BAB 40

Romance Completed 21965

ADAM mematikan enjin kereta dan melihat ke arah Yana. Tangannya menggenggam jari-jemari isterinya memberikan kekuatan. Yana mengalihkan pandangan, melihat Adam yang sedang merenungnya.

“Yana tak kuat...” bagitahu Yana. Adam mengemaskan genggamannya. Dia suka mengenggam tangan Yana, sejuk dan lembut. Macam tangan puteri yang tak pernah buat kerja langsung! Pelik pula kerana Yana pandai masak!

“Yana bukan lakukannya seorang diri. Yana ada abang. Kalau Yana dah tak tahan, duduk je dekat abang dua puluh empat jam. Biar orang kata kita ni macam belangkas!” Adam menyengih. Ingin membuat lelucon tetapi tidak dapat menghilangkan hati Yana yang gusar penuh dengan kebimbangan.

“Kalau Yana nak nangis camner?”

“Nangis je, nangis kat dada abang ni. Dada abang memang tempat untuk Yana nangis, kan?”

“Abang ni... Yana seriuslah...”

“Abang pun seriuslah. Kalau Yana nak nangis, nangis je. Abang temankan Yana nangis. Kalau nak nangis kat dalam bilik air pun abang akan temankan” sekali lagi Adam menyengih. Dia memang risaukan perkara ini sejak mendapat berita bahawa Isaac akan membuat kenduri aqiqah dan potong rambut anak perempuan sulung adik iparnya, Aina Farhana. Dia juga sebenarnya tidak kuat tetapi dia perlu kuat demi Yana.

“Abang ni macam main-main pula...” Adam menyengih.

“Dah ready ke?”

“Kejap!” pinta Yana. Gilirannya pula menggenggam tangan Adam, meminta Adam mengalirkan segala kekuatan ke dalam dirinya. Perlahan-lahan Yana menghela nafas panjang dan membuka mata. Adam yang melihat hanya berdiam diri. Hatinya sedih melihat keadaan Yana begitu. Argh, kalau boleh aku memang nak putarkan masa! Aku nak time machine! Teriak Adam dalam hati.

“Okeylah. Yana dah oeky. Jomlah, keluar!” Yana menguntum senyum dan melangkah keluar dari perut kereta. Mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah adiknya yang dibeli melalui Adam, seorang profesional yang tahu segala selok-belok harga rumah yang berpatutan dengan nilainya. Memang berbaloi meminta pendapat dan panduan daripada abang iparnya itu.

“Abang Adam, akak! Jemput masuk!” Isaac cepat-cepat mendapatkan dua tetamu kehormatnya itu dan menyalami mereka. Dua insan yang sangat dihormati kerana kedua-dua insan itu banyak membantunya berada pada kedudukannya sekarang. Kalau bukan mereka berdua, dia tidak mungkin mampu berada di tempat itu.

“Mak dan ayah dah datang ke?” soal Yana.

“Dah, ada kat dalam. Mak ayah abang Adam pun ada jugak. Akak dan abang Adamlah tetamu Han yang paling lambat datang”

“Eh, mak ayah abang pun ada ke?” Adam menyoal dengan kerutan di dahi. Tidak menyangka bahawa mak dan ayahnya ada bersama.

“Ha’ah. Han jumpa diorang hari tu kat pasar jadi Han jemput sekalilah. Apa salahnya kan? Dah kira macam keluarga besar dah”

“Good!” Adam memberikan thumbs up kepada Isaac.

“Jomlah masuk!” Pelawa Isaac sekali lagi. Lantas, ketiga-tiga insan itu seiringan masuk ke dalam rumah yang sudah dipenuhi tetamu.

“HAH, kau bila lagi Yana? Adik kau dah ada anak, takkan kau belum lagi kot” soal mak cik Suriana kepadanya. Yana menggerutu dalam hati. Wanita yang paling ingin dijauhi dan dielakkannya. Makciknya yang satu ini memang terkenal dengan mulut yang sedikit celupar, mengalahkan mulut tempayan!

Sewaktu hendak kahwin dulu pun sama juga! Oleh kerana makciknya yang terlalu berotak geliga itu, pelamin nikah diubah dua kali hanya kerana reka bentuk pelamin tersebut tidak berkenan di hatinya. Orang yang nak kahwin, dia pula yang bising! Sekarang apa pula? Argh! Nak lari! Nak lari! Abang... Mana abang? Yana mencari-cari kelibat Adam tetapi dia tahu suaminya berada di ruang tamu sedang berzanji bersama-sama tetamu lain memotong rambut si kecil Aina.

“In Shaa Allah kalau Allah izinkan saya mengandung, saya akan mengandung mak cik...” Yana bersuara perlahan. Meskipun hanya Sufia, ibunya dan ibu mentuanya sahaja yang berada dalam bilik itu, dia tetap malu. Puan Laila yang sedar perbezaan suara Yana terus menyokongnya. Adik suaminya itu memang mulut takde insuran! Nasib baiklah tak jumpa selalu, kalau tak dah lama aku gantung kau hidup-hidup, gerutu Puan Laila dalam hati. Kau nak sakitkan hati anak aku, kau lawan aku dulu!

“Apa yang kau cuba nak sampaikan ni hah, Su?” Sergah Puan Laila. Pantang dia melihat anak perempuannya cuba disakiti meskipun dengan ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah.

“Bukan aku nak sampaikan apa-apa tapi, kau tengoklah. Dah tiga tahun kahwin tapi masih belum ada anak. Apa maksudnya tu? Yana tak boleh bagi zuriat untuk Adam ke?” Suara mak cik Suriana sudah bernada sinis. Geram Puan Laila dibuatnya.

“Dia bukan tak boleh bagi zuriat kat Adam. Dia dah mengandung dulu tapi keguguran! Diorang dah ada anak yang menunggu kat syurga, mendoakan untuk diorang!”

“Orang perempuan sekarang ni banyak yang keguguran. Alih-alih doktor cakap, dia takkan boleh mengandung lagi sebab rahim dia dah tak kuat sebab asyik keguguran. Korang tak pernah dengar ke cerita tipikal begitu? Kot-kot Yana pun sama” terguris hati Yana mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mak ciknya itu. Dia tidak tahu sampai bila da boleh bertahan untuk tidak menangis. Abang... Panggil Yana dalam hati.

“Baik kau keluar dari bilik ni kalau kau hanya nak sakitkan hati anak aku, Su” Puan Laila menghalau mak cik Suriana dari bilik tersebut. Menyakitkan hati sahaja mempunyai adik ipar yang punya mulut tidak bertapis ini!

“Tapi, Adam masih punya tiga kosong lagi. Adam boleh je dapatkan zuriat kalau dia nak. Cuma kau je yang perlu izinkan, Yana...” sambung mak cik Suriana lagi.

“Ya Allah, dari tadi aku diam bukannya sebab aku takut nak bersuara tapi kau ni dah melampau. Yana ni dah cukup baik sebagai menantu aku. Kalau Adam nak kahwin sekalipun, dia kena minta izin dari aku lagi. Aku ni mak dia. Aku takut dia pilih menantu yang mulut takde insuran macam kau” lembut sahaja tutur kata Puan Marya tetapi menikam jantung Yana. Dia memandang ibu mentuanya itu. Baiknya ibu dan ibu mentuaku tapi maafkan aku kalau aku tak dapat berikan cucu untuk korang, Yana menangis dalam hati. Ditahan sebaiknya airmata dari mengalir. Sangat sakit hatinya mendengar cemuhan daripada makcik sendiri tetapi dia bersyukur mempunyai ibu dan ibu mentua yang menyokong.

Abang... Teriak Yana dalam hati lagi.

Abang, Yana nak balik...

“Hai!” Tiba-tiba tersembul muka Adam di muka pintu dengan dulang yang diletakkan sebiji kelapa serta ditabur bunga di atasnya bersama sebilah gunting. Isaac kemudian masuk mendukung si bayi yang masih nyenyak tidur. Yana cepat mendongakkan kepala. Abang! Teriaknya sekali lagi.

“Dia tak nangis ke, bang?” Sufia yang masih kekok dengan situasi tersebut cepat-cepat mendapatkan Aina apabila Isaac meletakkan si kecil Aina di pembaringannya.

“Taklah, tak nangis pun” Isaac mencium dahi si kecil yang sedang tidur.

“Abang keluar dulu nak jumpa imam”

“Ha’ah” angguk Sufia.

“Abang pun keluar dulu ye...” Adam pantas keluar setelah meletakkan dulang tersebut di atas meja solek.

“Abang!” Panggil Yana. Adam pantas menoleh.

“Yana nak ikut” cepat sahaja Yana memaut tangan Adam dan keluar dari bilik itu seraya menutup daun pintu. Puan Laila dan Puan Marya jatuh kasihan melihat Yana. Belum ada rezeki... Mak cik Suriana mendengus. Sakit matanya melihat Yana yang dirasakan berpura-pura mesra dengan Adam. Ada sahaja yang tidak kena di pandangan matanya.

“ABANG... Nak balik” beritahu Yana masih memaut lengan Adam.

“Kenapa ni?” Adam berhenti melangkah, ditundukkan kepala memandang wajah Yana yang sudah masam.

“Yana dah tak tahan..”

“Yana dah makan ke? Abang belum makanlah, lapar” Adam menggosok-gosok perutnya yang sudah mendendangkan lagu rancak. Lapar tahap gaban! Yana menggeleng.

“Kita makan dulu baru balik. Boleh ke?” Lama Yana berdiam diri. Argh, penting dirikah aku nak balik bila Adam sedang kelaparan. Tapi, aku tak nak jumpa muka mak cik Suriana lagi, bisik hatinya.

“Yelah” jawab Yana perlahan. Adam kuntum senyum.

“Tapi, Yana nak ikut ke mana-mana pun abang pergi. Yana nak duduk dekat dengan abang bila abang makan” pinta Yana. Tolonglah, aku tak nak jumpa muka mak cik lagi! Tolonglah, please!

“Clingynya isteri abang ni!” Adam mengekek ketawa. Kalau begini gaya Yana hari-hari, memang boleh sesak nafas juga dibuatnya! Adam mencuit hidung Yana.

“Yana clingy dengan abang je...”

“Okeylah, jom! Kenalah Yana sediakan makanan untuk abang”

“Okey...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience