BAB 12

Romance Completed 21965

“HEY, big brother dah kahwin. So, macam mana hidup dan kahwin ni? Best?” Fez bertanya apabila tangannya dan tangan Adam bertautan seraya berpelukan di balai ketibaan luar negara Leeds Bradford International Airport. Bahasa Melayunya masih hebat meski sudah lama tidak menuturkan bahasa itu. Ketibaan mereka di lapangan terbang antarabangsa itu disambut oleh Puan Rania, adik kepada ibu Adam dan Fez, sepupunya.

“Kenalah kahwin kalau nak dapatkan jawapan tu. Eh, macam mana kau nampak lebih handsome dari aku sekarang? I used to be hotter than you” pecah ketawa semua yang berada di situ mendengar seloroh Adam. Walaupun berjauhan, mereka agak rapat antara satu sama lain. Adam kerap melawat mereka sewaktu cuti sekolah jika tidak mempunyai rancangan lain dengan sepupunya yang seorang lagi, Ab, sejak mereka sekeluarga berpindah ke Leeds sewaktu dia masih di bangku sekolah menengah.

Sewaktu Puan Rania masih menetap di Malaysia, mereka bertiga bersama-sama dengan Ab selalu meluangkan masa bersama untuk bermain arcade game di pusat membeli belah. Mereka dibenarkan keluar tanpa orang dewasa kerana ikatan persaudaraan tersebut. Ikatan tersebut membolehkan mereka dipercayai untuk saling melindungi satu sama lain. Bersusah payah untuk keluar hanya untuk bermain arcade games di pusat membeli-belah. Meskipun begitu, itu adalah antara detik gemilag mereka sewaktu berinjak remaja.

“Kau tak pernah hotter dari akulah, Adam. Aku akan sentiasa berada three level up, higher than you. Always and always will be!”

“Okay, I take that as a compliment!” Adam menepuk bahu sepupunya yang muda tiga tahun darinya itu. Kemudian, Puan Marya dan adiknya berpelukan. Lama tidak berjumpa. Masing-masing melepaskan rindu dalam hati. Beberapa ketika kemudian, Puan Rania melepaskan pelukan dan memandang setiap inci badan kakaknya.

“Oh, kakakku. Rindunya aku kat kau. Kenapa nampak sangat kurus ni? Abang Ryan tak bagi akak makan, eh?” Puan Rania memandang Encik Ryan dengan pandangan bergurau. Puan Rania sememangnya dikenali sebagai seorang yang peramah dan gurauannya yang tidak menyakitkan hati. Boleh menjadi kawan baik dengan orang asing dalam masa yang sangat singkat bak kata orang benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Begitulah perumpaan orang yang mengenali Puan Rania. Pecah ketawa semua yang mendengar gurauan Puan. Rania apatahlagi dengan slang Londonnya yang memikat hati itu.

“Dia makan lebih banyak dari yang sepatutnya. By the way, she loves Malaysian’s foods. You should cook some” balas Encik Ryan.

“When in Rome do as the Romans do and that applies here. You should try the local food. Don’t worry. Everythings’s halaal, okay?” Puan Rania meyakinkan mereka semua. Seteleh berpindah ke tempat itu, dia sudah tahu mana-mana tempat yang halal dan haram. Mencari makanan halal di luar negara sudah tidak sesukar dahulu kerana semakin banyak orang luar negara yang memeluk Islam dan juga banyak Muslim yang membuka kedai dan restoran halal khas untuk pelancong Muslim di serata dunia. Puan Marya mengangguk menyokong kenyataan adiknya.

“Kau tak rindu makanan Malaysia ke, Rania?”

“Siapa kata tak rindu? Kalau dah Malaysian tu makanan Malaysian jugak tulah yang dicarinya. Sebab rindulah, aku dah siap-siap pesan kak Marya bawa benda penting yang aku idam sangat. Akak ada bawa tak?” Puan Rania bertanya seraya mengalihkan perhatiannya kepada kakaknya.

“Mestilah akak bawak. Pedulikkan abang ipar kau ni. Dia sebenarnya yang tak boleh makan selain dari makanan Malaysia” balasan daripada Puan Marya menyebabkan semua orang ketawa. Kemudian, Adam mengambil sedikit masa memperkenalkan keluarga barunya satu persatau bermula dengan Yana, bapa dan ibu mentuanya dan akhir sekali Isaac. Sekejap sahaja, Fez dan ibunya dapat mengingat nama-nama tersebut.

“Naik kereta dulu. Chit chat tu sambung dalam kereta, okey? Takut nanti tak sempat sampai kat rumah. Adam, Yana dan Isaac ikut kereta Fez, selebihnya ikut aku. Jangan risau, Fez dah siap-siap sewa Civic tourer yang besar. Takkan ada yang tinggal kat airport ni” semua orang menurut sahaja arahan daripada Puan Rania masuk ke dalam kereta apabila bagasi dan barang lain sudah dimuatkan ke dalam kereta.

“Jadi, apa plan?” Fez menyoal sebaik sahaja keretanya meluncur di atas highway.

“Plan? Plan apa?” Adam kerutkan dahi. Tidak faham dengan soalan tersebut.

“Travelling plan?”

“Perluke? Tak perlu rasanya. Saja je bawa semua ahli keluarga untuk kenalkan kat korang. Mungkin akan bawa ke tempat-tempat yang famous macam Royal Armouries Museum, shopping malls, stadium”

“Takde plan? Tak boleh jadi ni. Dan muzium, boringnya! Takpe. Aku volunteerkan diri sebagai tourguide. Yana dan Isaac, pernah tengok teater ke?” Fez memandang Yana sekilas melalui cermin pandang belakang lalu matanya dialihkan semula ke jalan raya.

“Teater? Hurm, aku ni bukannya jenis teater sebenarnya...” belum sempat Yana menghabiskan ayatnya, dia telah dipotong oleh Adam.

“See? Aku kenallah isteri aku, Fez. Kau pulak cakap idea aku boring. Lame”

“Aku belum habis cakap lagi. Aku memang bukannya jenis teater tapi aku nak try tengok. Mesti best!” Yana teruja. Jawapannya menyebabkan Adam memandangnya dengan pandangan ‘save my face here, will you?’. Namun, Yana hanya jongket bahu. Fez yang memandu ketawa lucu.

“Isaac?” Soal Fez dalam ketawanya yang masih bersisa.

“Saya ikut je sebab saya tak tahu tempat ni. Asalkan korang tak jual atau paksa saya ambil drug” sekali lagi, pecah ketawa Fez. Kelakar sungguh dirasakan dua orang penumpang keretanya itu.

“Aku tak gila lagi nak buat semua benda tu. Takde faedah pun”

“Aku dah bagitahu, they’re very tactful” Adam senyum sahaja. Dia sudah pernah mendengar ayat yang ala-ala sama seperti itu.

“Untunglah korang berdua, ada Whittington Pantomine dalam dua hari lagi. So, kita akan ke sana”

“Okey” jawab dua beradik itu serentak.

“Kau rosakkan plan aku”

“Aku upgradekan plan kau ni. Takde orang nak lawat muzium, percayalah”

“Fine, whatever. You win! Please, be the tourguide!” Fez gelak kesukaan. Salah satu kegemarannya, mengalahkan Adam. Apatahlagi Adam adalah seorang yang bercita-cita tinggi. Ingin diri sendiri sahaja menang.

“ADAM, ni bilik kau dengan Yana” Puan Rania menunjukkan bilik mereka berdua selepas menunjukkan bilik kepada semua tetamu yang lain. Bilik tersebut terletak di hujung sebelah kanan rumah dengan pemandangan bunga yang cantik di halaman rumah yang boleh dilihat terus daripada tingkap bilik itu.

“Thank you, aunt. Tak perlu susah-susah tunjukkan bilik, saya tahu setiap selok-belok rumah ni. This used to be my playground” jawab Adam. Tangannya berhenti daripada terus menarik bagasi Polo berwarna coklat.

“Kenalah jugak. Kau dan Yana sekarang ni dah jadi tetamu mak su. Mak su patut buat sekurang-kurangnya benda ni”

“Make yourself at home!” Puan Rania menutup daun pintu. Sempat memberikan senyuman kepada pasangan suami isteri itu. Yana membalas senyuman Puan Rania. Sebaik Puan Rania keluar, dia mendekati tingkap Scandinavian yang terbuka dan melihat pemandangan yang berwarna warni di halaman rumah. Haruman bunga yang dijaga rapi itu menusuk hidungnya. Wangi!

Adam yang memandang pemandangan di hadapannya tidak berkelip. Dia kagum dengan pemandangan itu, bukan pada bunga tetapi pada Yana.

“Cantik, kan?” Yana menoleh. Adam sedang berdiri di belakangnya. Beberapa ketika, dia terlupa Adam turut bersamanya di dalam bilik itu. Seperti dirinya, Adam merenung melihat bunga-bunga yang dijaga rapi itu. Sejujurnya, dia sudah tidak lagi berfokus pada bunga itu pada saat ini. Hatinya berdegup kencang melihat Adam yang fokus melihat pemandangan itu. Kacak!

Kau lebih berbaloi untuk ditonton. Bisik Yana dalam hati.

Stop it, Yana! Fikirannya pula berbisik. Berusaha menghentikan dirinya daripada berterusan mengagumi Adam. Tanpa disedari, Yana menggeleng.

“Tak cantik ke?” tanya Adam mengesan Yana menggelengkan kepala.

“Ah? Eh, tak. Memang cantik. Cantik!” Yana membuang pandangan ke halaman itu semula. Berharap Adam tidak perasan apa yang sedang dilakukannya sebentar tadi. Kantoi!

“Muka aku lebih hensem dari bunga tu, kan? Lain macam je cara kau tengok aku” Adam senyum nakal. Sengaja mengenakan Yana. Adakalanya dia menangkap Yana memandangnya tidak berkelip. Secara peribadinya, dia sukakan pandangan itu. Dia rasakan hangat dan hebat dalam masa yang sama. Entah, dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak ekspresikan perasaan yang dialaminya apabila menangkap Yana memandangnya dengan pandangan yang satu itu.

“Eh, perasan! Aku cuma terkejut je tadi” Yana mempertahankan diri.

“Terkejut sebab aku hensem sangat, kan?” Adam mengekek ketawa. Yana mencebik tidak puas hati.

“Perasan!”

“Orang kata, kacukan ni hensem kalau anak lelaki dan cantik belaka kalau anak perempuan. Kau tak akui benda tu ke? Aku memang hensem, kan? Lebih-lebih lagi aku ni tinggi. Warna bebola mata pulak ikut warna mata atuk, biru. Kulit pulak ikut kulit mak, cerah je. Rambut ikut ayah, hitam. Kebanyakan orang perempuan suka lelaki macam tu, kan? Aku selalu tangkap kau tengok aku. Jangan jatuh cinta kat aku ya, Yana? Ingat benda tu baik-baik”

“Masuk bakul angkat sendiri nampaknya?” pantas Adam mencuit hidung Yana. Yana terpempam, jantungnya berdebar laju. Itu merupakan cuitan pertama sejak mereka berkahwin. No, jantung! Kau tak boleh berdebar hanya dengan cuitan kecil macam ni. Tak boleh, kau tak boleh! Berkali-kali Yana meyakinkan dirinya.

Adam mengekek ketawa dan terus melangkah keluar, meninggalkan Yana yang masih terkulat-kulat memegang hidungnya perlahan-lahan.

Kurang asam! Kenapa perlu cuitan itu? Kau tak perlu buat hingga ke tahap cuit hidung aku! Yana menggerutu. Sedar bahawa ada perasaan halus menjalar dalam hatinya. Matanya tidak lepas dari memegang hidungnya dan memandang pintu yang sudah bertutup itu.

YANA, Isaac dan Fez ketawa berdekah-dekah. Hanya Adam sahaja yang diam menonton pantomin yang dilakonkan secara langsung di atas pentas itu.

“Kucing tu licik sangat! Pandai dia lakonkan watak kucing” Yana memberitahu Fez yang ketawa sambil bertepuk tangan. Mereka bertiga turut menjawab bersama dengan audiens yang lain apabila watak-watak itu mengajukan soalan. Hanya Adam sahaja yang kelihatan seperti cacing kepanasan, tidak betah untuk menonton pantomim itu.

Tak seronok pun! Ni ke plan kau, Fez?

“Terima kasih sebab bawa kami kat sini, Fez. Pengalaman yang berharga”

“Jangan berterima kasih kat aku sekarang. Ni baru je first episode. You won’t be able to watch the next or the latter. Sorry, if you got really excited and looking forward to watch it” Adam memandang Yana.

“Syok sangat ke pantomin ni sampai korang boleh ketawa macam ni sekali?” Adam mencelah apabila sejak dari awal tadi, dia hanya menjadi pendengar setia perbualan yang berlangsung antara Yana dan Fez. Dia berbisik pada telinga Yana agar Yana dapat mendengar suaranya.

“Seronok! Kenapa? Tak rasa seronok ke?” Yana tidak mengalihkan pandangannya dari pentas yang mempunyai tiga orang watak, Richard Whittington, The Cat dan King Rat.

“Fez, macam mana diorang buat benda tu? Ha, yang tu! Diorang hilang macam magik!” belum sempat Adam menjawab, Yana beralih semula kepada Fez. The Cat yang hilang seperti magik itu menimbulkankan rasa ingin tahunya. Apatah lagi ditambah dengan gimik asap putih yang timbul dari tempat The Cat menghilangkan diri.

“Pentas tu ada sliding-floor yang boleh buka dan tutup sangat cepat. Bila lantai tu buka, jatuhlah orang yang berdiri tu kat bawah pentas. Asap tu boleh je buat. Tak magik mana pun...” Yana mengangguk-angguk. Penerangan itu membuatkannya kagum dengan Fez. Adam geram. Tidak ada seorang pun yang melayannya. Apatah lagi Yana yang dilihatnya seperti suka sangat bertanya itu ini kepada Fez. Adiknya cuma diam je pun! Lebih-lebih pula si Yana dengan Fez ni! Gerutu Adam dalam diam. Dia mendengus. Tangannya menarik tubuh Yana mendekatinya. Yana memandang Adam pelik.

“Kenapa?” Yana menyoal tetapi sepantas itu juga kepalanya dialihkan semula kepada pantomin di atas pentas.

“Jom keluar!” Yana semakin pelik. Pantomin belum habis, Adam sudah mengajaknya keluar. Ada-ada sahaja perangai pelik si Adam ni! Rungut Yana.

“Lepas habis kita baliklah. Tunggu kejap je lagi”

“Aku bosan”

“Kami balik dengan Fez nanti kalau kau nak balik dulu” what?! Terjegil biji mata Adam mendengar jawapan Yana. Tak boleh jadi ni! Adam mencuit bahu Fez. Fez memandangnya sambil menjungkit kening.

“We’ll go first. You take Isaac’s home”

“Oh, dah nak balik ke? Okey, nanti aku bawa Isaac pulang”

“Aku nak habiskan pantomin ni dulu. Ni kali pertama aku tengok pantomin kat luar negara. Please...” Yana sedih. Dia tahu Adam takkan mendengarnya. Dia tahu sekejap lagi dia terpaksa juga mengikut Adam. Dia betul-betul hendak menonton pantomin itu hingga tamat. Moodnya hilang. Yana mengeluh. Adam menarik tangan Yana. Yana hanya mengikut. Sedih. Dia memang sangat sedih meninggalkan pantomin itu tapi, dia juga tidak mahu mencetuskan ‘pantomin’ kedua dengan dirinya dan Adam sebagai watak utama di tempat itu.

Such a waste! Dulu kata boleh buat apa-apa pun tanpa perlu minta izin? Ni apa? Tak kotakan janji nampaknya!

YANA berjalan menunduk dan diam. Adam berjalan di hadapannya sambil bersiul-siul. Kurang asam! Yana menggerutu dalam hati.

“Kenapa diam semacam je ni? Tadi gembira sangat”

“Takde”

“Merajuk eh?” Adam senyum nipis. Yana menjuih. Tak suka!

“Janganlah merajuk. Aku malas nak pujuk” luah Adam lagi. Yana semakin geram.

“Aku bercakap dengan tunggul ke sekarang ni?”

“Menyampah!”

“Pandai pulak tunggul tu bercakap eh?”

“Kau ni, memang!”

“Memang apa?”

“Urgh!” Yana geram, dikepal buku limanya erat-erat di hadapan Adam. Ditunjukkan kedua-dua buku limanya itu di hadapan Adam. Adam bagai nak gelak habis melihat genggaman kecil buku lima itu. Genggaman macam tangan kanak-kanak, ada hati nak beradu tenaga dengan aku ke? Dibidangkan dadanya di hadapan Yana.

“Nak tumbuk? Nah, tumbuklah, tumbuk!” Yana ketap bibir, geram! Pantas dia berjalan laju mendahului Adam. Tetapi cepat itu, Adam menarik lengan Yana membuatkannya berpusing kembali dua ratus tujuh puluh darjah ke arah Adam.

“Salah ke bawa kau keluar jalan-jalan kat sini?”

“Salah!” jawab Yana sepatah sebelum menyambung.

“Kau kata aku boleh buat apa aku nak, keluar dengan siapa aku suka, tanpa perlu kebenaran kau. Tapi tadi tu apa? Kau paksa aku ikut kau. Nak tengok pantomin tu sampai habis pun kau tak benarkan”

“Okey, sorry pasal tu. Tapi siapa lagi kawan aku nak jalan kat luar ni selain kau? Anggap jelah aku sedang buat fan service. Temankan fan aku yang sukakan aku sangat” Adam menyengih.

“Huh! Sejak bila pulak aku jadi fan kau?”

“Sejak hari pertama kita berjumpa?”

“Huh! Kau ni memang menyampah!” Yana melepaskan lengannya dan meneruskan perjalanannya ke hadapan. Adam betul-betul menyebalkan! Sudah memaksa, siap tuduh aku fan dia lagi. Urgh, sejak bila aku jadi fan kau? Perasan nak mampus!

Mereka berjalan di sekitar lorong kedai yang sudah bertutup. Walaubagaimanapun, lampu neon yang bernyala sepanjang jalan sudah cukup mencantikkan kawasan itu. Apatah lagi, kawasan itu sangat bersih. Bayu bertiup lembut tetapi sejuknya hingga ke tulang. Yana menggigil kesejukan. Dia berpeluk tubuh dan mengusap diri sendiri untuk memberikan haba kepada dirinya.

“Sejuk ke?” soal Adam. Yana hanya menggeleng, menipu! Kalau dia tahu mereka hanya akan berjalan sepanjang lorong tersebut dan ditiup angin yang agak kebasahan, dia akan menolak dan betul-betul membuat drama ‘pantomin’ di dalam dewan teater itu tadi. Lebih baik naik kereta. Boleh juga memanaskan badan, gumam Yana dalam hati. Adam membuka baju panasnya yang berwarna coklat dan meletakkannya pada bahu Yana. Yana hanya memandang Adam, tidak setuju dengan tindakan suaminya itu. Nak berbaiklah tu!

“Ambil balik baju kau ni. Aku tak perlu” Yana berhenti melangkah.

“Pakai jelah. Kau dah menggigil kesejukan tu. Aku ada tiga lapis baju lagi”

“Aku tak nak!” baru sahaja Yana hendak membuka baju tersebut, lengan Adam sudah berada pada bahunya. Tak sempat!

“Pakai! Kau dah menggigil dah tu. Nak mati kesejukan ke? Aku tak nak angkat kalau kau mati. Biarkan je kau terkujur mati kat sini, menyusahkan orang lain je nak angkat-angkat nanti” Yana menjegil.

Takdenya aku mati. Suhu belum sampai takat beku!

“Jalan!” suruh Adam. Mereka berada di tempat yang sama sejak Yana berhenti melangkah. Yana enggan. Dia masih mahu menunjukkan tanda protesnya. Adam memang suka hati buat semua benda ikut suka hati dia. Hati aku langsung dia tak kisah. Apa yang aku nak buat langsung dia tak pertimbangkan! Yana masih berkecil hati kerana tidak dapat menonton pantomin itu hingga tamat. Adam betul-betul pentingkan diri.

“Bencinya!” Yana membuka langkah. Tangannya membuang lengan Adam yang berada di bahunya.

“Benci kat aku ke? Good!” Adam mengangkat ibu jari kirinya di hadapan Yana.

“Benci sangat!” luah Yana tanpa berselindung. Yana berjalan laju meninggalkan Adam di belakang. Dia sangat-sangat bencikan tindakan Adam. Sangat pentingkan diri sendiri.

Aku ni isteri kau, tau tak?! Dengusnya.

“Yana!” panggil Adam. Yana tidak menoleh. Matanya hanya memandang hadapan dengan kakinya melangkah laju.

“Yana!” panggil Adam sekali lagi. Adam berjalan laju untuk menyaingiYana. Sekejap sahaja, dia sudah berada di hadapan Yana. Yana berhenti.

“Apa?!”

“Kau nak jalan ke mana?”

“Suka hati akulah”

“Okay, fine. Tau ke jalan balik ke rumah?” Adam senyum mengejek.

“Tau! Ada waze. Aku wazekan aje” jawab Yana. Terasa macam orang bodoh sahaja dengan jawapan yang diberikannya.

“Tau ke rumah mak su?” Adam sengaja menduga.

“Tau! Aku search je aunt Rania’s house kat dalam waze tu” Yana selamba badak menjawab. Geram dengan Adam yang asyik mengejeknya. Huh! Adam ketawa mengekek. Jawapan isterinya dirasakan sangat lucu. Lain kali, marah, merajuk lagi. Adam mencuit hidung Yana. Yana terkesima. Dia lakukan benda tu sekali lagi!

“Jom ikut aku. Kita naik Observation Wheel Leeds tu dulu. Aku nak ajak naik benda ni tadi tapi kau seronok sangat dengan ajakan Fez yang memboringkan tu” Adam menunjuk ke arah Ferris Wheels yang bercahaya di malam hari. Ferris Wheels itu kelihatan sangat cantik dari tempat mereka berdiri. Mata Yana mengikut arah tunjukan Adam.

Ya Allah! Cantiknya benda tu. Macam mana aku boleh tak perasan? Marah dan rajuk Yana mula reda. Ada rancangan di sebalik rancangan pula Adam ni. Hatinya berlagu riang.

“Jom!” Adam menarik tangan Yana.

“Sejuknya tangan!” Adam terkejut saat tangannya menggenggam jemari Yana.

“Mestilah, cuaca kan sejuk. Kalau panas, tak ke pelik?” Adam mengambil kedua-dua tangan Yana. Didekatkan pada mulutnya dan dia menghembus nafas perlahan-lahan. Setelah itu, tangannya mengusap tangan Yana untuk memanaskan tangan yang sejuk itu. Yana hanya membatu. Gaya Adam yang spontan mencuit hatinya. Dia hanya memandang Adam tidak berkelip.

Jangan buat begini, aku akan jatuh cinta kat kau. Lebih baik kita saling bertekak daripada kau tunjuk sisi gentleman kau ni. Ronta Yana dalam hati.

“Sejuk lagi ke?” soal Adam.

“Hah?”

“Yana, please listen to what I say. Kenapa selalu buat muka blur? Haih, aku tanya, sejuk lagi ke?” Adam menyoal sekali lagi.

“Tak, tak. Aku dah okey” Yana hilang akal.

Gila Adam ni! Macam mana aku akan tunaikan peraturan dia dan prinsip aku dala masa yang sama tahap caringnya sampai macam ni sekali? Oh my! Somebody please, save me!

“Okeylah, jom!” Adam menggenggam tangan kanan Yana. Dibawanya tangan itu masuk ke dalam salah satu poket bajunya untuk memastikan bahawa tangan itu tidak lagi sejuk. Lantas, mereka bersama-sama melintas jalan raya yang disinari cahaya lampu neon. Yana hanya mengikut langkah kaki Adam. Sungguh! Yana merasakan bahawa dialah watak utama pada malam itu. Bukan Richard Whittington. Bukan The Cat dan bukan juga King Rat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience