BAB 7

Romance Completed 21965

MATA Isaac tepat memandang ke arah kereta yang mendekati kedai kakaknya. Hatinya memberitahu lelaki yang sedang memandu kereta tersebut ialah Adam. Dia berdiri daripada duduk, menunggu untuk menyapa pemandu itu keluar dari dalam perut kereta.

“Assalamualaikum, Adam. Kereta baru lagi ke?” Isaac mendekati Adam seraya menghulurkan tangan. Matanya tidak lekang dari memandang Porsche 918 Spyder di hadapannya itu. Fikirannya membuat perkiraan. Kereta hibrid itu berjumlah lapan ratus dua puluh lima ribu dolar bersamaan dua perpuluhan sembilan juta ringgit Malaysia.

Gila si Adam ni! Apa kerja yang dilakukannya sehingga dapat membeli kereta mahal ni? Dia patut masuk majalah Jutawan! Isaac menggelengkan kepala, kagum. Tahulah dia mereka mempunyai minat yang sama. Dia juga sukakan kereta tetapi tidak mampu untuk membeli kereta mahal seperti Adam, mampu tengok je.

In Shaa Allah, suatu hari nanti, aku yakin...

Isaac memanjatkan doa kepada Illahi. Berdoa agar cita-citanya tercapai.

“Waalaikumsalam. Takdenya nak beli kereta baru. Fair Lady aku masuk bengkel, terpaksalah guna yang ni,” terang Adam. Mata Isaac sibuk meneliti keretanya, matanya pula sibuk meneliti ke dalam kedai menerusi tingkap kaca mencari kelibat Yana.

“Mana kakak kau?” soal Adam setelah puas mencari tetapi tidak berjumpa.

“Ada kat dalam tu. Masuklah, beli buku lagi,” ejek Isaac, sengih melihat Adam.

Hai, kalau kau ni bukan adik gadis yang aku nak kahwin dah lama aku bagi siku ni, gerutunya dalam hati. Walaubagaimanapun, dia suka sikap bakal adik iparnya itu. Sempoi, terbuka tetapi alim.

Eh, bakal adik ipar ke? Dia ketawa sendiri dalam hati.

“Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak jumpa dia. Akak kau tu yang nak jumpa aku.” Adam mempertahankan diri tetapi itulah kenyataan sebenar. Yana memberikan whatsapp sebelum dia melelapkan mata semalam. Katanya ingin berjumpa pada hari ini. Datanglah bila-bila masa pun, dia akan cuba meluangkan masa.

“Eh, bila masa aku cakap kau terhegeh-hegeh nak jumpa kakak aku? Aku taulah, bro. Dia dah pesan dah kalau kau datang, bagitahu kat dia. Jangan risau, aku sokong kau usha kakak aku. Jangan terjadi apa-apa sudah. Kalau tak, dengan kereta-kereta kau sekali aku tak lepaskan,” Isaac mengugut. Tegas dan intonasinya tajam. Adam mengangguk.

“Jangan risau. Sebab tu aku datang rumah risik dia. Takkan tu pun masih tak percaya lagi?”

“Yelah, bro. Aku percaya kau.”

“Kau tak boleh berkau-kau dengan aku lagi. Kau kena mula panggil aku abang, abang Adam,” Adam jengkit kening sambil mendaratkan tangannya pada bahu Isaac. Meledak ketawa Isaac mendengar kata-kata Adam.

“Start hari pertama kita kenal aku dah panggil kau abang kot. Bro means abang apa? What? Abang Adam?” dia menggeleng.

“Kenapa? Tadi kata sokong aku usha kakak kau. Tak lama lagi aku akan jadi abang kau juga,” jawab Adam penuh yakin apatahlagi setelah menerima sokongan daripada Isaac.

“Okeylah, okeylah. Lagipun, aku suka cara kau approach kakak aku. Tapi, rimaslah berabang-abang ni, perempuan sangat. Aku lebih suka bro!” Isaac menekankan perkataan bro. Dia masih berdegil hendak memanggil Adam dengan bro, ayu sangat perkataan abang. Geli-geleman dia dibuatnya. Tidak pernah dia memanggil lelaki yang lebih tua dengan panggilan abang sebelum ini. Dia lebih selesa dengan panggilan bro!

“No way! Bro tu macam mat rempit je aku dengar. Kau kena biasakan jugaklah ye, adik!” Adam menepuk-nepuk bahu Isaac.

“Whatever,” Isaac meletak tangan separas bahu, memandang atas dan jongketkan bahunya. Bersetuju dalam terpaksa.

“Zek, mana buku yang akak suruh kau angkat dari stor tadi?” Yana muncul. Terkejut

mukanya melihat Adam dan Isaac yang melihatnya bagaikan dirasuk hantu, sama-

sama terkejut. Lebih mengejutkan Yana apabila menyedari Isaac mesra dengan Adam, seperti

saudara yang terpisah jauh dan lama tetapi ditemukan kembali dalam program Jejak Kasih.

Dah sekepala dah mereka berdua ni! Bisik Yana dalam hati.

“Lupa, Zek angkat sekarang. By the way, tadi akak dah pesan kalau abang Adam datang bagitau akak, kan? Akak, abang Adam dah datang,” sempat Isaac mempermainkan dua individu itu sebelum cepat meninggalkan mereka yang masih diam membisu. Isaac gelak dalam hati melihat betapa kekoknya dua individu itu apabila bersemuka.

“Ehem.” Adam berdehem. “Awak kata nak jumpa saya,” Adam bersuara menghilangkan kekekokkan.

“Ye, jom ke restoran sebelah sana. Kat sini tak berapa sesuai. Kejap, lepas ni saya datang balik,” Yana masuk semula ke dalam kedai dan pantas Adam duduk di atas kerusi yang sama pada kali pertama dia menjejakkan kaki di situ. Yana memesan adiknya untuk menjaga kedai seraya mengajak Hazwani untuk menemaninya. Dia kekok dan takut menghadap lelaki yang agak pelik melalui penceritaan Isaac itu. Yana mengambil begnya dan berjalan mendekati Adam.

“Jomlah. Tinggalkan je kereta awak kat sini. Kita takkan lama dan restoran tu pun bukannya jauh sangat dari sini,” Yana mengajak Adam. Hazwani berjalan bersebelahan dengannya.

“My god, Yana. Aku tak tahu apa dah jadi dengan wayar-wayar dalam kepala kau ni kalau kau tak terima dia. He’s so fine. He’s totally perfect. He’s a ten out of ten!” Yana mencubit kecil pergelangan tangan Hazwani memintanya senyap. Takut sekiranya Adam yang memakai kaca mata hitam dan sedang berjalan di belakang mereka mendengar apa yang dibisikkan Hazwani sebentar tadi.

Lelaki itu takkan pernah nak tanggalkan RayBan dia. Apa dia ingat dia tu selebriti ke?

“Kita duduk sebelah sana. I don’t feel comfortable and I don’t want other people to eavesdrop,” Adam menunjuk sebuah meja yang agak terpencil berdekatan dinding ketika Yana sudah duduk bersebelahan dengan Hazwani. Yana dan Hazwani memandangnya.

Nak rahsia-rahsia bagai! Suka hati dia je cakap tak comfortable. Ingat aku ni comfortable ke? Sebab aku tak comfortablelah aku ajak Wani, bongek!

“Takde orang yang nak eavesdrop kat sini” balas Yana. Sudah malas hendak berdiri.

“Aku ada benda penting nak bagitahu,” kata Yana sebelum menyambung.

“Dia kawan baik aku. Takde rahsia aku dengan dia,” dah jadi macam dia yang aturkan pertemuan ni pulak. Yana menggerutu, tak suka.

“It’s top secret.”

“Takpe, Yana. I can eat alone.” Hazwani mengambil jalan mudah. Agak terasa juga apabila dikatakan dia curi dengar. Sampai hati. Yana ragu-ragu. Entah apa rahsia besar si Adam ni nak bagitahu. Dia berasa pelik tetapi akhirnya membontoti Adam yang sudah meninggalkannya. Mereka duduk berhadapan satu sama lain.

“Kita makan dulu. Lepas tu baru bincang,” Yana mengangguk setuju. Perutnya sudah berkeroncong sejak sejam yang lalu.

“Aku tak boleh terima kau. Cincin ni aku kembalikan kat kau balik,” selesai makan, Yana mengeluarkan dan meletakkan kotak baldu tersebut di atas meja lalu menyorongkannya di hadapan Adam. Adam hanya memandang kosong kotak tersebut.

“Aku ikhlas nak ambil kau jadi isteri aku,” terang Adam agak geram dalam hati. Tertannya-tanya mengapa Yana tidak dapat melihat kesungguhannya untuk menjadikannya isteri. Dia sudah sampai ke tahap berjumpa dengan kedua orang tuanya. Dia tidak pernah memberi komitmen kepada mana-mana perhubungan seperti yang dilakukannya sekarang ini. Dia patut dah menang beberapa anugerah!

“Mana kenal aku tiba-tiba je nak ambil aku jadi isteri kau? Tak masuk akal.”

“Memang aku tak kenal kau dan aku tak nafikan benda tu. Tapi, kita boleh kenal satu sama lain lepas kita kahwin nanti. Kan?” Adam menaikkan kening kirinya.

Ayat poyo! Dalam diam, Yana mengakui hal tersebut tetapi tidak mahu mengatakannya. Dia pernah akan melalui fasa tersebut dan takut untuk melaluinya buat kali kedua. Dia takut untuk memulakannya semula; dengan lelaki yang baru dan lebih tepat lagi, dengan lelaki yang duduk bersamanya saat ini.

“Maaf, aku tak boleh. Banyak lagi perempuan kat dunia ni, good luck on finding someone else,” itulah keputusannya semalam. Dia tidak mampu untuk memulakan sesuatu hubungan semula. Yana berkira-kira untuk angkat kaki. Objektifnya memulangkan cincin sudah tercapai.

“Kenapa tak boleh? Aku tahu kau bukannya ada seseorang sekarang ni,” Yana pura-pura tidak mendengar. Dia sibuk mengemaskan barang, memasukkan smartphone ke dalam beg, takut terlupa. Ia telah menjadi rutinnya apabila Adien selalu mengingatkannya untuk memeriksa semua barang sebelum mengangkat kaki meninggalkan meja. Dia seorang yang pelupa dan kerap kehilangan barang. Tetapi kalau bukan kerana sikap pelupanya itu, dia dan Adien tidak akan berjumpa. Adien datang ke kedai untuk mengembalikan smartphonenya. Pertama kali mengenali Adien adalah disebabkan hal tersebut. Kakinya tidak jadi diangkat. Dia kembali menghadap Adam.

“Aku dah berpunya.” balas Yana.

“Siapa?” Yana tidak menjawab. Adam tidak berhak tahu dan dia punya hak untuk mengekalkannya sebagai rahsia. Adam sabar menunggu. Jemarinya ditarikan di atas meja tetapi nampaknya Yana sengaja tidak mahu menjawab. Adam rasa sesak. Serasanya mahu sahaja dia bukakan mulut itu dan bercakap mewakili pihak Yana.

Urgh, baik aku yang cakap!

“Fariq Adien bin Zuhdi?” akhirnya, keluar juga nama itu dari mulut Adam. Yana pantas angkat muka, terkejut dengan nama yang didengarinya. “Fariq Adien bin Zuhdi?” sekali lagi Adam menyebut nama itu. Mata Yana membulat, memandang Adam untuk menantikan jawapan. Dia tidak suka apabila seseorang apatahlagi orang asing menyebut nama yang sangat dirinduinya itu. Yana kelu. Hilang kata-kata. “Aku tau kisah silam kau. I know he was about to be your husband,” ujar Adam perlahan. Dia hanya serkap jarang berdasarkan mimpinya dan cerita yang diperolehi daripada Abraham. Melihatkan perubahan air muka Yana, dia tahu tekaannya mengena tepat.

“Apa yang kau tahu?”

“Everything.” Yana mencebik.

Lelaki yang tidak boleh dipercayai. Tiba-tiba muncul dan mengaku bahawa dia tahu segala yang berlaku antara dia dan Adien, sungguh tidak masuk akal langsung!

“Jadi, untuk apa lagi lamar aku jadi isteri kau kalau dah tahu semua tu?”

“Sebab aku tahu dia tak sempat jadi suami kau,” Yana sekali lagi mencebik.

Apa masalahnya dengan kau kalaupun dia tak sempat jadi suami aku? Dia akan sentiasa hidup dalam hati aku, tau tak. Hatinya geram mendengar ayat itu keluar daripada mulut Adam.

“Dia tak sempat jadi suami aku tu bukan masalah kau. Dahlah, aku kena balik. Banyak benda lain aku kena urus kat kedai tu selain melayan entah apa-apa entah kau ni,” Yana mengangkat begnya.

“Tunggu dulu,” Adam memberhentikan langkah kaki Yana.

Apa lagilah lelaki ni nak? Gerutu Yana dalam hati.

“Apa lagi?!” Yana mengetap bibir menahan geram.

“There’s something you should know,” Adam berdiri dan mengunjukkan beberapa keping kertas kepada Yana. Dokumen itu beralih tangan dan Yana pantas memgimbas sehelai demi sehelai dokumen tersebut. Yana tidak percaya apa yang dibacanya. Tangan kanannya sudah berada di mulutnya. Kolam matanya berkaca-kaca. Kepalanya diangkat memandang Adam. Adam mengangguk.

“Betul ke ni? Kenapa aku tak tau?” Yana menggoncangkan dokumen tersebut yang berada dalam genggamannya. Sedih kerana tidak pernah mengetahui perkara tersebut.

“Aku pun tak tahu siapa penderma hati aku. But, it turned out that it was him. His heart is inside me” Adam meletakkan tangannya pada dadanya.

Yana memandang dada Adam. Pandangannya seperti mampu menembusi tubuh Adam. Melihat hati milik Adien yang sedang berdegup di dalam tubuh Adam. Dia tidak tahu selama ini bahawa Adien telah menandatangani borang untuk menderma hatinya sebulan sebelum dia pergi meninggalkan mereka semua. Hati Yana tiba-tiba dipagut sayu kerana dia tidak tahu semua yang dilakukan oleh Adien. Hati Adien ternyata masih hidup meskipun ia bukan lagi dalam tubuhnya. Dia rindukan Adien.

Ini salah! Adien bukannya Adam dan Adam takkan sekali-kali bertukar menjadi Adien. Mereka adalah sua individu yang berbeza. Yana menggeleng, cuba kembali ke realiti.

“Jadi, apa kena mengena hati dia ada kat dalam tubuh kau dengan nak kahwin aku? This is pointless! Kamu adalah dua individu yang berbeza. Kau takkan pernah menjadi Adien.”

“Aku nak balas budi dia. Aku takkan sampai sejauh ini kalau bukan untuk balas budi dia,” Adam yakin itulah yang sedang dilakukannya. Lagipun, Adien sendiri yang meminta pertolongan. Dia tidak bercadang memberitahu bahawa Adienlah yang menyuruhnya mencar dan menjaga Yana.

“Kalau kau nak balas budi dia, carilah keluarga dia. Balas budi kat keluarga dia, bukan kat aku,” Yana sekali lagi menolak. Memang tidak masuk akal langsung tindakan lelaki di hadapannya ini.

“Aku akan buat kedua-duanya sekali. Balas budi kat keluarga dia dan kau. Aku kena kahwin dengan kau jugak samada kau suka atau tak.”

“Tak perlu.”

“Aku mesti!” Yana agak terpempan dengan kesungguhan Adam.

“Kenapa?”

“Aku dah tunjukkan kau semua alasan aku.”

“Ia tak mencukupi!”

“Apa yang perlu aku lakukan untuk cukupkannya?” Anna diam. Tidak menjawab. “Apa yang akan mencukupkannya, Yana?” Adam soal lagi.

“Aku tak tahu,” Yana menjawab perlahan.

“Aku tahu.” Yana pandang Adam cepat. Matanya membulat. Dia tidak mampu lagi menerima apa-apa maklumat dari Adam. Dia mahu balik dan tidur! Tidur dalam tangisan. “Aku tahu kau rindukan dia. Aku tahu kau nak hidup dengan dia sehingga akhir hayat kau. Aku tahu kau nak nangis sekuatnya kerana tak dapat buat semua tu. Percaya kat aku, aku boleh buat semua tu, jadikan impian kau satu kenyataan. Sebab kenapa? Sebab hati Adien ada dalam tubuh aku. Kau boleh sentuh, rasa dan pegang hati Adien ni bila kita dah kahwin. Kau boleh rasa perasaan Adien bila kau pegang kat sini. Kau boleh lakukannya bila-bila masa yang kau nak. Dan hanya satu yang kau perlu lakukan, Yana. Kau hanya perlu katakan ya. All you have to do is say yes, Yana. Just say yes!” Yana diam. Sukar membuat keputusan. Cakap senanglah! Adam mati kutu. Tidak tahu bagaimana lagi hendak meyakinkan Yana.

“Aku tahu dia rindukan kau jugak.”

“Macam mana kau tahu?”

“Aku tahu, aku boleh rasakannya,” Yana memandang dada Adam. Dia sangat rindukan Adien dan dia tahu ada kebenarannya dalam kata-kata Adam. All you have to do is say yes, kata-kata itu bermain dalam fikirannya. Seperti dipukau, Yana mengangguk perlahan.

Ye, aku nak berada dekat dengan Adien. Yana berbisik.

“Aku tak dengar” Adam kuntum senyum.

“Aku setuju kahwin dengan kau!” Yana berteriak sedikit, penuh yakin.

Aku tak kisah kalau dia nak balas budi Adien. Aku hanya nak dekat dengan Adien. Hurm, well, itu sepatutnya perkara yang dilakukannya dari dulu. Orang dah berbudi kenalah berbahasa, betuk tak?

Adam menolak kembali kotak baldu berisi cincin itu kepada Yana.

“Pakai cincin ni sebagai tanda kau setuju,” Yana mengeluarkan cincin tersebut dan memakainya. Lain yang dirancang, lain yang jadi. Rancangannya mahu membatalkan tetapi realitinya dia terima. Bagaimana ia terjadi, Yana sendiri keliru.

Terima kasih, kawan. Kau telah membuatkan kerja aku lebih senang. Jangan risau, aku akan jaga dia baik-baik macam aku jaga hati kau. Aku akan kenang budi kau selama aku masih hidup dan akan balas budi kau sehingga nafas yang terakhir. I bet my life on it.

Hazwani yang sedari tadi memerhatikan kedua-dua insan itu sejak dari tadi datang mendekati.

“Congratulation....” katanya lantas memeluk Yana. Adam hanya senyum melihat keramahan dua sahabat di hadapannya itu. Lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience