BAB 3

Romance Completed 21965

ADAM memandu keretanya di highway. Sudah berniat untuk pulang ke rumah bukan dari kebiasaan pada hari itu meskipun baginya, pulang ke rumah sebelum pukul sepuluh adalah awal. Namun, pulang dua jam awal daripada kebiasaan tidaklah salah. Dia mengikut sama menyanyikan lagu 21 Guns yang keluar dari corong radio keretanya.

When it’s time to live and let die and you can’t get another try

Something inside this heart has died, you’re in ruins...

Tiba-tiba sakit itu datang. Dia memegang dadanya dan berusaha menyusun nafas perlahan-lahan. Seorang gadis dengan senyuman menawan muncul dalam bayangannya. Dia menutup mata, menggelengkan kepala dan membukanya kembali cepat. Dia tidak boleh menutup mata dalam tempoh yang lama kerana dia perlu tumpukan perhatiannya pada pemanduan. Sekilas itu, bayangan itu muncul lagi. Gadis yang diketahui namanya sebagai Iman Iryana sedang senyum sambil memberikan buku kepadanya.

Argh!

Adam memegang dadanya, lebih kuat berbanding sebelumnya. Berusaha menyusun nafas agar pemanduannya tidak terjejas. Dia tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Sekurang-kurangnya, tidak untuk kali ini! Adam memasuki satu selekoh mencari tempat untuk memberhentikan kereta sehingga kesakitan dan bayangan itu benar-benar hilang. Dia melihat beberapa blok bangunan tiga tingkat. Terdapat beberapa buah kedai yang masih bercahaya menandakan pengusahanya masih berada di dalam. Dia merasakan bahawa dia pernah ke tempat tersebut. Tempat itu terasa sangat familiar dan dekat dengan hatinya. Dejavu! Meskipun hatinya mengiyakan, fikiran sedarnya menidakkan.

Adam menghentikan kereta betul-betul di hadapan sebuah kedai yang dirasakan familiar. Dia keluar perlahan-lahan dari dalam perut kereta dan menekan punat kuncinya. Bip! Bunyi yang menandakan keretanya sudah selamat berkunci. Dia berjalan perlahan mendekati kedai tersebut sambil melihat papan tanda yang terletak baik di atasnya, Iman’s Bookstore. Selesai membaca nama kedai itu, sakit mencucuk-cucuk itu datang lagi. Memaksa dirinya menunduk, membongkok dan memegang dadanya kuat. Sakitya melebihi sakit yang dirasakan sewaktu berada di dalam kereta. Dia terbatuk kecil beberapa kali.

“Bro, tak apa-apa ke?” tanya seorang lelaki yang pada perkiraannya berada dalam lingkungan umur awal dewasa. Lelaki tersebut membantu dan memapahnya untuk duduk di salah sebuah kerusi di luar kedai itu.

Pemuda itu menyedari lelaki yang dibantunya berada dalam kesakitan sewaktu hendak membalas mesej daripada kakaknya. Akhirnya dia sendiri lupa untuk membalas mesej tersebut kerana bergegas membantu lelaki yang sudah terduduk berlutut atas tar. Kalau ada kereta yang lalu, confirm dah mati dilanggar. Dahlah baju hitam, bisiknya dalam hati. Adam mengetap bibir menahan sakit. Pemuda tersebut masuk semula ke dalam kedai. Beberapa minit kemudian, dia keluar membawakan segelas air di tangan lalu dihulurkannya kepada Adam. Adam mengambil air tersebut dan meminumnya. Sakit itu berkurangan sedikit demi sedikit setelah meneguk air tersebut.

“Thank you,” ucap Adam menyerahkan semula gelas tersebut kepada pemuda itu.

“Welcome. Sakit apa, bro?” soalnya pula.

“Takde, cuma sakit dada je.”

“Oh, nak beli apa-apa ke? Kalau ya, kena cepat. Sebab aku dah nak tutup ni,” dia tergesa-gesa hendak pulang meskipun belum masanya lagi kedai tersebut tutup. Kebiasaannya, mereka akan tutup pada pukul sembilan. Tetapi malam itu, dia tidak dapat menahan diri daripada menutup sejam lebih awal. Kakaknya membiarkannya seorang diri dan secara peribadinya, dia merasakan kakaknya tidak berlaku adil apabila dia perlu overtime sedangkan semua orang sudah balik. Kakaknya sudah berjanji untuk datang semula selepas menghadiri majlis bersanding rakannya. Ternyata janji hanya tinggal janji. Dia ditinggalkan sendirian. Apa yang membuatkannya lebih marah adalah kerana dia perlu berjalan kaki pulang ke rumah. Kakaknya tidak mahu menjemput dengan alasan rumah lebih dekat dengan berjalan kaki. Hmph!

“Tak, aku lalu kat sini je. Nak duduk sekejap sebelum balik,” terang Adam.

“Aku masuk dalam dulu, bro. Kalau nak air lagi, bagitau je,” pemuda itu terus meluru masuk ke dalam kedai, tergesa-gesa. Laju sahaja dia menyusun fail dan mematikan komputer. Setelah memeriksa dan mematikan semua suis, dia mengambil kunci dan mengunci pintu utama kedai tersebut. Geram dalam hati kerana ditinggalkan seorang diri. Kakaknya ini memang nak kena! Adam memandang remaja itu yang sedang mengunci pintu kedai tersebut.

“Dah nak balik ke?” Adam memandang sekitarnya. Tidak ada satu kenderaan pun disitu kecuali kenderaannya. Basikal atau motor pun tidak ada. Jalan kaki ke?

“Aku ni penakut. Tak berani balik seorang diri terlalu lewat,” pemuda itu menyengih, malas hendak memberitahu alasannya yang sebenar. Tidak berniat untuk memanjangkan perbualan dengan lelaki yang baru dikenalinya itu. Dia bukanlah jenis ulat buku seperti kakaknya. Dikelilingi buku boleh membuatkannya gila. Gadget bolehlah.

“Jalan kaki ke?” tanya Adam lagi. Merancang dalam fikiran untuk menumpangkan pemuda tersebut jika jawapannya ialah ya. Bolehlah dia mengorek sedikit rahsia tentang kedai tersebut dalam perjalanan balik nanti.

“Ha’ah,” pemuda tersebut menjawab sepatah dengan sekali anggukan.

“Aku boleh tumpangkan,” Adam terus mempelawa. Pemuda itu mengerutkan dahi. Dia bukanlah budak yang mudah termakan dengan kata-kata manis daripada orang asing yang baru dikenali. Orang zaman sekarang tidak boleh dipercayai dan dia tidak akan sekali-kali terpedaya dengan cara pemakaian lelaki di hadapannya itu. Dia percaya, pekerja kolar putih lebih berbahaya walaupun mereka nampak sangat hebat. Kebanyakan perompak dan pencuri alaf dua puluh satu semuanya berpakaian cantik dan bergaya. Meskipun dia adalah seorang lelaki, dia tahu dia juga harus sentiasa berwaspada. Malang tidak mengenal jantina, ia hanya mengenal mangsa.

“Kau boleh percaya aku. Aku bukannya nak culik kau pun,” Adam berkata seperti dapat membaca fikiran remaja tersebut.

“By the way, nama aku Adam. Adam Reza Ryan” Adam berdiri dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“Muhd Isaac Zaydy.” Isaac ragu-ragu. Lambat-lambat dia menyambut juga huluran tangan tersebut.

“Jangan risau, aku bukan penculik. Kalau aku penculik pun, aku takkan culik lelaki, aku culik perempuan. Sekurang-kurangnya, penculikan tu mempunyai makna. Dan, aku jauh sekali dari apa yang kau fikirkan.”

“Apa yang aku fikir?”

“White collar criminal?” Isaac tergelak.

“You look smart enough to be one.”

“Not interested in kidnapping man if that’s the case,” Isaac menyengih.

“Okeylah kalau macam tu tapi, rumah aku jauh,” jelas Isaac. Rumahnya jauh jika menaiki kereta tetapi dekat jika berjalan kaki.

“Just show me the way,” kakinya akhirnya mengikut langkah kaki Adam masuk ke dalam kereta.

“Wow, hebat! Aku tak pernah naik kereta begini hebat,” puji Isaac sambil memegang dashboard kereta Adam. Almaklumlah, keluarganya biasa-biasa sahaja. hanya mampu membeli kereta tempatan dan yang seangkatan dengannya. Ini merupakan kereta yang menjadi igauannya. Dalam hati, Adam memberikannya inspirasi. Semakin yakin dengan apa yang diusahakannya selama ini. Teruja dan terinspirasi dalam masa yang sama!

“Biasa je kot...” balas Adam menghidupkan keretanya.

“Kedai tu kau punya ke?” Adam menyoal apabila keretanya keluar dari selekoh. Isaac yang masih teruja dapat menaiki kereta impiannya sudah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Adam. Keterujaannya membuatkan telinganya menjadi pekak. Adam berdehem dan bertanya soalan yang sama untuk kali kedua. “Kedai tu kau punya ke?” tanya Adam sekali lagi. Mendengarkan soalan yang sama buat kali kedua, Isaac terus menyandarkan belakangnya pada kerusi dan melunjurkan kakinya ke hadapan. Baru menyedari bahawa dia sedang berlaku biadab pada kereta orang lain.

“Hah? Taklah, tu kedai kakak aku. Aku tolong jaga je tadi.”

“Nama dia Iman ke?”

“Kau ni stalker dia ke? Macam mana tahu?” Isaac terus menyoal. Meskipun dia tahu nama kakaknya terukir pada papan tanda di luar kedai, dia berasa pelik apabila seseorang apatah lagi orang asing bertanya tentang kakaknya. Ia membuatkannya tidak selesa. Dia mempunyai sikap melindungi yang tinggi dan merasakan bahawa dia perlu melindungi kakaknya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Iman Iryana, satu-satunya kakak dan adik-beradiknya dalam dunia. Kakaknya seorang yang berimpian untuk mempunyai kedai buku sedari kecil. Dia masih ingat lagi perbualan tentang impian yang berlaku antara mereka. Kedua-duanya mempunyai impian yang besar meskipun berbeza. Oleh sebab itu, kakaknya sanggup meletak jawatan daripada kerjaya sebagai guru prasekolah untuk membuka kedai buku yang dinamakan sempena namanya, Iman’s Bookstore . Manakala Isaac pula berimpian untuk mencipta dan menghasilkan game yang diketahui pada peringkat global. Game yang akan dimuat turun dan dimainkan oleh setiap peringkat umur. Alang-alang berimpian, biar besar! Itulah prinsip yang dipegangnya sejak dari dulu.

Isaac sudah mencipta beberapa buah games yang dimuatnaik ke dalam aplikasi smartphone. Malangnya, ia tidak mendapat sambutan hangat. Bilangan orang yang memuat turun aplikasi permainan tersebut boleh dikira dengan jari. Dia mahu permainan yang diciptanya menjadi hebat seperti Fac atau Instagram atau mungkin seperti laman AirBnb? Tidak ada seorang dalam keluarga mereka yang memahami impiannya kecuali kakaknya. Dan oleh kerana kerjayanya memerlukan dia berada di hadapan komputer selama dua puluh empat jam sehari seminggu setahun maka, selalulah terjadi perbalahan antara dia dan ibunya. Kerana alasan itu juga, Isaac selalu disuruh oleh ibunya untuk membantu kakaknya di kedai. Sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman menguruskan kedai, itulah modal ibunya selalu sehinggakan dia dapat menghafal setiap perkataan dan ayat yang bakal ibunya ujarkan.

Adam berdehem. Baru menyedari bahawa dia tergesa-gesa menyoal.

“Don’t get me wrong. Aku saja nak tahu,” dia berhenti sebelum menyambung.

“Jadi, Iman tu betul-betul kakak kau ke?”

“Kenapa nak tahu sangat pasal dia?” Isaac menyoal semula. Tahap perlindungan terhadap kakaknya sudah sampai ke tahap paling maksimum.

“Kau takkan percaya kalau aku bagitahu.”

“Try me,” Adam diam. Berusaha mencari perkataan terbaik dalam mindanya agar pemuda yang baru dikenalinya itu tidak salah faham.

“Aku rasa macam dah lama kenal dengan dia,” Isaac terus memandang Adam dalam ketidakpercayaan.

“Kau memang stalker kakak aku bertahun-tahun!” meletus tawanya. Adam sengih, balasan daripada Isaac menyenangkan hatinya.

Kawan, aku rasa aku dah jumpa dia!

Selepas lima minit memandu, Isaac meminta Adam untuk memasuki satu taman perumahan di sebelah kiri.

Oh, kat sini rupanya kau tinggal... bisik Adam dalam hati.

“Dah sampai pun. Jemputlah masuk dulu,” pelawa Isaac. Adam menggeleng.

“Takpe. Senang-senang nanti aku singgahlah kat sini” tolak Adam lembut. Dia dah mencapai target goalnya pada hari itu dan hanya perkara itu yang paling penting saat ini. Dia ketawa dalam hati. Tidak sangka mendapat bantuan daripada Fariq.

“Okey. Thanks, bro! Anyway, aku suka kereta kau,” Isaac bersalaman dengan Adam dan keluar dari kereta tersebut, menutup pintu dan menunggu sehingga kereta tersebut hilang dari pandangan.

“Siapa tu?” dia mendapat soalan sejurus selepas kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Isaac berdiri tegak, tidak berkutik. Dia hanya memandang pemilik suara itu dengan pandangan yang tajam. Pemilik suara itu menyoal melihat adiknya keluar dari kereta mewah dari cermin tingkap. Tidak tahu sejak bila adiknya itu mempunyai kawan yang berkereta mewah.

“Apa?” soal suara itu lagi, semakin bengang dengan pandangan tajam daripada Isaac. “Okey, baiklah. Akak tak balik semula ke kedai tu. Puas hati?” Isaac diam.

“Okey, sorry,” meletus ketawa Isaac mengetahui bahawa dia menang bermain pandangan psikologi dengan kakaknya.

“Siapa tadi tu? Tak pernah nampak pun. Jangan cakap kau gang up dengan budak-budak yang takde hala tuju hidup.”

“Hey, akak!” panggil Isaac seraya mendirikan jari telunjuknya di udara dan tarikannya ke kiri dan kanan. Kemudian, dia gelengkan kepalanya pula.

“Tu, bukan pujian yang baik,” dia sambung.

“Jadi, siapa dia tu?”

“Kenapa? Akak berminat ke?” dia datang mendekati kakaknya dan mendaratkan lengannya pada bahu kakaknya.

“Kawan baru Isaac. Kalau akak berminat, Isaac boleh aturkan meeting,” Isaac memberi cadangan sambil menari-narikan jarinya di udara. Teruja sangat!

“Tak berminat,” kakaknya membalas tegas.

“Itulah akak. Kalau akak yang jaga kedai hari ni mesti jumpa dengan dia, bolehlah berkenalan,” adiknya ketawa mengekek.

“Pandailah kau ni! Ada kira tak berapa untung hari ni?”

“Oops! Lupa...” Isaac menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia betul-betul terlupa berbuat demikian kerana mempunyai tetamu yang sudi menumpangkannya balik.

“Hish! Akak tak jadi gaji kau hari ni. Mesti kau duduk-duduk je kat sana tak buat satu benda pun kan? Nasib baik kau ni adik akak. Kalau tak, dah lama akak bagi buku lima akak ni kat kau,” marah kakaknya. Tak boleh harap betul adik bongsunya itu. Haish! Terpaksa datang awal esok untuk menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan pada hari ini.

“Salah akak jugak. Akak kata nak datang balik. Tup tup, bagi mesej konon tak dapat datang dan minta tolong tutupkan kedai. Nampak, tak? Akak tak minta tolong closing account, akak minta tolong close kedai je. Lagi, siapa suruh percaya sangat dengan Isaac?” Isaac berlari menaiki anak tangga sebelum kakaknya sempat mengeluarkan hujahnya. Juga, sebelum sesuatu dirasakan menghempuk kepalanya kuat. Isaac mengerang kesakitan.

“Apa tu?” dia menoleh semula ke arah kakaknya.

“Buku,” kakaknya menjawab gembira sambil kakinya melangkah semula ke dapur untuk menyambung semula apa yang dilakukannya sebelum kepulangan adiknya sebentar tadi, memasak! Dia sukakan memasak selain daripada buku.

Isaac mengerang. Kakaknya melampau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience