BAB 41

Romance Completed 21965

“EH, Yana...” Fazura mendekati Yana dan Adam yang sedang makan. Kedua-duanya mengangkat muka.

“Dah lama tak jumpa kau” Yana menyengih.

“Kau tu busy melancong sangat. Mana nak jumpa aku” Yana berbasa-basi. Tak jumpa pun tak apa sebenanrnya, bisik hatinya. Tadi dah jumpa mak dia, sekarang anaknya pula. Adoi! Yana memegang tangan Adam di bawah meja. Adam memandangnya.

“Takdelah. Aku ada je kat rumah. Susahlah nak melancong bila dah nak bertambah ahli keluarga ni...” Yana hanya senyum, meskipun dia tahu senyumannya tidak ikhlas. Dah nak mulalah tu.

“Aku dengar kau kena culik hari tu. Betul ke?” Adam memandang sepupu Yana yang dikenali sebagai Fazura itu. Perkara yang sudah berlaku dua tahun lalu baru dia nak tanya sekarang? Muka pun jarang jumpa, tiba-tiba dia ajukan soalan macam ni.

“Cerita tu dah lama baru kau nak tanya sekarang. Aku pun dah malas nak ingat dan hurai benda tu. Please, jangan tanya” jawab Yana lagi. Malasnya nak layan minah ni!

“Dah lama ke? Baru je aku tahu, mak bagitahu kat dapur tadi” Yana hanya teruskan menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Aku dengar kau keguguran waktu penculikan tu, ya ke?” Tidak habis-habis soalan pula minah ni, gerutu Yana dalam hati. Adam sudah menghabiskan makanannya dan meneguk air minreal dari botol yang disediakan di atas meja tersebut.

“Fazura, kan?” tanya Adam. Fazura mengangguk.

“Beginilah, tak payah tanya benda tu semua sekarang ni atau sampai bila-bila pun. Kalau nak ungkit pasal hal yang berlaku dua tahun lepas, lebih baik tak payah. Isteri saya nak makan. Kalau nak tanya bila isteri saya nak mengandung, kami berdua takde jawapannya tapi kami memang sedang berusaha. Tolong hormat sikit privacy kami” Adam bertegas. Pantang dia apabila orang hendak betanya bila Yana hendak mengandung sedangkan diorang sendiri pun tidak punyai jawapannya. Allah belum beri rezeki lagi hendak buat macam mana? Memang mereka sedang berusaha, janganlah asyik bertanya. Bukannya mereka yang akan memujuk Yana nanti, dia juga! Haih!

“Bukannya apa.. Saya cuma nak buat confirmation je. Saya terkejut sangat tadi bila dapat tahu yang Yana pernah diculik. Dah dua tahun pula kejadian tu”

“Kalau nak confirmation, ye Yana memang pernah diculik. Puas hati?” Adam melihat Yana yang sudah berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya. Haih, manusia-manusia ini! Makin risau dirinya apabila Yana semakin kurus. Yana bukan seperti Yana yang dahulu lagi. Selera makannya sudah hilang. Tahap kerajinannya memasak juga sudah pun menurun. Asyik termenung dan menangis sendirian sahaja.

Bukannya Adam tidak sedar tetapi dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk memujuk Yana. Datang ke majlis ini pun susah benar dia hendak memujuk. Kalau selalu, dia hanya akan passed sahaja tetapi mengenangkan ini adalah majlis cucu sulung keluarga mereka, Yana datang juga. Alih-alih, jumpa pula keluarga yang jarang berjumpa tetapi terkenal dengan mulut yang tidak ada insuran itu.

“Jadi, Yana memang keguguranlah waktu penculikan tu? Siapa penculik tu ek?” soal Fazura yang masih belum berpuas hati dengan jawapan daripada Adam. Seperti tidak ada perasaan bertimbang rasa langsung dengan Yana yang dari tadi menunduk.

“Berapa banyak confrmation yang kau nak buat ni?” soal Adam. Kalau bukan kerana perempuan di hadapannya itu sedang mengandung, sudah lama rasanya tangannya melekat di muka perempuan itu. Bertanya soalan yang sudah terang lagi bersuluh!

“Kau mengandung ke sekarang ni?” soal Adam dalam nada yang marah. Fazura mengangguk.

“Kalau begitu, kau sepatutnya lebih tahu perasaan orang yang mengandung. Tolonglah hormat perasaan orang lain sikit. Dan lagi, kau kena ingat. Orang mengandung kena jaga percakapan. Jangan sampai apa yang kau cakap tu membuatkan anak dalam kandungan kau yang terpalit”

“Yana, kau tak boleh mengandung lagi ke?” soal Fazura lagi. Yana terpempan.

Ya Allah, tabahkanlah hati aku... Tangis Yana dalam hati. Adam semakin baran. Soalan yang langsung tidak masuk akal! Soalan yang tidak pernah diberitahu jawapannya kepada orang lain. Tak guna! Bentak Adam dalam hati.

“Kau, lebih baik kau tinggalkan kami sekarang!” Suara Adam meninggi. Ahli keluarga lain yang belum balik berpaling ke arah mereka mendengar suara Adam yang meninggi. Adam sudah hilang sabar. Dia sudah berusaha mengawal suaranya sebentar tadi. Dia juga sudah gunakan perkataan ‘tolong’ tetapi perempuan yang muda empat tahun darinya itu tetap juga tidak reti berhenti daripada bertanyakan soalan yang menyakitkan hati. Tambah menyakitkan hatinya apabila perempuan itu bertanyakan yang Yana sudah tidak boleh mengandung lagi! Apakah?! Pertanyaan tersebut membuatkan kata-kata Doktor Faizal terngiang-ngiang kembali di telinganya. Damn it!

Yana sudah teresak-esak, menahan tangis. Argh! Sudah! Nak sahaja dia memberikan flying kick di muka perempuan itu.

“Takpelah, Han. Abang Adam dan kak Yana balik dulu. Ada sahaja orang kat dunia ni yang asyik jaga tepi kain orang lain. Kalau dalam hal yang baik, takpelah. Ni bertanyakan yang bukan-bukan. Mulut tu jaga sikit. Aku risau nanti anak dalam kandungan tu pula yang menanggung dosa mak dia.” Adam membawa Yana bangun dan bersalaman dengan semua ahli keluarganya dan Yana.

“Assalamualaikum!” Adam dan Yana bergerak keluar dari rumah Isaac. Isaac dan ahli keluarga yang lain mengekori mereka hingga ke muka pintu. Isaac mengeluh kecil. Dia tahu apa yang berlaku dalam bilik tadi melalui isterinya, Sufia. Sedih dengan keadaan yang menimpa abang ipar dan kakaknya itu. Ibunya juga asyik menyatakan perkara yang sama cuma tidak disampaikan kepada Yana, tidak mahu menambah luka di hati kakaknya. Dialah yang menjadi pendengar setia kepada luahan ibunya sejak kejadian yang menimpa kakaknya dua tahun lalu. Dia tidak tahu samada dia boleh menjadi sekuat kakak dan abang iparnya sekiranya dia yang berada dalam situasi tersebut.

Yana sudah menangis teresak-esak. Adam terus memandu keluar dari halaman rumah tersebut. Kata-kata Doktor Faizal masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Emosinya juga terganggu. Bukannya apa, kadangkala dia terfikirkan umurnya yang sudah menginjak tiga puluh dua tahun dan belum mempunyai zuriat. Sesekali dirasakan kata-kata Doktor Faizal itu ada benarnya. Dia mengeluh perlahan seraya memandang sekilas ke arah Yana yang masih menangis.

“Kita tidur kat hotel jelah malam ni, nak?” Adam memperlahankan kereta apabila memasuki kawasan bandar. Melihat-lihat sekeliling dan mencari hotel yang mewah dan terbaik dalam kepalanya sekarang ini. Yana mengangguk.

“Apa dia? Abang tak dengarlah”

“Yana ikut je...” perlahan sahaja suara Yana, hampir tidak kedengaran oleh Adam.

“Okeylah! Kita ke hotel kat depan tulah!” Adam terus meluncurkan keretanya ke Grand BlueWave Hotel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience