BAB 42

Romance Completed 21965

YANA meletakkan kepalanya pada dada Adam yang berbaring menonton televisyen. Asyik-asyik rancangan bola yang tidak difahaminya. Selepas bersolat jemaah tadi, mereka terus sahaja membaringkan diri di atas tilam empuk hotel tersebut.

“Abang, tengok channel lainlah. Bosanlah asyik tengok bola je” pinta Yana.

“Live ni. Yana tidur jelah” Adam meletakkan remote control di meja sisi agar Yana tidak dapat mengambil alat kawalan itu dan suka hati menukar rancangan yang sedang ditontonnya penuh khusyuk. Dulu, dia selalu meluangkan masa menonton bola di warung bersama dengan rakan-rakannya apabila tiba musim World Cup. Seronok berteriak dengan rakan-rakan dan bertaruh kelab siapa yang akan menang. Ada pula rakan-rakannya yang sanggup buat duit dengan membuat pertaruhan. Adakalanya kalah dan adakalanya menang. Pernah juga dia meletakkan beberapa ringgit pertaruhan apabila kelabnya bermain, tetapi tidak pula pernah mendapat duitnya kembali. Zaman remaja kejahilannya dahulu. Dia hanya menggelengkan kepala. Berasa seronok apabila dikenangkan kembali.

Kini dia bersendirian berteriak dalam bilik hotel bersama Yana yang memintanya menukar rancangan. No way! Satu-satunya perkara yang dia tidak boleh bertoleransi dengan Yana.

Yana terus diam apabila Adam menyuruhnya tidur.

“Abang” panggil Yana perlahan apabila lama berdiam diri.

“Aik, ingatkan dah tidur tadi” seloroh Adam. Muka Yana yang membelakangi mukanya menyebabkan dia hanya membuat andaian yang isterinya sudah berada di alam mimpi.

“Yana belum ngantuk lagilah” pantas Yana memalingkan mukanya menghadap muka Adam. Adam hanya memandang Yana sekilas sebelum memandang skrin televisyen semula. tidak mahu terlepas permainan yang berlangsung walau sesaat!

“Abang” panggil Yana lagi.

“Hurm?”

“Terima kasih backing up Yana kat rumah Han tadi...” luah Yana sayu. Selepas menangis di dalam kereta akhirnya dia dapat juga meluahkan perasaannya. Adam yang sudah faham dengan rutin Yana hanya membiarkannya sahaja. Dibiarkan Yana menangis dahulu kerana dia tahu Yana akan meluahkannya apabila dia sudah reda.

“Yana isteri abang, kenalah abang back up. Apa perempuan tu ingat dia boleh suka-suka hati je ke sakitkan hati sayang abang ni, hmmm?” Adam mencuit hidung Yana dan kembali memfokuskan perhatiannya kepada skrin televisyen.

“Tapi Yana takut”

“Yana takut apa?”

“Yana takut apa yang dia cakapkan tu betul... Yana takut Yana tak mampu pregnant lagi...” Abang pun takut, sayang... Bergema suara itu dalam hati Adam. Sejujurnya, siapa yang tidak inginkan zuriat? Siapa yang tidak ingin mendukung bayi sendiri dalam tangannya? Siapa yang tidak mahu disambut dengan kepulangan gembira anak-anak apabila pulang ke rumah selepas seharian penat bekerja? Namun, semua itu hanya didiamkan dalam hatinya. Perkara itu tidak sesuai dibincangkan dengan Yana. Biarlah dipendamkan dalam hati saja. Fikirannya pun kusut juga. Yana pula asyik membangkitkan perkara yang sama. Sesak dada dan fikirannya memikirkan perkara tersebut.

“Boleh tak kita pause kan dulu topik ni? Macam dah berhari dan berminggu kita asyik cakap pasal benda ni je”

“Yelah” Yana mengalah. Banyak perkara bermain dalam fikirannya tetapi dia juga tidak mahu menyesakkan Adam. Tapi, dengan siapa lagi dia hendak bincangkan perkara tersebut jika bukan dengan Adam? Tapi nanti Adam jadi rimas. Adam jadi bosan. Adam akan tinggalkannya. Yana membuat spekulasi sendiri.

“Abang” panggil Yana semula selepas lama berdiam diri. Sekejap sahaja dia tahan untuk tidak bercakap tentang benda tersebut.

“Hurm?” Adam bersuara malas.

“Yana rasa kata mak cik Ana ada betulnya juga. Yana yang bermasalah, bukannya abang. Abang boleh dapatkan zuriat dengan perempuan lain. Yana izinkan...”

“Bila mak cik Ana cakap begitu?” inilah perempuan! Suka sangat makan fikiran negatif orang lain.

“Waktu kat dalam bilik” Adam menggeleng.

“Ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu, menjagamu selama hidupku, dan aku kan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi ku akan setia disini menemani…” tiba-tiba Adam menyanyikan korus lagu Romance.

“Biarlah kita berdua je selama-lamanya” sambung Adam selepas menghabiskan baris lagu korus lagu bertajuk Ku Ingin Kamu itu.

“Tapi, abang”

“Shhh, dah. Tidur!” Suruh Adam.

“Abang”

“Ya Allah, apa lagi? Tak habis-habislah Yana ni” Adam sudah hilang kesabaran. Apa tidak cukup lagikah dengan pengakuannya bahawa dia berjanji untuk bersama dengan Yana seumur hidup meskipun mereka tidak memiliki zuriat?

“Yana tahu suatu hari nanti abang akan bosan dengan Yana. Yana ada baca kat majalah bahawa perkahwinan perlukan zuriat untuk memeriahkannya, untuk mengikat kasih antara kita. Waktu tu, bila abang dah bosan dengan Yana, Yana izinkan abang kahwin lain. Abang bawa je mana-mana perempuan yang abang berkenan, Yana akan izinkan” Adam mengusutkan rambutnya. Argh! Kusut! Sesak!

“Dah! Abang kata abang tak nak dengar Yana cakap macam tu lagi, kan! Lain kali kita tak payah pergi apa-apa majlis aqiqah atau potong rambut atau kenduri kalau Yana jadi begini. Abang sesak tau, tak? Nak bernafas pun payah. Nak tengok bola pun tak boleh!” marah Adam. Kesabarannya benar-benar sudah hilang. Tidak habis-habis dengan topik bayi, mengandung!

“Yana cuma nak clearkan kat abang je. Yana janji Yana akan izin” Belum sempat Yana menghabiskan kata-katanya, Adam sudah memotong

“Pleaselah, Yana. I am begging you. Stop it!” Yana terdiam. Salahkah dia mengatakan begitu? Salahkah dia mengizinkan Adam untuk berkahwin lain bila suaminya itu lebih dari mampu? Dia redha Adam berkahwin lain. Dia tahu Adam mahukan seorang pewaris untuk syarikatnya. Adam pernah mengatakannya dari mulutnya sendiri. Dan, sekiranya dia tidak boleh berbuat demikian, Adam boleh mencapai hasratnya itu dengan perempuan lain. Dia pasrah. Dalam hati, Yana berasa sedih kerana dia tidak mungkin dapat mencapai hasrat Adam yang satu itu.

“Baiklah. Tapi, Yana nak abang ingat perkara tu je...”

“Ya Allah. I am not having this conversation! Go to sleep!” Adam mendengus. Dikuatkan volume televisyen agar Yana terasa dan tidak akan bercakap mengenai perkara itu lagi. Matanya menonton rancangan bola tetapi fikirannya sudah tidak berfokus kepada rancangan tersebut. Yana mengangkat kepala dan meletakkan kepalanya pada bantal. Memandang Adam tak berkelip tetapi Adam tidak langsung memandangnya. Perlahan-lahan airmatanya menitis lagi.

Ya Allah, besar sangat ujian yang Engkau berikan kepada kami, Ya Allah... Kurniakanlah kami suami isteri zuriat, zuriat yang solah, Ya Allah... Yana berdoa dalam hati dengan airmata yang masih menitis.

“ABANG, jom lunch kat restoran yang baru buka tu. Teringin sangat nak makan makanan Korea...” Yana merapati Adam yang sedang menghadap laptop apabila rancangan kegemarannya, Running Man dilintasi iklan. Eating Race dalam rancangan pelbagai itu membuatkan Yana teringin sangat hendak makan makanan Korea. Adam buat endah tak endah. Dia dengar tetapi kerana terlalu fokus, dia tidak dapat memberikan jawapan.

“Abang, abang dengar tak ni?” Yana menyoal sambil memeluk lengan Adam.

“Hurm” respon Adam.

“Yana nak makan Bulgoggi dan Ssambap! Ya Allah, sedapnya”Yana menelan liur beberapa kali, terbayang Ssambap di hadapan matanya.

“Hurm” balas Adam lagi. Yana menjuihkan bibir. Adam tidak mengendahkannya langsung. Tahu benar kalau Adam sudah memberikan dua ratus peratus perhatiannya kepada kerjanya. Yana menjuihkan bibir. Adam masih tidak melayannya. Dia duduk membatu bersebelahan Adam.

Yana mencerlung memandang Adam yang terlalu fokus pada skrin laptopnya. Sesekali Adam mengurut dahinya yang berkerut, lagaknya sudah seperti seorang yang memikirkan masalah negara. Kadang-kadang Adam mengeluh dan mengambil pen seraya menulis sesuatu pada buku notanya yang dibawa ke mana sahaja. Setelah itu, dia kembali lagi berfokus pada skrin laptop. Selang beberapa minit kemudian, dia melihat pula kepada proposal baru yang diletak bersebelahan laptop. Tidak langsung memandang Yana yang masih duduk membatu bersebelahan dengannya.

Yana geram sendiri. Satu masalah apabila dia perlu bersaing dengan ‘kekasih pertama’ suaminya sendiri. Ternyata dia masih berada di tangga kedua. Yana mengeluh berat. Perlahan-lahan, dia kembali semula ke sofa dan menyibukkan diri dengan menonton rancangan kegemarannya yang tidak lagi menarik minatnya pada saat itu.

Tssk... Tssk..

Adam menangkap seseorang menangis. Dia pantas menoleh ke belakang. Dilihatnya Yana sedang menutup muka dengan tuala kecil. Ya Allah, dia nangis ke? Adam mengeluh berat. Masalahnya nak pujuk lagi! Haih...

“Nangis pulak?” soal Adam yang sudah mendekati Yana. Yana menjatuhkan tuala yang berada di mukanya. Merah matanya dengan linangan airmata. Adam terkesima. Bingung hendak berbuat apa.

“Abanglah!” Yana menolak tangan Adam yang menggenggam lengannya.

“Apa yang abang buat?”

“Abang tak layan Yana” Adam mengangkat muka memandang syiling. Dipejam matanya rapat-rapat. Meminta kepada Allah agar memberikannya kesabaran menghadap Yana yang entah sejak bila datang sikap cengengnya. Ada sahaja benda nak dirajukkan. Ada sahaja benda nak ditangisi.

“Ya Allah! Tolonglah, takkan itu pun nak nangis? Cengeng sangat” suara Adam sudah meninggi. Biar betul isterinya ini?

“Yana nak makan kat restoran Korea baru tu tapi abang buat endah tak endah je. Abang lebih pentingkan kerja abang banding Yana...” semakin laju airmata yang jatuh pada pipi Yana. Dia sendiri pun sudah tidak dapat mengawalnya. Sakit hatinya bila dilayan acuh tak acuh oleh suami sendiri. Bukannya dia nak benda mahal-mahal, dia cuma nak makan di restoran Korea baru itu. Takkan itu pun Adam tak boleh nak tunaikan?

“Pleaselah, Yana. Jangan asyik nak nangis je, boleh tak? Abang banyak kerja lagi nak buat banding nak layan Yana seorang je. Abang bawalah Yana makan kat sana nanti tapi buat masa ni please, please, please, jangan dulu sakitkan kepala abang ni dengan perangai Yana. Kepala abang dah cukup pening dah ni” Adam kembali berdiri. Niatnya hendak mengangkat laptop, barang dan dokumennya di atas meja ruang tamu itu ke bilik mini pejabatnya di tingkat atas.

“Yana nak sekarang” tangis Yana lagi. Adam pantas menoleh.

“What?!”

“Yana nak sekarang” makin berjuraian airmata turun ke pipinya.

“Tolonglah jangan jadi macam budak-budak. Abang kena siapkan proposal ni sebelum eso. Esok ada meeting. So, please, not today!” Adam sudah mengemas barang-barangnya dan hendak menaiki tangga ke tingkat atas.

“Abang...” Yana memanggilnya.

“Please, Yana. Don’t make me feel guilty with your crying drama” Adam terus menaiki tangga ke tingkat atas. Berjalan menuju ke mini pejabatnya dan mengunci diri dalam bilik tersebut. Yana masih duduk di tempat yang sama sejak Adam meninggalkannya. Adam benar-benar hati batu! Sanggup biar aku kepunan nak makan makanan Korea! Tangisnya lagi. Aku akan sentiasa berada di tangga kedua..

Aku benci kau, ‘kekasih pertama’ suamiku! Aku benci kau sangat-sangat! Yana terus menangis.

iPhone Adam berbunyi menandakan mesej masuk. Cepat dia melihat mesej Whatsapp yang masuk memikirkan ia adalah daripada Fauzi. Selesai membaca mesej tersebut, Adam cepat-cepat berdiri dan tergesa-gesa keluar dari biliknya.

“Yana!” dia berteriak memanggil Yana. Yana memunculkan diri muka pintu.

“Apa?” soalnya siap berpakaian navy blue dress dan shawl instant berwarna hitam.

“Yana degil sangat ni kenapa?”

“Yana nak makan, Yana akan pergi sendiri kalau abang tak nak bawa” jawab Yana sambil memakai brooch pada bahu kiri.

“Siapa kata abang benarkan? Jangan harap abang akan benarkan” Adam berdiri di muka pintu dan menghalang Yana daripada keluar. Tangan kanannya didepakan untuk mengelakkan Yana berbuat demikian.

“Abang ni kejam sangatlah! Dahlah tak nak teman lepas tu, siap halang lagi. Jangan harap Yana akan dengar cakap abang. Yana nak makan, Yana akan dapatkan apa yang Yana nak” Yana berpaling dan masuk ke dalam bilik semula. Beg tangan dan kunci kereta dicapai. Kemudian, dia menghadap Adam semula yang masih menghalang di muka pintu. Adam senyum mengejek.

“Degil sangat Yana ni. Patutlah ayah pesan kat abang dulu. Yana memang undeniably, unbelievably degil! Tak langsung bagi peluang kat abang nak siapkan kerja dulu”

“Abang kata bukan sekarang tapi Yana nak sekarang. Dah kecur liur Yana teringatkan makanan tu. Abang, tepilah. Yana nak lalu”

“Cubalah!” Adam mengugut. Yana mendengus. Dia memandang muka Adam lama. Adam pula hanya menyengih bagai kerang busuk. Tak mungkin Yana akan berjaya melepasinya. Yana ketap bibir. Dengan pantas dia menunduk dan melintasi Adam. Namun, gerakan Adam ternyata lebih pantas lagi. Adam cepat merangkul pinggang Yana dan memeluknya. Dia ketawa mengekek apabila berjaya berbuat demikian.

“Siapa kata abang akan lepaskan?” Adam menyoal dalam ketawa yang masih bersisa.

“Abang ni kejam tau? Suami jenis apa tak benarkan isterinya makan?”

“Isteri jenis apa pula yang degil sangat tak patuhi kata-kata suaminya?” Adam menjungkit kening. Bibirnya menguntum senyum senget. Yana mengeluh.

“Yana nak makanlah, bang. Abang tak gembira ke selera makan Yana dah balik dah?”

“Gembira!” Adam buat-buat mengangguk comel.

“Jadi benarkanlah Yana. Kita ni tak habis-habis gaduh perkara yang tak perlu nak digaduhkan pun...”

“Tapi abang suka gaduh dengan Yana. Comel je Yana bila dah buat muka” Adam mencium sekilas dahi Yana. Comel! Bisiknya.

“Abang, please” Yana mengambil kesempatan dalam kesempitan. Dia membuat muka secomel-comelnya apabila sudah dipuji begitu oleh suami sendiri.

“No way!” tegas Adam. Giliran Adam pula membuat muka comel. Yana mengeluh.

“Kalau tanpa abang...” sambung Adam pula. Mata Yana bersinar mendengar sambungan ayat tersebut. Yana senyum hingga telinga. Yeah, aku berjaya!

“Abang nak pergi ke?” soalnya menagih kepastian.

“Kenalah pergi. Dah isteri abang cantik macam ni, paksalah abang ikut juga”

“Terima kasih, abang” Yana membalas pelukan Adam dan memberikan sebuah ciuman pada pipinya.

“Tak jadilah pergi kalau macam ni!” tiba-tiba Adam mengubah rancangan.

“Kenapa pula?” Yana pelik. Kerutan di dahinya jelas terbentuk.

“Dah Yana cium abang, kenalah stay kat dalam bilik je...” Adam ketawa mengekek.

“Abang!” Adam sambung ketawa mengekek.

“Yelah, jomlah. Kenalah abang stay up malam ni untuk siapkan kerja tu. Yana ni degil sangat, sangat, sangat, tau tak?”

“Tau. Yana akan temankan abang stay up malam ni. Don’t worry” pujuk Yana.

“Janji?” Adam mengeluarkan jari kelingkingnya dan di hadapkan di hadapan muka Yana.

“Ha’ah!” Yana menyambut jari kelingking Adam.

“Abang nak coffee dan kek waktu stay up nanti, boleh?”

“Apa saja untukmu...” Yana tiba-tiba menyanyikan lagu KRU sambil memberikan flying kiss kepada Adam. Ketawa Adam pecah.

“Dah pandai nyanyi lagu Melayu nampaknya. Selalu lagu Korea je abang dengar”

“Tengoklah siapa suami Yana” Adam mencubit perlahan pipi Yana.

“Cepatlah abang siap. Yana dah menggigil kelaparan dah ni” Yana melepaskan tangan Adam yang melingkar di pinggangnya. Entah bila mereka akan bergerak kalau asyik dalam keadaan begitu.

“Abang kejap je. Yana tu yang selalu lambat”

“Okey, lima belas minit ye bang!”

“Carikan abang baju”

“Abang nak pakai baju apa?”

“Bagi yang sejuk sikit” Adam terus menghilang dalam bilik air. Kedengaran air mencurah sejurus selepas Adam masuk ke dalam biik air tersebut. Yana pula mencari baju Adam di dalam almari. Sejak Adam membalas cintanya, segala keperluannya terus diambil alih oleh Yana. Tidak ada lagi bajunya yang dihantar ke dobi. Yana gembira sendiri mengenangkan bahawa dia sudah benar-benar menjadi isteri Adam dalam erti kata yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience