BAB 8

Romance Completed 21965

“OKEY, dah siap!” Wardah melihat hasil kerja tangannya dengan bangga. Yana adalah salah seorang lagi masterpiecenya. Yana berdiri. Rasa tidak percaya kerana Wardah tidak mengambil masa yang lama berbanding sewaktu menyolekkannya untuk majlis nikah awal pagi tadi. Wardah mengangguk.

“Kau nampak cantik sangat, Yana.”

“Ni semua sebab kau. Thank you.”

“Aku nak tangkap gambar dengan kau dulu. Nak promote dalam Fac” kedua-dua rakan sekolah rendah itu menangkap gambar selfie bersama. Dekat lima minit mereka menghabiskan masa berselfie. Adam yang hanya menjadi penonton sedari tadi, berdehem. Barulah disedari kehadiran Adam.

“Err, aku keluar dulu.”

“Jangan balik dulu tau. Lepas kau makan, kita tangkap gambar atas pelamin.”

“Okey, no worries,” sebaik sahaja Wardah keluar, Yana menoleh ke arah suaminya. Tak sangka dirinya kini sudah bergelar isteri orang.

“Nak pakai foundation ke? Aku boleh tolong pakaikan. Untuk brighten up your face a little?”

“Tak. Aku dah brighten enough dah,” Yana jungkit bahu. Ya sudah, kalau itu katanya. Ketukan kecil di pintu kedengaran. Yana berdiri dan membukanya. Tersembul wajah Hazwani dari luar.

“Dah selesai ke? Tetamu nak tengok pengantin ni,” Hazwani menyoal, memandang Yana dalam kekaguman. Yana sangat cantik! Lebih cantik daripada sewaktu mereka bernikah pagi tadi. Err, tak. Yana memang selalu cantik. Tetapi sekarang, dia akan letupkan minda semua orang. Lelaki bujang akan cakap betapa beruntungnya Adam! Hazwani mengekek ketawa dalam hati.

“Kami keluar kejap lagi.”

“Jangan lama sangat tau,” Yana mengangguk dan hendak menutup daun pintu sebelum dihentikan oleh Hazwani.

“Kau cantik sangat. Aku nak peluk dulu, boleh ke?”

“Bolehlah...” Yana terus memeluk rakannya susah senangnya itu.

“Thank you, tapi ni semua mekap jelah, Wani,” Yana berkata apabila pelukan mereka terlerai.

“Tak, make up is just make up. Paling penting, orang yang memakai mekap tu,” Yana senyum. Pujian dari sahabatnya itu membuatnya ceria. Impiannya adalah untuk menjadi perempuan tercantik pada hari perkahwinannya sendiri. Nampaknya, impiannya itu tercapai.

“Kau memang untung dapat Yana, Adam,” Hazwani toleh sekejap ke arah Adam sebelum berjalan ke pintu.

“Yups, tahu. Aku memang selalu lucky!” Adam menyengih.

“Cepat, tetamu dah tunggu tu.”

“Dah sedia ke?” Adam menyoal seraya menghulurkan tangan kepada Yana.

“Aku dah lama sedia,” balas Yana dan menyambut huluran tangan tersebut. Dalam hati menyebut kesyukuran. Orang yang dia akan habiskan hidup bersama hingga ke akhir hayat adalah orang yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya. Sungguh tidak disangka!

“ATAS permintaan sahabat baik pengantin lelaki yang datang jauh dari negeri Kedah, saudara Muhamad Shahrin bin Musa, majlis mempersilakan kedua-dua mempelai pada hari ini untuk menyanyikan lagu yang telah dipilih sendiri oleh saudara Shahrin bertajuk I do. Dipersilakan kepada kedua pengantin untuk bersedia” para tetamu yang hadir bertepuk tangan. Adam menyengih tetapi Yana membatu, hilang keyakinan diri. Dia tak reti menyanyi dan untuk menyanyi di majlis perkahwinan sendiri tidak termasuk dalam senarainya. Ia memalukan!

Adam memandang Shahrin yang seronok berdiri sambil bertepuk tangan kepadanya. Dia tahu Shahrin sengaja mengenakan dirinya. Adam menyumpah seranah dalam hati tetapi mukanya tetap senyum. Ahmad Noh dan Shahrin, dua rakan karib susah senangnya semasa di universiti. Fikirannya mengimbas peristiwa sewaktu dia dan Noh mengenakan Shahrin sewaktu majlis perkahwinannya dua tahun yang lalu. Meminta jurucakap majlis untuk melakukan apa yang sedang dilakukan Shahrin terhadap dia dan isterinya saat ini. Tahu bahawa Shahrin sengaja membalas dendam. Malangnya, Noh tidak dapat hadir ke hari bahagianya ini kerana dihantar ke seminar antarabangsa di luar negara oleh majikannya.

Adam pandang Yana.

“Jom,” ajaknya sepatah.

“Aku tak reti nyanyi,” Yana mengeluh. Entah apalah yang pernah dilakukan oleh Adam sehingga rakannya sanggup melakukan begini terhadap mereka berdua. Dia tidak mahu melakukan perkara tersebut, menyanyi di hadapan beratus orang menakutkannya!

“Takpe, kau ikut je. Biar saya lead,” pujuk Adam kasihan melihat Yana.

“Taknaklah, malu,” akhirnya, keluar juga perasaan yang disembunyikan dalam hatinya. Tangan Adam dengan automatiknya menggenggam tangan Yana. Yana terkesima.

“Takpe, kau miming je. Biar aku nyanyi seorang,” pujuk Adam lagi. Ini semua gara-gara Shahrin. Erk, aku dan Noh. Kalau kami tak buat dulu mesti Shahrin takkan buat begini kat aku.

“Aku tak boleh.”

“Trust me, will you?” Yana tidak menjawab. Dia tidak yakin. Adam menggenggam tangan Yana. Yana terkesima seraya memandang Adam. Dia tidak menyangka bahawa Adam akan menggenggam tangannya erat. Genggaman tangan Adam memberikannya kekuatan dan menghilangkan segala perasaan yang berbuku dalam hatinya. Perasaan percaya kepada Adam tiba-tiba muncul.

Yan mengangguk yakin. Karaoke dimulakan. Adam semakin menguatkan genggaman tangannya. Yana memandang Adam, mencari apakah maksud disebalik genggaman yang semakin kemas itu. Tiab-tiba, Adam membalas pandangannya. Pandangan mereka bertaut. Adam senyum. Senyuman ikhlas dari hatinya untuk insan bernama isteri. Yana terkesima. Senyuman Adam membuatkannya hilang akal. Entah kenapa dia merasakan seperti melihat pelakon bernama Chace Crawford; Nate Archibald dalam drama siri kesukaannya, Gossip Girl. Dia maklum bahawa ibu mentuanya mempunyai darah kacukan Inggeris, ternyata ia jatuh pada Adam; hidung mancung, mata biru dan kulit yang agak cerah berbanding Encik Ryan, ayah mentuanya.

Melalui penceritaan Puan Marya, bapanya berbangsa British manakala arwah ibunya pula adalah warga tempatan, meninggal dunia sewaktu melahirkan adiknya. Setelah menetap selama lima belas tahun di Malaysia, mereka kembali semula ke Leeds sewaktu Adam memasuki sekolah menengah. Pulang bersama-sama dengan adik Puan Marya yang sangat sukakan bidang muzik hingga ke tahap membuat tutorial pengajaran dan pembelajaran piano yang dimuatnaik ke laman Youtube. Bapanya meninggal selepas dua tahun pulang ke kampung halaman.

Adam menguatkan genggaman tangan, membalikkan Yana ke realiti. Yana mencuri pandang Adam. Adam yang telah sedia memandang isterinya, terus mengenyitkan mata.Yana malu lalu cepat-cepat dia melarikan pandangan ke arah tetamu yang sedang menonton mereka. Erk, kantoi! Tanpa Yana sedari, Adam sudah mula menyanyi.

Adam boleh menyanyi! Mak sunya pula pandai bermain piano. Memang ada dalam darah diorang. Patutlah tak malu bila dijemput. Hurm...

Adam menyanyi sepenuh hati. Setiap bait lagu itu sangat bermakna baginya. Entah mengapa dia serasa mahu memberitahu perasaannya kepada Yana melalui lagu tersebut. Oh, lupa. Hati aku ni milik Adien. Perasaan ni milik Adien, bukan milik aku.

Tell me can you feel my heart beat, tell me as I kneel down at your feet

I knew there would come a time, when these two hearts would entwine

Just put you hand in mine, forever

For so long I have been an island, where no one could ever reach these shores

We’ve got a whole lifetime to share, and I’ll always be there, darling this I swear

So please believe me for these words I say are true

And don’t deny me, yeah a lifetime loving you

If you ask will I be true do I give my all to you

Then I will say, I do

I’m ready to begin this journey when I’m with you every step you take

And we’ve got a whole lifetime to share and I’ll always be there, darling this I swear

So please believe me for these words I say are true

And don’t deny me, a lifetime loving you

If you ask will I be true, do I give my all to you

Then I will say, I do

So come on, just take my hand

Oh, come on lets take a step for our love

I know this is so hard to believe (so please...)

So please believe me for these words I say are true

And don’t deny me, a lifetime loving you

If you ask will I be true, do I give my all to you

Then I will say, I do....

“Thank you!” Adam mengembalikan semula mikrofon kepada pada hari itu. Kedengaran semua hadirin bertepuk tangan.

“Terima kasih kepada pasangan pengantin kita kerana sudi menyanyikan lagu untuk tetamu yang hadir pada hari ini, yeah, walaupun pengantin perempuan kita tak buka mulut pun nak menyanyi sebenarnya” pengacara majlis itu berseloroh. Yana sengih, keyakinannya kembali semula walaupun bukan dia yang menyanyi. Tertanya-tanya sendiri samada Adam maksudkan apa yang dia nyanyikan.

Hmph! Mustahil dia maksudkan apa yang dinyanyikannya? Lagu tu adalah lagu yang dipilih oleh rakannya yang mengenakan kami, Yana berbisik. Membuang perasaan indah yang kian bersemi dalam hatinya.

Adam memperkemas genggaman tangan. Menyedari genggaman tangan Adam yang semakin kuat, Yana memandangnya. Adam pantas mengenyitkan mata. Aduh, kantoi! Yana cepat melarikan pandangan. Adam menunduk agar matanya separas dengan mata Yana.

“Don’t worry. Emcee tu main-main je. Apa yang penting kita dah nyanyi dan yang paling penting lagi, kau tak perlu nyanyi. Walaupun aku ni taklah alim sangat, at least, aku tau suara perempuan tu aurat. Aku pun tak naklah tanggung dosa isteri aku pada hari pertama perkahwinan,” Yana terkesima, tidak sangka Adam berfikir sejauh itu. Adam menjaganya dalam diam.

“Come, take my hand. Let’s greet our guests,” Yana memandang Adam. Ajakan Adam seperti mengajaknya ke dunia baru dimana kaptennya adalah Adam dan dia akan menjadi seseorang yang setia, selalu berada bersebelahan Adam menyokongnya. Dia masih tidak dapat mempercayai apa yang berlaku, orang asing yang langsung tidak dikenalinya selama ini menjadi orang yang amat penting baginya. Yana tidak lagi rasa ketakutan yang selama ini menghantuinya. Dia tahu dia sudah menemui kekuatannya dan ia adalah sebuah dunia baru bersama lelaki bernama Adam. Teringat nasihat adiknya untuk melepaskan kenangan lalu bersama Adien. Dia boleh berbahagia semula. Yana menghembus nafas perlahan.

Baiklah, aku lepaskan kau, Adien. Terima kasih pada kenangan lalu. Aku akan mulakan hidup baru dengan dia, Yana berbisik dalam hatinya.

“Jom, Yana,” Adam sekali lagi mengajak Yana. Memandang tepat ke dalam anak mata Yana seraya mengangguk, seperti memberitahu bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti kerana mereka memiliki satu sama lain. Adam kemudiannya melontarkan senyuman manis. Yana rasa selamat, yakin dan bahagia.

Inilah lelaki yang telah nikahi aku. Aku lepaskan kau pergi, Adien. Biarkan kami bahagia...

Terlupa niat sebenar Adam mengahwininya.

“PENATNYA!” Adam merebahkan tubuh di atas katil. Yana pula lebih selesa melabuhkan punggung di atas kerusi meja soleknya. Rasa kekok berduaan dengan Adam dalam bilik sendiri. Perasaan malu terhadap Adam masih terlalu tebal dan tinggi. Tidak mungkin diruntuhkan dengan pantas sekali. Dia perlukan masa dua atau tiga minggu, mungkin?

“Tak penat ke?” Adam mengiringkan badan menghadap Yana.

“Penat, tapi aku okey je duduk begini,” Yana tipu, dia tidak berasa okey duduk di atas keruis. Terasa ingin baring jugak tetapi dia tak mahu baring bersebelahan dengan Adam. Perasaan malu masih menebal terhadap suami sendiri. “Takpelah, kau tidurlah dulu. Aku nak mandi,” Yana bangun dan mengambil tuala yang bersangkut pada pintu almari kainnya. Adam melelapkan mata, tidak mengendahkan Yana. Hendak menjawab pun dia tidak mampu. Yana melihat sekilas ke arah Adam. Hatinya melonjak riang melihatkan Adam yang meneruskan tidurnya itu sambil memeluk bantal.

Hmmm, tak sangka aku dah bersuami walaupun bukan dengan Adien. Allah lebih tahu. Bercinta dengan Adien tetapi berkahwin dengan Adam. Adien ajak aku berkahwin melalui mesej. Adam pula terus datang ke rumah untuk meminta keizinan. Tak dinafikan cara Adam lebih baik dan terhormat. Ya Allah, apa yang sedang aku lakukan ini? Aku membandingkan suamiku dengan Adien ke?

Yana mengetuk kepalanya perlahan. Matanya masih setia memandang Adam. Entah mengapa dia tidak mampu untuk melarikan pandangan matanya. Terasa seperti hendak melindungi Adam daripada apa-apa bahaya. Dia turut merasakan seperti melihat seorang lelaki yang melalui banyak kesusahan dan kesukaran dalam hidup, lelaki yang memakai topeng dan berpura-pura menyamar sebagai seorang yang kuat dan juga lelaki yang kesunyinya. Dia sendiri tidak pasti dari manakah perasaan itu muncul. Yana menggeleng kepalanya, membuang segala perasaan yang dialaminya sebentar tadi. Berpendapat bahawa perasaannya itu tidak munasabah, tidak logik dan tidak rasional.

Melihat Adam, Yana berjanji pada diri sendiri. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi. Adam adalah suaminya, masa depannya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencintai Adam sepenuh hati. Yana berjanji untuk membuka hatinya untuk Adam dan belajar mencintai lelaki itu meski dia tahu tidak ada cinta buat masa sekarang. Tetapi esok atau tulat atau mungkin tiga minggu kemudian? Siapa tahu? Yana nekad. Dia milik Adam dan dia akan pastikan bahawa cintanya hanya untuk Adam, suaminya yang sah.

Yana masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Sebaik keluar, Yana menangkap Adam masih tidur dengan posisi sama sebelum dia masuk ke dalam bilik air tadi. Dia menempek bedak pada badan dan memakai baju baharu yang dibelinya beberapa hari yang lalu. Ingin Adam melihat dia sebagai satu-satunya wanita cantik dan anggun di dunia. Lagipun tugas seorang isteri untuk bercantik di hadapan suami, ye tak? Begini ke perasaan newlyweds? Yana senyum sendiri. Dengan cermat dan berhati-hati, Yan mengejutkan Adam.

“Adam,” panggil Yana.

“Adam, bangun. Dah Maghrib ni. Nanti kau tak sempat solat Maghrib.”

“Adam...” Yana menggerakkan Adam lebih kuat berbanding tadi. Dilihatnya mata Adam bergerak sedikit. Tahu bahawa Adam berusaha untuk bangun.

“Adam, bangun. Maghrib,” akhirnya, Adam membuka juga matanya.

“Dah Maghrib ke?” Adam mengeluh perlahan. Perlahan-lahan dia duduk, menguap. Masih mengantuk!

“Kau dah mandi ke?”

“Ha’ah,” Yana menjawab sepatah.

“Patutlah wangi,” Adam senyum. Yana merasakan mukanya panas dengan pujian yang diberikan oleh Adam. Adam sedang puji aku ke ni? Soalnya kepada diri sendiri. “Bagi aku tuala tu,” Yana berdiri dan menyerahkan tuala yang berbeza. Adam bangun dan masuk ke dalam bilik air. Yana pula duduk berteleku di atas katil, menanti Adam siap dan keluar. Meski dia telah tekad untuk mencintai Adam, perasaan takut dan malu masih menebal dalam dirinya. Bertukar status daripada cik ke puan amat menakutkannya. Dia perlukan masa untuk beradaptasi dengan gelaran baru itu. Tetapi satu perkara yang dia pasti, dia akan sentiasa bersama Adam dalam apa jua situasi. Itu janjinya kepada diri sendiri!

ADAM mengambil beberapa biji bantal dan dua helai comforter dari dalam almari seusai menunaikan solat Isyak. Yana hanya melihat perbuatan Adam dengan pandangan pelik. Apa yang sedang Adam lakukan?

“Nak buat apa dengan bantal dan comforter tu?” Yana yang sedang berbaring di atas tilam menyoal.

“Kau tidur atas tilam, aku tidur bawah sini,” Adam menebarkan comforter berbunga itu di atas lantai simen yang sejuk dan keras. Paris themed comforter pula akan digunakan untuk menyelimuti tubuhnya. Yana kerutkan dahi.

Maknanya, aku dan dia tak tidur sekatil? Itu ke maksud Adam?

“Kenapa tak tidur atas sini? Err, kita tak tidur bersama ke?” Yana terasa bagai orang bodoh mengajukan soalan tersebut. Tetapi, dia tak sanggup berada dalam ketidakpastian tidak memperoleh jawapan yang dia inginkan. Dia tak faham dengan tindakan Adam.

“Kau sedang offer diri nak tidur dengan aku ke?” Adam ketawa terbahak-bahak, dapat dirasakan airmata pada matanya disebabkan terlalu kelucuan. Yana geram.

Ada ke patut dia cakap macam tu?! What does it make me?

“Kenapa? Salah ke kita tidur bersama? Tidur je kat atas sini, bukannya buat apa-apa pun, lagipun aku tengah period. Aku cuma kesian tengok kau tidur atas lantai tu,” Yana cuba untuk menerang dan mempertahankan maruahnya namun terasa seperti menegakkan benang yang basah. Dirasakan maruahnya jatuh menjunam dan masuk terus ke dalam tong sampah. Macam mana Adam boleh berubah sekelip mata? Siang tadi sangat gentleman tapi kenapa malam ni dia kejam sangat? Urgh, dan aku! Kenapa aku perlu tanya soalan bodoh macam tu? Yana menggerutu.

Adam berdiri tegak dan memandang Yana tepat.

“Aku dah kata, aku kahwin dengan kau sebab nak balas budi Adien. Suatu hari nanti bila kau dah jumpa pengganti Adien atau seseorang yang kau cintai sepenuh hati, aku akan lepaskan kau. Kau hanya perlu bagitahu aku. Aku takkan jadi penghalang kau. Tetapi hingga saat tu, bear with me sebab aku akan jaga kau sebaiknya. Aku janji. Thanks untuk tawaran tu tapi simpan untuk suami kau ye,” Adam sengih dan terus berbaring.

What?! Kaulah suami aku! Siapa lagi suami aku selain kau kat dunia ni? Selepas aku dah berjanji kat diri sendiri untuk mencintai kau dan berada kat sisi kau selama-lamanya walau apa pun terjadi, kau buat aku begini? Urgh! Yana berteriak dalam hati. Yana menendang-nendang selimutnya tidak puas hati.

Malunya, Malu! Dan lagi, kau tolak pelawaan aku untuk tidur bersama kat atas tilam? Itulah yang kau lakukan, kan? Maknanya, aku ni seperti perempuan murahan yang akan berikan apa sahaja untuk kau tetapi kau senang-senang je tolak? Kurang asam! Tak, tak. Aku lebih terhormat berbanding apa yang aku fikirkan. Urgh! Kau buat aku macam aku ni yang terhegeh-hegeh dekat kau sedangkan kau yang nak sangat kahwin dengan aku! Yana menggerutu dalam hati. Penolakan Adam membuatkannya berasa seperti seorang yang terhegeh-hegeh hendakkan Adam.

Yana terus menarik selimut hingga menutupi kepalanya. Urgh, macam mana pulak boleh jadi macam ni? Dia menyoal diri sendiri dan mengeluh kuat. Meskipun tidak dapat bernafas, Yana enggan untuk membuka selimut yang menutupi mukanya itu. Dia terasa seperti... Murahan! Dipergunakan!

Ya, dia masih ingat itulah tujuan dan sebab utama Adam menikahi dan mengahwininya. Dia yang lupa kerana telah berjanji pada diri sendiri bahawa dia akan mencintai Adam dengan sepenuh hati apabila Adam, pada sisi agama dan undang-undang telah menjadi suaminya yang sah. Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri? Mencintai suami sepenuh hati dan melupakan semua lelaki yang pernah menjadi bekas kekasih dahulu. Tidakkah Adam gembira mengetahui bahawa dia sudah nekad hendak memberikan sepenuh jiwa dan raganya hanya untuk Adam? Oops! Bagaimana kalau Adam sebenarnya sudah mempunyai seseorang yang dia sukai tetapi dia tak boleh memilikinya kerana dia perlu membalas budi Adien? Dan aku! Ingatkan aku kenapa aku bersetuju untuk berkahwin dengannya dulu?

Dia teringatkan janji Adam dimana Adam membenarkan dia untuk menyentuh dadanya apabila dia rindukan Adien atau apabila dia berasa untuk melakukannya. Tapi, argh! Adam sudah memalukannya pada malam perkahwinan mereka. Bagaimana lagi aku nak gunakan modal tu nanti nampak sangat aku yang terhegeh-hegeh. Argh, tak suka, tak suka. Yana geram sendiri. Hendak sahaja dicubit lengan Adam pada waktu itu juga.

Fikiran negatif memasuki minda Yana seperti peluru berpandu yang tidak pernah habis. Masih geram dengan Adam yang dirasakan mempermainkannya. Yana bangun dan mengintai Adam yang sudah nyenyak tidur.

Kau tak bersyukur ke dapat aku sebagai isteri? Aku dah pasti lepaskan Adien pergi sebab kaulah suami aku, masa depan aku dan paling penting kaulah hidup aku. Yana merasakan airmata di hujung matanya. Adam tidak langsung berkutik, sudah lena dalam mimpi. Kilat dan guruh sabung menyabung pun tidak akan mengejutkannya. Dia mengeluh.

Apa yang kau harapkan, Yana? Dia hanya membalas budi. Ingat sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience