BAB 31

Romance Completed 21965

ABRAHAM berusaha menghubungi Adam tetapi sepupunya itu langsung tidak dapat dihubungi. Dia tahu Adam sedang berbulan madu di Dubai tetapi apa yang bakal disampaikannya lebih penting daripada segala-galanya, berkenaan seseorang yang menyebabkan sepupunya tekad untuk mengakhiri zaman bujangnya.

Timbul rasa kasihan terhadap sepupunya itu. Kebahagiaan yang baru dirasai akan hilang dalam sekelip mata apabila berita yang bakal disampaikannya sampai ke pengetahuan Adam. Walau apa pun, Adam perlu mengetahui perkara tersebut. Tidak kira apa. Ab mencuba lagi menggunakan talian antarabangsa untuk ke sekian kalinya. Tidak berjawab. Dia mencuba lagi dan lagi, akhinrya...

“Assalamualaikum, Ab. Apasal?” suara Adam kedengaran di hujung talian. Dia kedengaran gembira. Siapa tak gembira berbulan madu? Entah berapa kali si Adam ni nak berbulan madu, bisik hati kecilnya. Tidak disuarakan, hanya bergema dalam hatinya. “Ada benda penting aku kena bagitahu kau”

“Tak boleh tunggu tamat honeymoon aku dulu ke?” Adam mengekek ketawa. Adam mahukan kebahagiaan yang dirasainya ketika ini kekal selamanya. Jika dia mempunyai kuasa untuk membuatkannya begitu, dia pasti sudah melakukannya.

“Takpelah. Aku tunggu kau balik sini dulu”

“Begitulah sahabat aku” Adam sengih sebelum menyambung.

“I’ll make time specifically for you. Nanti aku lawat kau kat hospital”

“Okey. No problemo. Ole-ole jangan lupa”

“InshaAllah” serentak kedua-dua sepupu itu menamatkan perbualan. Adam tidak tahu hendak berkata apa apabila mereka akhirnya berjumpa. Dia menekup muka lama. Segalanya tidak masuk akal. Ab yang memandang jatuh kasihan, tidak tahu hendak kata apa. Lidahnya kelu seperti saat kali pertama memeriksa dokumen itu. Pegawai yang telah menutup kes tersebut beberapa bulan yang lalu datang kembali menemuinya Ahad lalu. Melalui khabar angin yang didengari tentang pegawai tersebut, dia mengetahui bahawa pegawai itu suka membuka kembali kes lama mengikut gerak hatinya. Dia sengaja melawat Ab bertanyakan kepadanya samada dia mempunyai apa-apa maklumat baharu tentang kes langgar lari Adien. Ab hanya menggeleng-geleng dengan peluh yang merintih di dahi. Dia tahu pegawai itu curiga terhadapnya melalui cara dia menjawab. Sebelum pegawai itu meninggalkannya, dia menitipkan dokumen bergambar kepada Ab. Memintanya memberitahu sekiranya timbul apa-apa perkara yang berkaitan dengan kes tersebut.

Dokumen bergambar itu jelas menunjukkan kereta Adam. Dokumen dan gambar sudah berada di dalam genggaman Adam. Adam tahu dia bersalah dan dia sendiri tidak dapat menafikan kebenaran tersebut. Adam menutup mata. Terasa panas matanya kerana menahan air mata yang bertakung. Klise. Adam rasakan hidupnya seperti drama bersiri yang menyedihkan. Sangat tidak dijangka. Sekarang dia tahu mengapa Adien datang ke dalam mimpinya dan meminta pertolongan. Semuanya kearan dia sendiri yang telah membunuh Adien!

“I killed him” Adam masih menekup mukanya. Tunduk sehingga kepalanya separas dengan lutut. Dia rasakan sangat tidak bermaya. Bahunya pula terhinjut-hinjut menangis.

“I killed him” tangis Adam lagi. Ab mendekat dan memegang bahunya. Berusaha menenangkan sahabat baiknya itu.

“Kau kena bagitahu Yana. Terpulang pada dia nak buat keputusan”

Adam terus kaku. Sebaik mendengar ayat yang keluar dari mulut Ab, dia menjadi takut akan realiti. Memberitahu Yana adalah keputusan yang sangat buruk. Dia lebih takut dengan apa yang bakal terjadi kepada hubungannya dan Yana berbanding hukuman yang bakal dikenakannya dari sudut undang-undang. Yana pasti membencinya kerana membunuh seseorang yang dia sangat kasihi. Lebih teruk lagi, dia sedang menggunakan hati Adien agar boleh hidup dan bernafas hingga ke saat ini.

Adam serta merta mengangkat muka.

“Tak! Aku tak boleh bagitahu dia! Dia tak boleh tahu tentang ni!” Adam memandang tajam sepupunya itu dengan mata yang merah.

“Kau tak boleh bagitahu dia!”

“Aku takkan bagitahu tapi kau tahu dia berhak tahu. Kau tahu kau akan hidup dalam penipuan selagi kau tak bagitahu dia perkara sebenar. Dan lebih baik dia tahu perkara ni dari kau daripada orang lain” Adam menggeleng. Dia bukan lelaki bodoh untuk memberitahu perkara itu kepada Yana. Dia tidak sanggup mengambil risiko tersebut.

“Orang lain takkan tahu kalau kau tak bagitahu. Rahsia ni antara kita berdua je. Janji dengan aku yang kau takkan bocorkan rahsia ni”

“Aku janji aku tak bocorkan. Kau tahu aku penyimpan rahsia terbaik kau. Aku simpan rahsia kau macam aku jaga hidup aku, just like your dreams before. Kalau bocor juga, tu bukan aku”

“Ada orang lain tengok dokumen ni sebelum kau ke?” Adam menggenggam erat dokumen itu. Digerakkan dokumen tersebut ke atas dan bawah.

“Tak pasti” sunyi. Tidak ada suara diantara mereka berdua.

“Takde kot. Hanya tu yang mampu aku pastikan. Tapi aku yakin mesti pegawai tu dah mula menyiasat lagi. Kau kena serah diri, Adam. Sekurang-kurangnya hukuman kau akan dikurangkan”

“Kalau aku serah diri, siapa yang akan jaga Yana dan anak aku?”

“Sama jugak nanti. Perkara ni akan berlanjutan kalau kau tak selesaikan sekarang. Aku pun takut, tau tak? Pegawai tu macam boleh hidu dan tahu aje aku bersepupu dengan kau. Tak pasal-pasal aku dikatakan bersubahat dan tanggung sama hukuman akibat perbuatan kau. Kau kena tolong aku sekarang, aku dah banyak kali tolong kau. Aku pun ada family jugak” Adam telan liur. Benar kata Ab. Kasihan dengan sepupunya itu yang telah menjadi ‘rakan subahat’nya secara tak sengaja.

Ah, apa aku nak buat? Serah diri bukanlah pilihannya buat masa ini. Dia ada tanggungjawab kepada keluarga, Yana dan juga syarikatnya. Dia ramas rambutnya hingga kusut.

Ab memandang Adam. Dia sebenarnya mempunyai satu persoalan besar dalam benaknya. Dia tidak dapat mencantumkan kepingan puzzles selagi dia tidak bertanya soalan itu kepada Adam.

“Apa?” soal Adam yang perasan Ab memandangnya dengan pandangan pelik sejak beberapa saat yang lalu.

“Apa sebenarnya yang berlaku hari tu? Kenapa kau boleh ada kat sana dan langgar dia? Aku kenal kau. Laju sekali pun, kau takkan gila nak speed kat tempat ramai orang dan please-drive-slowly area. Apa sebenarnya berlaku? Huh?” Adam menutup mata. Kepalanya disandarkan pada bangku.

Tolonglah keluarkan aku dari mimpi ini, teriak Adam dalam hati.

“Adam, kau okey ke?” Abraham menendang perlahan kaki Adam. Adam kembali ke realiti dek tendangan perlahan Abraham.

Ah, ini bukan mimpi ini realiti! Adam mengeluh berat.

“Kau takkan percaya sekalipun aku bagitahu”

“Aku akan cuba”

“Sebelum tu, bagitahu aku perangai aku sebelum ni macam mana. Perangai aku sebelum aku dapat hati baru ni” okey, fine. Kalau tu yang dia nak dengar, gerutu Ab dalam hati.

“Kau memang dari dulu ambitious”

“Selain tu”

“Kau nak try semua benda. Kau nak freedom. Benda tu selalu aku dengar dari mulut kau sejak dari dulu lagi”

“Lagi?”

“Kau adakan party, love karaoke, hit on some girls walaupun kau tak minat kat diorang. Kau tak suka belajar, selalu escaped classes. Hurm, part ni aku suka sekali. Walaupun selalu escaped class, kau boleh jadi hebat macam ni. Aku memang tabik spring kat kau. Tak tahu macam mana kau buat tapi kau memang hebat” sempat Abraham berseloroh. Adam senyum nipis.

“Kenalah adakan party untuk luaskan network. Aku perlu lakukannya . Yelah, mungkin cara aku tu salah sebab aku sediakan air haram jaddah tu. Pasal perempuan tu pulak, diorang tu cuma networking aku tapi diorang pulak yang melebih-lebih. Hurm, perempuan” Adam berpaling menghadap Ab dan menepuk bahunya.

“Tak sangka kau kenal aku sampai macam ni sekali, haru aku. Beza betul kita berdua bila kau cakap macam tu. Macam mana kau boleh bertahan dengan aku bertahun-tahun?” Adam menggeleng keharuan. Ab adalah sahabat terbaiknya. Sepupu hanyalah dua puluh lima peratus alasan yang manyatakan darah yang mengalir dalam tubuh mereka sama, tidak lebih tidak kurang. Ia hanyalah alasan yang membolehkan mereka bertemu sewaktu kecil.

“Mestilah tahan. Asyik kau je yang keluar duit bila aku pokai. Maklumlah, anak tunggal tapi kau pula yang susah-susah nak keluar dari kemewahan tu semua”

“Hmph! Dasar pengikis!” meledak ketawa kedua-dua sepupu itu.

“Jadi, apa kaitan dengan perangai kau dengan langgar lari ni?” Adam berdehem.

“Aku bernazar untuk jadi orang yang baru dan tinggalkan segala yang tak baik bila aku dapat hati baru, dalam masa seminggu. Aku fikir ajal aku dah nak sampai waktu tu. Tengok balik apa yang aku dah usahakan dan capai selama bertahun-tahun , aku tak boleh nak lepaskannya macam tu aje. Sebab tu aku bernazar. Aku nak hidup macam orang lain. Aku tak nak mati lagi. Aku takut...” Adam mengeluh.

“Aku tak terima apa-apa berita baik dari doktor lepas tiga minggu dari seminggu yang aku tetapkan untuk untuk peroleh hati baru. Diorang tak dapat nak carikan hati baru untuk aku. Aku rasa helpless, hopeless dan fikir takde sesiapa yang mampu tolong aku. Aku fikir daripada tunggu hati aku mati sendiri, baik aku yang matikannya. Hari tu aku betul-betul down. Kau takkan percaya, but I went clubbing, jangan ikut macam aku, haha!” Adam ketawa malu sebelum menyambung.

“Aku keluar dari tempat tu, aku rasa aku mabuk tapi aku nak jugak drive. Bila hakikat tu tampar aku sekali lagi, aku tekan accelerator to its limit, tiba-tiba aje dengar bunyi bump. Aku tak tahu apa benda tu. Aku takut sangat nak keluar, aku terus je blah dari sana. Dan sekarang, kau bagi aku dokumen yang tunjukkan akulah yang dah bunuh lelaki yang selamatkan aku. Bakal isteri dia pulak dah jadi isteri aku. Kau boleh percaya ke semua ni? Cerita ni klise sangat. Aku tak suka” Adam menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cerita ini adalah dongeng yang hanya berlaku dalam Disneyland. Ini bukan kehidupan yang dia bayangkan selepas mendapat hati baru. Baru tahu bahawa kehidupan itu sebenarnya lebih hebat dari perancangannya.

Beberapa titis airmata sekali lagi menuruni pipi Adam. Ab juga tidak dapat berkata apa. Dia hilang kata-kata. Rupa-rupanya itu adalah kisah di sebalik perangai Adam yang berubah secara mendadak selepas memperoleh hati baru. Dia pernah hendak mempersoalkan Adam tapi akhirnya dia mengambil keputusan berdiam diri kerana dia percaya bahawa hidayah itu milik Allah. Allah menentukan siapa yang Dia hendak berikan hidayah

“Aku sayangkan Yana. Apa pandangan dia bila tahu aku adalah orang yang berbeza sebelum dia kenal aku? Apa pandangan dia bila tahu akulah yang langgar Adien?”

“Sabar, Adam. Ini adalah percaturan dan takdir Allah. Dia dah aturkan perkara macam ni terjadi. Dia dah rancang beginilah caranya pertemuan kau dan Yana. Kalau betul Yana cintakan kau dia akan terima kau seadanya. Mugkin Allah nak uji kesetiaan dan cinta Yana terhadap kau? Sabarlah” Abcuba memujuk Adam. Dia turut merasakan bahawa cerita cinta Yana dan Adam sangat klise, tidak masuk akal. Tetapi sebagai hamba Allah, dia yakin Allah sudah mencaturkan yang terbaik untuk hambaNya.

“Kau simpan dokumen ni baik-baik. Ni je dokumen yang ada. Aku tak fikir ada salinan lain” Ab menyerahkan dokumen original itu kepada Adam. Sekali lagi, dia melanggar protokol demi sepupu merangkap sahabat baiknya itu.

“Anyway, terima kasih, Ab” Adam dan Ab berpelukan.

“Hurm, jangan lupa balas budi aku pulak” mereka berdua gelak.

“Jangan risau, kau tak perlu balas budi aku pun. Just take good care of your marriage. You won’t find one like her anymore” Adam mengangguk dan keluar dari pejabat Ab. Ab hanya memandangnya dengan pandangan sayu.

ADAM masuk perlahan-lahan ke dalam bilik. Dilihatnya Yana sedang nyenyak tidur di sisi katil tanpa memakai selimut dan tubuhnya membentuk huruf Z dengan kedua-dua tapak tangannya berada di bawah kepalanya. Tahulah dia bahawa Yana menunggunya. Begitulah kedudukan tidur Yana apabila menunggunya saban malam. Berdasarkan penjelasan Yana, dia sengaja tidur begitu agar tidurnya tidak nyenyak, agar dia boleh bangun semula apabila Adam masuk ke dalam bilik. Adam mendekati Yana. Tangannya pantas sahaja mengusap lembut pipi Yana yang mulus.

Fikirannya teringat kepada perbincangannya dengan Ab sebentar tadi. Adam mengeluh. Dia tidak mahu mengejutkan Yana. Betapa klise dirasakan dengan apa yang berlaku antara dia dan Yana. Perkara yang hanya berlaku dalam kaca televisyen kini berlaku dalam hidupnya. Sekali lagi dia mengeluh. Tidak pasti bila perasaan sayang dan cinta hadir dalam dirinya untuk Yana tetapi yang pasti, dia cintakan Yana. Dia tidak sanggup kehilangan isterinya juga tidak sanggup Yana membencinya. Yana membuka mata apabila dirasakan ada tangan yang mengusapnya. Senyum. Adam membalas senyumannya.

“Abang baru balik?” Adam mengangguk.

“Lama Yana tunggu abang balik. Abang ke mana tadi? Tak bagitahu Yana pun”

“Ada yang mengganggu abang ke?” Adam menggeleng.

“Takde. Abang takde masalah bila abang dengan Yana”

“Abang dah makan? Abang tak balik makan tengahari dan tak bagitahu Yana pun. Yana masak untuk kita dua” rengeknya. Itu merupakan kali pertama Adam tidak balik pulang ke rumah sejak mereka balik dari berbulan madu. Adam pantas berubah sejak dia menyatakan cintanya pada Yana untuk kali pertama dahulu. Dia akan pulang ke rumah sebelum tengahari, meluangkan dua tiga jam sebelum balik semula ke syarikat. Yana hargai Adam atas kesungguhannya itu. Itu adalah satu sikap yang tidak dijangkanya daripada Adam. Suaminya dilamun cinta, begitu juga dengan dirinya. Pendek kata, mereka bersama-sama saling jatuh cinta.

“Lupa bagitahu Yana abang jumpa Ab tadi. Abang belum makan malam lagi” Adam meneruskan usapan pada pipi isterinya.

“Kenapa? Abang ada rasa sakit lagi ke?” Yana cepat duduk dan meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Adam. Kerisauan Yana terpancar di mukanya. Adam suka apabila Yana berbuat demikian. Satu-satunya wanita di dunia ini yang tidak mempunyai pertalian darah dengannya tetapi sangat risaukan dirinya. Juga satu-satunya wanita yang sanggup menyeberang lautan deminya. Dia berharap Yana akan kekal selamanya seperti sekarang. Adam mengambil tangan Yana dan menggenggamnya.

“Jangan risau, abang sihat. Ada benda dia nak bincang dengan abang je tadi”

“Benda apa?” Adam hilang kata-kata. Dia tidak bersedia memberitahu perkara sebenar yang dibincangkan dengan Ab. Biarlah buat masa ini, ia menjadi rahsia antara dia dan Ab.

“Hal lelaki, orang perempuan tak boleh tahu” Adam mengenyit mata lantas berdiri dan membuka baju. Dia menggapai tuala dan menyarungkan pada pinggangnya. Yana hanya melihat Adam yang membuka baju. Sejujurnya, sejak berpindah ke bilik mereka, tidak ada lagi rahsia antara mereka berdua. Dan kali pertama masuk ke dalam bilik tersebut, Yana menyoal Adam tentang frame gambar yang disangkut pada dinding putih kosong. Adam hanya menyengih dan mengakui dia jatuh cinta kepada Yana lebih dahulu daripada Yana jatuh cinta kepadanya.

“Yana pun tak boleh tau ke?” Yana menyoal. Sengaja menduga Adam. Ada perasaan cemburu terhadap Ab yang pada pandangannya lebih dipercayai oleh Adam. Dia takkan cemburu jika ia adalah perihal kerja tetapi melihatkan kepada siapa rahsia itu dikongsikan, dia menjadi cemburu. Juga kebiasaannya, Adam akan memberitahu apa-apa sahaja perkara kepada dirinya, penting atau tidak penting. Kenapa pula sekarang suaminya bersikap lain?

“Yana lelaki ke?”

“Abang ni ke situ pulak” Adam ketawa mengekek.

“Sebab tulah abang kata, lelaki je yang boleh tau. Suatu hari nanti, kalau Yana dah tukar jadi lelaki baru abang bagitahu eh”

“Ada-adalah jelah abang ni. Yana ni perempuan. Always and forever”

“Kalau macam tu, always and forever¸ Yana takkan tahu apa benda yang abang dan Ab bincangkan” Adam duduk di birai katil, merenung Yana yang juga merenungnya. Pandangan mereka bertaut dan masing-masing enggan melarikan pandangan. Kedua-duanya membiarkan pandangan memberitahu betapa dalamnya cinta dan kasih sayang yang wujud antara mereka.

“Pergilah mandi” suruh Yana.

“Tak nak”

“Kalau abang tak mandi, Yana tak nak tidur dengan abang” Yana senyum mengejek.

“Ya ke?”

“Ha’ah” Adam sudah mendekatkan tubuhnya ke tubuh Yana. Jarak muka mereka hanya tinggal seinci lagi. Bibir Yana terus-terusan menguntum senyum.

“Betulke tak nak tidur dengan abang? Tak rindu abang ke? Jangan merayu nangis cari abang tau” Adam semakin nakal, dia sudah membenamkan hidungnya pada pipi Yana. Yana hanya membiarkan Adam yang semakin nakal tetapi dia takkan membiarkan Adam menjadi lebih gila. Adam kena mandi, dia tak taZek dengan bau badan Adam. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Dia sukakan bau badan suaminya. Dia akui, dia amat sukakan bau badan Adam tetapi sejak beberapa minggu yang lalu bau badan Adam melemaskannya. Ia merimaskannya.

“Abang pergilah mandi. Busuk tau” Yana menolak Adam perlahan yang semakin nakal. Adam perlu diberhentikan.

“Busuk-busuk pun, suami Yana juga. Jom, mandi dengan abang” ajak Adam tidak mahu beralah dan berenggang daripada Yana. Satu-satunya wanita yang mampu menjadikannya gila. Membuatkan dunianya berwarna-warni.

“Yana dah mandilah”

“Yana belum tunaikan janji untuk mandi dengan abang”

Oops! Yana tepuk dahi. Dia sudah lupa dengan janjinya kepada Adam.

“Sejuklah sekarang ni. Abang pergi ajelah. Yana janji, Yana akan mandi dengan abang esok. Esok abang balik awal sikit. Kita mandi sama-sama” Yana masih berusaha memujuk Adam.

“Tak nak. Abang nak sekarang”

“Abang, please...” Yana menggedikkan suara, masih berusaha memujuk Adam agar Adam melupakan hasratnya itu.

“No, no. Sekarang. Jom” Adam berdiri dan menarik tangan Yana. Mudah sahaja Adam menarik Yana dari duduknya disebabkan tubuh Yana yang lebih kecil dan ringan berbanding dirinya. Akhirnya, Yana menurut sahaja kehendak Adam yang setia menarik tangannya ke dalam bilik air meskipun dirasakan badannya berat sekali. Kepalanya pula bagai hendak pecah apabila dia berdiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience