak makan. Tu memang tanggungjawab isteri, kan?” Oops! Yana menutup mulutnya cepat. Dia telah mengatakan sesuatu yang akan merugikan dirinya. Adam akan membalas dengan bermacam hujah peraturan lagi. Aigoo!

“Jangan berlagak nak tunaikan tanggungjawab” Adam mengugut.

“Okey, baiklah. Whatever!” Yana cepat berdiri dan meninggalkan Adam. Benci! Benci apabila Adam asyik mengingatkan peraturan dan syarat tersebut. Kau tak perlu asyik ingatkan aku. Aku ingat benda tu setiap hari tapi apa yang aku boleh lakukan kalau perasaan ni nak rindukan kau? Fikiran ni nak ingatkan kau? Huh! Salahkah aku? Aku cuma rindukan dia seharian ni. Aku hanya nak jadi isteri yang baik buat kau. Tak faham ke?! Sedih!

Adam terpempan. Namun cepat dia menggeleng dan mengurut kepalanya. Peningnya tiba-tiba datang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience