BAB 17

Romance Completed 21965

YANA melangkah masuk ke dalam kondo mewah milik Adam. Dia tidak mempunyai mood untuk terus bekerja pada hari itu. Dia telah serahkan semua kerja pada Hazwani, tahu bahawa dia boleh harap dan percayakan sahabat baiknya itu. Selepas mendengar berita itu daripada Isaac, dia jadi tidak tentu arah. Berita itu adalah perkara yang tidak pernah diingininya terjadi kepada keluarganya. Dia berdoa setiap hari agar keluarganya dijauhi daripada perkara buruk tetapi ia tetap berlaku. Allah menguji mereka agar mereka kembali ingat kepadaNya.

Tak hairanlah Issac datang ke tempat kerja dengan wajah yang monyok seperti mayat hidup. Adiknya itu jarang sekali kelihatan moody. Dia hanya kelihatan begitu apabila sesuatu benar-benar menyedihkanny dan bukan sebarang perkara boleh membuatkannya sedih. Bila bersedih pula, ia takkan lama. Tetapi, ini adalah kali ketiga dia menangkap Isaac moody. Dah tu, jarang pulak memperlihatkan batang hidungnya di kedai.

Yana menarik tangan Isaac masuk ke dalam mini pejabatnya. Mereka berdua duduk tetapi mata Isaac hanya memandang permaidani biru di lantai. Hanya berdiam diri meskipun Yana mengajukan soalan bertalu-talu. Mengandaikan bahawa ia berkaitan perempuan dan sebagai kakak, dia merasakan bahawa dia kena bantu adiknya yang tidak pernah bercinta itu. Lagi pula, jikalau adiknya mengatakan lelaki kenal lelaki, dia juga boleh mengatakan hanya perempuan yang mengenali perempuan, betul tidak? Yana menyengih memikirkan Isaac akan berkahwin tak lama lagi. Dia akan mempunyai adik ipar.

“Janji takkan sakit jantung” Isaac memberi amaran. Selepas disoal siasat dengan soalan yang entah apa-apa entah dari kakaknya itu, dia mengambil keputusan untuk memberitahu. Kakaknya sebahagian daripada keluarga, mengapa hendak dirahsiakan pulak? Siapa lagi hendak menolong kalau bukan ahli keluarga sendiri? Kali ini dia tekad memberitahu kakaknya biarpun dihalang oleh ibu dan bapanya.

“Akak janji, takkan dapat sakit jantung” hish, Isaac ni. Tak tahu ke Adam tu pernah ada kanser hati? Ayat tu tak boleh baik sikit lagi ke? Soalnya yang tidak dapat dikeluarkan dari mulutnya.

“Rumah kita tu...” Isaac berhenti. Yana sudah memberi seratus peratus perhatian kepada adiknya. Kenapa dengan rumah tu? Kenapa lain benar mukaddimahnya dengan apa yang aku sedang fikir ni?

“Akan disita oleh bank”

“Hah?!” Yana berteriak. Isaac mengangguk. Apa yang dah berlaku beberapa minggu selepas aku keluar dari rumah tu?

“Kau jangan mainkan akak Zek”

“Apa faedahnya Zek mainkan akak benda-benda macam ni? Rumah tu akan disita oleh bank. Bank nak ambil semula rumah tu. Period”

“Tapi kenapa?”

“Zek tak tahu cerita sebenar. Mak cakap, something went wrong dengan investment yang ayah join. Setahu Zek, ayah letakkan rumah tu sebagai gadai janji. Partner ayah pulak hilang entah ke mana dan sekarang ayah kena bertanggungjawab sendirian. Pekerja bank dah banyak kali datang ke rumah untuk suruh keluar, tapi kitorang nak ke mana? Zek dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Zek dah jual semua barang bernilai Zek tapi semua tu macam tak pernah cukup. Mak tak henti-henti nangis sejak dapat tahu dan ayah pulak... Zek tak tahu ayah ada kat mana. Ayah tak pulang rumah sejak semalam” Isaac mengeluh, pening. Yana sudah dibanjiri tangisan.

“Kenapa tak bagitahu akak benda ni lebih awal?” dia mengelap airmatanya.

“Mak dah warning. Mak tak nak akak risau”

“Akak ni dah jadi stranger ke sekarang?”

“Sampainya hati!” Yana menumbuk lengan adiknya. Dia berasa tersisih, tidak penting. Sudahlah Adam menetapkan mereka adalah orang asing, kini keluarganya pulak membuatnya betul-betul seperti orang asing.

“Maaf tapi kitorang cuba untuk survive” Yana memandang adiknya tajam.

“Cuba untuk survive? Jadi, akak ni apa kalau kau cakap macam tu? Huh!” Yana geram. Keluarganya membuatkan dia seperti enggan membantu keluarga sendiri. Sedih.

“Takpelah, akak tengok apa yang akak boleh buat” senyap.

“Bila hari terakhir kamu kena keluar rumah?”

“Isnin minggu depan” Yana menggeleng. Dia menutup mata. Keluarganya melampau, sanggup tidak memberitahu perkara tersebut kepada dirinya. Dia bukanlah seorang anak yang akan meninggalkan keluarganya apabila mereka berada dalam kesusahan. Dia takkan membuang keluarganya meskipun dah berkahwin, sebab itulah maksud sebenar sebuah keluarga. Kerana itulah adanya peribahasa, blood is thicker than water. Jika dia tidak memaksa Isaac untuk membuka mulut, keluarganya pasti dah menjadi gelandangan. Dia tak boleh biarkan perkara itu terjadi. Tidak sekali-kali! Dan, Isnin minggu depan. Mereka cuma mempunyai lima hari sahaja lagi.

“Berapa banyak ayah kena bayar?”

“Tujuh ratus ribu” membulat mata Yana. Hutangnya yang baru seratus ribu itu pun sudah menjerut lehernya, apatah lagi tujuh ratus ribu? Mana mereka hendak dapatkan tujuh ratus ribu dalam masa lima hari? Isaac meraup mukanya, sudah beberapa hari dia tidak tidur. Tidur pun seperti bermimpi perkara yang sama. Yana menarik nafas panjang.

“Takpelah, kau balik rumah dulu. Bagitahu mak dan ayah, just stay kat rumah tu dulu. Akak usahakan tanya Adam apa yang boleh dilakukan , mungkin dia boleh fikir sesuatu sebab dia banyak pengalaman dalam bidang ni” Isaac mengangguk dan Yana meninggalkan kedainya selepas berpesan Hazwani. Dia mahu mengambil udara segar, mencari ilham bagaimana melangsaikan hutang ayahnya yang hampir mencecah sejuta itu dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan tempat tinggal mereka yang mempunyai banyak kenangan sedari kecil itu. Dia tidak boleh menyalahkan ayahnya. Dia tahu, ayahnya mahu menghasilkan beberapa pendapatan pasif sebelum dia bersara tahun depan. Lebih tepat, lima bulan dari sekarang. Niatnya baik tetapi mungkin dia telah digunakan oleh rakannya sendiri.

Rakan? Soal Yana. Seorang rakan tidak akan sesekali lari macam pengecut. Yana berasa kasihan terhadap ayahnya. Fikiran, tolong berfikir. Fikirkan sesuatu yang terbaik. Sejurus selepas itu, Yana masuk semula ke dalam keretanya dan akhirnya berhenti di hadapan syarikat Adam Empire. Lama dia berkira-kira hendak masuk atau tidak. Dia tidak pernah ke syarikat Adam. Adam tidak pernah memberitahu lokasi syarikatnya. Dia hanya tahu nama syarikat tersebut Adam dan mencarinya dalam waze. Mungkin ni lah syarikatnya, bisik Yana dalam hati.

Hmph! Nampak sangat dia nak sembunyikan aku. Yana mematikan enjin kereta dan melangkah keluar. Dia menarik nafas panjang. Berdoa dan berharap agar Adam ada di dalam syarikatnya. Malu ke Adam nampak aku kat sini? Tetapi, kalau aku tak jumpa dia sekarang aku takkan dapat cakap hal ni dekat dia. Dia balik bila aku dah tidur. Dalam rumah pun bukannya nak bercakap dengan aku. Asyik berkepit dengan telefon dan laptopnya. Takpelah, aku datang ni sebagai klien dia, bukan isteri dia. Yana tekad. Akhirnya, dia melangkah masuk juga ke dalam Adam Empire.

“Ye, cik. Nak cari siapa?” Yana disoal apabila dia berdiri di kaunter pertanyaan. Yana membaca tag nama counterboy tersebut, Irwan. Hmm, mungkin fresh graduate atau budak praktikal? Dia nampak sangat muda, mungkin sebab tulah kot dia tak tahu aku ni bukan lagi cik. Aku ni puanlah. Isteri bos kau, teriaknya dalam hati. Malu mengaku benda tersebut apabila Adam sendiri tidak mengakuinya. Dia berdehem cuba menyembunyikan rasa terkilan. Nampak sangat Adam tak pernah bagitahu dia dah kahwin, aku memang invisible! Gerutu Yana dalam hati.

“Nak cari Encik Adam”

“Sorry, cik. Ada buat appointment dengan Encik Adam ke sebab Encik Adam takde sekarang ni. Dia keluar jumpa klien” beritahu pekerja di kaunter pertanyaan itu lagi. Sedihnya, nak jumpa suami sendiri pun kena buat appoinment! Yana tahan hati. Ada suami pun macam takde suami jugak.

“Takde. Kalau macam tu, takpelah. Aku datang lain kali” Yana berpaling.

“Cik!” panggil pemuda itu agak berteriak. Yana berpaling semula.

“Aku boleh aturkan appoinment cik dengan Encik Adam. Aku bagitahu dia bila dia balik kat sini nanti” cadang pemuda itu dengan senyuman. Adam dah ajar dia untuk bersikap ramah dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang melalui pintu masuk itu. Semua orang adalah potential customers. Jadi, layan diorang sebaik mungkin. Buat mereka rasa macam rumah sendiri. Jangan biarkan diorang pergi sebab kalau kau dah buat begitu, kau dah buang salah satu punca perdapatan kau. Begitulah kata-kata Adam yang melekat dalam kotak fikirannya.

“Takpe. Just bagitahu dia Iman Iryana nak jumpa. Thank you” lalu Yana cepat-cepat meninggalkan syarikat tersebut. Sempat dia melihat perubahan riak wajah pemuda tersebut. Mesti sedang berfikir samada aku ni VIP Adam atau sebaliknya. Anyway, aku memang VIP Adam, Yana sengih sendiri. Beberapa saat kemudian dia mengerutkan mukanya memikirkan hakikat sebenar bahawa dia bukanlah VIP sangat kepada Adam. Adam tidak pernah meletakkannya nombor satu. Dia tidak tahu pun dimana kedudukannya. Yana mencebir memikirkan Adam mempunyai seseorang. Dia berasa jealous kepada sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Adam banyak sangat rahsianya. Buat sekian kalinya, Yana mengeluh.

“BOSS, ada perempuan bernama Iman Iryana datang kat sini tadi nak jumpa dengan bos!” Irwan memberitahu apabila melihat Adam memasuki syarikat. Adam terus berhenti melangkah.

“Siapa?” soalnya dengan kerutan seribu, takut salah dengar.

“Iman Iryana” selamba sahaja Irwan menjawab.

“Bila dia datang kat sini? Mana dia sekarang?” apa dia nak sampai datang syarikat aku? Apa yang dah merasuk dia untuk luangkan banyak masa lawat aku kat ofis? Bisik Adam.

“Dalam pukul dua tadi tapi bila aku bagitahu bos takde, dia terus chow”

“Kalau dia datang lagi kat sini, bagitahu dia masuk terus kat dalam pejabat aku. Kalau kau nak tahu, dia tu wife aku. Tapi takpelah, sebab kau masih baru kat sini” giliran Irwan pula terkejut. Macam mana nak kenal isteri bos kalau tak pernah jumpa? Tak pernah tahu pun bos dah kahwin.

“Hah, bos dah kahwin ke? Tak tahu pun” balas Irwan.

“Aku dah kahwin sebelum kau kerja kat sini. Aku sekeh kepala kau karang. Lain kali, cuba bersosial sikit dengan yang lain. Jangan alienatedkan diri tu, kau boleh dapat banyak informasi bila bersosial. Baik untuk tingkatkan konfiden jugak” Adam menasihati. Irwan mengangguk, mengakui Adam banyak mengajarnya tentang bisnes dan kehidupan sosial. Sebab itu, dia sukak bekerja di syarikat tersebut.

“Manalah aku tahu dia tu isteri bos. Gambar kahwin atau gambar bos dengan isteri bos pun takde dalam bilik bos, camner aku nak tahu? Bos kena ada benda tu, sekurang-kurangnya, klien perempuan takdelah nak terhegeh-hegeh dekat bos. Aku boleh sense banyak yang cuba seduce bos bila masuk pejabat bos” Adam menggeleng, Irwan senyum mengejek. Itu merupakan satu perkara yang dia sendiri tidak dapat elakkan. Dia, sebagai seorang lelaki, juga dapat mengesan perilaku pelik perempuan yang masuk ke dalam pejabatnya tetapi dia sengaja buat bodoh. Dulu waktu dia bukan siapa-siapa, takde pulak perempuan nakkan dirinya. Sekarang bila dia dah dikira berjaya, banyak pula perempuan tawar diri sendiri kepadanya. Walau apa pun, dia tidak tunjukkan minat kepada perempuan-perempuan tersebut.

“Jangan salahkan aku, aku tak bersalah. Sila salahkan perempuan-perempuan tu, ya?” Adam sengih.

“Ambil fail ni. Letak atas meja aku. Kalau hilang satu dokumen pun, aku cari kau sampai lubang cacing” ugut Adam dan menyerahkan dokumen yang digenggamnya kepada Irwan. Irwan baru hendak memulakan langkah sebelum Adam memberhentikannya.

“Sebelum tu, aku ada tugasan untuk kau” Adam berpaling semula dan menghadap Irwan. Syok juga mengenakan budak baru ni, nak bagi dia orentasi sikit!

“Apa dia bos? Aku dah tak sabar nak berurusan dengan klien ni” mata Irwan bersinar-sinar mendengar perkataan tugasan daripada majikannya itu. Dia sudah bosan bekerja di bahagian kaunter. Dia mahu bekerja di lapangan. Dia mahu menjual rumah meskipun bukan itu yang dipelajarinya di universiti.

“Oleh kerana kau dah timbulkan pasal takde gambar dalam bilik aku, aku nak kau dapatkan gambar kahwin aku dengan isteri aku dan letakkan atas meja aku. Aku nak frame yang cantik” Adam membuat muka serius.

“What?! Ingatkan nak berurusan dengan klien” Irwan panas sendiri.

“Hey, slow-slowlah. Anggap je aku ni klien kau. Pelajaran pertama, berurusan dengan klien lebih banyak songeh berbanding apa yang aku minta tadi. Kalau kau tak boleh buat benda kecil macam tu, macam mana aku nak percayakan kau untuk uruskan benda besar?” Irwan mengeluh. Betul kata Adam. Dia perlu buktikan dirinya.

“Okey, bos. I will do it! Tapi, mana nak cari gambar kahwin bos?” Irwan sedikit berteriak kerana Adam sudah pun melangkah menginggalkan kaunter.

“Usahakan sampai dapat!” tanpa menoleh Adam berteriak.

Mampus aku! Irwan mengeluh.

“ASSALAMUALAIKUM!” Adam melangkah masuk ke dalam rumah. Yana yang sedang duduk berfikir, terkejut dengan sapaan daripada Adam. Adam tidak pernah balik ke rumah pada waktu petang. Yana bingung tetapi cepat mendapatkan Adam, bersalaman dan mencium tangan suaminya itu. Rasa bahagia menyelubungi Adam diperlakukan sedemikian rupa. Biarpun dia tidak meminta Yana memperlakukannya seperti seorang suami, Yana tetap menghormati dan melayannya seperti itu. Perasaan itu hanya didiamkan sahaja. Tidak mahu Yana mengetahui perasaan yang menyelubunginya saat ini.

“Apasal cari aku tadi?” Adam duduk di sofa. Yana mengikut. Tangan Adam meleraikan simpulan tali lehernya dan matanya memandang Yana tidak berkelip, meminta kepastian.

“Sebelum tu, kau nak air ke? Aku ada panaskan air tadi”

“Boleh juga. Teh O” Yana berdiri dan membancuh air untuk Adam. Sambil membancuh, Yana berselawat agar air bancuhannya dapat menenangkan Adam apabila dia memberitahu berita yang sedang asyik bermain dalam fikirannya sekarang. Dia tidak tahu hendak beritahu siapa lagi selain Adam. Lagipun, Adam adalah suaminya. Berkahwin dengannya bermakna berkahwin dengan semua ahli keluarganya, bukan? Membantu keluarganya juga bermakna membalas budi Adien, kan? Dia membuat kesimpulan sendiri.

Yana kembali semula ke tempat Adam tetapi langkahnya terhenti saat melihat Adam terlelap dengan sarung kaki yang belum dibuka. Kepala dan belakangnya disandarkan pada sofa. Tangan kiri pula masih memegang lengan baju tangan kanan yang mana membuatkan Yana membuat andaian Adam terlelap saat dia melipat lengan baju tersebut. Dia jatuh kasihan melihat keadaan Adam yang pulang dalam keadaan penat. Ini merupakan kali pertama dia melihat Adam terlelap kepenatan kerana dia tidak pernah menunggu Adam pulang. Dia hanya lakukan apa yang telah Adam senaraikan dalam peraturannya; hidup sebagai orang asing.

Yana mengeluh. Betapa teruknya perkahwinan mereka, kedua-duanya tidak berhasrat untuk menjayakannya. Oh, tidak. Aku berusaha sedikit, mungkin?

Yana meletakkan cawan tersebut di atas meja dan mengalihkan tangan kiri Adam seraya melipat kedua-dua lengan baju tersebut. Dia melipat kedua-duanya hingaa ke siku seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Adam. Kemudian, membuka sarung kaki Adam dan meletakkannya ke dalam kasutnya. Setelah itu, dia kembali duduk bersebelahan Adam. Dia melihat setiap inci wajah lelaki yang telah mengahwininya dan menetapkan peraturan serta syarat dalam perkahwinan mereka. Jodoh yang tidak disangka. Jodoh yang datang untuk membalas budi. Jodoh yang mempunyai penyakit sejak dari kecil tetapi mempunyai impian yang besar.

Entahlah, Yana tidak pasti dengan perasaannya pada waktu ini. Adam sedikit sebanyak mempunyai ciri-ciri lelaki yang diidamkannya; bermotivasi tinggi, kuat bekerja dan pada masa yang sama Adam tidak lupa kewajipannya sebagai seorang hamba. Ya, dia mahukan lelaki sebegitu untuk dijadikan sebagai seorang suami tetapi setelah mendapatnya, dia mahu Adam tidak terlalu mengutamakan kerjayanya. Dia mahukan perhatian daripada Adam. Dia tidak mahu mereka hanya menjadi orang asing yang tinggal bersama di dalam satu rumah. Dia mahu lebih daripada itu. Namun, dia tahu itu adalah sesuatu yang mustahil. Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang diri Adam, dia tahu Adam adalah seorang yang berpegang pada prinsip. Jika dikata A, maka A lah yang perlu dipatuhi. No B or C!

Yana mengeluh. Dia mengusap perlahan pipi Adam. Apa yang kau telah lakukan pada aku, Adam? Adakah apa yang aku rasakan ini cinta? Kalau perasaan ini adalah cinta, apa perasaan yang aku alami ketika bersama Adien dulu? Aku tak tahu, aku keliru, aku konfius! Satu perkara yang aku pasti adalah, perasaan ketika aku bersama kau lebih kuat berbanding ketika aku bersama Adien dulu. Aku tahu kau tak rasakannya dan aku tak tahu sejak bila aku mempunyai perasaan ini. Tahu-tahu sahaja, perasaan ini hadir. Tak salahkan mempunyai perasaan ini? Kau adalah suami aku, suami aku yang sah dan sewajibnya aku mencintai kau. Aku minta maaf sebab dah langgar peraturan kau.

Yana mengeluh berat. Sedih hatinya kerana hanya mampu meluahkan perasaan dalam hati sendiri. Sedih kerana tidak dapat mengatakannya kepada Adam. Adam bergerak. Yana pantas mengalihkan tangannya daripada terus mengusap pipi Adam. Malu sekiranya Adam mengetahui bahawa dia curi-curi mengusap pipi suaminya sendiri. Adam membuka mata, Yana membatu. Adam memandang Yana, dia masih dalam keadaan mamai. Tidak sedar dia boleh terlelap dalam keadaan begitu.

“Takpelah, aku naik dulu. Penat sangat. Lain kali baru bincang kenapa kau datang kat office aku, boleh kan?” Adam menunduk, hendak membuka stokingnya. Dia berasa pelik kerana ia sudah tidak lagi bersarung di kakinya. Dia memandang Yana, Yana jongket bahu.

“Minumlah dulu. Aku dah buatkan air untuk kau” Yana menolak cawan berisi Teh O kepada Adam. Adam membetulkan duduk. Mengingat kembali samada dia sudah membuka stokingnya sebentar tadi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ah, lain kali tidur petang lagi, kan dah hilang ingatan, bisik Adam dalam hati. Dia mengambil cawan itu dan meneguk minuman tersebut.

“Sedap!” puji Adam dengan mata yang masih melekat pada minuman tersebut. Jujur, air tu sangat sedap. Dia berpaling memandang Yana dan menguntum senyum. Ah, kenapa perlu senyum begitu kat aku? Kau tahu tak kau senyum begitu dah boleh buat aku cair? Cair, secair, cairnya! Teriak Yana yang hanya bergema dalam hati.

“Ye ke? Aku boleh buat hari-hari untuk kau kalau kau balik awal sikit” giliran Yana pula menguntum senyuman paling manis buat Adam, berharap Adam akan mengiyakan harapannya. Adam hanya menyengih.

“Nampak gayanya tak dapatlah aku minum Teh O buatan tangan kau kalau macam ni” Adam menyerahkan semula cawan tersebut kepada Yana dan bergerak ke tangga. Dia betul-betul penat bertemu dengan beberapa klien penting yang sudah mengambil keputusan untuk membeli kondo mewah tersebut. Esok, dia bercadang untuk bertemu dengan Fauzi semula. Adam berhenti daripada mendaki anak tangga, kepalanya dipalingkan menghadap isterinya.

“Lain kali kalau datang pejabat aku, bagitahu dulu. Bukannya kau tak ada nombor telefon aku, kan? Ataupun, tak perlulah nak datang pejabat aku. Kita boleh bincang segalanya kat rumah” Yana muncungkan bibir. Nampak, tak? Dia sedaya upayanya tak nak orang lain tahu dia tu dah beristeri. Dia nak simpan je aku kat rumah ni supaya dia boleh cari calon lain nak gantikan aku. Sedih.

“Nak jumpa dengan kau kat rumah ni pun payah. Never mind. Aku tak sengaja pun datang office kau tadi, tahu-tahu je, aku dah kat depan office kau. Sorry, won’t happen again” Yana bersuara dalam suara yang paling rendah agar Adam tidak mendengarnya.

“Apa dia?” soal Adam.

“Takde. Aku minta maaf. Takkan berlaku lagi”

“Hurm...” Adam terus mendaki anak tangga. Yana hanya mengekorinya dengan anak mata. Urgh, jatuh cinta kat aku boleh tak, Adam? Terus terlupa tentang tujuan kedatangannya ke syarikat Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience